Anda di halaman 1dari 2

Teka-teki

1. Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tak boleh nak tolak?
J: Pintu yang ada tulis TARIK
2. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
J: Penguin
3. Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam, apakah itu?
J:Jarum
4. Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?
J:Pecah Rekod
5. Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh dimakan?
J:Misai
6. Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalah ia?
J: kotas mancis
7. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami
dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah.
Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
J: Sebab anak dia tu perempuan
8. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam,
Apa tu?
J: Anak mancis daaa.
9. Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?
J: Kasut
10. Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga. Siapakah
dia?
J: Jam loceng
11. Macamana nak tangkap burung empat ekor sekaligus?
J: Tangkap gambar burung itu
12. John berjalan-jalan di tepi pantai, dia terjumpa duit RM 1 juta dan seekor
ikan. Namun John tidak mengambil RM 1 juta, tetapi John mengambil ikan,
kenapa John mengambil ikan?
J: kerana John adalah seekor kucing

13. Apakah yang terletak ditengah2 antara langit dan bumi?


J: DAN
14. Kita berdiri dia baring, kita baring dia duduk.
J: Tapak kaki
15. Dalam banyak-banyak buah, buah apa banyak rambut?
J: Rambutan
16. Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
J: Air Terjun
17. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
J: Motor, kerana motor bertongkat
18. Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang pergi sekolah?
J: Bas Sekolah
19. Nenek siapa yang berjalannya suka melompat-lompat?
J:Nenek Si Katak
20. Siapakah yang dipanggil akan mendongak ke atas?
J: Orang tinggi memanggil si rendah
21. Binatang apa yang ada zip?
J: Zebra
22. Dalam banyak-banyak barang, barang apa yang orang suka cari?
J: Barang yang hilang
23. Sukan apa selepas main kita tabik?

J: Golf

24. Binatang apa yang selalu penat?


J: Anjng kerana selalu keluarkan lidah.
25. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?

J: Teksi

26. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka
ayam jadi apa?
J: Ayam jadi banyak
27. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada
kaki?
J: Jari
28. Bom apakah tidak boleh meletup?

J : Bomba

Anda mungkin juga menyukai