Anda di halaman 1dari 53

LATIHAN

• • •
SPM 2014

1. Mahenjo Daro-Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia.


Mengapakah masyarakat tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?
A Perluasan ajaran agama
B Sistem pemerintahan teokrasi
C Sumbangan golongan bangsawan
D Pertembungan dengan tamadun luar

SPMU 2014

2. Rajah 1 menunjukkan bandar dalam Tamadun Indus.

Mohenjo Daro
Tamadun
Indus Harappa
Rajah 1
Apakah keistimewaan kedua-dua bandar tersebut?
A Mempunyai pelbagai agama
B. Pembinaan secara terancang
C. Berfungsi sebagai pelabuhan
D. Pentadbiran diketuai pendeta

3. Gambar 1 berkaitan dengan tamadun awal di China.

Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut?


A Pengenalan sistem tulisan
B Peningkatan status masyarakat
C Pengenalan sistem perundangan
D Peralatan untuk berperang

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 | 1


SPM 2015

4.. Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam ?
A Kebebasan mengamalkan sebarang agama
B Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
C Kesejahteraan semua lapisan rakyat
D Ketinggian tatasusila masyarakat

5.. Masyarakat dalam Tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina bandar terancang
tertua di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

SPMU 2015
6.. Rajah 1 menerangkan pertembungan Tamadun Indus dengan tamadun awal yang lain.

Tamadun Tamadun Tamadun


Mesopotamia Indus Mesir Purba

Rajah 1
Apakah kesan pertembungan tersebut ?
A Kawasan pemerintahan meluas
B Bidang sastera berkembang
C Teknologi pertanian maju
D Bandar terancang dibina

7. Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja.
Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?
A Mengawal kawasan istana
B Menyerahkan hasil pertanian
C Menggubal undang-undang wilayah
D Memberikan bantuan ketenteraan

SPM 2016
8. Soalan 8 dan soalan 9 berdasarkan Peta 1

Peta 1 : Lokasi Tamadun Awal Dunia


Apakah Tamadun X dan Tamadun Y ?
A Hwang Ho dan Indus
B Mesir dan Hwang Ho
C Indus dan Mesopotamia
D Mesopotamia dan Mesir
9. Apakah nama sungai di Tamadun X dan sungai di Tamadun Y ?
A Sungai Kuning dan sungai Tigris
B Sungai Tigris dan Sungai Indus
C Sungai Nil dan Sungai Kuning
D Sungai Indus dan Sungai Nil

SPMU 2016

10. Gambar 1 adalah bangunan Ziggurat. .

Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut ?


A Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan
B Tempat menyimpan abu mayat bangsawan
C Kubu pertahanan dari serangan musuh
D Menjalankan upacara keagamaan

11. Kedua-dua Bandar berikut terdapat dalam tamadun Indus

Mohenjo Daro
Harrappa

Apakah faktor kemajuan bandar tersebut?


A Penambahan penduduk
B Penguasaan ilmu geometri
C Perubahan struktur organisasi
D Perkembangan sistem pengangkutan

SPMU 2017
12. Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur
tertentu. Apakah unsur-unsur tersebut?
A. Bandar dan seni
B Lahiriah dan falsafah
C Lahiriah dan rohaniah
D Bandar dan budaya

13. Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang.
Hal ini melambangkan
A kekayaan
B kepatuhan agama
C kekuasaan pemerintah
D kemahiran pengukir
SPM 2017

14. Apakah X ?

A Kemajuan sistem perhubungan


B Hubungan antara kerajaan
C Kehidupan berorganisasi
D Perkembangan ekonomi
15. Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.

Tamadun Lokasi
Mesopotamia Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Mesir Purba Lembah Sungai Nil
Indus Lembah Sungai Indus
Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah tertumpu ke lembah sungai?
I Mempunyai tanah yang subur
II Mengekalkan warisan tradisi
III. Mendapat mandat tuhan
IV. Memudahkan perhubungan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN

SPM 2014

1. Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han.
Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda
A. Memajukan pertanian
B. Memiliki tanah yang luas
C. Menyertai pasukan tentera tetap
D. Meningkatkan pencapaian pendidikan

TOKOH TAMADUN
Julius Ceasar Rom
Chandragupta Maurya India
2. Apakah sumbangan mereka terhadap perkembangan tamadun
A. Membentuk empayar pemerintahan
B. Memperkenalkan sistem monarki
C. Mengasaskan pentadbiran birokrasi
D. Melaksanakan sistem pemerintahan Republik

3. Athens merupakan negara kota dalam tamadun Yunani.


Apakah matlamat pendidikan di dalam kota tersebut?

