Anda di halaman 1dari 9

SET 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Soalan 1 hingga soalan 3

Pilih ayat pasif diri pertama yang betul.

1. A Karangan ini ditulis oleh saya.


B Saya menulis karangan ini.
C Karangan ini saya tulis.
D Saya tulis karangan ini.

2. A Cermin tingkap itu kami sudah lap.


B Cermin tingkap itu sudah kami lap.
C Kami mengelap cermin tingkap itu.
D Cermin tingkap itu dilap oleh kami.

3. A Pakaian itu akan aku basuh.


B Pakaian itu aku akan basuh.
C Aku akan basuh pakaian itu.
D Pakaian itu akan dibasuh olehku.

Soalan 4 hingga Soalan 6.

Pilih ayat pasif diri kedua yang betul.

4. A Pen yang hilang itu kausudah jumpa?


B Pen yang hilang itu sudah dijumpa oleh kau?
C Kausudah jumpa pen yang hilang itu?
D Pen yang hilang itu sudah kaujumpa?

1
SET 2

5. A Ibu bapa mesti anda hormati.


B Anda mesti menghormati ibu bapa.
C Ibu bapa mesti dihormati oleh anda.
D Ibu bapa anda mesti dihormati.

6. A Bola ini engkau tendang?


B Bola ini ditendang oleh engkau?
C Engkau menendang bola ini?
D Engkau tendang bola ini?

Soalan 7 hingga Soalan 9

Pilih ayat pasif diri ketiga yang betul.

7. A Beliau melawat ke tapak projek itu.


B Tapak projek itu dilawati oleh beliau.
C Tapak projek itu beliau lawati.
D Beliau akan lawati tapak projek itu.

8. A Khemah ini telah didirikan oleh mereka.


B Khemah ini mereka telah dirikan.
C Mereka telah mendirikan khemah ini.
D Mereka telah dirikan khemah ini.

9. A Hadiah itu telah disampaikan oleh baginda.


B Baginda telah menyampaikan hadiah itu.
C Hadiah itu telah disampaikan kepada baginda.
D Hadiah itu telah baginda sampaikan.

2
SET 2

Soalan 10 hingga Soalan 12.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif yang diberikan.

10. Kakak memasukkan air itu ke dalam botol.


A Air itu dimasukkan kakak ke dalam botol.
B Air itu kakak masukkan ke dalam botol.
C Botol itu dimasukkan ke dalam air oleh kakak.
D Air itu dimasukkan ke dalam botol oleh kakak.

11. Guru Besar menyambut ketibaan Datuk Zainal.


A Ketibaan Datuk Zainal, Guru Besar yang sambut.
B Datuk Zainal menyambut ketibaan Guru Besar.
C Ketibaan Datuk Zainal disambut oleh Guru Besar.
D Ketibaan Guru Besar disambut oleh Datuk Zainal.

12. Awak sudah menerima berita buruk itu?


A Berita buruk itu awak sudah terima?
B Berita buruk itu sudah diterima oleh awak?
C Berita buruk itu sudah awak terima?
D Sudah awak terima berita buruk itu?

Soalan 13 hingga Soalan 15

Pilih ayat aktif yang betul bagi ayat pasif yang diberikan.

13. Budak itu dikejar oleh seekor angsa.


A Seekor angsa dikejar oleh budak itu.
B Seekor angsa mengejar budak itu.
C Budak itu mengejar seekor angsa.
D Seekor angsa budak itu kejar.

3
SET 2

14. Gambar itu digantung di dinding olehnya.


A Dia menggantungkan gambar itu di dinding.
B Gambar itu dia gantung di dinding.
C Dia gantung gambar itu di dinding.
D Gambar itu tergantung di dindingnya.

15. Kereta ini patut anda miliki.


A Patut anda memiliki kereta ini
B Inilah kereta yang anda patut miliki.
C Anda patut memiliki kereta ini.
D Memiliki kereta ini anda patut.

Soalan 16 hingga Saoalan 20.

Pilih ayat-ayat yang betul.

16. I Baju itu dijahit oleh saya.


II Pertandingan itu diserta oleh kami.
III Lukisan itu kamu lukis?
IV Baju ini belum digosok.
A I dan II sahaja. C I dan III sahaja
B II dan III sahaja D III dan IV sahaja

17. I Gulai ini dimasak oleh Kasmah.


II Bapa membeli selonggok duria.
III Kasut ini engkau punya?
IV Ibu ialah orang yang paling kusayangi.
A I, II dan III sajaha C II, III dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV.

