Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN PENGUKUHAN MENCERAKIN AYAT (Memisahkan ayat  

)
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di


dapur.
Ayat 1:
Ayat 2:

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di
Hospital Sungai Buloh petang semalam.
Ayat 1:
Ayat 2:

3.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana


mereka sanggup menerima upah lebih rendah.
Ayat 1:
Ayat 2:

4.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?


Ayat 1:
Ayat 2:

5.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.


Ayat 1:
Ayat 2:

6.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:

7.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan


rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:

8.         Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat


meluangkan masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:

9.         Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang


banyak kepada murid-murid.
Ayat 1:
Ayat 2:

10.        Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia


tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke
semasa.
Ayat 1:
Ayat 2:

11.        Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih


mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
Ayat 1:
Ayat 2:

12.        Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke


peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1:
Ayat 2:

13.        Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk


memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1:
Ayat 2:

14.        Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana
melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1:
Ayat 2:

15.        Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat


semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1:
Ayat 2:

LATIHAN PENGUKUHAN 2:
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur
asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah


pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah
pelajar.
Jawapan:

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Jawapan:

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang
ditetapkan.  Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.
     Jawapan:

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa
mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa
menjaga kebersihan diri.
Jawapan:

5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu


berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:

6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah
banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.

7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya
mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami
kecederaan di bahagian kaki.

8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama. 


Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok
tersebut membekalkan oksigen.
LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di


dapur.
Ayat 1: ayah   mencuci kereta di  halaman rumah
Ayat 2: ibu  memasak rendang  di dapur

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di
Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3.   Ayat 1: Salina telah meninggal  dunia
4.   Ayat 2: Salina  menderita penyakit  kanser  tahap empat

5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana


mereka sanggup menerima upah lebih rendah.

Ayat 1: pekerja-pekerja asing  menjadi pilihan  banyak majikan di  negara   ini
Ayat 2: pekerja  asing  sanggup  menerima upah ya ng  lebih  rendah

6.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.


Ayat 1: Encik  Amran hendak ke  Muzium Negara
Ayat 2: Encik  Amran   hendak   ke Puterajaya

7.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.


Ayat 1: pendebat itu  petah berhujah mematahkan  hujah  lawan
Ayat 2: pendebat itu bijak  mematahkan  hujah  lawan

8.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1: Siswazah  tidak  mengharapkan kerja makan   gaji  sahaja
Ayat 2: Siswazah  berpandangan jauh

9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan


rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1: semua  anggota masyarakat  hendaklah  saling  menghormati
Ayat 2:   kehidupan   rakyat di Negara   ini bertambah  harmoni

10. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan
masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.

Ayat 1: jadual kerja  pemimpin  besar itu padat


Ayat 2: beliau masih  dapat meluangkan  masa  untuk bertemu dengan  penduduk
setempat
11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang
banyak kepada murid-murid.

Ayat 1: aktiviti kokurikulum memberikan  faedah  yang banyak  kepada  murid-murid


Ayat 2: aktiviti  kokurikulum dilaksanakan  di sekolah

12.Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak


dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
Ayat 1: Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak
dapat disangkal lagi
Ayat 2:   Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia
perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.

13.Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-
mana barang elektrik seperti ketuhar.
14.Ayat 1: pembeli  itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti
ketuhar.
Ayat 2:  pembeli itu memenangi cabutan bertuah.

15.Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke


peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1: produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke
peringkat antarabangsa
Ayat 2:  produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi

16.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk


memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
Ayat 2: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian
jangkitan virus Covid-19

17.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar
arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1: setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
Ayat 2:  ramai orang awam melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

18.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa


berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat
semasa berbelanja
Ayat 2: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang
LATIHAN PENGUKUHAN 2:

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan


menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur
asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah


pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah
pelajar.
Jawapan:   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran
yang sukar manakala  mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang
oleh sesetengah pelajar.     

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Jawapan: Buku cerita yang  dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza
Angsana, Johor Bahru  itu sangat tebal.

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang
ditetapkan.  Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.

Jawapan:    Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu yang diberikan
oleh Cikgu Kalsom dalam tempoh yang ditetapkan. 

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa
mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa
menjaga kebersihan diri.

Jawapan:    Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu
sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  dan  perlu sentiasa
menjaga kebersihan diri.

5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu


berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:  Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Kemboja itu melibatkan beberapa
buah kenderaan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah
banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.
Jawapan:  Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana  warga
tua telah banyak berkorban  untuk membangunkan negara tercinta.

7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya
mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami
kecederaan di bahagian kaki.

Jawapan: Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum kerana 
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun  telah
mengalami kecederaan di bahagian kaki
8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama. 
Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok
tersebut membekalkan oksigen.

Jawapan: Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan


utama untuk   mengindahkan pemandangan persekitaran  dan membekalkan
oksigen.

Anda mungkin juga menyukai