Anda di halaman 1dari 10

SMJK NOTRE DAME CONVENT MELAKA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2020
SEJARAH
TINGKATAN 4
MASA: 2 JAM

NAMA:…………………………………………….
KELAS:…………………………………………….
BAHAGIAN A
20 Soalan Objektif [ 40 Markah]
Arahan: Jawab SEMUA soalan
1. Bagaimanakah wilayah pengaruh dalam Kerajaan Alam Melayu ditentukan?

A Melalui sempadan yang dipersetujui semua pemerintah


B Melalui penerimaan pemerintahan seseorang raja.
C Melalui sungai yang memisahkan wilayah
D Melalui perjanjian bertulis pemerintah

2. Gambar berikut merupakan Inskripsi Telaga Batu yang wujud dalam Kerajaan Alam Melayu.

Mengapakah inskripsi ini penting kepada kerajaan Srivijaya?

A Upacara persetiaan antara pemerintah dan golongan diperintah


B Kewujudan agama Hindu dalam kerajaan Srivijaya
C Mengandungi undang-undang Srivijaya
D Kewujudan tulisan Sanskrit

3. Bagaimanakah rakyat Srivijaya menunjukkan kesetiaan kepada raja?

A Meminum air sumpah


B Menjalankan aktiviti korban
C Membayar wang perlindungan
D Menawarkan diri sebagai tentera

4. Konsep di bawah merupakan amalan yang digunakan oleh seluruh wilayah pengaruh kerajaan
Majapahit.

Kutara Manawa

Apakah perkara penting yang terdapat dalam konsep di atas?


A Kepercayaan
B Undang-undang
C Kekuasaan raja memerintah
D Salasilah pemerintahan Majapahit

1
5. Apakah pandangan Professor Hons berkaitan nasionalisme ?
A Perjuangan menuntut kemerdekaan
B Fenomena sejagat menubuh negara sendiri
C Perjuangan orang melayu dalam negara sendiri
D Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsa

6. Nasionalisme di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja


yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

A Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat


B Memantapkan kedudukan parlimen
C Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
D Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.

7. ● Revolusi Perancis
● Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?


A Memperjuangkan kedaulatan negara
B Mempertahankan peradaban
C Menentang penguasaan ekonomi
D Penentangan pemerintahan beraja

8. Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.

●Bal Gangadgar Tilak


● Bipin Chandra Pal

Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?


A Menggerakkan perjuangan militan.
B Menentang kelemahan pemerintah.
C Mempertahankan pemerintahan Islam.
D Memberi perhatian isu sosioagama.

9. Senarai berikut adalah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British di Negeri-negeri Melayu

 Jabatan Siasatan Jenayah


 Biro Siasatan Politik

Apakah tujuan British menubuhkan badan tersebut?


A Menyiasat pergerakan parti
B Mengetatkan kawalan sempadan
C Mengawal perkembangan nasionalisme
D Memantau perjuangan golongan radikal

2
10. Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang
Dunia Pertama ?

A Persahabatan antara benua


B Perkembangan kuasa imperialisme
C Pelindung umat Islam seluruh dunia
D Perjuangan menuntut kemerdekaan

11. Penulisan berikut sering disiarkan dalam akhbar-akhbar Melayu pada abad ke-20. .

Cerita Tekukur

Apakah sindiran utama penulisan tersebut terhadap penjajah?


A Mengongkong penerbitan akhbar
B Menghapuskan institusi raja
C Menguasai ekonomi tempatan
D Menyekat kemasukan imigran

12. Rajah berikut merupakan kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama

Kuasa Tengah

Pakatan Kuasa
X

Apakah negara X ? Ms 54

I Jerman III Rusia


II Britain IV Austria

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

13. Apakah tugas British Military Administaration (BMA) di Tanah Melayu?


I Mewujudkan keamanan
II Memulihkan kepercayaan rakyat
III Menjimatkan perbelanjaan
IV Mengembalikan kestabilan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
14. Apakah usaha British Military Administration untuk menarik kepercayaan rakyat
kepada mereka?
A Menghapuskan cukai
B Menarik pelabur asing
C Membaiki infrastruktur
D Memberi latihan kepimpinan

15. Apakah kesan kegagalan British Military Administration melaksanakan tugasnya


terhadap penduduk tempatan?

A Waspada dengan kuasa asing


B Menyerah nasib kepada takdir
C Menyerah nasib kepada penjajah
D Mengharapkan bantuan kuasa lain

16. Mengapakah rakyat hampa terhadap British Military Administration (BMA).


A Terlalu lambat dalam memulihkan sosio ekonomi di Tanah Melayu
B Ketidakupayaan memulihkan dan menangani masalah di Tanah Melayu
C Gagal membawa masuk jentera, alat ganti dan jentera ke Tanah Melayu
D Mengabaikan pemulihan sosio ekonomi dan keamanan di Tanah Melayu

17. Jadual berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di Negara kita.


1946 1948
Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?
A Membangunkan ekonomi Tanah Melayu
B Malayan Union ditolak oleh Penduduk Tempatan
C Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu
D Menyekat campur tangan kuasa luar

18. Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa yang dibentuk pada 25 Julai 1946 di Tanah
Melayu.
Jawatankuasa Kerja
3 orang wakil UMNO
4 orang wakil Raja-raja Melayu
6 orang wakil Kerajaan British

Apakah matlamat jawatankuasa tersebut ?


