Anda di halaman 1dari 16

1 Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, apabila kuasa-kuasa Barat menguasai

wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Menurut pengetahuan sejarah anda,
apakah imperialisme?
A Dasar menguasai sumber ekonomi
B Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah
C Tindakan mengembangkan pengaruh agama
D Tindakan untuk mengembangkan idea ke negara lain

2
Portugal

Sepanyol
Kuasa
imperialis
Belanda

Britain

Apakah tujuan awal kuasa imperialis di atas menguasai Asia Tenggara?


A Meluaskan tanah jajahan
B Menyebarkan agama Kristian
C Memperoleh kawasan pasaran
D Menguasai perdagangan rempah

3 Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia


Tenggara?
A Melambangkan kekuatan dan kekayaan negara
B Galakan daripada pemerintah dan raja di Eropah
C Menghapuskan monopoli negara China dan India
D Saingan dengan pedagang-pedagang Arab dan India

4 Buktikan kepentingan pengenalan kapal berkuasa wap dari segi kemajuan ekonomi
kuasa Barat.
I Membawa muatan barang dagangan dengan banyak
II Mempercepatkan perjalanan ke Timur
III Memendekkan perjalanan ke Timur
IV Menjimatkan kos dan lebih selamat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5 Slogan beban orang putih digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan
imperialisme. Apakah maksud beban orang putih?
A Bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih
sejahtera
1
B Bertanggungjawab untuk memodenkan kehidupan
C Bertanggungjawab untuk menyebarkan tamadun
D Bertanggungjawab untuk menyebarkan agama

6 Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai Asia Tenggara ingin menggantikan
sistem pemerintahan beraja tempatan?
A Ingin memantapkan sistem politik tempatan
B Ingin menjajah semua negara Asia Tenggara
C Ingin memperkenalkan sistem birokrasi Barat
D Ingin bekerjasama dari segi politik dan ekonomi

7 Manakah antara berikut adalah berkenaan dengan Sistem Birokrasi Barat di Asia
Tenggara?
I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan
II Undang-undang Barat bercampur aduk dengan adat resam tempatan
III Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
IV Pegawai Barat menjadi ketua biro dan berkongsi kuasa dengan pembesar tempatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8
“...... negara ini terdiri daripada barangay yang diperintah oleh golongan
datu. Di selatannya pula tidak wujud kerajaan-kerajaan Islam...”

Manakah antara berikut sesuai dengan pernyataan di atas?


A Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Indonesia
B Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Vietnam
C Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Filipina
D Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma

9 Apakah tujuan Belanda menubuhkan Volksraad di Indonesia?


A Penasihat pentadbiran Belanda
B Langkah ke arah kemerdekaan
C Pembahagian kuasa pemerintah tempatan
D Usaha menghapuskan golongan nasionalis

10 Antara berikut, yang manakah tugas Raja Burma sebelum penjajahan British?
I Penaung kepada sami Buddha
II Mengetuai Persatuan Belia Buddha
III Menjadi penasihat angkatan tentera
IV Pentadbiran dibantu oleh Majlis Diraja Tentera
A I dan II
B II dan III

2
C III dan IV
D I dan IV

11 Manakah antara berikut merupakan perubahan dalam sistem pentadbiran yang dilakukan
oleh British selepas menakluki Burma?
I Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi Burma
II Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)
III Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran
IV Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 melindungi
pentadbiran tradisional
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12 Nyatakan syarat untuk pelantikan golongan Mandarin di IndoChina.


