Anda di halaman 1dari 7

MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesilapan ejaan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan


mesej dalam beberapa saat sahaja.

2. Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi


cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat
menanggongnya.

3. Kebanyakkan hidupan liar akan pupus jika tidak diambil langkah yang berkesan
untuk melindungi kewujudannya.

4. Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah


diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

5. Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang anak muridnya itu
telah dikenal pasti oleh maha guru itu.

6. Pemilik kedai alatulis yang baru dibuka itu telah mengadakan pertandingan
mencipta logo untuk dijadikan logo kedainya.

7. Penduduk kampung telah bergotong-royong memperbesar warong di tepi jalan.

8. Sikap bertolerasi penting untuk memastikan keharmonian hidup berjiran.

9. Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai
raya di situ.

10. Suri rumah sering ditipu oleh jurujual yang datang menjual beranika barangan
dari rumah ke rumah.

11. Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa
menghiasi pejabat syarikat ternama itu.

12. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang
menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.

13. Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan


mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
14. Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang
rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual.

15. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen
sebagai pakar bedah.

JAWAPAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN

1. Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan


mesej dalam beberapa saat sahaja.

2. Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi


cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat
menanggungnya.

3. Kebanyakan hidupan liar akan pupus jika tidak diambil langkah yang
berkesan untuk melindungi kewujudannya.

4. Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu


mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.

5. Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang anak muridnya itu
telah dikenal pasti oleh mahaguru itu.

6. Pemilik kedai alat tulis yang baru dibuka itu telah mengadakan pertandingan
mencipta logo untuk dijadikan logo kedainya.

7. Penduduk kampung telah bergotong-royong memperbesar warung di tepi


jalan.

8. Sikap bertoleransi penting untuk memastikan keharmonian hidup berjiran.

9. Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengesyorkan pembinaan sebuah


balai raya di situ.

10. Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beraneka
barangan dari rumah ke rumah.

11. Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabot tempatan semasa
menghiasi pejabat syarikat ternama itu.
12. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang
menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.

13. Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan


mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

14. Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang
rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.

15. Guru bimbingan itu telah memberi keterangan yang jelas tentang profesion
sebagai pakar bedah.

MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal


pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Industri pelancongan telah menjadi industri terpenting mendasari Keluaran


Dalam Negara Kasar (KDNK).

2. P. Ramlee merupakan tokoh legenda yang diagung dalam sejarah seni


negara.

3. Masyarakat perlu menyedari dengan apa-apa cara juga supaya mereka dapat
menerima teori baru dalam pembangunan negara.

4. Untuk dijadikan pelajar yang cemerlang, kita mestilah memiliki motivasi dan
disiplin yang tinggi.

5. Ayah membawa adik ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor apabila


mendapat badan adik dijangkiti ruam panas.

6. Dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pilihan Cikgu Syarif
sebagai bendahari baharu disokong sebulat suara oleh semua ahli.

7. Ketua jurulatih tersebut melahirkan rasa kecewa akan pencapaian kontijen


negara dalam Sukan SEA XXII di Vietnam lalu kerana gagal memenuhkan
sasaran kutipan emas yang diletakkan pada temasya dwitahunan itu

8. Sebahagian besar pengusaha kraftangan di negara ini tidak berupaya


ditembusi pasaran antarabangsa.

9. Berita hari ini tersiar insiden dua orang buruh binaan maut akibat terkena
kejutan elektrik.
10. Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin.

11. Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan
aksi yang mengkagumkan.

12. Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak
membebankan golongan berpendapat rendah.

13. Industri pelancongan yang berkembang dengan pesat membawa impak yang
baik kepada pengembangan ekonomi negara.

14. Program khusus bagi menjaga kebajikan ibu tunggal di negara ini melalui
Belanjawan 2005 yang baharu diumumkan jelas menunjukkan keprihatinan
kerajaan terhadap masalah yang ditanggung oleh golongan yang terpaksa
mengemudi sebuah keluarga secara keseorangan.

15. Semua pegawai pelajaran yang telah perkhidmatan untuk jangka masa yang
tertentu akan dinaikkan pangkat secara automatik.

JAWAPAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN

1. Industri pelancongan telah menjadi industri terpenting berdasarkan Keluaran


Dalam Negara Kasar (KDNK).

