Anda di halaman 1dari 13

_________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

SEJARAH

KERTAS 1 (1249/1)

TINGKATAN EMPAT

1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

NAMA : __________________________________________

TINGKATAN :____________________

1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?
A. Kajian terhadap tinggalan petempatan manusia Zaman Prasejarah
B. Kajian terhadap tinggalan sejarah masyarakat lampau melalui kajian manuskrip
C. Kajian terhadap tinggalan artifak,ekofak dan feature masyarakat lampau secara
sistematik melalui proses cari gali
D. Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak, dan feature masyarakat lampau secara
sistematik melalui proses pemerhatian dan temu bual
2. Bandar-bandar memainkan peranan yang amat penting dalam proses perkembangan
sesebuah tamadun. Apakah fungsi bandar kepada tamadun awal?
I Pusat bahasa
II Pusat pertanian
III Pusat penyembahan
IV Pusat pertemuan masyarakat
A I dan II C II dan III
B I danIV D III dan IV

3. Gambar berikut merupakan ciptaan manusia dalam Tamadun Mesopotamia yang


menakjubkan.

Taman Tergantung Babylon


Apakah keistimewaan ciptaan tersebut?
A. Menggunakan teknologi tinggi
B. Memerlukan tenaga buruh ramai
C. Kaedah penanaman pokok yang unik
D. Teknik pembinaan menggunakan batu bata

4. Rajah berikut merujuk kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh Raja Hammurabi.
Kod Undang-Undang Hammurabi
 Terdiri daripada 282 undang-undang
2
 Dipahat pada tembok dan tiang besar

Apakah tujuan pembentukan kod undang-undang ini?


A. Mewujudkan perpaduan
B. Menetapkan struktur pentadbiran
C. Menggalakkan perdagangan
D. Melambangkan kebebasan rakyat

Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat
Tutankhamun II yang diselaputi emas.
5. Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
A. Upacara pemujaan semangat
B. Konsep kehidupan selepas mati
C. Percaya kepada kelahiran semula
D. Amalan penyembahan nenek moyang

6. Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba?


I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem kalendar
IV Tulisan hieroglif
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7. Bandar berikut merupakan bandar penting dalam Tamadun Indus.


 Mohenjo-Daro
 Harappa

Apakah kepentingan bandar tersebut?


A. Kota pertahanan
3
B. Bandar terancang
C. Pusat kebudayaan
D. Pelabuhan entrepot

8. Masyarakat Indus mengamalkan sifat terbuka. Apakah kesan daripada sifat tersebut?
A. Perluasan pengaruh
B. Pertukaran teknologi
C. Penyebaran agama Hindu
D. Perkembangan bidang penulisan

9. Mengapakah Dinasti Chou dapat menggantikan Dinasti Shang pada tahun 1050 S.M.?
A. Perebutan takhta
B. Kebangkitan hamba
C. Perbalahan pembesar
D. Perbezaan amalan budaya

10. Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada
masyarakat hari ini?
A. Mengatur strategi perniagaan
B. Menerangkan sistem pentadbiran
C. Menentukan bentuk hubungan luar
D. Membantu pelaksanaan peperiksaan awam

11. Jadual berikut berkaitan dengan tokoh yang melaksanakan dasar peluasan kuasa di
India.
Tokoh Tahun
Chandragupta Maurya 321 – 292 S.M.

Bagaimanakah beliau menjalankan dasar tersebut?


A. Melalui kekuatan tentera
B. Mendapat sokongan rakyat
C. Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
4
D. Mengukuhkan kuasa golongan bangsawan

12. Maklumat berikut merujuk kepada pemerintahan dalam tamadun China.


Shih Huang Ti
 Dilahirkan pada sekitar tahun 259 S.M
 Nama asalnya ialah Raja Chen
Apakah sumbangan Shih Huang Ti?
A. Mengasaskan Dinasti Chin
B. Mewujudkan pasukan polis rahsia
C. Memperkenalkan ajaran Taoisme
D. Mengamalkan pemerintahan republik

13. Negara berikut mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diwarisi daripada
Tamadun Yunani.

 Malaysia
 Indonesia
 Amerika Syarikat

Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?


