Anda di halaman 1dari 10

Jawab semua soalan

40 soalan
(40 markah)

1 Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada


rakyatnya.
Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?

A Memberikan taat setia


B Menjalankan khidmat raja
C Memberikan tanah
D Menjadi hamba raja

2 Bagaimanakah sesuatu sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

A Sungai
B Benteng
C Kesetiaan rakyat
D Pengiktirafan sultan

3 Senarai berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah .

Revolusi Perancis
Revolusi Amerika
Revolusi Perindustrian

Apakah kesannya?

A Perang dunia
B Penjelajahan kuasa Eropah
C Penyebaran nasionalisme Barat
D Pemerintahan beraja dihapuskan

4 Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan tokoh nasionalisme di Asia Tenggara.

Gambar 1 Gambar 2
Raja Chulalongkorn Soekarno

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

A Mengisytiharkan kemerdekaan negara


B Menubuhkan Parti Komunis
C Menghalau keluar penjajah asing
D Mengalahkan Amerika Syarikat

1
5 Tokoh luar negara berikut telah mempengaruhi Gerakan reformis Islam di seluruh dunia.

SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

Apakah bukti yang menunjukkan beliau berpengaruh?

A Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum


B Kemunculan semangat kebangsaan
C Perluasan penggunaan tulisan Jawi
D Perkembangan kegiatan kesenian

6 Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.

Pada 1 September 1939, Hilter (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari
kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain Perancis menyertai
perang
Sumber: B.H.Liddell Hart
History of The Second World War
Da Capo Press 1990
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?

A Menguji ketahanan tentera


B Menyekat pengaruh komunis
C Mempertahankan keselamatan
D Merampas Kembali wilayah

7 Apakah matlamat utama British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada
1946?

A Mengurangkan kemasukkan orang dagang


B Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
C Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
D Menyekat pengaruh dan campur tangan luar

8 Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union.

Tarikh 1 – 4 Mac 1946


Peristiwa Kongres Melayu Pertama
Tempat Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A Tunjuk perasaan berlaku


B UMNO Berjaya ditubuhkan
C Malayan Union dipulaukan
D Perasaan perkauman dihapuskan

2
9 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu?

I Ketegasan Melayu
II Perpaduan
III Mengalakkan penjajahan
IV Menyokong golongan radikal

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Pernyatan berikut merujuk kepada peranan raja dan pemimpin Melayu.

Sikap kerjasama Raja-raja Melayu dan para pemimpin Melayu


telah meralisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

Apakah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan sikap tersebut?

A Bulan jatuh ke riba


B Aur dengan tebing
C Menatang minyak yang penuh
D Orang mengantuk disorong bantal

11 Rajah berikut merujuk kepada penyebaran ideologi komunis di Tanah Melayu.

Pertubuhan Komunis Antarabangsa

Pertubuhan ini telah mengarahkan parti-parti komunis di


Eropah supaya menyebarkan ideologi komunis ke seluruh
dunia

Bagaimanakah fahaman komunis disebarkan di Tanah Melayu?

I Parti Perikat
II Parti Kuomintang
III Parti Komunis Nanyang
IV Parti Komunis Sarawak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Apakah tujuan utama penubuhan parti berikut?

Tahun 1930 ------- Parti Komunis Malaya ditubuhkan

A Membubarkan MPAJA
B Membantah kenaikan cukai
C Melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu
D Menubuhkan Republik Kopublik Komunis Malaya

3
13 Perbincangan antara Sir Henry Gurney dengan Dato’ Onn Ja’afar telah mewujud Sistem Ahli.
Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu?

A Pelantikan orang Melayu dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.


B Pemilihan untuk menjadi wakil Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu
C Keahlian dalam kerajaan Persekutuan
D Melatih penduduk untuk mentadbirkan Tanah Melayu

14 Akta Pelajaran 1961 telah digubal berasaskan syor-syor yang terkandung dalam Laporan
Rahman Talib 1960.
Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut?

I Pelajaran percuma di sekolah rendah


II Sekolah rendah dijadikan sekolah jenis umum
III Bahasa Cina dan Tamil diajar di semua sekolah
IV Semua peperiksaan awam dalam Bahasa kebangsaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Rajah berikut berkaitan dengan tujuan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihan Raya

Menjamin pilihanraya yang adil dan bebas

Apakah fungsi penting Suruhanraya Pilihan Raya di Malaysia?

