Anda di halaman 1dari 9

1 Senarai berikut adalah bandar terancang dalam Tamadun Indus.

 Harappa
 Mohenjo-Daro

Apakah faktor yang mendorong pembinaan bandar tersebut?


A Kemahiran ilmu geometri
B Kegiatan bidang keagamaan
C Kejayaan kegiatan penerokaan
D Keluasan kawasan pemerintahan

2 Apakah kepentingan kalendar yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Shang?


A Meraikan hari kelahiran
B Menentukan musim menuai
C Mengesahkan pelantikan raja
D Menetapkan tarikh berperang

3 Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih
Huang Ti pada kurun ke-3 SM.

Apakah tujuan tembok tersebut di bina?


A Mengatasi bencana alam
B Memenuhi tuntutan rakyat
C Menentukan sempadan negeri
D Menjamin keselamatan wilayah

4 Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?


 Sukan
 Kesusasteraan
 Seni berpidato

A Menanam sikap berani


B Melatih pemimpin tempatan
C Melahirkan individu seimbang
D Mengukuhkan semangat patriotisme

2
5 Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.

Menghasilkan beras yang mencukupi untuk


menampung keperluan rakyat

Apakah faktor kejayaan tersebut?


A Membuka kawasan baru
B Membina sistem pengairan
C Membawa masuk buruh luar
D Menggunakan tanaman bergilir

6 Apakah yang dapat dikaitkan dengan orde kosmos dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara?
A Pertabalan raja
B Pemerintahan demokrasi
C Pembinaan kompleks kota
D Pentadbiran oleh pembesar

7 Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat
awal di Makkah.
Al-Arqam Bin Abu Arqam

Apakah sumbangan yang dimaksudkan?


A Mengumpul ayat al-Quran
B Mengetuai hijrah ke Habsyah
C Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah
D Menyampaikan maklumat kegiatan musuh

8 Bagaimanakah penyebaran Islam boleh menggugat ekonomi Arab Quraisy pada


zaman jahiliyah?
A Sekatan perdagangan antarabangsa
B Perusahaan ukiran patung terjejas
C Larangan berurusan perdagangan
D Pengharaman kegiatan perjudian

9 Apakah kepentingan Piagam Madinah yang digubal pada tahunn 622 Masihi
I Menerapkan toleransi
II Mewujudkan perpaduan kaum
III Mengukuhkan semangat assabiah
I Mengekalkan sistem kabilah
V
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
1 Dialog berikut mungkin berlaku antara masyarakat Arab Quraisy Makkah pada
0 Zaman Jahiliah.

A: Kita telah berjaya membantu Bani Bakar menentang Bani Khuza’ah


B: Betul. Tapi kita telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.

Apakah kesan tindakan tersebut?


A Penyebaran Islam tersekat
B Penduduk Madinah terancam
C Pembukaan semula kota Makkah
D Penghijrahan ke Habsyah terhalang

1 Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.


1
Memajukan sistem pertahanan

Apakah kemajuan sistem pertahanan yang dimaksudkan?


A Melantik panglima tentera sebagai gabenor
B Mewujudkan pasukan tentera tetap
C Membina penempatan tentera
D Menubuhkan angkatan tentera laut

1 Rajah 2 berkaitan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.


2
Hubungan diplomatik

Pertembungan Penaklukan
Tamadun

perdagangan

Apakah kesan daripada pertembungan tersebut ?


A Peningkatan ilmu
B Perancangan bandar
C Pembahagian kelas sosial
D Penguasaan sumber ekonomi

1 Senarai berikut adalah tokoh Barat yang mengkaji tentang kedatangan Islam ke Asia
3 Tenggara.
 John Crawford
 Snouck Hurgronje
 Emanuel Gadinho Eredia

Persamaan tokoh tersebut tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah melalui
A Perkahwinan
B Pemerintah
C Penaklukan
D Perdagangan

1 Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di

4
4 Asia Tenggara.
Tokoh Negeri
Bendahara Tun Perak Melaka

Bagaimanakah beliau melaksanakannya?

A Mendirikan pusat pengajian


B Menjalankan perluasan kuasa
C Menterjemahkan kitab agama
D Mengislamkan golongan pemerintah

1 Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka .


5
 Maulana Jalaludin
 Maulana Abu Bakar
 Makhdum Sadar Jahan

Apakah peranan tokoh tersebut?

A Meluluskan sistem perundangan


B Menetapkan istiadat diraja
C Mengetuai utusan perang
D Menasihati pemerintah

1 Mengapakah institusi berikut diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?


6
Baitulmal

A Menetapkan kadar cukai


B Menguruskan harta kerajaan
C Mengendalikan adat istiadat istana
D Menentukan bidang tugas pembesar

1 Pada kurun ke-15, Sepanyol dan Portugal bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan
7 di luar Eropah.
Apakah kesan persaingan tersebut?

A Pemantapan kerjasama ketenteraan


B Perkongsian pelabuhan entreport
C Pengukuhan institusi keagamaan
D Pembahagian kawasan pengaruh

18 Apakah kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah di Britain pada abad ke-18?
I Petani berhijrah ke bandar
II Petani menjadi buruh ladang
III Peningkatan harga hasil pertanian
I Pengenalan sistem tanaman secara bergilir
V
A I dan II
B I dan IV
C II dan III

5
D III dan IV

1 Jadual berikut menunjukkan nilai eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932.
9
Tahun Nilai (Paun Sterling)
1930 28 208 000
1931 13 806 000
1932 9 077 000

Mengapakah nilai eksport getah merosot dalam tempoh tersebut?