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 | 9


A Melahirkan pegawai kerajaan berpendidikan
B Mewujudkan masyarakat yang celik huruf
C Membentuk waarganegara yang kuat
D Melahirkan manusia yang seimbang

SPMU 2014

4. Senarai berikut merujuk kepada persatuan yang ditubuhkan dalam tamadun dunia.

Persatuan tukang kayu


Persatuan tukang logam
Persatuan tukang kulit
Apakah peranan persatuan berikut?
A Melatih pekerja baharu
B Mengawal harga barang
C. Mengeluarkan mata wang
D. Menyediakan tempat berniaga

5. Tamadun Rom mewariskan sistem perundangan kepada dunia.


Apakah prinsip sistem perundangan tersebut?
A Mengutamakan amalan adat resam tempatan
B Memberi keutamaan terhadap ajaran agama
C Bentuk hukuman berbeza mengikut kelas
D Hukuman berasaskan bukti yang kukuh

SPM 2015

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 |


6. Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.
Mengapakah bidang tersebut penting ?
A Memudahkan mobiliti sosial
B Membina watak kepimpinan
C Melahirkan rakyat yang seimbang
D Memperkukuhkan jati diri masyarakat

7. Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?


A Penggunaan gelaran maharaja
B Perlantikan golongan Ksyatria
C Pengamalan upacara keagamaan
D Pengiktirafan golongan Brahmin
SPMU 2015

8. Senarai di bawah merujuk kepada negara kota dalam Tamadun Yunani.

Corinth
Athens
Mengapakah negara kota tersebut memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan?
A Ramai tenaga mahir tempatan
B Kekayaan sumber bahan mentah
C Ketidaksesuaian tanah untuk pertanian
D Kekurangan punca air untuk pertanian

9. Golongan Helot dalam kelas sosial masyarakat Sparta merujuk kepada


A pengusaha tanah
B golongan hamba
C angkatan tentera
D ahli agama
SPM 2016

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 | 10


10. Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera.
Mengapakah syarat tersebut ditetapkan dalam tamadun Rom ?
I Menghapuskan golongan penentang
II Memudahkan penyebaran agama
III Memastikan ketua negara kuat

IV Memilih pemimpin berwibawa


A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11. Pasangan manakah yang betul tentang masyarakat Athens dan masyarakat Sparta dalam tamadun Yunani?
MASYARAKAT ATHENS MASYARAKAT SPARTA
A mementingkan kerohanian mementingkan peperangan
B mengamalkan pertanian pindah mengamalkan tanaman bergilir
C mengutamakan pendidikan seimbang mengutamakan latihan ketenteraan
D melaksanakan falsafah legalisme melaksanakan kepimpinan melalui teladan
SPMU 2016

12. Rajah 1 menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di Yunani

Aristokrasi Tirani

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?


A Pembubaran Dewan Perhimpunan
B Campur tangan kuasa asing
C Penubuhan Dewan Senat
D Desakan dari rakyat

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 | 11


13. Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan
pada masa kini ?
A Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan
B Golongan agama menjadi penasihat pemerintah
C Pilihan raya diadakan setiap lima tahun
D Raja menjadi ketua pentadbir negara

SPMU 2017

14. Maklumat berikut berkaitan dengan Tiang Asoka.

TIANG ASOKA

Mengandungi titah raja

Mengapakah tiang tersebut diletak di tepi jalan?


A Memudahkan rakyat membaca
B. Mempamerkan ketinggian seni
C. Melambangkan kemahiran penduduk
D. Membuktikan kemasyhuran pemimpin

15. Sresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India.


Apakah matlamat penubuhan Sresthin tersebut?
A Melahirkan pekerja mahir
B Mengawal kadar gaji pekerja
C Menjaga kepentingan majikan
D Menetapkan had masa bekerja

SPM 2017

16. Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan ?


A Mengukuhkan kedudukan politik
B Memperkuat anggota tentera
C Memajukan bidang ekonomi
D Melahirkan rakyat yang seimbang
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

SPM 2014

1. Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?
A Kegiatan pertanian berkembang maju
B Kerajaan asing memberi bantuan
C Pusat latihan kelautan ditubuhkan
D Mahir dalam pembinaan kapal

2. Rajah di bawah merujuk kepada Kerajaan Funan.

Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim


Mengapakah perubahan di atas berlaku?
A Kekuatan tentera
B Perluasan empayar
C Kemajuan pelabuhan
D Pertambahan penduduk
SPMU 2014

3. Senarai berikut adalah pelabuhan awal di AsiaTenggara.

Jenderam Hilir
Kuala Berang
Kuala Selinsing

Apakah jenis pelabuhan tersebut?


A. Pelabuhan bebas
B. Pelabuhan tempatan
C. Pelabuhan pembekal
D. Pelabuhan Kerajaan

Soalan SPM Kertas 1 2014-2017 | 13


4. Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya menjadi sebuah kerajaan maritim yang terulung
di Asia Tenggara?
A Sumber asli diterokai
B Bekalan buruh ramai
C Angkatan tentera kuat
D Sistem pengairan moden
SPM 2015
.

der Kosmos

5. Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.

DewaRaja
Orde Kosmos

Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja ?


A Mengekalkan pemerintahan yang adil
B Memantapkan adat istiadat di istana
C Mempelbagai upacara keagamaan
D Memantapkan kuasa pemerintahan

6. Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah.