I Menentukan sempadan pilihanraya


II Menjalankan pendaftaran pilihanraya
III Dewan Rakyat
IV Memilih ahli Dewan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Konvensyen Kebangsaan telah dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953.
Apakah hasil konvensyn tersebut?

A Pelaksanaan pilihanraya Perbandaran


B Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
C Perlantikan jawatankuasa pilihanraya
D Pembentukan Perikatan Nasional

4
17 Pada bulan Mac 1956, sebuah dibentuk untuk membicang dan Menyusun Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya tersbut dinamakan

A Suruhanjaya Kemerdekaan Tanah Melayu


B Suruhanjaya Bebas
C Suruhanjaya Diraya
D Suruhanjaya Reid

18 Bagaimanakah pemisahan kuasa persekuan dengan kuasa negeri diwujudkan?

A Pembahagian kuasa antara Perdana Menteri dan Menteri Besar


B Pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong berkuasa mutlak
C Pengenalan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
D Pelbagai jabatan dan kementerian ditubuhkan.

19 Jadual berikut menjelaskan tentang pemasyuran kemerdekaan.

Tarikh 31 Ogos 1957


Perkara Pemasyhuran Kemerdekaan
Tempat Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Kesan daripada peristiwa tersebut terhadap Persekutuan Tanah Melayu ialah

A British mengambil alih pentadbiran


B Dibebaskan daripada penjajahan British
C Bendera Union Jack telah diturunkan
D Rombongan merdeka telah Kembali

20 Mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, rakyat tempatan diberi hak mutlak
dalam pemerintahan negara.
Bagaimanakah hal ini dapat dibuktikan?

A Kebajikan rakyat diberi keutamaan


B Kewarganegaraan melalui perkenan raja
C Perlembagaan digubal penduduk tempatan
D Pentabiran mengikut acuan sendiri

21 Manakah antara berikut merupakan ciri negara berdaulat?

A Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama negara


B Undang-undang negara ditentukan oleh Amerika Syarikat
C Sempadan Malaysia dan Thailand ialah Sungai Golok
D Ratu England menjadi Ketua Utama Negara

5
22 Apakah peranan pemerintah dalam memastikan kedaulatan negara dijaga?

I Menghormati agama lain


II Sejarah menjadi mata pelajaran teras
III Tidak mengamalkan rasuah dalam pentadbiran
IV Menggubal undang-undang melindungi negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu.

Negeri Undang-undang
Pahang Hukum Kanun Pahang
Kedah Undang-undang Kedah

Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut?

A Kedaulatan negeri kukuh


B Kesultanan terunggul
C Kawalan terhadap raja ketat
D Keselamatan rakyat tidak terpelihara

24 Terdapat tiga perkara utama perlembagaan yang dipinda pada tahun 1963.
Manakah pindaan yang melibatkan Mahkamah Tinggi Borneo?

A Menguruskan hal kehakiman di Borneo


B Mahkamah Rayuan mendengar persoalan perlembagaan
C Nama jawatan diubah kepada Ketua Hakim Borneo
D Mahkamah Borneo dibentuk berasaskan model Westminster pada 1957

25 Bagaimanakah pentadbiran tentera Jepun mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?

A Mengekalkan pendapatan Raja-raja


B Raja-raja Melayu menjadi ketua negara
C Gabenor Jepun memantau kedudukan Raja-raja
D Menyerahkan semula kuasa pentadbiran keseluruhan

26 Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa Parlimen?

I Memindah Perlembagaan
II Meluluskan bajet negara
III Melaksanakan dasar negara
IV Menentukan bentuk tindakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
27 Rajah di bawah berkaitan pembahagian kuasa.