A Kekurangan buruh
B Wabak penyakit berlaku
C Masalah sumber kewangan
D Kemelesetan ekonomi dunia

2 Pada awal abad ke-20, imigran China berketurunan Foochow memasuki Sarawak
0 melalui
A sistem tiket kredit
B pengambilan rumah kongsi
C sistem pengambilan kakitangan
D persetujuan pemerintah dan wakil China

2 Mengapakah British menggunakan slogan Beban Orang Putih dalam menjalankan


1 dasar imperialisme di Asia Tenggara
A Memudahkan eksploitasi ekonomi
B Memantapkan pemerintahan tempatan
C Mengukuhkan sistem pertahanan
D Menekankan kebajikan sosial

2 Maklumat berikut menunjukkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di


2 Thailand pada abad ke-19.

Tokoh Perubahan yang dibuat


Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat
Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?

A Menamatkan sistem monarki


B Memenuhi tuntutan rakyat
C Memajukan pendidikan rakyat
D Mengekalkan kedaulatan negara

2 Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan


3 nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan
tersebut?
A Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B Memperjuangkan kemajuan ekonomi
C Menghindari ancaman sekularisme

6
D Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan

2 Dialog berikut mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said
4 pada kurun ke-19.
A : Tok, British minta cukai.
B : Berapa banyak?
A : Satu persepuluh daripada hasil kita
B : Jangan bayar walau sedikit pun

Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

A Menduduki Naning
B Membunuh Dol Said
C Merampas hasil penduduk
D Memulau wilayah Naning

2 Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada
5 awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

A Menghargai warisan bangsa


B Memperjuangkan hak wanita
C Membaiki taraf hidup orang Melayu
D Mengekalkan nilai murni masyarakat

2 Gambar di bawah menunjukkan antara alat kebesaran diraja pada zaman Kesultanan
6 Melayu Melaka.

Apakah kepentingan alat tersebut?


A Keagungan kerajaan
B Simbol kedaulatan
C Simbol kekayaan
D Keluasan empayar

2 Dalam Adat Perpatih golongan yang berkuasa untuk memilih Undang ialah
7
A Buapak
B Lembaga
C Anak Buah
D Ketua perut

2 Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada


8 tahun 1946?

7
A Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
B Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
C Mengurangkan kemasukan orang dagang
D Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

2 Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem


9 pemerintahan beraja di Tanah Melayu?

A Pelaksanaan sistem penasihat


B Penubuhan Majlis Raja-Raja
C Penyelarasan sistem pewarisan takhta
D Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

3
0 Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai
pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah


negara dan bangsa Malaysia?
A Rakyat dan pemimpin berganding bahu
B Semua pelajar lulus dalam peperiksaan
C Seluruh penduduk mempunyai pekerjaan
D Negara mengamalkan sistem monarki mutlak

31 Tun Abdul Razak digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.


Apakah sumbangan beliau?

I Menjamin hak istimewa orang Melayu


II Menuntut kemerdekaan daripada British
III Menyusun perlembagaan kemerdekaan
I Menghapuskan komunis di Tanah Melayu
V
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Mengapakah kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew bimbang dengan


2 kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihanraya Hong Lim pada bulan April tahun
1961?

A Melambatkan penyertaan dalam Malaysia


B Memecahbelahkan perpaduan rakyat
C Menggugat rancangan kemerdekaan
D Mengukuhkan kedudukan British

3 Jadual 6 menerangkan sistem pemerintahan dua buah negara di Asia Tenggara.

8
3 Negara Sistem Pemerintahan
Malaysia Demokrasi Berparlimen
Indonesia Republik
Jadual 6
Apakah persamaan sistem pemerintahan tersebut ?

A Pentadbiran dijalankan oleh golongan bangsawan


B Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin
C Perdana Menteri berkuasa membubarkan parlimen
D Dewan Perhimpunan bersidang setiap tiga bulan

34 Rajah menunjukkan sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia


Pengagihan Kuasa

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

Apakah tujuan perkara tersebut dilaksanakan?


I Menyatupadukan wilayah
II Mengelakkan perbalahan etnik
III Menyelaraskan pentadbiran Islam
I Menyeragamkan undang-undang negeri
V
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Malaysia mempunyai jata Negara sebagai lambang kemegahan rakyat.


5

Apakah maksud cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” yang terdapat pada jata
negara tersebut?

A Kemajuan berasaskan teknologi terkini


B Pemuafakatan mengeratkan perpaduan
C Bersatu untuk mencapai kemakmuran
D Kualiti perkhidmatan harus diutamakan

9
3 Maklumat berikut menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi negara.
6
Lembaga Pembangunan Industri desa (RIDA)
digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
1 Mac 1966

Bank Bumiputera ditubuhkan

Apakah kesan langkah tersebut?

A Pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran


B Perkembangan pesat kemudahan asas
C Peningkatan produktiviti sector perkilangan
D Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan

3 Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956


7
Penyata Razak 1956
Sistem persekolahan yang sama
Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

Apakah kesan penting elemen tersebut dalam dasar pendidikan negara?


A Kemerdekaan negara 1957
B Sistem Pendidikan Kebangsaan Pertama
C Menyuburkan semangat perpaduan
D Sistem persekolahan beraneka jurusan

3 Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?


8
A Memupuk keamanan dunia
B Mengeratkan hubungan perdagangan
C Menggalakkan kerjasama pendidikan
D Meningkatkan kerjasama kebudayaan

3 Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.


9 Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?

A Menyekat bantuan kemanusiaan


B Menamatkan perlindungan politik
C Memutuskan hubungan diplomatik
D Menghalang hubungan perdagangan

4 Apakah faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Bank Dunia?


0
A Meningkatkan kesihatan rakyat
B Membasmi kemiskinan di luar bandar
C Mengukuhkan pertahanan negara
D Menyeragamkan sistem pendidikan

10

Anda mungkin juga menyukai