Apakah kepentingan gunung Jerai tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua ?
A Memudahkan kedatangan pedagang
B Simbol penguasaan alam semesta
C Lambang kekuatan pemerintah
D Benteng pertahanan negeri

SPMU 2015

Tembikar Qing Pai


Pelita tembaga
Manik
7. Senarai berikut adalah artifak yang ditemui di lokasi kerajaan Kedah Tua.
Penemuan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua
A menjadi pusat penyebaran agama
B mengutamakan pengkhususan pekerjaan
C sebagai pusat pembuatan barang hiasan
D merupakan sebuah pelabuhan entrepot

8. Raja Indravarman I telah berjaya meningkatkan produktiviti pertanian di Angkor.


Apakah faktor kejayaan tersebut?
A Penerokaan tanah baharu
B Bekalan tenaga buruh luar
C Keberkesanan sistem pengairan
D Pelaksanaan sistem tanaman bergilir

SPM 2016
9. Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ?
A Mengetuai upacara keagamaan
B. Menguruskan perbendaharaan
C. Menjaga keamanan
D. Mentadbir wilayah
10. Bagaimanakah kerajaan agraria memajukan ekonomi ?
A Memastikan tenaga buruh mencukupi
B Mengemaskini sistem kutipan cukai
C Menaik taraf kemudahan pelabuhan
D Memantapkan sistem pengairan

SPMU 2016

11. Apakah faktor kemajuan kerajaan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Asia Tenggara
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi ?
A. Hasil galian banyak
B. Tenaga kerja cekap
C. Kadar cukai rendah
D. Tentera laut kuat

12. Mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria?


A Mendapat bekalan makanan
B Memperkuat sistem pertahanan
C Meningkatkan kutipan cukai
D Memperluas kawasan taklukan

SPMU 2017

Angkor
Srivijaya

13. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia


Tenggara.
Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?
A Mengutamakan pendidikan golongan bangsawan
B Menerima pertuanan China
C Menerima pengaruh Hindu-Buddha
D Menjalin perdagangan dengan Funan
14. Bagaimanakah pemerintah kerajaan Agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?
A Membina sistem pengairan
B Membawa masuk tenaga buruh
C Menaik taraf kemudahan pelabuhan
D Memperkenal kaedah penggiliran tanaman
SPM 2017

15. Rajah 2 berkaitan dengan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara


Agraria
Kerajaan Awal
di Asia Tenggara Maritim

Apakah perkara yang membezakan kedua-dua bentuk kerajaan tersebut ?


I Kegiatan ekonomi
II. Lokasi kerajaan
III. Anutan agama
IV. Sistem pemerintahan
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

16. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.


Srivijaya
Kedah Tua

Kerajaan tersebut berkembang kerana


A. banyak bekalan hasil pertanian
B. mendapat perlindungan kuasa asing
C. terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan
D. terletak di kawasan pedalaman yang subur
BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

SPMU 2014
1. Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di
Makkah semakin meningkat.
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?
A Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
B. Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
C. Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
D. Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

SPMU 2015
2. Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah
supaya menyebarkan Islam.

Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?


A Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah
B Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
C Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy
D Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

SPM 2016

3. Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah

Amir bin Rabah


Amir bin Fuhairah

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam ?


A Persamaan taraf
B Perubahan status
C Desakan keluarga
D Kebebasan beragama
SPMU 2016

4.. Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak
perempuan
A Harta tergadai
B Hilang jawatan
C Maruah tercabar
D Keluarga terancam

5. Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah
larangan
A mendekati orang ramai
B menjalin hubungan luar
C memasuki kota Makkah
D menjalankan perniagaan

SPMU 2017

6. Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana
I kepercayaan
II persamaan taraf
III menghormati tetamu
IV mentaati pemimpin

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


SPM 2017

7. Mengapakah masyrakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?
A. Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai
B. Mengamalkan penyembahan berhala
C. Hidup berpecah belah
D. Tidak jujur dalam perniagaan

8. Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah ?
Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut ?
A Menjalin hubungan diplomatik
B Mengelakkan penindasan
C. Mengadakan rundingan damai
D. Memenuhi jemputan pemerintah
BAB 5 : KERAJAN ISLAM MADINAH

SPM 2014

TAHUN PERISTIWA
630 masihi Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah

1. Apakah kesan peristiwa di atas?


A. Kota Makkah dikuasai Islam
B. Sistem Kabilah dimansuhkan
C. Urusan perdagangan terjejas
D. Penduduk Madinah berhijrah

2. Bagaimanakah kedudukan Yahudi dalam perlembagaan Madinah?


A. Memimpin angkatan tentera
B. Menjadi pentadbir wilayah
C. Diberi pengecualian cukai
D. Diiktiraf sebagai rakyat

3. Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?
A. Menyatukan wilayah
B. Menyusun perlembagaan
C. Mengadakan rundingan damai
D. Meminta bantuan orang Badwi

SPMU 2014
4. Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam?
I. Keluasan wilayah
II. Ketiadaan ajaran agama
III. Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
IV. Perbalahan antara suku
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
5. Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab
Madinah.