Pembahagian
kuasa

Kerajaan Kerajaan
X
Persekutuan Negeri

Apakah bidang kuasa X

A Membina taman rekreasi untuk tujuan riadah penduduk


B Membangunkan tanah terbiar untuk tujuan komersial
C Pemberian biasiswa kepada anak-anak yang melanjutkan pelajaran
D Menyediakan vaksin bagi melindungi rakyat daripada pandemik Covid-19

28 Apakah usaha kerajaan bagi membantu penduduk miskin di bandar?

A Pembinaan Perumahan Mesra Rakyat


B Pelaksanaan Rumah Mampu Milik Johor
C Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat
D Penubuhan Perbadanan Perumahan 1Malaysia

29 Apakah bentuk idea gagasan Malaysia yang dikemukakan sebelum Perang Dunia Kedua?

A Penyatuan semua wilayah di Asia Tenggara


B Mewujudkan satu sistem Kerajaan Persekutuan
C Penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara
D Memerdekakan wilayah Alam Melayu daripada penjajah

30 Mengapakah wujud penentangan pembentukan Malaysia oleh Filipina?

A Menggugat keamanan serantau


B Menyekat usaha mendapatkan semula Sabah
C Menganggap usaha penjajahan bentuk baharu
D Ingin mewujudkan kesatuan yang menggabungkan wilayah di Borneo

31 Apakah peristiwa yang berlaku berkaitan Singapura pada tarikh di bawah?

7 Ogos 1965

A Usul pemisahan Singapura dibawa ke Parlimen


B Mesyuarat pemimpin Malaysia berkaitan isu Singapura
C Kegagalan rundingan antara pemimpin Malaysia dan Singapura
D Pemeteraianperjanjian pemisahan Singapura daripada Malaysia

7
32 Soalan berikut berkaitan perjanjian di bawah.

Perjanjian Hat Yai


2 Disember 1989

Apakah persetujuan yang dicapai menerusi perjanjian tersebut?

A Bekerjasama berkongsi teknologi


B Bekerjasama memerangi keganasan
C Bekerjasama membangunkan ekonomi
D Bekerjasama melindungi keamanan serantau

33 Bagaimanakah perpaduan dan intergrasi kaum diperoleh dalam aspek politik?

I Penggabungan parti-parti politik negara


II Pembentukan Majlis Muhibah Negara 1969
III Penerusan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
IV Penambahbaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Seksyen 2 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjelaskan urusan rasmi kerajaan


dilaksanakan menggunakan bahasa Melayu.
Apakah aspek yang mewakili seksyen tersebut?

A Pendidikan
B Perpaduan
C Perekonomian
D Pentadbiran

35 Strategi DEB ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.


Manakah antara isu yang berkaitan dengan strategi tersebut?

A Jurang sosioekonomi antara negara


B Jurang sosioekonomi antara daerah
C Jurang sosioekonomi antara penduduk
D Jurang sosioekonomi antara penduduk luar bandar

36 Manakah antara berikut, adalah pencapaian hasil pelaksanaan DEB dan DPN?

A Mewujudkan satu bangsa


B Pendapatan isi rumah kekal seperti sebelumnya
C Pertambahan jalinan perhubungan dalam negara
D Peningkatatan jumlah penduduk berkemahiran tinggi

8
37 Senarai berikut adalah hubungan Melaka dengan kerajaan asing.

Makassar
China
Siam
Pasai
Ryukyu

Apakah bentuk hubungan tersebut?

A Hubungan perdagangan
B Hubungan diplomatik
C Hubungan persaudaraan
D Hubungan perkahwinan

38 Penglibatan Malaysia dalam misi pengaman mendapat pengiktirafan daripada badan dunia,
PBB.
Manakah misi pengaman yang melibatkan negara antara tahun 1992 hingga 1995?

A UNOC
B UNMEE
C UNIFILL
D UNPROFOR

39 Mengapakah Kepulauan Spratly menjadi tuntutan banyak negara?

A Lokasi startegik
B Pusat pelancongan
C Pusat ekonomi
D Lokasi pertahanan

40 Gambar 3 menunjukkan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Palestin.

Gambar 3

Apakah usaha yang dilakukan oleh NGO Malaysia bagi membantu masyarakat tersebut?

I Menghantar bantuan keperluan harian


II Mengadakan demonstrasi aman
III Menyeludup senjata untuk rakyat Palestin
IV Menghantar pejuang untuk berjuang bersama rakyat Palestin

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai