Anda di halaman 1dari 7

Bab 1

Kemunculan Tamadun Awal Manusia


OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Menerangkan konsep tamadun dan manyatakan enam cirri tamadun manusia


2. Mengklasifsikan sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho
3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor mengapa pemimpin awal memilih
sungai sebagai lokasi pembinaan tamadun awal

Soalan 1 SPM 2006 ( ms 20)


Pada tahun 1922, Pengkaji Mesir purba
Howard Carter menemui mayat Tunthankamun
II yang diselaputi emas

1. Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?


A. Upacara pemujaan semangat
B. Konsep kehidupan selepas mati
C. Percaya kepada kelahiran semula
D. Amalan penyembahan nenek moyang

Soalan 2 SPM 2006 ( ms 26)


Masyarakat Indus telah menjalankan
Hubungan perdagangan dengan masyarakat
Mesopotamia

2. Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?


A. Cap Mohor
B. Batu bersurat
C. Tembikar tanah
D. Gendang Gangsa

Soalan 3 SPM 2006 ( ms 27)


Mesopotamia Indus Mesir Purba

3. Rajah di atas menunjukkan pertembungan tamadun awal


Apakah kesan pertembungan tersebut kepada Tamadun Indus?
A. Pembinaan bandar terancang
B. Peningkatan Teknologi pertanian
C. Perluasan kawasan pemerintahan
D. Perkembangan hasil kesusasteraan

1
Soalan 4 SPM 2006 ( ms 27)

Tulang Oracle
4. Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan gambar di atas?
A. Pengenalan sistem tulisan
B. Senjata untuk perang
C. Alat upacara pengebumian
D. Lambang status masyarakat

Soalan 1 SPM 2007 ( ms 21 dan 22)

5. Antara berikut, yang manakah sumbangan Tamadun Mesir Purba


I. Kolar Kuda
II. Pedati Beroda
III. Sistem Kalender
IV. Tulisan hieroglif
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Soalan 2 SPM 2007 ( ms 31)


6. Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?
I. Melindungi raja
II. Menyerahkan ufti
III. Melafaazkan taat setia
IV. Memberi batuan ketenteraan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2
Soalan 2 SPM 2008 ( ms 33)
7. Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu
kepada masyarakat hari ini?
A. Menarangkan sistem pemerintahan
B. Mengatur strategi perniagaan
C. Menentukan bentuk hubungan luar
D. Membantu pelaksanaan pepriksaan awam

Soalan 1 SPM 2009 ( ms 5)


8. Dalam karyanya Muqaddimah, Ibnu Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar
yang bertamadun
Apakah ciri kehidupan tersebut?
A. Kebebasan beragama
B. Kesejahteraan hidup
C. Kemajuan Ekonomi
D. Ketinggian moral

Soalan 2 SPM 2009 ( ms 27)


9. Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitar
tahun 2000 SM dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?
A. Kemahiran ilmu geometri
B. Kejayaan kegiatan penerokaan
C. Keluasan kawasan pemerintahan
D. Kegiatan keagamaan

Soalan 1 SPM 2010 ( ms 20)

10. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba

Berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi

Apakah sistem tulisan tersebut?


A. Hieroglif
B. Ideogram
C. Cuneiform
D. Piktograf

3
Soalan 2 SPM 2010 ( ms 27)

11. Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?


A. Perluasan pengaruh
B. Pertukaran teknologi
C. Penyebaran agama hindu
D. Perkembangan bidang penulisan

Soalan 1 SPM 2011 ( ms 11)

12. Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang
yang pelbagai bentuk.
Apakah kepentingan pintu gerbang dalam Tamadun tersebut?
A. Lambang kekayaan
B. Panduan laluan kapal
C. Sempadan Empayar
D. Simbol keganasan

Soalan 2 SPM 2011 ( ms 21)

13. Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir Purba?


A. Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
B. Memajukan teknologi bidang pertanian
C. Menggunal undang-undang
D. Mencipta sistem penulisan

Soalan1 SPM 2012 ( ms 14)


14. Gambar 1 berkaitan dengan kod undang-undang Hammurabi

Gambar 1
Apakah prinsip undang-undang tersebut?

4
A. Mengutamakan konsep pemuafakatan
B. Berasasakan sistem kepercayaan tempatan
C. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
D. Hukuman yang sama untuk semua golongan

Soalan Essei 2006


5.(a) Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan:
(i) Islam (2 M)
(ii) Barat (2 M)
(b) Terangkan empat ciri yang membawa kepada proses kehidupan yang lebih
Bertamadun (8 M)
(c) Tamadun Mesopotamia member sumbangan kepada perkambangan
tamadun awal manusia. Terangkan pernyataan di atas berdasarkan bidang
ilmu dan ciptaan (8 M)

Soalan Essei 2008


5. Pada sekitar tahun 3 500 S.M., Tamadun Mesir Purba berkembang menjadi
pusat tamadun awal dunia
(a) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang
menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia?
(8 M)
(b) Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia
yang kekal hingga ke hari ini (6 M)
(c) Kegemilangan sesuatu negara itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi
akan datang sekiranya masyarakat kini tidak meninggalkan warisan serta
khazanah bangsanya untuk dikagumi
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh
menjadi kebanggaan generasi akan datang (6 M)

Soalan struktur 2011


1. Peta berikut menunjukkan lokasi tamadun awal dunia

5
(a) Berdasarkan peta di atas , namakan tamadun bertanda:

X:______________________________________________________ (1 M)

Y:______________________________________________________(1 M)

(b) Apakah nama sungai yang terdapat dalam tamadun bertanda:


X:______________________________________________________(1 M)
Y:______________________________________________________(1 M)

(c) Pada pandangan anda, mengapakah kawasan sekitar lembah sungai X dan Y
menjadi tumpuan tamadun awal manusia?
(i) ______________________________________________________
______________________________________________________
(ii) ______________________________________________________
_______________________________________________________
(iii) ______________________________________________________
______________________________________________________(3 M)
(d) Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya sungai dalam kehidupan
manusia.
Bagaimanakah kita seharusnya memelihara sungai supaya keselesaan hidup
manusia terjamin?

(i) ______________________________________________________
______________________________________________________
(ii) ______________________________________________________
_______________________________________________________
(iii) ______________________________________________________
______________________________________________________ (3 M)

Soalan struktur 2011


1.Gambar berikut menunjukkan tapak dua buah bandar terancang dalam Tamadun Indus

(a) Senaraikan dua contoh bandar terancang dalam tamadun tersebut


(i) ______________________________________________________
(ii) ______________________________________________________(2 M)
(b) Nyatakan ciri bandar terancang dalam tamadun tersebut
(i) ______________________________________________________
(ii) ______________________________________________________(2 M)

(c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Tamadun Indus mampu


membina bandar terancang?
(i) ______________________________________________________
______________________________________________________

6
(ii) ______________________________________________________
______________________________________________________
(2 M)
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pembinaan bandar terancang
terhadap kehidupan manusia?

(i) ______________________________________________________
______________________________________________________
(ii) ______________________________________________________
______________________________________________________(2 M)
(e) (i) Adakah bandar di daerah atau kawasan tempat tinggal anda dibina secara
terancang?
__________________________________________________________(1 M)

(ii)Beri alasan anda

__________________________________________________________(1 M)

Anda mungkin juga menyukai