A Lulus ujian bahasa dan kesusasteraan China
B Memiliki sifat berani dan bertanggungjawab
C Mahir dalam selok-belok keagamaan dan adat
D Terdiri daripada kerabat diraja dan bangsawan

13 Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakan negeri-
negeri Melayu sebelum kedatangan Portugis?
A Empat Pembesar Pusat
B Negeri Jajahan Naungan
C Pembesar Empat Lipatan
D Pentadbiran Daerah dan Jajahan

14 British memperkenalkan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di negeri-negeri Melayu.


Residen dan penasihat British diletakkan di bawah
A Raja-Raja Melayu
B Pesuruhjaya Tinggi British
C Gabenor Negeri-Negeri Selat
D Pejabat Tanah Jajahan London

15 Apakah dasar penjajahan Barat yang menimbulkan kemarahan penduduk tempatan di


Asia Tenggara?
I Memecahkan perpaduan dalam kalangan orang tempatan
II Membawa masuk imigran untuk menguasai ekonomi
III Menjalankan kerahan tenaga di ladang milik penjajah
IV Menubuhkan sekolah aliran penjajah di luar bandar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3
16 Mengapakah penduduk Filipina yang beragama Kristian menentang penjajah Sepanyol?
A Kekurangan gereja untuk beribadat
B Mungkir janji untuk memberi kemerdekaan
C Mubaligh Kristian melakukan penyelewengan
D Beranggapan penganut tempatan adalah kelas rendah

17 Apakah kesan pengalaman yang diterima oleh golongan pelajar Asia Tenggara yang
melanjutkan pelajaran di Barat atau Asia Barat?
A Mereka mahu menjajah menggunakan sistem pentadbiran negara jajahan
B Mereka memohon subsidi dan elaun taraf hidup penduduk tempatan
C Mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka
D Mereka mahu penjajah mentadbir negara mereka sendiri

18
Pengangkutan Perhubungan

Jalan raya Kereta api Telegraf Telefon

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan perkembangan infrastruktur ke atas


perkembangan nasionalisme?
A Membincangkan idea nasionalisme
B Memudahkan rakyat dan pemimpin
C Menghubungkan pelbagai kaum di kawasan terpisah
D Menyekat perkembangan nasionalisme di kawasan pedalaman

19
Sistem Tanaman
Indonesia Filipina Sistem Polo
Paksa

Pelaksanaan sistem di atas oleh penjajah mempunyai satu persamaan. Apakah


persamaan tersebut?
A Kemasukan ramai imigran
B Menindas penduduk peribumi
C Menggunakan kaedah tradisional
D Penjajah memonopoli hasil keluaran pertanian

20
Vietnam Tanah Melayu

Tribune Indigene Clochefelee al-lkhwan Saudara Majlis

Penjajah menganggap media massa di atas mengancam politik mereka. Sikap ini
bertentangan dengan amalan di negara mereka sendiri. Apakah amalan tersebut?

4
A Diskriminasi kaum
B Hak asasi manusia
C Kebebasan akhbar
D Humanisme

21 Antara berikut, yang manakah faktor luaran yang memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis negara Asia Tenggara?
I Jepun berjaya menewaskan China pada tahun 1895
II Kekalahan Sepanyol ke tangan Amerika Syarikat
III Jepun menewaskan Rusia pada tahun 1905
IV Perjuangan Mahatma Gandhi di India
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

22 Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara lebih radikal?


A Penjajah mula menghapuskan bangsa dan negara jajahan
B Nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya gagal
C Usaha menuntut kemerdekaan dipengaruhi perjuangan pemimpin tertentu
D Nasionalisme tahap pertama hanya tertumpu kepada usaha menuntut kemerdekaan

23
Tokoh X

Menuntut Filipina Menubuhkan


menjadi wilayah Liga Filipina
Sepanyol

Tokoh di atas merupakan pejuang nasionalis Filipina yang menghadapi penjajahan


Sepanyol. X ialah
A Emilio Aguinaldo
B Andres Bonifacio
C Sergio Osmeno
D Jose Rizal

24 Apakah persamaan perjuangan nasionalisme Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan


Muhammadiyah?
A Membela nasib kaum wanita
B Menegakkan Islam yang sebenar
C Menerapkan idea moden dan sekular
D Memberi tumpuan isu-isu pendidikan

25 Mengapakah gerakan nasionalisme di Vietnam mengalami kegagalan?


A Pemimpin tempatan sering bertelagah

5
B Ancaman daripada Parti Komunis Vietnam
C Terdapat parti politik yang menyebelahi Perancis
D Tindakan tegas terhadap pejuang nasionalis oleh Perancis

