Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH


MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM DAN KATA KUNCI UNTUK KERTAS 1
SEJARAH

NOOR AFIDA BINTI MUSTOFAI

Guru Sejarah SMK Agama Limbang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan fakta bagi mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan murid Tingkatan 5. Kajian ini dibuat kerana untuk membantu
murid menjawab soalan sejarah dengan lebih baik terutama untuk kertas 1 sekaligus dapat
membantu mereka untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan SPM. Saya telah
menggunakan kaedah Akronim dan kata kunci bagi membantu murid dalam meningkatkan
pemahaman mereka dalam menjawab kertas 1. Kajian ini tertumpu kepada murid tingkatan 5 Ibnu
Battuta yang mempunyai tahap pengetahuan lemah dan sederhana dalam mata pelajaran sejarah.
Hasil kajian mendapati hampir semua murid menunjukkan peningkatan dalam Ujian PKS2 selepas
menggunakan kaedah akronim dan kata kunci ini.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Subjek Sejarah merupakan subjek teras yang wajib di ambil oleh semua murid. Pada tahun 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus di
peringkat SPM. Seterusnya menjadikan subjek teras untuk sekolah rendah mulai tahun 2014. Ini
selaras dengan transformasi dalam sistem pendidikan Negara dengan perubahan KBSR kepada
KSSR mulai tahun 2011. Ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata
pelajaran ini di kaca mata masyarakat.

Secara rasionalnya kajian ini dijalankan kerana murid sukar untuk mengingat fakta-fakta dalam
mata pelajaran Sejarah. Apabila murid tidak dapat mengingat fakta menyebabkan murid hilang
minat terhadap subjek ini seterusnya memberi impak kepada keputusan peperiksaan murid.
Melalui kajian ini dapat membantu guru dan murid mengatasi masalah ini dan seterusnya
membantu dalam meningkatkan pencapaian sekolah. Selain itu, kajian ini mungkin dapat menarik
minat murid terhadap subjek ini dan seterusnya mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran
sejarah yang dianggap sukar dan membosankan kepada sesuatu yang menarik dan seronok untuk
dipelajari.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Semasa saya membuat analisis ujian Penilaian Kendalian Sekolah 1 tahun 2022, saya dapati masih
terdapat murid yang mendapat markah kurang daripada 10 daripada 40 soalan. Isu utamanya ialah
murid keliru, tidak ingat fakta dan tidak pasti pilihan jawapan yang sebenar. t

Memandangkan murid akan menduduki peperiksaan awam SPM pada tahun hadapan, saya
melaksanakan beberapa langkah yang difikirkan sesuai dan perlu dijalankan. Melalui dapatan
membantu murid untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan kelak.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan agar akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum

i. Memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan SPM

3.2 Objektif Khusus

I Meningkatkan daya ingatan dalam mengingati fakta-fakta sejarah

ii. Membantu pelajar menggunakan cara yang berkesan untuk mengingat fakta sejarah.

iii. Membantu pelajar dalam menghuraikan sesuatu fakta dengan baik.

iv. Meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model dikemukakan oleh pengkaji
seperti Stephen Kemmis, John Ellit, Dave Ebbutt Jack Whitehead dan lain-lain. Namun secara
teorinya setiap model terdiri daripada beberapa konsep asas yang sama iaitu pemerhatian,
pengumpulan data, tindakan, dapatan dan refleksi. Dalam kajian ini, saya telah memilih Model
Somekh (1989).

Terdapat lapan langkah dalam model ini. Pada langkah pertama, penyelidik perlu mengenal pasti
masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati. Pada langkah dua, penyelidik perlu
mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah ketiga.
Pada langkah keempat, penyelidik perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan
melaksanakan tindakan tersebut dalam langkah kelima. Pada langkah keenam pula proses
mengumpul data untuk mengesahkan perubahan murid. Seterusnya, penyelidik perlu menganalisis
dan menilai data yang diperolehi dan langkah kelapan adalah putaran seterusnya

3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Fokus Kajian

Dalam kajian yang saya lakukan, saya memberi fokus kepada kesukaran murid menghafal atau
mengingat istilah tertentu dengan memberikan akronim dan kata kunci yang mudah

Contohnya:

i) AMDA & FPDA – Defense/Pertahanan

ii) Sukan -Perpaduan/integrasi

Contoh soalan dalam peperiksaan

5.2 Peserta Kajian

24 orang murid yang terdiri daripada 17 murid perempuan dan 7 murid lelaki dari kelas 5 Ibnu
Battuta.

4
5.3 Teknik Mengumpul Data

Saya telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian dan analisis item untuk
menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku
dalam kajian ini diperoleh.

i) Pemerhatian

Berdasarkan markah peperiksaan murid, saya mendapati murid sangat lemah dalam menjawab
soalan kertas 1 kerana lemah mengingati fakta. Latihan diberikan murid juga menunjukkan murid
lemah dan sukar untuk mengingati fakta dengan baik. Saya turut mengajukan beberapa soalan
secara rawak bagi mengesan sejauh mana kefahaman murid.

ii) Temubual

Selain itu, saya turut menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul data bagi penyelidikan
tindakan saya. Jenis soalan yang saya gunakan dalam temu bual ini adalah soalan respon terbuka
seperti dalam Jadual 1 di bawah.

Bil Soalan
1 Mengapakah anda tidak dapat memberikan istilah atau fakta berkaitan soalan dengan
tepat?
2 Apa yang menyebabkan kamu tidak dapat menjawab dengan tepat?

Bil Jawapan
1 Saya susah untuk ingat
2 Saya baca tapi lupa
3 Saya keliru kerana jawapan hampir sama
Jadual 1: Soalan Temubual

5
iii) Rekod Markah

Saya telah mendapatkan rekod markah murid yang lepas bagi subjek Sejarah . Tujuan rekod
markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian murid sebelum kajian tindakan dilakukan.

Jadual 2: Markah Ujian Kertas 1

iv) Soalan-soalan Ujian

Daya ingatan diuji melalui ujian pra dan ujian pos

Soalan yang sama akan digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos. Ujian pra akan diberikan kepada
terlebih dahulu bagi mengetahui tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baru
disampaikan. Setelah itu penggunaan kaedah akronim dan kata kunci akan diberikan kepada
murid-murid. Kemudian, murid-murid akan diuji kembali dengan ujian pos iaitu soalan yang sama
digunakan pada ujian pra sebelumnya. Hasil dapatan itu membolehkan saya menilai sejauh mana
keberkesanan sistem pembelajaran menggunakan kaedah akronim dan kata kunci ini ke atas
murid-murid ini.
6
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi membuktikan kaedah akronim dan Kata Kunci ini dapat membantu menyelesaikan masalah
murid-murid untuk mengingati fakta-fakta sejarah dengan lebih baik saya akan melaksanakan
perkara-perkara berikut:

Aktiviti 1: Mengimbas masalah murid


Saya melakukan soal selidik ke atas murid dengan memberikan soalan ringkas Kemudian
murid perlu menjawab ujian pra yang telah disediakan.

Aktiviti 2: Gambaran ringkas melalui peta konsep


Saya menyediakan peta konsep supaya murid dapat mengingati kembali topik ini yang
telah mereka pelajari sebelum ini. Peta konsep tersebut akan ditampal di kelas supaya
membantu untuk murid lebih ingat. Setelah itu saya akan memberi penerangan mengenai
topik tersebut secara ringkas.

Gambar contoh peta konsep


Aktiviti 3: Kaedah Akronim
Dalam aktiviti ini, saya akan menerangkan kepada murid-murid tentang kaedah
penggunaan akronim dan kata kunci. Saya akan menerangkan kepada murid melalui
kaedah akronim akan membantu mereka menghafal fakta sejarah dengan lebih mudah dan
lebih lama lagi. Contohnya perkataan AMDA (Anglo-Malayan Defence Agreement) perlu
7
dikaitkan dengan pertahanan. Contoh kata kunci lain sukan adalah untuk perpaduan jadi
kaitkan jawapan murid perlu dikaitkan dengan perpaduan. Saya juga meminta murid untuk
gariskan setiap kata kunci kehendak soalan dan kata kunci untuk jawapan. Dibawah
dilampirkan contoh akronim dan kata kunci dilakukan murid.

Akronim yang menarik akan mudah diingat dan murid juga digalakkan berbincang semasa
mereka akronim bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik. Kajian ini menunjukkan
melalui kaedah ini, murid dapat menghafal fakta dalam tempoh yang lebih lama dan
mudah. Kaedah ini juga sangat membantu peningkatan markah kertas 1 murid-murid dan
sekaligus membantu mereka menjawab soalan esei dengan lebih baik.

Rajah 1:hasil kerja murid

Aktiviti 4: Ujian pengesahan pengingatan fakta

Setelah murid memahami kaedah akronim dan kata kunci serta dapat menghafal fakta yang
telah diterangkan oleh saya dengan menggunakan kaedah ini. Saya telah memberikan masa
kepada untuk menghafal dan kemudian memberikan ujian pos kepada murid-murid
tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, murid lebih bersemangat semasa menjawab soalan pos kerana mereka
sudah boleh mengingati fakta-fakta dalam topik ini dengan baik.
8
7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Kaedah akronim dan kata kunci diperkenalkan setelah mereka menjalani ujian pra. Penerangan
mengenai kaedah akronim dalam mengingati fakta sejarah yang diberikan kepada murid-murid
dengan jelas. Murid-murid dikehendaki mengingati fakta sejarah dengan menggunakan kaedah
akronim dan pemantauan dilakukan sepanjang proses mengingati fakta sejarah dengan
menggunakan kaedah akronim dan kata kunci tersebut.

Murid hanya diberikan masa yang singkat untuk mengingati fakta tersebut. Dalam tempoh tersebut
murid-murid dikehendaki mengaplikasi kaedah akronim dalam proses menghafal fakta. Setelah itu
murid-murid akan diuji dengan ujian pos iaitu soalan yang sama yang telah digunakan dalam ujian
pra. Hasil daripada ujian ini akan menerangkan sejauhmana keberkesanan kaedah akronim dan
kata kunci dalam mengingati fakta sejarah.

Sepanjang pelaksaan sistem ini didapati murid menggunakan kreativiti mereka dalam mengingati
fakta sejarah dengan menggunakan kaedah akronim dan kata kunci. Namun terdapat juga murid
yang masih tidak biasa dengan kaedah ini dan mungkin tidak kreatif dalam mencipta akronim
mereka sendiri sehingga menyukarkan mereka menggunakan kaedah ini

8.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian ini telah memberikan impak yang
besar kepada murid. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan
markah dalam ujian pos yang diadakan kepada murid.

Soalan Bilangan Pelajar (24 Responden)


Ujian Pra % Ujian Pos %
14 10 42 22 92
17 11 46 21 88
21 10 42 22 92
Jadual 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

9
9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini didapati membantu murid mengingati fakta sejarah dengan baik. Oleh itu, kaedah ini
perlu diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah. Saya juga mencadangkan
selain dari kaedah ini, guru juga boleh mencuba kaedah lain seperti penggunaan tema, penggunaan
peta konsep dan sebagainya bagi menarik minat murid dan memudahkan murid mengingat fakta
dalam sejarah. Sekiranya, guru mempelbagaikan kaedah pengajaran, mungkin akan dapat menarik
minat murid untuk mempelajari sejarah dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam subjek
sejarah.

10.0 KESIMPULAN

Kajian ini didapati membantu murid mengingati fakta kerana kaedah ini mampu
meningkatkan daya ingatan dan seterusnya dapat mengelakkan masalah lupa yang dihadapi oleh
murid. Teknik akronim dan kata kunci ini juga boleh digunakan untuk subjek lain juga. Oleh itu,
kaedah perlu diperluaskan dalam subjek sejarah bagi meningkatkan ingatan murid dan seterusnya
meningkatkan pencapaian.

Sebagai guru dengan kaedah akronim ini murid akan dapat mengingat dan menghafal
dengan mudah dan dalam jangka masa panjang. Bagi kelas cemerlang kaedah ini amat berkesan
kerana membantu mereka mengingat dengan mudah dan bagi kelas sederhana pula kaedah ini
membantu mereka mengingat walaupun mereka tidak memahami mengenai bab tersebut. Bagi
menggalakkan lagi pemahaman murid, guru boleh menggalakkan murid untuk mencipta sendiri
akronim dan kata kunci yang sesuai berkaitan bab yang di ajar. Selain menjadikan murid lebih
kreatif, cara ini juga membantu untuk memahami sejarah dengan mudah. Pembelajaran juga
menjadi lebih menyeronokkan kerana murid dapat menyumbang idea mereka sendiri juga.

10
BIBLIOGRAFI

Alis Bin Puteh (2009)Kajian Tindakan Di Sekolah Satu Pengenalan. Kedah: Pure Honey
Enterprise

Othman Lebar (2011)Kajian Tindakan Dalam Pendidikan:Teori dan Amalan.Tanjong


Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor(2007). Psikologi Pendidikan:
Oxford Fajar

11

Anda mungkin juga menyukai