4
SET 2

18. I Kain ini perlu kaulipat.


II Pen ini kepunyaan saya.
III Kuih ini ibu simpan untuk Amira.
IV Ikan ini ayah beli di pasar borong.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV

19. I Peraturan sekolah patut kita patuhi.


II Pokok-pokok bunga ini kausiram.
III Pisau yang tumpul itu sudah diasah.
IV Bilik darjah itu mereka bersihkan.
A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja
B I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

20. I Kakinya luka kerana terpijak kaca.


II Sampah itu saya membuang ke dalam tong sampah.
III Pensel warna saya dia curi.
IV Saya memakai baju merah ini.
A I dan II sahaja C II dan III sahaja
B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja.

Soalan 21 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.

21. Abang memarahi kami kerana bermain di tepi lombong itu.

A Kami dimarahi oleh abang kerana bermain di tepi lombong itu.


B Abang kami marahi kerana bermain di tepi lombong.
C Abang memarahi kami di tepi lombong itu.
D Kami dan abang dimarahi kerana bermain di tepi lombong.

5
SET 2

22. Jemput-jemput pisang itu masih panas kerana baru digoreng oleh ibu.

A Jemput-jemput pisang panas ini digoreng oleh ibu.


B Jemput-jemput pisang yang baru digoreng oleh ibu masih panas.
C Ibu menggoreng jemput-jemput pisang yang masih panas ini.
D Ibu baru memanaskan jemput-jemput pisang ini.

23. Dalam acara lumba basikalitu. atlet negara telah menggunakan basikal buatan tempatan.

A Basikal buatan tempatan telah digunakan oleh atlet negara dalam acara lumba
basikal itu.
B Dalam acara lumba basikal itu, semua atlet diarah menggunakan basikal buatan
negara masing-masing.
C Atlet yang menggunakan basikal buatan tempatan akan mewakili negara dalam
acara lumba basikal itu.
D Basikal yang digunakan oleh atlet tempatan itu dalam acara lumba basikal itu
adalah buatan negara masing-masing.

24. Guru Besar memarahi murid-murid itu kerana merokok di sekolah.

A Guru Besar benci akan murid-murid yang merokok.


B Murid-murid itu dimarahi oleh Guru Besar kerana merokok di sekolah.
C Murid-murid yang merokok itu dimarahi oleh Guru Besar di sekolah.
D Murid-murid sekolah itu dimarahi oleh Guru Besar kerana merokok.

25. Para pekerja itu akan melancarkan mogok selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh
pihak majikan.

A Selagi pihak majikan tidak memenuhi tuntutan mereka, para pekerja itu akan
melancarkan mogok.
B Mereka melancarkan mogok kerana tuntutan pihak majikan tidak dapat dipenuhi
oleh para pekerja.
C Para pekerja yang tidak memenuhi tuntutan pihak majikan akan tetap
melancarkan mogok.
D Pihak majikan akan memenuhi tuntutan para pekerja yang mogok itu.

6
SET 2

26. Kami melihat proses percetakan surat khabar di kilang itu.

A Surat khabar kami dicetak di kilang itu.


B Di kilang itu, kami mencetak surat khabar.
C Proses percetakan surat khabar kami lihat di kilang itu.
D Surat khabar itu diproses di kilang kami.

27. Abang mencantas cabang pokok mangga itu supaya lebih rendang.

A Cabang pokok mangga yang rendang itu dicantas oleh abang.


B Pokok mangga itu lebih rendang setelah dicantas oleh abang.
C Cabang pokok mangga itu dicantas oleh abang supaya lebih rendang.
D Cabang pokok mangga abang menjadi rendang setelah dicantas.

28. Sikapnya yang sombong itu menyebabkan dia dibenci oleh rakan-rakannya.

A Dia membenci sikap rakan-rakannya yang sombong itu.


B Rakan-rakannya membencinya kerana sikapnya yang sombong itu.
C Rakan-rakannya dibenci olehnya kerana sikap mereka yang sombong.
D Dia membenci sikap sombong yang ditunjukkan oleh mereka.

29. Ibu sentiasa menasihati kami agar berani menghadapi cabaran.

A Kami sentiasa dinasihati oleh ibu agar berani semasa menghadapi cabaran.
B Kami dinasihati oleh ibu agar sentiasa bersikap berani apabila dicabar.
C Kami dinasihati oleh ibu agar berani menghadapi cabaran.
D Ibu menasihati kami supaya bersedia menghadapi apa-apa cabaran.

30. Ana membawa pulang buah-buahan yang dibeli oleh pak ciknya di pesta itu.

A Buah-buahan yang dibawa pulang oleh Ana untuk pak ciknya dibeli di pesta itu.
B Pak cik Ana membawa pulang buah-buahan yang dibelinya di pesta itu.
C Pak ciknya membeli buah-buahan yang dibawa pulang oleh Ana dari pesta itu.
D Buah-buahan yang dibawa pulang oleh Ana itu dibeli oleh pak ciknya di pesta itu.