A. Perdana Menteri mengetuai tentera
B. Rakyat diberi hak memilih pemimpin
C. Dewan senat meluluskan undang-undang
D. Ahli Dewan Perhimpunan dilantik oleh ketua Negara

14. Gambar berikut dengan simbol Yin dan Yang.

Apakah maksud simbol tersebut?


A. Mandat dari syurga
B. Pemujaan roh nenek moyang

5
C. Unsur alam yang saling melengkapi
D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku
15. Dalam Tamadun India aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat
sejak abad ketiga Sebelum Masihi. Apakah faktor perkembangan tersebut?
I Menjalin hubungan luar
II Melaksanakan dasar kewangan
III Menghapuskan sistem percukaian
IV Mengawal penubuhan persatuan perusahaan
A I dan II C II dan III
B I danIV D III dan IV
16. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Sukan Olimpik yang diadakan

di Yunani pada tahun 776 S.M.?

I. Menghormati tuhan Zeus


II. Dianjurkan empat tahun sekali
III. Persaingan antara negara kota
IV. Melibatkan hanya golongan bangsawan
A. I,II,dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

17. Apakah sistem pemerintahan yang diwarisi oleh Yunani?

A. Demokrasi

B. Teokrasi

C. Republik

D. Beraja

 Berbentuk kubah
 Siap semasa maharaja Flavian
 Tempat pertarungan pahlawan
18. Maklumat di atas merujuk kepada binaan.

A. Pantheon
B. Aqueduct
C. Acropolis
D. Colloseum

Nagarakertagama

HikayatPendawa Lima

19. Senarai di atas merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara.


6
Apakah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?

A.Dipengaruhi unsur India


B.Ditulis golongan pendeta
C.Diminati para bangsawan
D.Dijadikan dasar perundangan

20.Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?

 Sukan
 Seni berpidato
 Kesusasteraan
A.Menanam sikap keberanian
B.Melatih pemimpin berwibawa
C.melahirkan individu seimbang
D.Mengukuhkan semangat patriotism
21. Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan
Maritim

Saling bergantung antara satu sama lain

Apakan kesan hubungan tersebut kepada kerajaan agraria?


A.Menjadi kuasa laut yang unggul
B.Pesaing yang hebat
C.Pembekal sumber makanan
D.Menakluk kawasan berhampiran

22. Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman 1?
A.Penempatan kekal lebih banyak
B.Keperluan beras negara dipenuhi
C.Sistem pertanian pindah berkembang
D.Pergantungan pada hasil hutan berkurangan
23. Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?

 Konsep dewa-raja
 Konsep ordek osmos
A.Mempelbagai istiadat istana
B.Mengekalkan pentadbiran yang adil
C.Menggambarkan upacara keagamaan
7
D.Memperkukuh kedudukan pemerintah
24 Pada zaman pemerintahan Raja Indravarman 1, Kerajaan Angkor berjaya menghasilkan

beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.

Apakah faktor kerajaan tersebut?

A.Pembinaan baray
B.Kemasukan buruh luar
C.Penerokaan tanah baru
D.Pengenalan kaedah penggiliran tanaman
25. Sejak tahun 100 Masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah
berkembang. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India pada masa itu?

A.Pusat keagamaan

B.Pusat kesusasteraan

C.Pembekal tenaga buruh

D.Pembekal rempah ratus

26. Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?

A.Kekayaan hasil pertanian

B.Kekayaan hasil hutan

C.kemahiran membina kapal

D.Kebolehan membina terusan

27. Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan
awal di Asia Tenggara.

PELABUHAN PEMBEKAL PELABUHAN X PELABUHAN ENTREPOT

Pelabuhan X dalam rajah tersebut ialah

A.Pelabuhan bandar

B. Pelabuhan kerajaan

C. Pelabuhan nelayan

D.Pelabuhan bebas

28. Gambar berikut menunjukkan Angkor Wat di Kemboja.


8
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut ?