Tahun Peristiwa
Perjanjian Aqabah Pertama ditandatangani antara Nabi Muhammad
621 Masihi SAW dengan suku Aus dan Khazraj.

Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?


I Memutuskan hubungan dengan Yahudi
II Rasulullah menjadi ketua negara
III Beriman kepada Allah dan rasul
IV Membantu dalam perjuangan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SPM 2015

6. Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?

Menyediakan tempat tinggal


Menjanjikan keselamatan
Kesediaan mempertahankan Islam

A Perjanjian Hudaibiyah
B Perjanjian Aqabah
C. Baiah al-Ridwan
D. Majlis Tahkim
7. Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W.
Menerima Singgah di Sampai di
wahyu Quba’ Madinah

Apakah X?
A Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah
B Sepakat membina masjid al-Nabawi
C Muafakat dengan golongan Ansar
D Bersembunyi di Gua Thur

SPMU 2015
8. Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
A Kawalan keselamatan
B Menjadi penunjuk jalan
C Menyiasat pergerakan musuh
D Membekal barang keperluan

9. Maklumat berikut berkaitan dengan pembukaan semula kota Makkah. ]


TAHUN PERISTIWA
630 Masihi Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?
A Penerusan sistem kabilah
B Membasmi kemiskinan
C. Memperkukuh negara
D. Pertambahan penduduk
SPM 2016

10. Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
Menjalin hubungan persaudaraan
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut
menjadi kenyataan ?
A Melantik gabenor sebagai pentadbir
B Menyatukan wilayah-wilayah kecil
C Menubuhkan pasukan tentera tetap
D Menggubal perlembagaan negara

11. Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah ?
A Pembebasan golongan hamba
B Pemulauan keluarga Bani Hashim
C Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
D Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

SPMU 2016
12. Jadual 1 berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam
Tarikh Peristiwa
1 Rabiulawal Penghijrahan orang Islam
( 12 September 622 Masihi ) Makkah ke Madinah

Apakah kepentingan peristiwa Hijrah tersebut ?


I Persaudaraan ummah diperkukuh
II Kerajaan yang adil dibentuk
III Perang saudara tamat
IV Struktur masyarakat berubah

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


13. Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah ?
A Penyeksaan terhadap golongan hamba
B Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
C Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
D Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj
SPM U 2017

14. Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW
bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah.
Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?
A Memberi peringatan
B Menjelaskan tujuan kedatangan
C Membuat rundingan kedamaian
D Meninjau kekuatan tentera musuh

Gambar 1 menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

15. Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati


A perjuangan umat Islam
B turunnya wahyu pertama
C pembukaan semula kota Makkah
D kelahiran Nabi Muhammad SAW
SPM 2017

16. Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaanMadinah.

Mendapat hak yang sama


Jaminan keselamatan
Hak Yahudi tersebut terjamin selagi mereka
A terlibat dalam pentadbiran negara
B berkhidmat sebagai tentera
C mematuhi prinsip piagam
D menghormati ajaran Islam
BAB 6 : KEMUNCULAN KERAJAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

SPM 2014

1. Tokoh di bawah membantu mengukuhkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


Khalid Bin Al-Walid
Usamah Bin Zaid

Apakah bantuan yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut?


A Mengubal undang-undang
B Mengatasi ancaman luar
C Memperkukuhkan pendidikan
D Mempelbagaikan kegiatan pertanian

2. Tokoh Keterangan
Ibn Battuta Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejahrawan hingga kini

Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan hingga kini?


A Ketepatan fakta
B Keunikan ilustrasi
C Keindahan bahasa
D Kepelbagaian teknik

3. Antara berikut , yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?
I Memerangi golongan al-Riddah
II Memperkenalkan pelbagai cukai
III Menubuhkan Jabatan Kehakiman
IV Menyelesaikan perpecahan umat Islam

A I dan II B. I dan III C. III dan IV D. I dan IV


SPMU 2014

4. Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk


A mengukuhkan pertahanan laut
B mengawal keselamatan khalifah
C. mengumpul rekod baitulmal
D. mengurus pelantikan wazir

5. Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?
A Menghantar ekspedisi perang
B Mengutus utusan damai
C Mendapatkan bantuan luar
D Memperkuat angkatan laut
SPM 2015

6. Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam ?


A Semangat jihad dipupuk
B Armada laut diperkukuhkan
C Perkahwinan politik digalakkan
D Perjanjian dengan pemimpin tempatan

7. Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan ?
A Mewujudkan peraturan yang tegas
B Memberikan gaji setiap bulan
C Melantik pegawai risikan
D Membuat pemantauan
SPMU 2015

8 Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam.

Musyawarah
Syura
Baiah

Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara?


