Anda di halaman 1dari 5

Terdapat satu kesalahan bahasa pada setiap ayat di bawah.

Sila garis pada bahagian kesalahan


tersebut dan nyatakan kesalahan tersebut

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam
bidang perniagaan
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat
13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
15. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
17. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
18. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
19. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
20. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
21. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan
bank pagi semalam.
22. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
23. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
24. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong
membuat persiapan hari raya.
25. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
26. Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya
27. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
28. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
29. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka
30. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
31. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.
32. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.
33. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.
34. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
35. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.
36. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.
37. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya.
38. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
39. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.
40. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.
41. Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.
42. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli
43. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.
44. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.
45. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
46. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
47. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.
48. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
49. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya.
50. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya.
51. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.
52. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.
53. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.
54. “Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang,” ujar Shamir selaku
ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
55. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.
56. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat.
57. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.
58. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.
59. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.
60. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati
Betulkan kesalahan di bawah dengan menulis semula ayat yang betul selepas membetulkan
kesalahannya.

1. Semua pekerja-pekerja kilang itu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.


2. Encik Shahnon tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana kepala sakit.
3. Sesetengah pelajar menyiapkan kerja-kerja rumah mereka di perpustakaan.
4. Seluruh penduduk-penduduk di negara ini digalakkan membeli barangan buatan Malaysia.
5. Bagi menambah pendapatan, Kak Alicia menjual goreng pisang pada waktu petang.
6. Sri Muda Restoran menghidangkan bubur kacang sebagai pencuci mulut.
7. Tiap-tiap pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan kelas masing-masing.
8. Beberapa keping-keping cakera padat mata pelajaran Bahasa Malaysia ditunjukkan oleh Murad kepada
saya petang semalam.
9. Abang Nicole membeli sebuah digital kamera model terbaharu di kedai elektrik itu.
10. Lima belas orang pemuda di kampung saya telah dipilih untuk menternak telur ayam dan ayam daging.
11. Beberapa buah kereta-kereta di Kota Kemuning telah dirosakkan dan peralatan di dalamnya dicuri.
12. Setengah-tengah pelajar suka menghabiskan masa mereka di perpustakaan awam.
13. Encik Jay Juin bangga melihat keempat-empat orang anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti.
14. Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu.
15. Beberapa buah mini estet akan dibuka di Kemuning Rimbayu.
16. Kelima anaknya menjadi guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua.
17. Dua buah kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah ditarik oleh Majlis Perbandaran Klang.
18. Persembahan semasa perasmian Sukan Malaysia di Kuantan itu semalam paling hebat sekali hingga
mempesonakan penonton.
19. Rumah banglo di tepi Tasik Anggerik Vanilla itulah yang tercantik sekali di kawasan Kota Kemuning.
20. Yi Jue yang takut akan anjing itu lari dengan sungguh pantas sekali tanpa menoleh ke belakang.
21. Kehidupan Mak Yin Jue yang dahulunya susah, kini sudah senang-lenang amat setelah anaknya
berjawatan tinggi.
22. Pameran buku di PWTC adalah yang paling terbesar sekali.
23. Orang yang tertinggi sekali di dunia itu telah diumumkan oleh Guiness World of Record.
24. Jeremy Cheong amat girang sekali setelah dumumkan sebagai pemenang pertandingan memancing.
25. Ketua kumpulan ekspedisi itu memandu anggota-anggotanya meredah hutan dengan berpandukan pada
peta.
26. Penduduk kampung tidak lalu jalan utama untuk ke pekan kerana jalan itu dinaiki air.
27. Cikgu Kavinash cuba menasihatkan pelajar di kelas itu agar belajar bersungguh-sungguh kerana UPSR
semakin hampir.
28. Kami sekeluarga terpegun dengan pemandangan indah di Pantai Port Dickson.
29. Oleh sebab terlalu sibuk, Puan Samantha lupa janjinya dengan jiran sebelah rumah.
30. Semua pelajar di kelas itu berkerjasama untuk menyiapkan poster antidadah sempena Kempen
Antidadah.
31. Permandangan di perkampungan itu indah dan permai pada waktu petang.
32. Pihak penganjur itu memberikan saya peluang kedua sebelum disingkirkan daripada pertandingan.
33. Tok Bomoh menceritakan tentang pengalamannya sepanjang 30 tahun mengubati penyakit misteri.
34. Kai Ping mengirimkan ibunya sekeping poskad dari kota London.
35. Kerajaan telah menurunkan harga petrol ROM97 daripada RM2.70 ke RM2.60.
36. Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk merasmikan pembukaan Pusat Beli-belah Pavillion Kuala
Lumpur.
37. Ayah akan memperbarui lesen memandunya secepat mungkin supaya tidak terlupa.
38. “Tolong jangan buat bising,” kata Puan Puvani kepada murid-murid 3 Anggerik.
39. Pelajar sekolah digalakkan membaca pelbagai-bagai bahan bacaan yang berguna meningkatkan
pengetahuan mereka.
40. Beberapa buah rumah di kawasan yang rendah itu telah ditenggelami air bila hujan lebat turun melebihi
5 jam.
41. Koleksi lagu-lagu tradisional akan diperdengarkan kepada peminat lagu klasik melalui saluran Radio
Asli milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
42. Suatu pergerakan besar-besaran telah diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2012 bersempena
dengan sambutan Hari Kebangsaan.
43. Beberapa ikatan buah langsat telah dibeli oleh ayah daripada kawannya yang memiliki gerai buah-
buahan di hujung jalan utama itu.
44. Paras air di Empangan Kuala Langat semakin surut akibat kemarau yang menimpa kawasan Lembah
Klang sejak akhir-akhir ini.
45. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi telah menempah sejarah apabila muncul sebagai juara
pertandingan berbalas pantun.
46. Chang Jie Yi telah dihadiahkan sejambak bunga oleh kekasihnya yang baru pulang dari luar negara
untuk meraikan hari jadinya.
47. Berapa harga sebatang pen mata bola yang berdakwat merah dan sebatang pen berdakwat yang berwarna
hitam?
48. Para pemimpin sedang berusaha untuk mengatasi masalah kesihatan yang rakyat Pakistan hadapi sejak
beberapa dekad yang lalu.
49. Kuih-muih yang dijual oleh emak Zainab itu sedap-sedap belaka kerana keturunannya memang penjaja
kuih yang popular.
50. Di suatu masa dahulu, manusia suka tinggal di sepanjang sungai kerana sungai membekalkan air dan
ikan kepada manusia.
51. Sebagai akibat banjir besar yang melanda kita baru-baru ini, beratus haiwan ternakan mati sehingga
merugikan penternak.
52. Pelajar yang memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ialah
Lee Qao Shaun.
53. Cikgu Azizah mengarahkan ketua tingkatan supaya mengumpulkan buku latihan-buku latihan dan
meletakkannya di atas mehja guru.
54. Setengah peniaga suka mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran kenaikan harga petrol
yang diumumkan oleh kerajaan.
55. Kebanyakan peserta-peserta larian jarak jauh itu dijangkakan mampu membuat catatan masa yang baik
kerana latihan intensif telah dijalankan.
56. Low Yu Jing menghadiahi Evone sebuah cincin emas yang bertahtakan berlian lalu melamarnya di
hadapan ibu bapa kekasihnya itu.
57. Kereta mewah yang diletakkan di hadapan Pusat Tuisyen Alam Gemilang sejak pagi semalam itu milik
siapakah?

Anda mungkin juga menyukai