Anda di halaman 1dari 12

KERTAS 1

Sila jawab soalan

1. Namakan kerajaan yg mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka
A. Srivijaya
B. Johor-Riau
C. Majapahit
D. Perak

2. Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
A. Sistem Pembesar Berpusat
B. Sistem Pembesar Empat Lipatan
C. Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
D. Sistem Pentadbiran Bergilir

3. Apakah kesan Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis?


A. Rakyat kehilangan kuasa
B. Sistem monarki ditamatkan
C. Kerajaan berperlembagaan ditegakkan
D. Kuasa raja mutlak diperkukuh

4. Apakah tujuan Raja Mongkut dan Chulalongkorn memperkenalkan sistem birokrasi Barat di
Thailand?
A. Menyaingi kuasa besar
B. Mengukuhkan kuasa rakyat
C. Mengekalkan kedaulatan negara
D. Memantapkan kedudukan parlimen
5. Apakakah faktor serta merta yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?
A. Persaingan mencari tanah jajahan
B. Pembentukan pakatan antara negara Eropah
C. Nasionalisme di kalangan rakyat
D. Bakal raja Austria-Hungary dibunuh

6. Apakah tindakan Benito Mussolini (Itali) dan Adolf Hitler (Jerman) mengembalikan maruah
bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama
A. Mengadakan referendam
B. Memulihkan sistem monarki
C. Mengukuhkan angkatan tentera
D. Membangunkan sektor perindustrian

7. Kesultanan Melayu Melaka, mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi seluruh
Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera . Apaka cara Melaka memperolehi
kawasan tersebut?
I.Penyebaran Islam
II.Penaklukan
III.Naungan
IV.Pemilikan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan baik antara pemerintah dan rakyat?
I.Menjamin kesejahteraan rakyat
II.Memelihara kedaulatan raja
III.Meluaskan wilayah pengaruh
IV.Menjadi lambang kelahiran kerajaan
A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. I dan III

9. John Locke menulis karya “Two Treatises of Government”. Apakah kepentingan karya
tersebut?
A. Mencetuskan idea revolusi
B. Menggulingkan sistem pemerintahan beraja
C. Mempopularkan prinsip raja berpelembagaan.
D. Menjadi asas kerajaan republic

10. Apakah peristiwa serta merta yang mencetuskan Revolusi Amerika?


A. Pembunuhan pemimpin
B. Peristiwa hukuman terhadap rakyat
C. Peristiwa Jamuan Teh Boston
D. Peristiwa serangan ke atas kapal Amerika

11. Apakah tujuan Orde Baharu Asia?


A. Untuk singkirkan kuasa Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan antara
negara Asia yang lebih adil
B. Untuk membebaskan negara-negara Asia dari imperialis Barat
C. Untuk majukan ekonomi negara-negara Asia bersama-sama begara Jepun
D. Untuk memulihkan ekonomi Asia yang selama ini dikuasai oleh kuasa Barat
12. Apakah tujuan Jepun menguasai Singapura?
A. Untuk dijadikan sebagai pangkalan tentera
B. Untuk jadikan sebagai pelabuhan persinggahan
C. Kaya dengan bahan mentah
D. Mudah menguasai telaga minyak di Sumetera

13. Undang – undang merupakan aspek penting dan dijadikan panduan dalam pentadbiran sebelum
kedatangan barat Apakah kepentingan undang-undang dalam Kerajaan Alam Melayu
A. Menjamin keamanan negara
B. Mengelakkan malapetaka
C. Mengukuhkan persahabatan
D. Memajukan negara

14. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang sistematik untuk
urusan perdagangan. Apakah tanggungjawab Syahbandar dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka
A. Mengutip cukai
B. Ketua turus rentera
C. Panglima tentera laut
D. Menguruskan perbendaharaan

15. Nasionalisma di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja
yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Apakah kesan perkembangan nasionalisme
tersebut?
A. Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat
B. Memantapkan kedudukan parlimen
C. Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
D. Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.
16. ” Hilang Gelap Terbitlah Terang “ merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini
daripada Indonesia. Apakah kandungan buku tersebut ?
A. Kemunduran peribumi.
B. Kemerdekaan negara
C. Kepentingan kerjasama.
D. Kesetiaan kepada raja.

17. Perang dunia pertama telah berlaku dari tahun 1914 hingga 1918. Apakah faktor pemangkin
perang tersebut ?
A. Pembunuhan pewaris takhta
B. Pembesaran angkatan tentera Jepun
C. Penyerangan Jerman ke atas Poland
D. Perluasan pengaruh Itali di Habsyah

18. Apakah peranan Giyu Tai dalam Gerakan nasionalisme zaman pendudukan Jepun ?
A. Pertahanan persisiran pantai.
B. Persatuan cina seberang laut.
C. Menguruskan ekonomi Jepun
D. Melancarkan gerakan gerila.

19. Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka?

I. Undang-Undang Pelabuhan Melaka II. Undang-Undang Adat Melaka

III. Undang-Undang Laut Melaka IV. Hukum Kanun Melaka

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV
20. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambing kebesaran seperti nobat dan
adat istiadat. Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

A. Membuktikan keturunan raja

B. Menunjukkan kedaulatan raja

C. Menggambarkan kemewahan raja

D. Menandakan kawasan pemerintahan

21. Apakah kesan daripada penubuhan Jelutong Press?

A. Memakmurkan ekonomi

B. Menggalakkan persaudaraan Islam

C. Mengembangkan fahaman demokrasi

D. Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

22. Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua. Apakah
tema cerpen tersebut?