I Melahirkan pemimpin berwibawa
II Memperkukuh sistem berkuasa mutlak
III Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah
IV Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian
untuk memeluk Islam.
Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?
A Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
B Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan
C Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah
D Menjamin kemuliaan keturunan
SPM 2016

10. Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran.
Apakah bahagian tersebut ?
I Cukai
II Surat menyurat
III Perdagangan
IV Kehakiman
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11. Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam ?


Khalid bin Al-Walid
Usamah bin Zaid

A Menjadi panglima angkatan tentera


B Mengembangkan pengajaran Al-Quran
C Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu
D Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi
SPMU 2016

12. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis

Ibn al- Nafis ( 1210 -1288 ) adalah seorang doktor Arab yang banyak menyumbang
kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam
perundangan, politik dan kajian anatomi.
Sumber : http://www.ncbi..nlm.nih.gov/pubmed/18481505
Apakah sumbangan beliau?
A Menulis ensiklopedia undang-undang
B Membuka pusat pengajian akademik
C Membetulkan teori peredaran darah
D Menubuhkan hospital pesakit kusta

13. Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab memajukan bidang pertanian ?


A Mengeksport lebihan hasil
B Membina sistem pengairan
C Memperkenalkan penggunaan batas
D Melaksanakan sistem penggiliran
SPMU 2017

14. Tokoh ilmuwan Islam yang manakah telah memberikan sumbangan dalam bidang matematik?
A Ibn Jarih
B Al-Khawarizmi
C Wasil bin Ata
D Malik bin al-Harith
15. Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang pendidikan?
I memperkenalkan sistem madrasah
II menubuhkan akademi pelayaran
III menubuhkan institut pertanian
IV membina kolej perubatan
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SPM 2017

16. Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam
keselamatan kerajaan Islam Madinah.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?
A Mengambil tindakan ketenteraan
B Menamatkan hubungan diplomatik
C. Menghantar bayaran ufti setiap tahun
D. Menandatangani perjanjian persahabatan

17. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

Empangan Abu Musa di Basyrah


Terusan Amirul Mukminin di Mesir

Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut ?


A. Membekalkan air bersih
B. Mengelakkan banjir berlaku
C. Meningkatkan produk pertanian
D. Meningkatkan kegiatan perdagangan

18. Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
Khulafa al-Rasyidin Kerajaan Bani Umaiyah

Melalui musyawarah atau syura x

Apakah X ?
A. Secara warisan
B. Pemilihan rakyat
C. Keputusan majlis tahkim
D. Cadangan khalifah terdahulu
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

SPM 2014

1. Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah sekitar seperti Kepulauan Suku dan
Mindanao
A Pendidikan dipergiat
B Perdagangan diperluas
C Kekuatan empayar dipertingkat
D Hubungan dengan China diperkukuh

2. Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?


A Pengaruh Islam
B Bantuan tentera asing
C Kepadatan penduduk
D Kekayaan hasil bumi
SPMU 2014

3. Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh.
Apakah fungsi institusi tersebut?
A. Menjaga perbendaharaan negara
B. Menguruskan adat istiadat istana
C. Menyeragamkan sistem pentadbiran
D. Mengawal pelaksanaan undang-undang

4. Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas
di Asia Tenggara.
Mengapakah ulama Islam bertindak demikian?
A. Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah
B. Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah
C. Menghormati kuasa mutlak pemerintah
D. Melindungi kepentingan pemerintah
SPM 2015

5. Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem


pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam .

SEBELUM ISLAM SELEPAS ISLAM


BERAJA x
Apakah X?
A Kesultanan
B Demokrasi
C Aristokrasi
D Republik

6. Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut ?

John Crawford
Snouck Hurgronje

Emanuel Gadinho Eredia

A Melaksanakan pentadbiran Barat


B Memperkenalkan ilmu matematik
C Menterjemahkan karya falsafah Arab
D Membincangkan teori kedatangan Islam
SPMU 2015

7. Senarai berikut adalah hasil karya sastera tempatan di Asia Tenggara.

Hikayat Acheh
Hikayat Raja-Raja Pasai
Hikayat Merong Mahawangsa
Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya tersebut?
A Peraturan di istana
B Sistem perlantikan raja
C Pengurusan perdagangan
D Cara penyebaran Islam
SPM 2016

8. Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan
dengan Iskandar Zulkarnain ?
A Mengelakkan perpecahan rakyat
B Memperkukuh hubungan perdagangan
C Meningkatkan kewibawaan pemerintah
D Mengekalkan amalan adat tradisional

9. Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara.

SULTAN KERAJAAN
Malik Al-Zahir Samudera-Pasai
Ali Mughayat Acheh
Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?
A Menerapkan unsur Islam
B Melantik ulama mentadbir wilayah
C Mewujudkan angkatan tentera bergaji
D Mengehadkan kuasa golongan bangsawan
10. Bagaimanakah tokoh berikut membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?

