Anda di halaman 1dari 16

50 KOLEKSI TEKA TEKI MUDAH

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah. Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan. Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur! Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! kain putih?

Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. batu kerikil?

Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah. Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada. Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah! Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan lepas tu baru hujan?

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar.mati lah orang tu, kan-kan? Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang! Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. Soalan 13: Apakah haiwan Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4. yang berkaki 3?

Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. Soalan 10: Haiwan apakah yang paling Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang. Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh! sering orang gemuk?

tidak

sopan?

membawa

gitar?

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa. Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal hahaha.. Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. Soalan 03: Binatang apakah yang Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) paling kaya didunia?

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris, Kang adalah perkataan Jawi

Teka-teki: Jawapan: Teka-teki: Jawapan: Ape

Hitam semut

dan hitam masuk

berpeluh.. tengah segitiga dalam bila

HA.. berjogging..

Ape2?? huhuhu

benda bila Seluar

kuar bergulung-gulung? ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit! Teka-teki: Jawapan: Teka-teki: Teka.. Banyak2 kotak, Kotak Kenapa kotak apa penalti Gali yang lah.. takleh angkat? wawawa! Selipar??? terer!

Penggali Kubur teka..

Kubur Tak kalo

Pakai

Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat! Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! Teka-teki: Jawapan: 3 kepala, Koboi 6 mata, naik 8 kaki. kuda Apakah bendanya tu? bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY Teka-teki: Jawapan: Teka-teki: Jawapan: Scorpion jengking lah.. banyak2 kera, kaler pun takleh ape yang pandai apa? jawab!

Kala Dalam

senang kera

nak

menaip??? Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri! Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat? Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik? Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua? Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan? Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki? Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik. Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar? Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

9. Ikan apa yang rajin? Jawapan : Ikan cuci cermin kerana dia rajin cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin? Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak? Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat? Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta? Jawapan : Teksi

14. Bila kecil berkaki 4 bila besar berkaki 2? Jawapan : Manusia

15. Kuda apakah yang berkaki 3? Jawapan : Kuda cacat

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu Apa yang patah pula? Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa? Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar? Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja? Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki? Jawapan : Baju

23. Tiga mata satu kaki? Jawapan : Lampu isyarat

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki? Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup? Jawapan : Bomba

26. Kuih apakah yang ada bom? Jawapan : Kuih bom

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja? Jawapan : Pokok pisang

28. Dia lembu, tapi bukan lembu Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu? Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda? Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang? Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat? Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat? Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais? Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan. b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?

Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah. c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati? Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung? Jawapan : Pokok Pisang

36. Ular apakah yang boleh digunakan untuk memasak? Jawapan : Ular Senduk

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar? Jawapan : Pelita

38. Buaya apakah yang buaya? Jawapan : Buaya la

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu? Jawapan : Bantal

40. Gajah terbang nampak apa? Jawapan : Nampak pelik la

41. Kenapa Superman pakai baju ketat? Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu? Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat? Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu? Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu? Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi? Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin? Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan Amin Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?

Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Cuba jawab persoalan ini Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang Apakah dia? Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa? Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat | Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki : Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Orang tua Murid 2 : Guru Murid 3 : Teman Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah AliImran:185) . Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Negeri Cina Murid 2 : Bulan Murid 3 : Matahari Murid 4 : Bintang-bintang Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Gunung Murid 2 : Matahari Murid 3 : Bumi Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka . Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-Araaf, Ayat 179) Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Baja Murid 2 : Besi Murid 3 : Gajah Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Kapas Murid 2 : Angin Murid 3 : Debu Murid 4 : Daun-daun Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Nauzubillahiminzaa lik. Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ? Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. - See more at: http://fuh.my/kisah-6-teka-teki-imam-al-ghazali/#sthash.nNCPZ6Qr.dpuf

Anda mungkin juga menyukai