2. P. Ramlee merupakan tokoh legenda yang teragung dalam sejarah seni


negara.

3. Masyarakat perlu disedarkan dengan apa-apa cara juga supaya mereka


dapat menerima teori baru dalam pembangunan negara.

4. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita mestilah memiliki motivasi dan
disiplin yang tinggi.

5. Ayah membawa adik ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor apabila


mendapati badan adik dijangkiti ruam panas.

6. Dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pemilihan Cikgu
Syarif sebagai bendahari baharu disokong sebulat suara oleh semua ahli.

7. Ketua jurulatih tersebut melahirkan rasa kecewa akan pencapaian kontijen


negara dalam Sukan SEA XXII di Vietnam lalu kerana gagal memenuhi
sasaran kutipan emas yang diletakkan pada temasya dwitahunan itu

8. Sebahagian besar pengusaha kraftangan di negara ini tidak berupaya


menembusi pasaran antarabangsa.
9. Berita hari ini menyiarkan insiden dua orang buruh binaan maut akibat
terkena kejutan elektrik.

10. Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin.

11. Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan
aksi yang mengagumkan.

12. Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak
membebankan golongan berpendapatan rendah.

13. Industri pelancongan yang berkembang dengan pesat membawa impak yang
baik kepada perkembangan ekonomi negara.

14. Program khusus bagi menjaga kebajikan ibu tunggal di negara ini melalui
Belanjawan 2005 yang baharu diumumkan jelas menunjukkan keprihatinan
kerajaan terhadap masalah yang ditanggung oleh golongan yang terpaksa
mengemudi sebuah keluarga secara berseorangan.

15. Semua pegawai pelajaran yang telah berkhidmat untuk jangka masa yang
tertentu akan dinaikkan pangkat secara automatik.

MENGENAL PASTI KESALAHAN ISTILAH

1. Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan


sering ke luar negara.

2. Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

3. Pihak berkuasa tempatan telah memperlebar jalan itu untuk kemudahan dan
keenakan orang ramai.

4. Dia mendapat tempat keempat dalam peraduan menggubah esei yang


dianjurkan oleh sekolahnya pada minggu lepas.

5. Tindak tanduknya memang licin sehingga semua orang tidak menyangka


bahawa dia penipu.

6. Setelah lama meraduk hutan belukar itu, akhirnya kami tiba di tempat yang
dituju.

7. Kolej swasta di negara ini timbul bagai cendawan selepas hujan dan
sesetengah pihak meragui kualitinya pendidikannya.

8. Pemecatan namanya dalam senarai calon untuk kenaikan pangkat


menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan sejawatnya.
9. Syarikat itu melakukan beberapa usaha sebagai propaganda produknya di
pasaran tempatan dan antarabangsa.

10. Oleh sebab terlalu letih, ayah terlentur di kerusi yang berada di ruang tamu.

11. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai
pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

12. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan
memalapkan wang syarikat tersebut.

13. Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di
syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

14. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu
dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat
terkenal.

15. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh
peguam, akhirnya Ahmad bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

JAWAPAN MENGENAL PASTI KESALAHAN ISTILAH

Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

1. Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan


sering ke luar negara.

2. Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

3. Pihak berkuasa tempatan telah memperlebar jalan itu untuk kemudahan dan
keselesaan orang ramai.

4. Dia mendapat tempat keempat dalam peraduan mengarang esei yang


dianjurkan oleh sekolahnya pada minggu lepas.

5. Tindak tanduknya memang licik sehingga semua orang tidak menyangka


bahawa dia penipu.

6. Setelah lama meredah hutan belukar itu, akhirnya kami tiba di tempat yang
dituju.
7. Kolej swasta di negara ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan
sesetengah pihak meragui kualitinya pendidikannya.

8. Pengguguran namanya dalam senarai calon untuk kenaikan pangkat


menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan sejawatnya.

9. Syarikat itu melakukan beberapa usaha sebagai promosi produknya di


pasaran tempatan dan antarabangsa.

10. Oleh sebab terlalu letih, ayah terlentok di kerusi yang berada di ruang tamu.

11. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda
bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

12. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan
menggelapkan wang syarikat tersebut.

13. Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di
syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.

14. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu
dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat
terkenal.

15. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh
peguam, akhirnya Ahmad bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai