Anda di halaman 1dari 10

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Apakah unit yang paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu?

A Mukim
B Daerah
C Bahagian
D Kampung

2. Apakah peranan sultan dalam sistem pemerintahan beraja?


I Mengetuai peperangan
II Mengetuai pentadbiran negeri
III Menjadi lambang kedaulatan negeri
IV Menjaga keamanan dan kemakmuran negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Rajah berikut menunjukkan hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan

Apakah yang diwakili oleh W?

A Lembaga
B Ibu Soko
C Undang
D Buapak

4. Bagaimanakah pemimpin Tanah Melayu meluaskan pengaruh dan menstabilkan sistem


pemerintahan negeri masing-masing?

A Menghasilkan senjata canggih


B Menjalinkan hubungan diplomatik
C Memanfaat hasil alam sepenuhnya
D Membina pelabuhan dengan kemudahan yang lengkap

2
5. Rajah berikut menunjukkan sistem perundangan yang digunapakai oleh negeri-negeri
Melayu

Sistem perundangan negeri-negeri Melayu

Undang-undang tidak
bertulis
X

Apakah contoh X?

I Adat Perpatih
II Adat Temenggung
III Hukum Kanun Pahang
IV Hukum Kanun Melaka

6. Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan di Sabah.

Sistem pemerintahan di Sabah

Sistem Kesukuan Sistem Kesultanan Sistem X

Apakah Sistem X?

A Kerajaan
B Kedatuan
C Ketua Adat
D Ketua Bebas

7. Hasil hutan negara kita telah dijual kepada pedagang luar.


Siapakah pedagang tersebut?

A Jepun
B Acheh
C Filipina
D Sri Lanka

3
8. Mengapakah negeri-negeri Melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan?

A Meningkatkan pasaran yang baik


B Meningkatkan kemajuan negeri
C Mempunyai pelabuhan yang strategik
D Mengadakan hubungan persahabatan

9. Apakah hasil kegiatan tenunan masyarakat di Sarawak?

A Songket
B Samping
C Kain Pua
D Kain sutera

10. Apakah sistem timbangan untuk emas dan perak?


I Mayam
II Cupak
III Kepul
IV Bungkal

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Mengapakah negeri-negeri Melayu mula menggunakan mata wang di pelabuhan?

A Memanfaatkan hasil alam


B Menjana pendapatan negara
C Melancarkan urusan perdagangan
D Mengekalkan keamanan di pelabuhan

12. Gambar berikut adalah mata wang negeri-negeri Melayu.

Apakah negeri yang menggunakan mata wang tersebut.


A Kedah
B Pahang
C Kelantan
D Terengganu

4
13. Apakah kepentingan sistem percukaian yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu?

A Menarik kedatangan pedagang


B Mengawal tingkah laku rakyat
C Sumber pendapatan pemerintah
D Mengelakkan eksploitasi penjajah

14. Maklumat berikut merupakan cerita rakyat yang diajarkan kepada kanak-kanak.

Cerita anjing dengan bayang-bayang

Apakah yang cuba disampaikan melalui cerita tersebut?

A Menjauhi sikap tamak


B Menyayangi semua binatang
C Menjaga kebersihan alam sekitar
D Membuat keputusan dengan bijak

15. Mengapakah bahasa Melayu digelar sebagai bahasa lingua franca di Alam Melayu?

A Merupakan bahasa untuk kerabat diraja


B Menjadi bahasa rasmi untuk pentadbiran
C Menjadi bahasa dalam sistem pendidikan
D Menjadi bahasa pertuturan antara pedagang

16. Berikut merupakan beberapa karya masyarakat Melayu

- Misa Melayu
- Tuhfat al-Nafis
- Gurindam

Apakah kepentingan karya-karya di atas?

A Panduan ilmu keagamaan


B Sumber rujukan pemerintah
C Bahan pendidikan di Madrasah
D Bukti perkembangan bidang persuratan

17. Kemahiran bercucuk tanam, menangkap ikan, cerita rakyat dan pantang larang
merupakan aspek

A pendidikan formal
B pengajaran dan teladan
C pendidikan tidak formal
D kehidupan masyarakat dahulu

5
18. Maklumat berikut berkaitan pendidikan formal masyarakat Melayu.

Mempelajari bacaan dalam solat, hadis, fekah dan usuludddin

Bagaimanakah pendidikan formal tersebut dilaksanakan?

A Istana
B Masjid
C Pondok
D Madrasah

19. Apakah kuasa Barat yang telah menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi?

A Portugis
B Belanda
C Perancis
D Sepanyol

20. Apakah tujuan kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu pada abad ke-16?

A Mengaut keuntungan
B Menyebarkan ilmu pengetahuan
C Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D Memperkenalkan sistem pemerintahan moden

21. Apakah hasil barangan yang diperlukan oleh negara China di Kepulauan Melayu?
A Teh
B Emas
C Sutera
D Hasil hutan

22. Dialog berikut mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.

Tokoh A : Hasil keluaran kilang telah berjaya dikeluarkan secara


besar-besaran.

Tokoh B : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara.

Tokoh C : Apakah tindakan kita, tuan?

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Tokoh A?

A Mencipta kapal wap


B Mencari pasaran yang luas
C Mendirikan lebih banyak kilang
D Mengadakan hubungan diplomatik

6
23. Maklumat berikut berkaitan kemajuan teknologi kuasa Barat pada abad ke - 19.

Penciptaan Kapal Wap

Apakah kepentingan ciptaan tersebut terhadap kuasa Barat?