TUN PERAK

A Menggalakkan pembinaan madrasah


B Mengislamkan golongan bangsawan
C Melaksanakan perluasan kuasa
D Menggalakkan penulisan kitab
SPMU 2016

11. Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Islam dari Semenanjung Tanah Arab


Islam dari China
Islam dari India
Mengapakah pakar sejarah fokus wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan Islam
I Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara
II Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara
III Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin
IV Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara

A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I dan IV
12. Mengapakah Sultan Mansur Shah ( Melaka) menghantar kitab al-dur al-Manzum ke Sumatera –Pasai ?
A Untuk dibahaskan
B Untuk diterjemahkan
C Sebagai lambang kedaulatan
D Sebagai hadiah perkahwinan

13. Karya sastera manakah yang dibacakan kepada tentera Melaka ketika serangan Portugis ?
A Hikayat Amir Hamzah
B Hikayat Nabi Bercukur
C Hikayat Nur Muhammad
D Hikayat Merong Mahawangsa

14. Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara.


SULTAN KERAJAAN
Malik Al-Zahir Samudera-Pasai
Ali Mughayat Syah Acheh
Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?
A Menerapkan unsur Islam
B Melantik ulama mentadbir wilayah
C Mewujudkan angkatan tentera bergaji
D Mengehadkan kuasa golongan bangsawan
SPMU 2017

15. Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain ?
A Mengelakkan perpecahan rakyat
B Memperkukuh hubungan perdagangan
C Meningkatkan kewibawaan pemerintah
D Mengekalkan amalan adat tradisional
SPM 2017
16. Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Negeri Cara pengislaman pemerintah

Pattani Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said

Pasai Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail

Jadual 3
Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ?
A. Mengharapkan anugerah
B. Menguasai kerajaan
C. Menarik perhatian rakyat
D. Menyekat pengaruh agama lain

17. Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut ?

A. Cekap dalam pentadbiran


B. Mengamalkan sifat jujur
C. Mahir dalam perniagaan
D. Setia kepada bangsawan
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

SPM 2014

1. Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran di bawah setelah kedatangan Islam.

Zillullah fil-alam
Zillullah fil-ardh
Mengapakah gelaran tersebut digunakan?
A. Melambangkan kemakmuran kerajaan
B. Mengekalkan warisan tradisi
C. Mengesahkan kewibawaan
D. Memelihara hak penduduk

2. Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.

Peta 2
Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?
A Pengaruh agama Islam
B Bantuan tentera asing
C Kepadatan penduduk
D Kekayaan hasil bumi

3. Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-I6?
A. Mengetuai protokol di istana
B. Mengawal keamanan dalam negeri
C. Mentadbir kemudahan di pelabuhan
D Menjaga keselamatan kawasan perairan
SPMU 2014

4. Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu.


Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?
I Dilaksanakan secara kelas
II Waktu pembelajaran terhad
III Keperluan asas disediakan pelajar
IV Pendidikan diawasi mudir
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SPM 2015

5. Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu.


Burung Tumbuh - tumbuhan
Ayam Bunga - bungaan

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?


A. Pengaruh ajaran Islam
B. Pengaruh Hindu-Buddha
C. Pengaruh kepercayaan animisme
D. Pengaruh sistem adat tradisional

6. Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu ?

Tuk Pulai Chondong


Tok Ku Paloh

A. Melancarkan sistem madrasah


B. Menyeragamkan sukatan pelajaran
C. Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
D. Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
SPMU 2015

7. Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?
A Pengukuhan hubungan luar
B Kemantapan undang-undang
C Keberkesanan sistem pentadbiran
D Pengiktirafan kewibawaan pemerintah

8. Senarai berikut adalah tokoh ulama penting pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Maulana Sadar Jahan


Maulana Jalaludin
Qadi Yusuf
Mengapakah tokoh ulama tersebut dianggap penting?
A Penasihat sultan
B Hakim perbicaraan
C Pengurus baitulmal
D Penggubal undang-undang

9. Rajah 2 berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka

HUKUM KANUN
UNDANG-UNDANG MELAKA
KESULTANAN MELAKA UNDANG-UNDANG
LAUT MELAKA

Apakah persamaan undang-undang tersebut?


A Mengandungi peraturan berkeluarga
B Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat
C Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
D Menetapkan tugas raja dan pembesar
SPM 2016

10. Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut ?
A Pelantikan ketua adat
B Keturunan sebelah bapa
C Perkahwinan sesama suku
D Anak perempuan mewarisi harta
SPMU 2016

11. Pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberi perhatian terhadap perkembangan
ilmu pengetahuan.
Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan tersebut ?
A Perubahan pucuk pimpinan
B Peningkatan taraf hidup rakyat
C Kemunculan kelas pertengahan
D Kedatangan ulama dari luar negara

SPMU 2017

12. Rajah 1 menunjukkan undang-undang kerajaan Melayu.

UNDANG-UNDANG KERAJAAN MELAYU


Undang-Undang Pahang
Undang-Undang Kedah
Undang-Undang Perak

Mengapakah undang-undang tersebut digubal?