26 Antara yang berikut, pilih tokoh nasionalis IndoChina yang bersifat radikal.
I Maharaja Bao Dai
II Nguyen Thai Hoc
III Phan Boi Chau
IV Ho Chin Minh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27 Siam tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu gerakan semangat nasionalisme di
Siam bukanlah kerana penentangan penjajahan. Apakah faktor yang menyebabkan para
nasionalis Siam menentang?
I Raja berkuasa mutlak
II Pemimpin berhaluan kiri
III Cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
IV Pedagang Cina yang menguasai perniagaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di
Indonesia?
A Pemimpin nasionalis lebih bersifat terbuka
B Ingin merdeka sekalipun dengan kekerasan
C Perjuangan mereka gagal mempengaruhi rakyat
D Bekerjasama erat dengan Belanda dalam merancang kemerdekaan

29 Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk mengukuhkan kedudukan politik di
Tanah Melayu?
A Memaksa mereka menjadi jajahan takluk
B Memberi pencen kepada pemimpin tempatan
C Mengikat penduduk dengan pelbagai peraturan
D Mengadakan kerjasama dengan pemimpin daerah

30 Apakah tujuan dasar penaklukan British di daerah dan negeri seperti di Naning,
Terengganu, Sarawak dan Sabah?
A Untuk memaksa rakyat menentang raja
B Untuk mengukuhkan kedudukan politik British
C Untuk menunjukkan kehebatan sistem politik British
D Untuk melonggarkan perintah dan peraturan tempatan
6
31 Bagaimanakah eksploitasi terhadap ekonomi tempatan yang dilakukan oleh British di
Tanah Melayu?
A Perjanjian dengan pemimpin tempatan membawa masuk saudagar luar
B Ambil alih penguasaan pemerintah tempatan dalam perdagangan
C Usahasama dengan pemimpin tempatan dalam perlombongan
D Melalui rampasan dan paksaan

32 Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh apabila British menjajah kawasan
mereka sehingga mereka kehilangan kuasa untuk mentadbir
I negara
II jajahan
III kawasan
IV anak buah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

33 Mengapakah Rentap terpaksa berundur ke Bukit Sadok setelah berjaya menewaskan


James Brooke di Kubu Nanga Skrang?
A Mendapat sokongan penduduk tempatan
B Untuk menyusun semula angkatan tentera
C Tempat strategik untuk melancarkan serangan
D Kampung halaman mereka dibakar oleh musuh

34 Apakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
di Sabah?
I SBUB memenjara dan mendera Mat Salleh
II SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
III SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu
IV SBUB tidak melayan keinginan Mat Salleh untuk berbincang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35 Pada tahun 1895, tekanan British terhadap pejuang tempatan di Pahang semakin hebat.
Apakah langkah yang diambil oleh pejuang tempatan bagi menghadapi tekanan ini?
A Mat Kilau menyerah diri
B Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
C Tok Gajah menghentikan perjuangan dan lari ke Siam
D Semua pejuang Pahang bersatu tenaga menyerang British

36 Mengapakah Kuala Berang dapat ditawan dengan mudah oleh British di Terengganu?
A Memiliki senjata perang yang moden
7
B Penghantaran tentera tambahan dari Singapura
C Menggunakan cara rundingan dengan pemimpin tempatan
D Menghantar pembesar dengan menggunakan kuasa dan nama sultan

37 Penjajah British memperkenalkan sistem politik Barat di negara kita. Apakah kesan
tindakan British ini?
I Memusnahkan sistem politik tradisional
II Peranan pembesar tempatan digantikan oleh pegawai British
III Mencabar sistem tradisional dan menjatuhkan maruah bangsa
IV Menunjukkan sistem Barat lebih baik berbanding sistem tempatan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan V

38 Setelah British mentadbir Tanah Melayu, pembesar tempatan diberi


A jawatan pembantu pegawai
B imbuhan berbentuk pencen
C gelaran tertinggi tempatan
D tempat tinggal percuma

39
Dasar British

Menggalakkan sesiapa sahaja Imigran boleh menguasai


untuk melabur, berniaga, ekonomi Tanah Melayu.
berdagang dan belajar di Tanah
Melayu.

