Anda di halaman 1dari 2

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin
2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi
tengahnya tidak dimakan?
Jawapan: Kuih Donat
3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita
jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: kaki
5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah
11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang
12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Bunga Api
13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?
Jawapan: Pintu
15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?
Jawapan: 5 Ekor Burung.
21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?
Jawapan: Lembu
23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada
atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk
dalam air. Apakah ia?
Jawapan: Teh
26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?
Jawapan: Buah Berangan
31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?
Jawapan: Burung Belatuk
32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.
Jawapan: Burung Hantu
34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar
bersama ibunya.
Jawapan: Anak Kanggaro
1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan
sebab sekali
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala
polis Indonesia pula dipanggil bapak.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.
10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?


Jawapan : Teksi
14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar
16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik
19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi
apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak
22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju
26. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan : Stone Cold
27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang
29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk
31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa
34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.
35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang
38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam
41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.
42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam
43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti
48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

Anda mungkin juga menyukai