Anda di halaman 1dari 9

UJIAN 1 SEJARAH TINGKATAN 4

NAMA : ___________________________________ Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B , C dan D. Bagi setiap soalan, pilih SATU jawapan sahaja. 1. Mengapakah wujudnya sistem barter pada Zaman Neolitik? A. Keupayaan berfikir B. Keupayaan meleburkan logam C. Keupayaan menwujudkan petempatan kekal D. Keupayaan menghasilkan makanan melebihi keperluan 2. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab. Apakah perkataan tersebut? A. Mudun B. Midain C. Lahiriah D. Rohaniah 3. Mengapakah golongan rakyat biasa penting bagi sesuatu tamadun? A. Pembayar cukai B. Pekerja di istana C. Korban upacara agama D. Tunjang aktiviti ekonomi
1

4. Seseorang pemimpin atau raja dalam tamadun awal manusia selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan. Apakah tujuan mereka berbuat demikian? A. Mendapat tanah B. Menerima hadiah C. Mendapat pengiktirafan D. Menguasai pasukan tentera 5. Dalam aktiviti perdagangan, masyarakat tamadun awal menggunakan sistem barter. Apakah perkara yang menjadi faktor kewujudan sistem barter? A. Petempatan kekal B. Perpindahan penduduk C. Pengkhususan pekerjaan D. Perjanjian dengan pembesar 6. Apakah persamaan antara senarai berikut? Hieroglif Cuneiform

A. Sistem bahasa B. Sistem tulisan C. Kepercayaan awal D. Kesenian manusia 7. Agama tamadun awal manusia dikenali sebagai politeisme? Apakah makna politeisme? A. Pemujaan roh B. Pemujaan terhadap kuasa ghaib C. Penyembahan nenek moyang D. Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan
2

8. Manusia pada tamadun awal akan memilih kawasan yang sesuai dan memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Apakah kawasan yang mereka pilih? A. Gua B. Bukit C. Pedalaman D. Lembah sungai 9. Perkataan Mesopotamia berasal maknanya? A. Tanah subur B. Tamadun teragung C. Tuhan yang merestui D. Tanah di antara dua sungai 10. Apakah lambang kekayaan negara kota berikut dalam tamadun daripada bahasa Yunani? Apakah

Mesopotamia? Mari dan Assur A. Keindahan istana B. Keluasan kawasan C. Bentuk pintu gerbang D. Kemudahan pelabuhan 11. Sungai Nil merupakan nadi bagi tamadun Mesir Purba. Apakah

kepentingan Sungai Nil? A. Benteng pertahanan B. Laluan perdagangan C. Pelindung tiupan angin D. Perkembangan pertanian
3

12. Ciri-ciri berikut berkaitan dengan sesebuah tamadun awal. Berkembang di Semenanjung Greece Terdapat banyak negara kota dalam tamadun ini

Apakah tamadun ini? A. Rom B. Yunani C. Sumaria D. Mesir Purba 13. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah menubuhkan majlis perbandaran di setiap bandar. Apakah peranan majlis tersebut? A. Menasihati raja B. Membuat dasar negara C. Menjalankan pentadbiran D. Mengukuhkan kuasa tentera 14. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China sehingga terbentuknya sebuah empayar. Kelahiran empayar yang pertama bermula dengan kemunculan Dinasti A. Chin B. Chou C. Yuan D. Shang

15. Apakah bentuk pemerintahan yang di amalkan oleh Athens sebelum terbentuk sistem demokrasi? A. Komunis B. Republik C. Sistem beraja D. Perlembagaan 16. Apakah fungsi ahli Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi di Athens? A. Mengutip cukai B. Menjalankan pentadbiran C. Melantik pegawai kerajaan D. Mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan 17. Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M. Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan bentuk pentadbiran tersebut? A. Serangan orang gasar B. Penjajahan raja Etruscan C. Penaklukan Constantine D. Pemberontakan patrician 18. Tamadun India pada mulanya mempunyai dua bentuk kerajaan berikut. Kerajaan kecil Kerajaan besar

Apakah ciri kerajaan kecil? A. Mempunyai raja B. Bersifat kepuakan C. Merupakan kerajaan merdeka D. Bekerjasama dengan kerajaan pusat
5

19. Chandragupta Maurya telah berjaya membentuk empayar Maurya dan mengubah status A. Raja kepada devaraja B. Raja kepada maharaja C. Feudal kepada birokrasi D. Bangsawan kepada pembesar 20. Apakah fungsi Dewan Perhimpunan dalam tamadun Yunani? A. Memungut cukai B. Menjaga keamanan C. Merangka dasar kerajaan D. Menggubal undang-undang 21. Apakah nama undang-undang yang dipahat pada kepingan kayu dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat? A. Tiang Asoka B. Hukum Kanun 12 C. Undang-undang Justinian D. Undang-undang Hammurabi 22. Golongan manakah yang dipertanggungawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang dalam tamadun India? A. Raja B. Pendeta C. Brahmin D. Jurutulis

23. Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin yang memerintah secara autokratik. Apakah bukti pemerintahan tersebut? A. Membina kubu pertahanan B. Memulakan peperiksaan awam C. Mengurangkan pegawai kerajaan D. Menamatkan kuasa golongan bangsawan 24. Apakah bentuk mata wang yang digunakan pada Zaman Gupta di India? A. Emas B. Perak C. Timah D. Gangsa 25. Apakah tujuan pendidikan di Negara kota Athens? A. Menyemai semangat patriotism B. Melahirkan manusia yang seimbang C. Melahirkan warganegara tentera yang gagah D. Mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam 26. Apakah matlamat pendidikan di Sparta dalam tamadun Yunani? A. Melahirkan tentera yang sempurna B. Mengaplikasi ilmu keagamaan C. Menwujudkan pentadbiran berkesan D. Membentuk warganegara yang seimbang

27. Seseorang yang lulus peperiksaan awam tahap pertama dalam tamadun China berpeluang menjadi A. Pendidik B. Pedagang C. Pengamal D. Pegawai kerajaan 28. Peperiksaan awam di China mengandungi tiga tahap iaitu tahap pertama, tahap kedua, dan tahap ketiga. Apakah jawatan yang layak dipegang oleh mereka yang telah lulus tahap ketiga? A. Pendeta B. Pendidik C. Saudagar D. Pegawai kerajaan 29. Apakah tujuan diadakan Sukan Olimpik pada zaman Yunani? A. Menghormati tuhan B. Memupuk perpaduan C. Melatih semangat juang D. Menyemai semangat nasionalisme 30. Agama kristian mula mendapat tempat di Eropah pada Zaman Rom. Apakah faktor perkembangan agama tersebut? A. Penyebaran luas B. Kemurnian agama C. Kemunculan gereja D. Pengiktirafan pemerintah

JAWAPAN SEJARAH TINGKATAN 4 1. D 2. A 3. D 4. C 5. C 6. B 7. D 8. D 9. D 10. C 11. D 12. B 13. C 14. A 15. C 16. D 17. D 18. B 19. B 20. D 21. B 22. A 23. D 24. A 25. B 26. A 27. D 28. B 29. A 30. D

Anda mungkin juga menyukai