Anda di halaman 1dari 10

SULIT

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK


SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN LIMA 1249/1
SEJARAH
Kertas 1
Mei 2021
1 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan
4. Jika anda hendak menukar jawapan, sila padamkan lorekan yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI [Lihat Halaman Sebelah


SULIT
SULIT 2 1249/1

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Kerajaan Alam Melayu telah mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka. Apakah kerajaan tersebut?

A Kerajaan Srivijaya
B Kerajaan Majapahit
C Kerajaan Johor-Riau
D Kerajaan Kedah Tua

2. Mengapakah hubungan timbal balik antara golongan pemerintah dan diperintah berikut
penting kepada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

A Kebebasan rakyat
B Peningkatan taraf hidup
C Mewujudkan persefahaman
D Kehidupan bertatasusila

3. Pentadbiran pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat diketuai oleh Bendahara.


Manakah antara yang berikut tugas Bendahara?

I Ketua turus angkatan tentera


II Menjaga keselamatan kota
III Panglima angkatan laut
IV Pemangku sultan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4. Fasal 9 Undang-undang Laut Melaka menyebutkan seorang malim harus arif tentang ilmu
pelayaran. Apakah ilmu tersebut?

A Geografi
B Perniagaan
C Keadaan ombak
D Undang-undang laut

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 3 1249/1

5. Maklumat berikut berkaitan dengan maksud nasionalisme.

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Apakah yang diperjuangkan oleh pejuang nasionalisme?

A Menukar undang-undang
B Menghargai birokrasi Barat
C Mengutamakan perdagangan
D Menentang penjajahan

6. Antara yang berikut manakah sebab tercetusnya Revolusi Keagungan pada tahun 1688?

I Perjuangan Hak asasi rakyat


II Kedaulatan parlimen
III Kejatuhan ekonomi
IV Pencabulan perjanjian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Bagaimanakah gerakan Islah di Mesir menyeru umat Islam berpegang kepada ajaran Islam
yang sebenar?

A Mengenepikan cara hidup Barat


B Mengikut al-Quran dan Hadis
C Menumpukan ilmu akhirat
D Menghindari keduniaan

8. Semangat nasionalisme di Burma digerakkan oleh golongan kelas pertengahan


berpendidikan Barat. Mengapakah gerakan tersebut berlaku?

A Kemiskinan rakyat
B Ekonomi dieksploitasi
C Agama Buddha terancam
D Pemimpin tempatan lemah

9. Semasa Perang Dunia Kedua, Thailand mengamalkan dasar bekerjasama dengan Jepun.
Apakah kesan dasar tersebut ke atas Thailand?

A Mengambilalih kuasa British


B Memperoleh tanah jajahan Burma
C Melibatkan diri dalam perang dunia
D Mendapat hak negeri utara Tanah Melayu

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 4 1249/1

10. Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan.

• Rentap
• Tok Janggut

Apakah ciri perjuangan tokoh tersebut?

A Mempunyai karya kreatif


B Organisasi sistematik
C Kemajuan ekonomi
D Bersifat setempat

11. Gambar menunjukkan Maktab Pergurauan Sultan Idris. Guru maktab tersebut seperti Abdul
Hadi Hassan berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajarnya.

Apakah kesan tindakan guru tersebut ke atas pelajar?

A Menuntut kemerdekaan segera


B Berani menggunakan senjata
C Muncul puak radikal
D Lahir tokoh penulis

12. Antara yang berikut manakah tokoh penulisan akhbar dari Sarawak?

A Abdul Rahim Kajai


B Muhammad Rakawi Yusuf
C Mohammad Eunos Abdullah
D Abdullah Sidek

13. Sebelum Perang Dunia Kedua imigran asing semakin ramai di Tanah Melayu.
Mereka menumpukan perhatian dan taat setia mereka kepada

A Tanah Melayu
B negeri Selat
C negara asal
D British

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 5 1249/1

14. Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris menunjukkan peningkatan daripada 58 orang pada
tahun 1924 kepada 141 orang pada tahun 1940. Apakah kesan peningkatan tersebut?

A Meningkatkan taraf hidup


B Melahirkan tokoh agama
C Menambah pekerjaan
D Menyemarakkan nasionalisme

15. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British terhadap gerakan nasionalisme di
negara kita.

British berusaha membendung idea gerakan Islam dari Timur Tengah

Apakah tindakan tersebut?

A Menangkap para nasionalis


B Menentang raja Melayu
C Memberi kerjasama
D Memperkenalkan Enakmen

16. Apakah kesan Perang Dunia Pertama ke atas pemerintahan beraja di Eropah?

A Revolusi Rusia menumbangkan raja


B Raja berperlembagaan di Jerman
C Sistem beraja kukuh di Perancis
D Raja boneka di Britain muncul

17. Serangan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah melalui bandar-bandar besar.
Apakah bandar tersebut ?

I Kuching
II Sandakan
III Samarahan
IV Lahad Datu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 6 1249/1

18. Maklumat berikut berkaitan dengan slogan pemerintahan Jepun di Asia.

• Asia untuk Asia


• Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya
Apakah yang ditekankan dalam slogan tersebut?

A Memelihara agama
B Mengutamakan toleransi
C Membebaskan negara Asia
D Mementingkan persahabatan

19. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan British di negara kita selepas
pendudukan Jepun.

Mengarahkan semua senjata yang diberikan dikembalikan.

