Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang.

Dia lalu ikut


landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip
Soalan 2 : Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh
bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan 3 : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?


Jawapan: Beruang (ber-wang).

Soalan 4 : Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?


Jawapan: Anak kucing.

Soalan 5 : Mee apa paling berat dalam dunia?


Jawapan: Mee wantan (One tan).

Soalan 6 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan


tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.

Soalan7 : Benda apa yang lebih kecil dari kuman?


Jawapan: Anak kuman.

Soalan 8 : Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.


Jawapan: Seluar dalam.

Soalan 9 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa


sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?


Jawapan: SALAH.

Soalan 11: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti
ketika hijau?
Jawapan: Ketika makan tembikai.

Soalan 12 : Bom apakah yang tidak boleh meletup?


Jawapan: Bomba.

Soalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada
bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.
Soalan 14 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow.

Soalan 15 : Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.

Soalan 16 : Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?


Jawapan: Bunga tayar.

Soalan 17 : Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang
macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan 18 : Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?


Jawapan: Tumpah la.

Soalan 19 : Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?


Jawapan: Lampu Isyarat.

Soalan 20 : Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu?
Jawapan: Habuk kayu.

Soalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka?


Jawapan: Kotak penalti.

Soalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara
menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur

Soalan 23: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

Soalan 24: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.

Soalan 25 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun
tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 26: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak
boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.

Anda mungkin juga menyukai