I Perjalanan menjadi lebih cepat
II Membawa muatan yang banyak
III Jaringan perdagangan diluaskan
IV Arahan disampaikan dengan cepat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24. Penyataan berikut merujuk kepada faktor kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu.

Arahan dapat disampaikan dengan lebih


cepat dan berkesan.
X
Urusan perdagangan menjadi lebih
mudah

Apakah faktor X?

A Penggunaan kapal berkuasa wap


B Penyebaran agama Kristian
C Pembukaan Terusan Suez
D Penciptaan telegraf

25. Apakah kesan perkembangan berikut terhadap Alam Melayu pada abad ke-19?

Pembukaan Terusan
Suez
Penciptaan Kapal Wap

A Taraf hidup penduduk tempatan meningkat


B Pelaburan pemodal Eropah bertambah
C Pengenalan sistem pendidikan moden
D Industri tempatan berkembang pesat.

26. Apakah kuasa Barat yang menggunakan slogan berikut untuk menguasai Alam Melayu?

Tugas Menyebarkan Tamadun

A Britain
B Portugal
C Perancis
D Sepanyol

7
27. Mengapakah Perancis berminat meluaskan kuasanya di Indochina?

A Membuka petempatan baru


B Menjadi pusat ketenteraan utama
C Membina terusan di Segenting Kra
D Mengusahakan sistem pertanian moden

28. Syarikat Borneo Utara British telah membeli wilayah-wilayah Sabah


Apakah pihak yang terlibat dalam proses pembelian wilayah tersebut?

I Sultan Sulu
II Sultan Brunei
III Wakil Belanda
IV Keluarga Brooke

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

29. Pilihan pasangan yang tepat berkaitan kawasan Alam Melayu yang dikuasai oleh kuasa
Barat menjelang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

A Jerman Ujung Salang

B Belanda Pulau Langkawi

C Portugis Timor Leste

D Amerika Syarikat Kesultanan Brunei

30. Bagaimanakah strategi Portugis untuk menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka?

A Serangan
B Perjanjian
C Pakatan
D Tipu helah

31. British telah menggunakan strategi yang lebih bersifat diplomasi untuk menguasai Alam
Melayu.

Apakah alasan yang membolehkan strategi tersebut dilaksanakan oleh British?

A Kekurangan makanan
B Faktor pemodenan
C Ancaman komunis
D Isu setempat

8
32. Rajah berikut merujuk perubahan keputusan kerajaan British terhadap negeri-negeri
Melayu pada awal abad ke-19.

Dasar tidak Dasar campur tangan


campur tangan

Mengapakah perubahan keputusan tersebut berlaku?

A Menjaga kepentingan ekonomi


B Menyebarkan tamadun mereka
C Membantu kesejahteraan peribumi
D Mempercepatkan urusan perdagangan

33. Peristiwa seseorang atau pihak berjanji kepada seorang atau pihak lain atau dua pihak
saling berjanji untuk melaksanakan sesuatu hal.

Pengertian berkaitan dengan strategi kuasa Barat menguasai negara kita. Apakah strategi
itu?

A Tipu Helah
B Perjanjian
C Manipulasi
D Pakatan

34. Gambar berikut merupakan strategi yang digunakan kuasa Barat untuk menguasai
Alam Melayu.

Apakah strategi tersebut?


A Ugutan
B Pajakan
C Desakan
D Perjanjian

9
35. Apakah persamaan strategi kuasa Barat berikut untuk meluaskan kuasa mereka di
Alam Melayu?

-British
-Belanda

I Pakatan
II Tipu helah
III Manipulasi
IV Serangan Fizikal

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36. Apakah tujuan British menggunakan strategi berikut untuk meluaskan pengaruh mereka
di negeri-negeri Melayu?

Desakan

A Menakut-nakutkan untuk mengenakan sesuatu


B Melakukan serangan balas ke atas pihak lawan
C Mengambil kesempatan terhadap sesuatu perkara
D Mengenakan pengaruh untuk mendapatkan sesuatu

37. Mengapakah Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Kuala Perak pada
tahun 1651?

A Menguasai negeri Perak


B Dasar monopoli bijih timah
C Berlaku perselisihan faham
D Masalah perebutan perairan

38. Pada tahun 1641, Belanda telah mengadakan pakatan dengan Johor.
Apakah kesan pakatan tersebut?

A Bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda


B Bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
C Berjaya mengalahkan Portugis di Melaka
D Berjaya menguasai pelabuhan Melaka

39. Bagaimanakah tokoh berikut mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah?

Francis Light

A Perjanjian
B Manipulasi
C Tipu helah
D Serangan Fizikal
10
40. Apakah kesan desakan James Brooke terhadap Sultan Brunei

A Diluluskan penubuhan Syarikat Hindia Timur


B Dibenarkan menguasai Sungai Skrang
C Dilantik sebagai Penasihat Barat
D Diiktiraf sebagai Raja Sarawak

KERTAS SOALAN TAMAT

JAWAPAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (SEJARAH)-MEI2023

1 D 11 C 21 B 31 D

2 C 12 C 22 B 32 A

3 A 13 C 23 A 33 B

4 B 14 A 24 D 34 D

5 D 15 D 25 B 35 B

6 D 16 D 26 C 36 A

7 A 17 C 27 C 37 B

8 C 18 B 28 A 38 C

9 C 19 A 29 C 39 C

10 B 20 A 30 A 40 D

11

Anda mungkin juga menyukai