A Merangka Perlembagaan
B Membincangkan tarikh kemerdekaan
C Menyeragamkan sistem pentadbiran
D Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan

4
19. Maklumat berikut berkaitan dengan buku yang dihasilkan oleh Ahmad Boestamam.
Testament Politik API
Apakah yang ditegaskan oleh beliau dalam buku tersebut?

A British mengambilkira pandangan nasionalis Melayu radikal


B British menganggap Melayu Radikal sebagai pejuang bangsa
C British bertindak menindas golongan nasionalis Melayu radikal
D British menganggap asas-asas perjuangan API tidak membahayakan

20. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu
yang menentang Malayan Union.

Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Mengukuhkan ekonomi peribumi


B Membuka ruang ke arah berkerajaan sendiri
C Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
D Mengiktiraf kepentingan sah kaum bukan Melayu

RUANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN A

JUMLAH:

5
BAHAGIAN B
STRUKTUR [ 40 Markah]
Arahan: Jawab SEMUA soalan

1. Pembentukan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat.
Ciri - ciri negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan.

(a) Nyatakan tiga buah kerajaan Alam Melayu yang telah mempunyai ciri - ciri negara bangsa.

(i) .................................................................................................................................................

(ii) .................................................................................................................................................

(iii) ................................................................................................................................................

[3 markah]
(b) Nyatakan ciri - ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.

.............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

[3 markah]
(c) Bagaimanakah anda dapat melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat pembinaan
negara dan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju.

..........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

[4 markah]

6
2. Gerakan nasionalisme di negara kita turut berkembang melalui penulisan oleh tokoh nasionalis
seperti penulisan akhbar dan penulisan kreatif.

a) Namakan dua akhbar Melayu yang meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia
Kedua .

(i) ..........................................................................................................................................

(ii) .........................................................................................................................................

[2 markah]

b) Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh akhbar-akhbar Melayu tersebut?

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

[2 markah]

c) Bagaimanakah penulisan kreatif berjaya meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan


penduduk pada awal abad ke 20?

................................................................................................................................................................

................................................................................................................................................................

................................................................................................................................................................

…………………………………………………………………………………………………………

[3 markah]
d) Akhbar, majalah dan penulisan kreatif masih relevan dan memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat negara kita kini. Jelaskan.

…………………………………………………………………………………………..........................

…………………………………………………………………………………………..........................

…………………………………………………………………………………………………………..

[ 3 markah]

3. British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945

7
setelah tentera Jepun menyerah kalah.

a. Apakah tugas yang dilakukan oleh BMA apabila mereka mula mentadbir Tanah Melayu?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

[ 2 markah]

b. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh rakyat Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera
Jepun?
……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

[ 2 markah]
c. Jelaskan tindakan yang telah dilakukan oleh BMA untuk memulihkan kepercayaan rakyat di
Tanah Melayu?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

[ 3 markah]
d. Sekiranya anda merupakan pegawai yang terlibat dalam BMA, apakah perkara yang akan anda
utamakan dalam membangunkan semula negara ini?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

[ 3 markah]

8
4. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 Pentadbiran
 Kuasa Raja-raja Melayu
 Perundangan
 Kewarganegaraan

a. Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948?

................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

[2 markah]

b. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan kepada penduduk.
Ulaskan.
..............................................................................................................................................

..............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

................................................................................................................................................

[4 markah]

c. Sebagai seorang warganegara, bagaimanakah anda dapat mengekalkan kedaulatan negara?

..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

[4 markah]

9
BAHAGIAN B
ESEI [ 20 Markah]
Arahan: Jawab SATU soalan sahaja

1. Perang Dunia Kedua melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

a. Jelaskan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. [6 markah]


b. Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua. [6 markah]
c. Peperangan membawa banyak kesan buruk terhadap masyarakat dunia.
Jelaskan bagaimana peperangan dapat dielakkan pada masa kini. [8 markah]

2. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA. British berhasrat
agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran, meningkatkan pelaburan ekonomi,
mengukuhkan pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja untuk
meningkatkan ekonomi.

a. Mengapakah British mencadangkan penubuhan gagasan Malayan Union


[4 markah]
b. Terangkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union
[8 markah]

c. Perjuangan menentang Malayan Union menggambarkan wujudnya nilai-nilai patriotisme


dalam kalangan rakyat di negara kita. Beri penjelasan anda.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

10

Anda mungkin juga menyukai