A.Sebagai pusat kegiatan perdagangan

B.Menjadi pusat pentadbiran

C.Lambang penguasaan alam semesta

D.Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

29. Raja Indravarman I (877 M.) telah membina sistem pengairan dan baray. Apakah yang
dimaksudkan dengan baray?

A Sungai kecil yang digali di sekeliling sawah padi


B Saluran paip yang digunakan untuk mengairi sawah padi
C Satu terusan air yang panjang untuk mengairi sawah padi
D Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik yang luas

30. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entrepot?

I Menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan pedalaman


II Mendapatkan bekalan hasil tempatan dan kawasan sekitarnya sahaja
III Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang
antarabangsa
IV Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada
pedagang lain
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

31 Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud

A berpuak-puak
9
B tidak bermoral
C berpindah-randah
D tidak mengetahui

32 Mengapakah Zaman Jahiliah juga dikenali sebagai zaman kegelapan?

I Menyembah berhala
II Tidak mempunyai nabi
III Mengamalkan animisme
IV Percaya kepada kitab sebelumnya
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

33 Zaman Jahiliah bermula selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak dan berakhir
hingga

A kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


B penerimaan Islam oleh masyarakat Makkah
C penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
D turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

34 Andaikan anda hidup dalam masyarakat Badwi, di kawasan manakah anda akan
tinggal?

I Gurun
II Pedalaman
III Pesisir pantai
IV Lembah sungai
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

35 Apakah bentuk perniagaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah?

A Melarang unsur penipuan


B Mengamalkan riba dan penindasan
C Menekankan konsep halal dan haram
D Menjual barangan dengan harga yang berpatutan
10
36 Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Ciri masyarakat Arab Jahiliah manakah yang
harus dielakkan oleh masyarakat kita?

A Assabiah
B Bersatu padu
C Saling membantu
D Saling menghormati

37

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai kewibawaan yang unggul


sebagai pemimpin.

Apakah bukti yang menyokong pernyataan di atas?

A Baginda berasal daripada keturunan pemimpin Makkah


B Berjaya membawa keuntungan lumayan dalam perniagaan
C Menyelesaikan pergaduhan dalam kalangan pedagang Arab di Makkah
D Menyelesaikan persengketaan kabilah Quraisy akibat peristiwa peletakan semula
Hajar Aswad

38 Bagaimanakah cara orang Arab Quraisy membuat penentangan terhadap Nabi


Muhammad s.a.w.?

I Melakukan pemulauan
II Mengejek melalui puisi
III Mengancam untuk membakar rumah Nabi Muhammad s.a.w.
IV Mengganggu semasa Nabi Muhammad s.a.w. sedang beribadat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39 Antara berikut faktor manakah yang membawa kepada penentangan orang Arab
Quraisy terhadap usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

I Islam menolak konsep assabiah


II Islam menghalang penyembahan berhala
III Islam mengamalkan konsep persamaan taraf
IV Islam memaksa penganut lain meninggalkan agama asal
A I, II dan III

11
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40 Mengapakah kebanyakan golongan penganut agama Islam pada peringkat awal terdiri
daripada golongan bawahan?

A Mudah dipengaruhi
B Dipaksa untuk menganut agama Islam
C Mahu melepaskan diri daripada cengkaman tuan mereka
D Tertarik dengan layanan sama rata kepada semua manusia

KERTAS SOALAN TAMAT

Jawapan
1. D
2. D
3. C
4. C
5. A
6. D
7. B
8. D
9. B
10. B
11. B
12
12. A
13. A
14. D
15. C
16. A
17. B
18. C
19. B
20. A
21. C
22. A
23. A
24. A
25. D
26. D
27. C
28. A
29. C
30. B
31. C
32. D
33. A
34. D
35. C
36. B
37. B
38. C
39. A
40. B

13

Anda mungkin juga menyukai