A Menyekat monopoli pedagang asing
B Mengekalkan kuasa di tangan rakyat
C Meningkatkan kecekapan pentadbiran
D Menjamin keseragaman sistem kewangan
13. Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?
I Kesalahan jenayah
II Tatacara peperangan
III Hubungan diplomatik
IV Bidang tugas pemerintah

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SPM 2017

14. Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu
tradisonal.
Bagaimanakah konsep daulat tersebut diperkukuh ?
A. Melalui pendidikan formal
B. Menggunakan kekuatan tentera
C. Memantapkan adat istiadat
D. Menjalin hubungan luar

15. Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem
pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Makhdum Sayid Abdul Aziz


Maulana Abu Bakar

Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan


Kesultanan Melayu Melaka?

A. Menjadi penasihat raja


B. Mengurus kegiatan ekonomi
C. Menjadi utusan ke luar negeri
D. Menggubal peraturan rasmi istana
BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

SPM 2014

1. Mengapakah gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada zaman Gelap?
A Memilik banyak tanah
B Berhak mengutip cukai
C Mendapat sokongan petani
D Bergiat dalam perdagangan

2. Rajah di bawah merujuk pada perubahan sumber tenaga kepada TENAGA X di Eropah pada abad
ke- 18.

Tenaga Manusia
Tenaga Binatang Tenaga X

Tenaga Air

Apakah Tenaga X?
A Wap
B Gasolin
C Elektrik
D Matahari
SPMU 2014
3. Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19.
Mengapakah gerakan tersebut muncul?
A. Menentang penggunaan mesin
B. Menentang penggunaan buruh wanita
C Membantah pengurangan masa bekerja
D Membantah penubuhan persatuan pekerja

SPM 2015

4. Akta Antipenggabungan ( Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal
Revolusi Perindustrian.
Akta tersebut menyebabkan
A Buruh asing dilarang bekerja
B Gaji pekerja tidak meningkat
C Harga barang berkurangan
D Wanita dilarang bekerja di kilang

SPMU 2015

5. Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan berikut dalam misi penjajahan mereka ke Timur?

The white men’s burden ( beban orang putih )


Mission civilisatrice ( menyebarkan tamadun )

A Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain


B Memajukan kehidupan masyarakat peribumi
C Mengekalkan pemerintahan tempatan
D Mengelakkan perlumbaan senjata
6. Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.
Apakah peranan golongan Patron tersebut?

A Menyebarkan agama
B Menjelajah ke kawasan luar
C Menganggotai pasukan tentera
D Menaungi golongan pelukis

SPM 2016

7. Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah ?


I Sistem feudal runtuh
II Kerajaan pusat lemah
III Ilmu pengetahuan terhad
IV Institusi agama merosot

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SPMU 2017

“Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat


telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang”.

8. Pernyataan berikut berkaitan dengan perubahan di Eropah pada abad ke-18.


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A Kemasukan buruh luar
B. Kemajuan kemudahan asas
C. Perkembangan bidang pertanian
D. Perkembangan sektor perindustrian
9. Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18.
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?
A Membekalkan tenaga mahir
B. Menyediakan kawasan
C. Membekalkan modal
D. Menyediakan kemudahan asas

SPM 2017

10. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.
Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?
A. Mengamalkan sistem perhambaan
B Mementingkan keperluan akhirat
C. Mengenakan cukai yang tinggi
D Mendukung sistem monarki

11. Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah?


A. Melindungi para petani
B. Mentadbir wilayah takluk
C. Mengetuai aktiviti gereja
D. Menaungi para seniman
BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

SPM 2014

1. Pada 1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu.


Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut?
A Melahirkan tenaga mahir
B Menyatukan pelbagai kaum
C Membanteras ancaman komunis
D Mengurangkan kemasukan imigran

2. NEGERI MATA WANG


Kelantan Dinar Emas
Pahang Jongkong Tumpang
Terengganu Kupang Emas

Mengapakah penggunaan mata wang di atas semakin pupus menjelang abad ke-19?
A Kekurangan logam
B Kelembapan ekonomi
C Pengenalan wang kertas
D Penggunaan syiling emas

3. Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Eropah yang melabur di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Sime Darby
Guthrie
Harrisons and Crosfield

Syarikat tersebut melabur dalam perusahaan


A komunikasi
B. perladangan
C. pengangkutan
D. perlombongan
4. Jadual 1 berkaitan dengan enakmen yang diwartakan oleh British di Tanah Melayu.
TAHUN ENAKMEN

1920 Enakmen Pendaftaran Sekolah

Mengapakah enakmen tersebut diwartakan?


A Membentuk masyarakat yang bersatu padu
B Menyeragamkan kurikulum pelajaran
C Menghapuskan pengaruh pengganas komunis
D Mengehadkan kemasukan guru dari luar negara

SPMU 2014

5. Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19.