Apakah sistem tersebut?

A Malayan Union
B Persekutuan Tanah Melayu
C British Military Administration
D Tanah Jajahan Mahkota British

20. Apakah tindakan orang Melayu yang menganggap Malayan Union sebagai "Hari
Kematian"?

A Memakai songkok lilitan putih


B Meniupkan semangat jihad
C Memboikot kuasa Barat
D Mengangkat senjata

21. Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran kedaulatan negara.

Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan


semangat kekitaan bangsanya.

Tafsiran tersebut diambil dari tokoh


A Mohamed Salleh Abbas
B Tunku Abdul Rahman
C Ibnu Khaldun
D Jean Bodin

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 7 1249/1

22. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.


Apakah prinsip Rukun Negara yang keempat?

A Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kedaulatan Undang-Undang
D Kesopanan dan Kesusilaan

23. Langkah mempertahankan kedaulatan negara perlu menjadi keutamaan semua rakyat biasa.
Apakah langkah tersebut?

I Menyokong usaha ke arah kestabilan politik


II Mengadakan perjanjian pertahanan
III Menggubal dasar perpaduan kaum
IV Memupuk semangat patriotisme

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24. Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.


• Nilai tradisi
• Nilai tempatan
Apakah asas tersebut?

A Undang-undang Inggeris
B Undang-undang syariat Islam
C Undang-undang antarabangsa
D Undang-undang Kesultanan Melayu

25. Apakah undang-undang yang diambil dari perundangan England dalam undang-undang
negeri Selat (Charter of Justice)?

A Tradisi Inggeris
B Konsep demokrasi
C Piagam yang sesuai
D Raja berkuasa mutlak

26. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk dan disertai oleh semua negeri-
negeri Melayu. Antara yang berikut manakah negeri Melayu tersebut?
A Kelantan
B Melaka
C Sarawak
D Pulau Pinang

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 8 1249/1

27. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster

A Britain
B England
C United Kingdom
D Amerika Syarikat

28. Apakah ciri tradisi berkaitan penduduk peribumi yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia?

A Raja berperlembagaan
B Kedudukan istimewa
C Islam agama rasmi
D Kewarganegaraan

29. Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut diberi kepada penduduk yang
dilahirkan di Melaka dan Pulau Pinang. Mereka ini merupakan pemegang kerakyatan

A Raja
B Negeri Selat
C Negeri Melayu
D British

30. Mengapakah pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 dilakukan pada tahun 1963?

A Masalah perkauman
B Singapura keluar Malaysia
C Peruntukan negeri baharu
D Ancaman kuasa asing

31. Antara yang berikut, manakah perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Malaysia 1963?

I Kedudukan sultan
II Struktur mahkamah Atasan
III Jawatan Yang di-Pertua Negeri
IV Sistem jemaah menteri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 9 1249/1

32. Mengapakah sultan yang memerintah kerajaan Melayu Melaka merupakan pemerintah
yang berwibawa?

A Berkuasa mutlak
B Dipilih oleh rakyat
C Sokongan kerajaan jiran
D Tidak perlu mengikut undang-undang

33. Pernyataan berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Raja diperkukuhkan lagi dengan konsep Islam


Konsep tersebut menjadikan raja sebagai

A penaung syariat Islam di alam Melayu


B pelindung umat Islam seluruh dunia
C penasihat agama Islam
D ketua agama Islam

34. Apakah perkara yang menjadi penghalang British melakukan penjajahan di negeri Melayu?

A Kekuatan tentera
B Pemerintahan beraja
C Sokongan pembesar Melayu
D Penyesuaian dengan adat tempatan

35. Undang-undang kerajaan negeri Melayu telah menyerlahkan konsep raja berperlembagaan.
Apakah undang-undang tersebut?

A Undang-Undang 99 Perak
B Undang-Undang Laut Melaka
C Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
D Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah

36. Selepas merdeka pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun
keanggotaannya mengalami perubahan. Apakah perubahan tersebut?

A Perdana Menteri menjadi penasihat


B Yang di-Pertua Negeri turut menjadi ahli
C Pemilihan Yang di-Pertuan Agong melibatkan semua wakil negeri
D Jawatan timbalan Yang di-Pertuan Agong boleh disandang oleh Yang di-Pertua Negeri

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT


SULIT 10 1249/1

37. Apakah kedudukan Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan?

A Ketua Kerajaan
B Ketua Utama Negara
C Ketua Jemaah Menteri
D Ketua Audit Negara

38. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa eksekutif dalam Badan Pelaksana.
Apakah kuasa tersebut?

A Membubarkan parlimen
B Melantik Perdana Menteri
C Membuat pengisytiharan darurat
D Memberi pengampunan kepada pesalah

39. Dalam pilihan raya di Malaysia undi adalah rahsia.


Apakah kepentingan kerahsiaan tersebut?

A Menghindar campur tangan asing


B Memastikan keabsahan kerajaan
C Menghalang bantahan calon
D Mempercepatkan keputusan

40. Pernyataan berikut berkaitan tingkah laku seseorang hakim di Malaysia.

Hakim mesti bebas daripada pengaruh politik

Mengapakah hakim tersebut perlu bertindak sedemikian?

A Memastikan keadilan
B Mengelak tindakan disiplin
C Mematuhi arahan Perdana Menteri
D Menghalang campur tangan kuasa asing

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 © 2021 Hak Cipta SAKTI SULIT

Anda mungkin juga menyukai