31. Abang sedang membaiki basikal Amirul yang rosak itu.

A Basikal Amirul itu dirosakkan oleh abang.


B Basikal abang Amirul yang baru dibaiki itu sudah rosak.
C Basikal Amirul yang rosak itu sedang dibaiki oleh abang.
D Basikal abang sedang dibaiki oleh Amirul.

7
SET 2

32. Encik Ramli mengedarkan kad jemputan itu kepada jiran-jirannya.

A Encik Ramli telah diminta supaya mengedarkan kad jemputan itu kepada jiran-
jirannya.
B Kad jemputan itu diedarkan oleh Encik Ramli kepada jiran-jirannya.
C Jiran Encik Ramli telah mengedarkan kad jemputan itu.
D Kad jemputan itu diedarkan oleh jiran Encik Ramli kepada mereka.

33. Chong memberitahu kepada para pelancong bahawa tempat itu terkenal dengan
penanaman buah naga.

A Pelancong-pelancong diberitahu oleh Chong bahawa tempat ini terkenal oleh


penanaman buah naga.
B Para pelancong diberitahu oleh Chong tentang bagaimana buah naga menjadi
terkenal di sini.
C Semua pelancong diberikan keterangan tentang buah naga yang terkenal di tempat
ini.
D Para pelancong diberitahu oleh Chong bahawa bahawa buah-buah naga di tanam
di sini.

34. Ibu telah membasuh ikan-ikan yang telah disiang dengan air asam jawa.

A Ikan-ikan yang telah dibasuh itu perlu disiang dengan air asam jawa.
B Ibu telah membasuh air asam jawa ketika dia menyiang ikan-ikan itu.
C Ikan-ikan yang telah disiang dengan air asam jawa akan dibasuh oleh ibu.
D Setelah disiang, air asam jawa telah digunakan oleh ibu untuk membasuh ikan-
ikan itu.

35. Perbuatan peniaga menyorok gula menyebabkan bahan tersebut sangat berkurangan di
pasaran.

A Gula semakin berkurangan kerana disorok oleh peniaga.


B Kekurangan bahan gula berlaku kerana disorok oleh peniaga.
C Gula sukar didapati kerana angkara peniaga yang menyoroknya di pasaran.
D Kekurangan gula di pasaran disebabkan oleh peniaga yang menyorok bahan
tersebut.

8
SET 2

36. Motosikal yang rosak itu telah dihantar ke bengkel oleh abang saya semalam.

A Abang telah menghantar motosikal saya yang rosak itu ke bengkel semalam.
B Abang telah menghantar motosikal yang rosak itu ke bengkel saya semalam.
C Semalam saya dan abang telah menghantar motosikal yang rosak itu ke bengkel.
D Semalam abang saya telah menghantar motosikal yang rosak itu ke bengkel.

37. Hamid mengambil cuti rehat kerana sakit perut.

A Memikirkan sakit perut yang menyusahkan, Hamid telah cuti rehat.


B Sakit perut telah menyusahkan Hamid.
C Oleh sebab sakit perut, Hamid mengambil cuti rehat.
D Cuti diambil Hamid kerana sakit perut.

38. Cadangan untuk memajukan projek penternakan lembu diajukan oleh beliau kepada
Pengerusi Kelab Tani.

A Beliau telah mengajukan cadangan memajukan penternakan lembu kepada


Pengerusi Kelab Tani.
B Beliau sering menyarankan pengerusi supaya memajukan penternakan lembu.
C Pengerusi disarankan menternak lembu yang dimajukan oleh Kelab Tani.
D Beliau sering menyarankan pengerusi menternak lembu bersama Kelab Tani

39. Sebuah syarikat pembinaan dari Malaysia telah berjaya mendapat kontrak membina
lebuhraya di India.

A Kontrak untuk membina lebuhraya di Malaysia telah berjaya diperoleh India.


B Kontrak sebuah syarikat di Malaysia telah berjaya diperoleh India.
C Lebuhraya di India telah dibina oleh sebuah syarikat dari Malaysia.
D Kontrak untuk membina lebuhraya di India telah berjaya diperoleh sebuah
syarikat dari Malaysia.

40. Asam pedas yang lazat itu telah dimasak oleh kakak saya tengah hari tadi.

A Kakak telah memasak asam pedas saya yang lazat itu tengah hari.
B Kakak telah memasak asam pedas yang lazat dengan saya tengah hari tadi.
C Tengah hari tadi kakak saya telah memasak asam pedas yang lazat itu.
D Tengah hari tadi saya dan kakak telah memasak asam pedas yang lazat itu.

Anda mungkin juga menyukai