Sistem Kontrak
Sistem Kangani
Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran?
A. Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
B. Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
C Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
D Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

6. Graf 1 menunjukkan kadar pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu oleh pemodal Eropah dan pemodal China.
Graf 1
Mengapakah pengeluaran pemodal Eropah meningkat selepas tahun 1926?
A Pelaburan orang Cina berkurangan
B Penggunaan teknologi moden
C. Kawalan harga oleh kuasa Eropah
D. Sokongan daripada pembesar Melayu

7. Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun
1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?
A. Penetapan harga yang tinggi
B. Pemindahan hak milik secara warisan
C Peningkatan kadar bayaran sewaan
D Penghapusan cukai tahunan

SPM 2015

8. Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A. Menguasai kumpulan kongsi gelap
B. Mendapat bantuan pembesar tempatan
C. Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan
D. Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan
9. Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.

TAHUN DASAR BRITISH

1920 Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan


Jadual 1

Mengapakah dasar Rancangan Sekatan Stevenson tersebut diperkenalkan?


A. Menstabilkan harga
B. Mengurangkan import
C. Meningkatkan pengeluaran
D. Menyekat kegiatan orang tengah

SPMU 2015
10. Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A Peruntukan kewangan terhad
B Sukatan pelajaran berbeza
C Tenaga pengajar kurang
D Kemudahan asas terhad

SPMU 2016
11. Mengapakah undang – undang Enakment Pendaftaran Sekolah 1920 berikut dilaksanakan di Tanah Melayu ?

Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920

A. Menyebarkan ajaran agama


B. Membasmi pengaruh komunis
C. Menyekat kemasukan imigran
D. Mewajibkan pendidikan vernakular
12. Jadual 2 menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

TAHUN NILAI EKSPORT ( DALAM POUND STERLING )


1932 9 077 000
1933 14 253 000
1934 32 557 000

Mengapakah peningkatan nilai eksport tersebut berlaku ?


A Kemunculan teknologi moden
B Kerjasama negara pengeluar
C Permintaan dunia bertambah
D Penglibatan pekebun kecil
SPM 2016
.

13. Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922.
Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah?
A Pengeluaran getah dihadkan
B Peningkatan mutu getah asli
C Penggunaan getah dipelbagai
D Penawaran getah tiruan dilarang
SPMU 2017

14. Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Eropah yang melabur di Tanah Melayu pada awal abad ke- 20.
Sime Darby
Guthrie
Harrisons and Crosfield

Syarikat tersebut melabur dalam perusahaan


A komunikasi
B. perladangan
C. pengangkutan
D. perlombongan
16. Jadual 1 berkaitan dengan enakmen yang diwartakan oleh British di Tanah Melayu.

TAHUN ENAKMEN
1920 Enakmen Pendaftaran Sekolah

Jadual 1
Mengapakah enakmen tersebut diwartakan?
A Membentuk masyarakat yang bersatu padu
B Menyeragamkan kurikulum pelajaran
C. Menghapuskan pengaruh pengganas komunis
D. Mengehadkan kemasukan guru dari luar negara

SPM 2017

17. Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19

Sistem kontrak
Sistem kangani

Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan ?


A. Penindasan terhadap buruh berleluasa
B. Pengurangan hasil perlombongan
C. Kemelesetan ekonomi dunia
D. Ketidakseimbangan antara kaum berlaku
BAB 1 BAB 6

1 D 6 D 11 B 16 1 B 6 B 11 A 16 A
2 B 7 D 12 B 17 2 A 7 B 12 C 17 C
3 A 8 B 13 A 18 3 D 8 B 13 B 18 A
4 D 9 C 14 C 19 4 B 9 A 14 B 19
5 A 10 D 15 B 20 5 A 10 A 15 B 20
BAB 2 BAB 7

1 D 6 C 11 C 16 D 1 B 6 D 11 B 16 D
2 A 7 C 12 D 17 2 A 7 D 12 B 17 B
3 D 8 C 13 A 18 3 A 8 C 13 A 18
4 B 9 A 14 A 19 4 B 9 A 14 A 19
5 D 10 C 15 B 20 5 A 10 C 15 C 20
BAB 3 BAB 8

1 D 6 A 11 D 16 C 1 C 6 C 11 D 16
2 C 7 A 12 A 17 2 A 7 D 12 C 17
3 C 8 C 13 C 18 3 D 8 A 13 B 18
4 C 9 C 14 A 19 4 B 9 D 14 C 19
5 D 10 D 15 A 20 5 A 10 D 15 A 20
BAB 4 BAB 9

1 A 6 A 11 16 1 A 6 D 11 A 16
2 D 7 C 12 17 2 A 7 C 12 17
3 A 8 B 13 18 3 A 8 D 13 18
4 C 9 14 19 4 B 9 C 14 19
5 D 10 15 20 5 A 10 B 15 20
BAB5 BAB 10

1 A 6 B 11 C 16 C 1 C 6 B 11 B 16 C
2 D 7 D 12 A 17 2 C 7 B 12 C 17 A
3 B 8 B 13 B 18 3 B 8 D 13 A 18
4 D 9 C 14 B 19 4 C 9 A 14 B 19
5 D 10 D 15 A 20 5 C 10 B 15 C 20

Anda mungkin juga menyukai