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan-kesan dasar British tersebut ke atas aktiviti
ekonomi penduduk asal Tanah Melayu?
I Kampung-kampung tradisional diambil alih untuk dimajukan
II Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian
III Pertanian padi yang diusahakan oleh mereka tidak dimajukan oleh British
IV Jurang taraf hidup antara penduduk tempatan di luar bandar dengan imigran di
bandar amat besar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40 Mengapakah penduduk tempatan menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada


tahun 1941?
A Sikap Jepun yang mungkir janji dalam memberi kemerdekaan
B Kesengsaraan kehidupan rakyat untuk mendapat makanan
8
C Menyekat rakyat daripada penghijrahan ke negara jiran
D Memberi layanan istimewa kepada golongan imigran

41 British menggunakan tipu helah kuasa dan nama sultan bagi mematahkan
pemberontakan di Terengganu dan Kelantan. Mengapakah penjajah British
menggunakan sultan dalam situasi tersebut?
A Penjajah dalam keadaan amat terdesak
B Penjajah sedar rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan
C Penjajah bekerjasama dengan sultan dan menjamin kedudukan mereka
D Penjajah sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat mereka

42 Gerakan Pan-Islamisme sedunia merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia


yang membangkitkan pemahaman terhadap Islam menentang penjajahan Barat.
Siapakah yang memulakan gerakan ini?
A Syed Sheikh al-Hadi
B Sheikh Tahir Jalaludin
C Syeikh Muhammad Abduh
D Dr. Burhanuddin al-Helmy

43 Kaum Muda menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan
sosial. Mereka turut mengkritik golongan yang menghalang kemajuan orang Melayu.
Siapakah pihak yang dikritik?
I Penjajah
II Imigran Cina
III Raja Melayu
IV Pembesar Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

44 Kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat tetapi beberapa undang-
undang yang dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu telah menghalang pengaruh Kaum
Muda. Apakah halangan tersebut?
I Undang-undang melarang golongan yang menentang Kaum Tua masuk ke Negeri-
Negeri Melayu
II Undang-undang menghalang Kaum Muda bekerjasama dengan British di Negeri-
Negeri Melayu
III Undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa
kebenaran sultan
IV Undang-undang melarang risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-
Negeri Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
9
45 Mengapakah isu penduduk menjadi fokus utama dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan rakyat Tanah Melayu?
A Kekurangan institusi pendidikan di bandar
B Rakyat dibelenggu dengan pendidikan pondok
C Pengabaian British terhadap pendidikan sekolah Melayu
D Masyarakat Melayu mementingkan pendidikan Inggeris

46 Apakah isu yang ditimbulkan oleh majalah untuk membangkitkan kesedaran


kebangsaan dalam kalangan orang Melayu?
A Menggesa orang Melayu menjauhi sifat malas
B Menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu
C Memperluaskan ilmu pengetahuan dalam semua bidang
D Menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu

47
 Lembaga Malaya
 Majlis
 Utusan Melayu
 Warta Negara
 Fajar Sarawak

Berdasarkan maklumat di atas, manakah antara berikut isu ekonomi orang Melayu yang
diketengahkan oleh akhbar di atas?
I Menyeru orang Melayu berjimat cermat
II Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
III Menggalakkan syarikat kerjasama orang Melayu
IV Meminta British memindahkan kampung Melayu di Kuala Lumpur
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

48 Emansipasi atau kebebasan wanita merupakan isi utama


A Keris Melaka
B Anak Mat Lela Gila
C Melor Kuala Lumpur
D Putera Gunung Tahan

49 PASPAM dipimpin oleh golongan cerdik pandai Pulau Pinang seperti S.M. Zainal
Abidin B.A. Apakah tujuan PASPAM ditubuhkan?
I Menjalankan aktiviti bersifat parti politik
II Menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan sesama mereka
III Menggalakkan usaha bertukar-tukar pendapat demi kemajuan
IV Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu

10
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

50 Idea penubuhan persatuan ini timbul sejak tahun 1937 di Sarawak. Ia gagal dilaksanakan
kerana dibantah oleh Brooke. Apakah nama persatuan tersebut?
A Persatuan Melayu Miri
B Persatuan Melayu Sibu
C Persatuan Melayu Sarawak
D Persatuan Melayu Kuching

51 Mengapakah kegiatan berpersatuan kurang mendapat sambutan orang Melayu di Sabah?


A Sekatan daripada pihak pemerintah
B Masih mengamalkan amalan tradisi
C Kesulitan untuk berhubung di pedalaman
D Menghadapi masalah konflik antara kaum

52 Bagaimanakah Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak cuba membantu


Kesatuan Melayu Muda?
A Menyediakan tentera terlatih untuk menentang British
B Menyediakan tentera sepenuh masa untuk menentang British
C Menyediakan kader-kader atau tentera semut untuk menentang British
D Menyediakan tentera kerjasama Malaya-Indonesia untuk menentang British

53
Kongres Melayu diadakan pada tahun 1939-1940.

Apakah kejayaan yang dicapai hasil daripada kongres di atas?


A Menentang pemerintahan radikal
B Menghindari perasaan kenegerian
C Keazaman untuk menentang British
D Menubuhkan persatuan di setiap negeri

54 Semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga berlaku kesan dasar pemerintahan


ketenteraan Jepun. Manakah antara berikut merupakan dasar pemerintahan Jepun yang
menyekat kebebasan bersuara?
I Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun
II Mengetepikan akhbar yang menggunakan tulisan ibunda
III Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
IV Memberi kebebasan kepada akhbar yang menyokong Jepun
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11
55 Ibrahim Yaakob iaitu pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) bercita-cita
memerdekakan Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun. Apakah
matlamat asal KMM ini?
A Mengembalikan empayar Melayu
B Mengetepikan orang asing
C Bekerjasama dengan Jepun
D Menubuhkan Melayu Raya

56 Kongres Pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan


dengan Indonesia. Walau bagaimanapun persidangan KRIS ini dibatalkan. Mengapakah
ia dibatalkan?
A Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia
B Indonesia enggan merdeka bersama Tanah Melayu
C Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal
D Jepun membatalkan persetujuan kemerdekaanTanah Melayu dan Indonesia

57 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di Indonesia semasa penjajahan


Belanda.

Sistem Pendidikan di Indonesia awal


abad ke-19
Bandar Anak golongan priyayi
Kampung Anak orang kebanyakan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan


tersebut?
A Menggalakkan rakyat mencari ilmu
B Menyekat penghijrahan ke bandar
C Membuat pilihan mengikut pencapaian
D Memecahbelahkan perpaduan penduduk

12
58 Jadual 3 berikut menunjukkan persatuan yang ditubuhkan di Burma.

Tahun Persatuan
1906 Persatuan Belia Buddha
Jadual 3
Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan semangat
nasionalisme?

A Isu Agama
B Isu Kasut
C Isu adat resam
D Isu Kedaulatan

59 Gambar 3 menunjukkan satu mesyuarat orang Melayu yang diadakan di Durian


Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Gambar 3

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa di atas?


A Mengukuhkan toleransi sesama masyarakat
B Orang Melayu taat kepada pemerintah
C Setiap tindakan perlukan kata sepakat
D Mewujudkan pentadbiran yang mantap

13
60Majalah berikut terdapat di Tanah Melayu sebelum merdeka.

 Pengasuh, 1918
 Majalah Guru, 1924
 Bulan Melayu, 1930

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

I Mengkritik penjajah
II Menghargai warisan bangsa
III Meningkatkan kemajuan bangsa
1V Menggalakkan perpaduan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14
15
16

Anda mungkin juga menyukai