(a) Murid-murid Tingkatan Satu Cemerlang dikehendaki untuk menyiapkan laporan bertulis berkenaan sejarah
kedatangan British di Tanah Melayu. (Kaedah ____________________________)
(b) Profesor Ibad ingin mengkaji tentang kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah di Gua Niah, Sarawak.
(Kaedah ____________________________)
(c) Harraz dan Mia dikehendaki untuk menyelidik tentang perjuangan tokoh terdahulu yang pernah berkhidmat sebagai
askar Melayu pada zaman penjajahan Jepun. (Kaedah ____________________________)
(d) Naufal dan Syira ditugaskan untuk menyiapkan laporan yang bertajuk ‘ Sejarah Jalur Gemilang ‘.
(Kaedah ____________________________)
[ Tamadun Mesopotamia | Tamadun Mesir Purba | Tamadun Indus | Tamadun Huang He]
(a) Antara kerajaan yang terkenal adalah Babylon, Akkad, Chaldea, Asyria dan Sumeria : _________________________________
(b) Terdapat dua buah bandar terancang yang terkenal iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa : _________________________________
(c) Perkembangan petempatan kerajaan awal telah melahirkan beberapa buah bandar : _________________________________
termasuklah Bandar Anyang.
(d) Antara aktiviti utama tamadun ini ialah membuat tembikar, membina kapal, : _________________________________
menghasilkan varnish, sutera, sulaman dan ukiran.
(e) Raja Mennes telah membuka Bandar Memphis yang kemudiannya menjadi ibu kota : _________________________________
kerajaan.
(f) Keruntuhan tamadun ini disebabkan oleh berlakunya gempa bumi dan banjir. : _________________________________
(g) Firaun telah memerintah kerajaan baharu yang telah membentuk pasukan tentera : _________________________________
yang kuat bagi mematahkan serangan orang luar.
(h) Negara-Kota Ur berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan. : _________________________________
18. Nyatakan nama seni bina Tamadun Rom yang sesuai dengan fungsinya.
(a) Bagi memastikan kesihatan dan kebersihan serta melambangkan kehidupan bertamadun. [_______________________________]
(b) Membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar. [_______________________________]
(c) Untuk menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakan tentera. [_______________________________]
(d) Gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan seni, pertunjukan [_______________________________]
dan gladiator.
(e) Tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom. [_______________________________]
(f) Tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar. [_______________________________]
[ LEMBAH LATIUM | PATRICIAN | SUNGAI TIBER | PLEBIAN | BERAJA | ARTISAN | PAX ROMANA | FALSAFAH ]