Anda di halaman 1dari 3

Glosari

Akauntabiliti Sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu

Bawah sedar Perasaan hati yang tidak disedari kewujudannya

Separa sedar Perasaan hati yang sebahagian sahaja disedari kewujudannya

Segar minda Minda yang sihat dan cergas serta sejahtera

Mindset Set pemikiran

Innovator mindset Set pemikiran Inovatif

Fixed mindset Pemikiran yang tidak berubah

Growth mindset Set pemikiran berkembang untuk mencapai kecemerlangan

Penaakulan Pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau


logik

Kendiri Sendiri atau sifat kendiri

Integriti Kejujuran

Eksplorasi Penjelajahan kelapangan untuk memperoleh sesuatu

Paradigma Lingkungan atau batasan pemikiran


SOALAN LAZIM

S: Apakah ciri-ciri mindset berkembang dan mindset tetap?


J: Individu yang mempunyai mindset berkembang mempunyai ciri-ciri seperti;
berani menghadapi cabaran, bermotivasi tinggi walaupun menghadapi saat
sukar, mempercayai bahawa usaha adalah penting di samping bakat yang ada,
tidak mudah berputus asa dan menyukai apa yang mereka lakukan.
Individu yang mempunyai mindset tetap pula selalunya akan mengelakkan
cabaran, memerlukan penghargaan atas usaha yang mereka lakukan, mudah
berputus asa, menyerah kalah dan tidak boleh menerima kegagalan.

S: Nyatakan kesan mindset terhadap kehidupan seseorang?


J: Mindset sama ada berkembang atau tetap akan mempengaruhi pemikiran dan
sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Hal ini pula yang akan
mencorakkan tindakan yang boleh mempengaruhi pencapaian mereka.

S: Bagaimanakah anda boleh mengukuhkan mindset positif dalam diri


anda?
J: Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengukuhkan mindset positif
adalah:
• Sentiasa berfikiran positif dan terbuka
• Mempunyai rakan-rakan yang positif
• Mencari sumber inspirasi untuk memotivasikan diri
• Menerima kegagalan sebagai cabaran

S: Apakah peranan pemimpin sekolah untuk mengekalkan mindset


berkembang dalam kalangan warganya?
J: Sebagai pemimpin, antara strategi yang dicadangkan untuk mengukuhkan
mindset positif adalah seperti yang berikut:
• Membina hubungan kerja yang sihat dalam kalangan ahli organisasi
• Mempunyai misi dan visi organisasi yang jelas
• Menghargai setiap kejayaan walaupun kecil
• Meningkatkan rasa syukur atas pencapaian yang diperoleh
S: Apakah kepentingan Ujian Psikometrik i2PK?
J: Melalui dapatan Ujian Psikometrik i2PKboleh membantu individu untuk:
• Mengenal pasti personaliti individu
• Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan
• Membuat keputusan yang praktikal
• Memahani secara lebih mendalam tentang perbezaan individu
• Membuat menyesuaian diri

S: Apakah yang dimaksudkan dengan kendiri sebenar (real self) dan kendiri
idaman (ideal self)?
J: Kendiri sebenar ialah diri sebenar yang sedia ada pada seseorang individu,
manakala kendiri idaman ialah bagaimana seseorang itu ingin atau menjadikan
dirinya dilihat.

Anda mungkin juga menyukai