Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Tingkatan 1 2017

Peperiksaan Akhir Tahun 2017


Masa: 2 jam 30 minit

Jawab semua soalan. Baca soalan dengan teliti sebelum mula menjawab.

1. Anda telah mempelajari pelbagai definisi Sejarah. Berdasarkan salah satu definisi
tersebut, nyatakan satu peristiwa bersejarah dalam kehidupan anda dan sebab
peristiwa tersebut bersejarah kepada anda? (4 markah)

2. Sumber sejarah dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu sumber primer dan
sumber sekunder. Nyatakan dua contoh sumber primer dan dua contoh sumber
sekunder. (4 markah)

3. Mengapakah sumber sejarah penting kepada ahli sejarah? (2 markah)

4. Anda ingin mengetahui sejarah awal kawasan tempat tinggal anda. Terangkan
kaedah sejarah yang anda akan gunakan untuk memperoleh maklumat tersebut. (2
markah)

“Hasil kerja sejarawan merupakan fakta benar yang seharusnya diterima oleh
semua pihak tanpa persoalan”

5. Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? Berikan justifikasi anda. (6


markah)

6. Bumi pernah mengalami Zaman Air Batu. Nyatakan dua ciri Zaman Air Batu. (2
markah)

7. Zaman Air Batu berakhir dengan peningkatan suhu Bumi. Bumi pada hari ini
turut mengalami peningkatan suhu. Fenomena peningkatan suhu pada masa ini
dipanggil pemanasan global. Nyatakan dua faktor pemanasan global dan dua
langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pemanasan global. (4 markah)

8. Terangkan kesan kecairan air batu pada Zaman Air Batu terhadap Asia
Tenggara? (2 markah)

9. Zaman Prasejarah secara kasarnya bermula dari Zaman Batu sebelum beralih ke
Zaman Logam. Apakah faktor yang menyebabkan peralihan ini? (2 markah)

1
10. Masyarakat Zaman Prasejarah ada meninggalkan lukisan di gua. Lukisan di gua
ini boleh ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan Altamira, Sepanyol. Apakah yang
boleh dipelajari oleh sejarawan tentang kehidupan masyarakat prasejarah
berdasarkan penemuan lukisan-lukisan ini? (4 markah)

11. Bandingkan cara kehidupan Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. (4 markah)

12. Mengapakah masyarakat prasejarah mempunyai kepercayaan animisme? (2


markah)

13. Mengapakah Zaman Mesolitik dikatakan tidak dilalui oleh masyarakat


prasejarah di Asia Tenggara? (2 markah).

Cara pengembumian Lokasi ditemui


Pengembumian memanjang Gua Cha, Kelantan
Pengembumian Perahu Kuala Selinsing, Perak
Pengembumian Tembikar Kampung Limbongan, Terengganu
Jadual 1: Cara pengembumian masyarakat prasejarah

14. Berdasarkan Jadual 1, mengapakah masyarakat prasejarah mengamalkan


pelbagai cara pengembumian? (2 markah)

15. Bandingkan konsep “tamadun” daripada sudut pandangan Islam dan sudut
pandangan Barat. (4 markah)

Bangunan pencakar langit di ibu kota negara, kereta mewah di jalan raya dan
masyarakat berpendapatan tinggi melambangkan sebuah masyarakat yang
bertamadun.

16. Adakah anda bersetuju dengan definisi dan konsep tamadun di atas?
Berikan justifikasi anda. (4 markah)

17. Mengapakah Firaun berada pada kedudukan tertinggi dalam organisasi sosial
masyarakat Mesir Purba manakala hamba berada pada kedudukan terendah? (4
markah)

18. Nyatakan empat tamadun awal dunia. (2 markah)

19. Mengapakah tamadun awal dunia terletak di lembah sungai? (4 markah)

20. Mengapakah Negara kota Ur di kelilingi oleh tembok yang besar dan tinggi? (2
markah)

2
21. Mohenjo Daro dan Harappa merupakan dua bandar terancang terawal di dunia.
Jika anda diberikan tugas untuk merancang pembukaan dan pembinaan sebuah
bandar baharu, gambarkan bandar tersebut. Gambaran anda sewajarnya
menjelaskan lokasi dan ciri-ciri bandar tersebut. (6 markah)

22. Athens turut mengamalkan sistem demokrasi. Apakah yang dimaksudkan


dengan sistem demokrasi? (2 markah)

Sistem demokrasi merupakan sistem pemerintahan terbaik yang dihasilkan oleh


manusia.

23. Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? Berikan justifikasi anda.
(4 markah)

24. Jika anda perlu memilih sama ada untuk hidup di Athens atau Sparta, negara
kota manakah yang akan menjadi pilihan anda? Rasionalkan pilihan anda . (4
markah)

Colosseum yang dibina di Tamadun Rom dan Stadium Bukit Jalil yang
dibina di Kuala Lumpur mempunyai banyak persamaan.

25. Terangkan persamaan tersebut. (4 markah)

26. Apakah persamaan antara Pantheon dan Ziggurat? (2 markah)

27. Perang Kalinga banyak memberi impak kepada bentuk penyebaran kuasa di
Tamadun India. Terangkan impak tersebut. (2 markah)

28. Han Fei Zi mempercayai bahawa tingkah laku manusia boleh dikawal dengan
ketegasan undang-undang. Adakah anda bersetuju dengan pemikiran tersebut?
Berikan justifikasi anda. (4 markah)

29. Orientalis Barat membuat kesimpulan bahawa agama Islam disebarkan dengan
mata pedang. Bahaskan pandangan tersebut. (4 markah)

30. Apakah sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang boleh dicontohi oleh anda? (6
markah)

Anda mungkin juga menyukai