“Rumah Besar Tiang Sebatang”


“Cerita Awang Putat”
“Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang

A. Menyekat pengaruh komunis

B. Mewujudkan perpaduan kaum

C. Memperjuangkan nasib bangsa

D. Mengurangkan pengaruh golongan radikal


23. Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah
tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?

A. Menaja kegiatan subversif

B. Melakukan serangan bom atom

C. Membentuk pertubuhan serantau

D. Mengisytiharkan dasar bumi hangus

24. Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.

• Semangat Asia
• Asia untuk orang Asia
• Lingkungan Sekemakmuran
Asia Timur Raya

Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?

A. Meluaskan kuasa

B. Menyatukan wilayah

C. Menyebarkan ideology

D. Menamatkan penjajahan

25. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942–1945.
Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

A. Melahirkan tenaga mahir

B. Mengimport bahan makanan

C. Menghentikan perdagangan antarabangsa

D. Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan


26. Mengapakah inskripsi di bawah penting kepada kerajaan Srivijaya?

Inskripsi Telaga Batu

A. Mencatat salasilah keturunan raja


B. Menjelaskan tentang peranan raja
C. Tatacara perlantikan seorang raja
D. Upacara persetiaan rakyat kepada raja

27. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan tersusun. Apakah
sistem pentadbiran yang dimaksudkan?

A. Pentadbiran wilayah

B. Raja Berperlembagaan

C. Pemerintahan tempatan

D. Pembesar Empat Lipatan

28. Apakah kepentingan kedaulatan kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan
yang berkuasa di Alam Melayu?

A. Mendapat pengiktirafan

B. Memperoleh bantuan tentera

C. Menerima ufti dari negara luar

D. Menguasai bidang ekonomi


29. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah-wilayah berikut?

• Lingga
• Patani
• Kedah

A. Kegiatan penaklukan

B. Menerima ketuanan

C. Perkahwinan siasah

D. Anugerah negara asing

30. Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi
mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?

A. Melakukan penaklukan

B. Mendapat kurnia sultan

C. Memperoleh sokongan rakyat

D. Menggunakan konsep naungan

31. Apakah peranan laksamana dalam memastikan keamanan kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka?

A. Menjadi ketua angkatan tentera

B. Menguatkuasakan undang-undang

C. Menjaga keselamatan di laut

D. Mengawal keamanan dalam negeri


32. Rajah berikut merujuk kepada pembesar yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X?

A. Bendahara

B. Laksamana

C. Syahbandar

D. Temenggung

33. Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh berikut?

Tokoh Maksud
Dr.Khoo Kay Kim Perjuangan orang Melayu
mendapat kembali kedudukan unggul dalam
negara
Prof.Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid Berpegang kepada fahaman kebangsaan
yang bersifat ke “Tanah Melayuan”
Hans Kohn X

A. Perjuangan mendapatkan hak

B. Pengiktirafan hak setiap bangsa

C. Kebimbangan terhadap sekularisme

D. Meletakkan kesetiaan kepada negara


34. Mengapakah tercetusnya Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England pada tahun
1688?

A. Membentuk negara bangsa

B. Mempertahankan sistem beraja

C. Menegakkan kedaulatan parlimen

D. Melindungi golongan bangsawan

35. Apakah kesan daripada tercetusnya Revolusi Perancis yang belaku pada tahun 1789?

A. Penyatuan negara bangsa

B. Pengukuhan kuasa bangsawan

C. Pemerintahan beraja berakhir

D. Perkembangan kegiatan penjajahan

36. Bagaimanakah tokoh berikut berperanan dalam Gerakan nasionalisme di India pada awal abad
ke-20?

A. Menuntut pembebasan pemimpin

B. Menentang secara kekerasan

C. Memulakan rundingan damai

D. Melancarkan gerakan pemodenan

37. Maharaja Mikado Meiji telah berusaha untuk mengelakkan ancaman imperialisme Barat di
Jepun, Apakah langkah yang telah dilaksana oleh tokoh tersebut?

A. Menutup sempadan

B. Memodenkan negara

C. Mengadakan perjanjian

D. Memperbesar angkatan tentera


38. Katipunan merupakan gerakan revolusioner yangmelancarkan Revolusi Filipina pada tahun
1896. Mengapakah revolusi tersebut dilancarkan?

A. Menghapuskan sistem beraja

B. Menghalang pengaruh komunis

C. Menyekat pengaruh Amerika

D. Menyingkirkan kuasa Sepanyol

39. Bagaimanakah tokoh berikut berperanan dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme


dalam kalangan masyarakat di negara kita pada awal abad ke-20?

A. Membentuk parti politik

B. Mewujudkan persatuan

C. Mengasas gerakan revolusi

D. Menghasilkan penulisan kreatif

40. Gambar berikut merupakan akhbar Al-Imam yang telah diterbitkan pada Julai 1906. Apakah
yang disarankan oleh golongan ulama melalui penerbitan akhbar tersebut?

A. Kembali kepada Islam sebenar

B. Mempelajari pelbagai bahasa

C. Menjalin kerjasama Barat

D. Kewajipan membayar zakat

Anda mungkin juga menyukai