Anda di halaman 1dari 30

TATABAHASA

(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

PANDUAN KEPADA GURU

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.


Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.

3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.


Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.

4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.


Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.

5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.


Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.

1
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.

3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.


Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.

4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.


Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.

5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.


Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.

2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.


Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.


Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau.
Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut

5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.


Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.

3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.


Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.


Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.


Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

2
LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi
menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi MaklumatKebangsaan
bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.

3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.

4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.

5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.

2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.

3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang
cemerlang.
Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada
pelajar yang cemerlang.

4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.


Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung
di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

3
LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.


Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.


Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.


Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.


Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.

4
LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.


Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.


Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.

4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.


Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.


Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.

2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.


Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.

3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.
Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.
Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.

5
LATIHAN SPM 12.
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
bersaing dengan bangsa lain.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan
bangsa lain.

2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum
dihantar ke mahkamah.
Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.

3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.


Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.


Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.

5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam
sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.
Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang
sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak
mengambil berat terhadap anak mereka.
Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak
mengambil berat terhadap anak mereka.

2. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.

3. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.
Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang
mercun.

4. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
pelajar tahun ini.
Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar
tahun ini.

5. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.


Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.

6
LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.


Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.

2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.


Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.

3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.


Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.

5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.

LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.

3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa
sewaktu melayani pelanggan mereka.

4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.

5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.
Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.

7
LATIHAN TATABAHASA SPM
( Menyambung Ayat )

PANDUAN KEPADA GURU

1. Perkataan yang dihitamkan, perlu digugurkan dalam jawapan


2. Perkataan yang berhuruf condong merupakan kata hubung yang dimasukkan
dalam ayat.

LATIHAN SPM 1

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-
binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang
liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan
manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan
pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah
dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh
dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-
binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini
berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati
mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

8
LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai
aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa
pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada
masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa
adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut.
Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka


untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah
dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa
pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan
televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan
tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen
dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh
adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen.


Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-
kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan
remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak
bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen


yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan
rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.

9
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak
dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan
mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.


Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian
Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat
membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut
ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah
kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer.
Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer
juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.


pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini
kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam
bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah
luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah
ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer
juga.

10
LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis
novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak
lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau
Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib
mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam
jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama
dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa
disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku
sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan.
Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah
untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati
pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang
ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku
sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula
berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka
adalah untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan walau bagaimanapun keistimewaan-keistimewaan
itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

11
LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka
berbuat demikian ialah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut
termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat
demikian ialah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.
Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan
penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama
pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan
kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada
nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini
bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini


adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan
pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan
tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta
usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

12
LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada


pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka
menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka
menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan
usaha kerajaan. Usaha tersebut ialah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.
Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan.
negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada
pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita
serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut ialah untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang
dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio
pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang
terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya ialah untuk mengelakkan
timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah-masalah alam sekitar itu
termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku
daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang
dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de
Jenerio pada bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan
langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya ialah untuk mengelakkan
timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.
3) Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan
pencemaran udara dan selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti
pembangunan yang tidak terancang.

13
LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu
bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri
pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai
punca bertambahnya penganggur di kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah
ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi
keperluan semalam. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan
esok.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan.


perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di
kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem
pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur di kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut
hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan semalamtetapi
yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan esok.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa


dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota
masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah
tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah
kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan
perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma
masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan
tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah


tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut
terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah
tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah
pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut
peredaran masa.

14
3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang
perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan
tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan
tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian


sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh
meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang
terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat
korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara
kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian


sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan
itu sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan
yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh
syarikat korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini
membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada


Ogos 1971. Penggubalan itu adalah hasil daripada persidangan di kalangan para
cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi
itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan
kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang
kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam
menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu..
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu
berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung


pada Ogos 1971. penggubalan itu adalah hasil daripada persidangan di
kalangan para cendekiawan Melayu.

15
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu
berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan
kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip
yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang
ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum.
rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah
hitam negara.

TATABAHASA
( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )

PANDUAN KEPADA GURU

Latihan SPM 1
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara


Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya
itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-
pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar
negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana
kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz
bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak
swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu.
[ 6 markah ]

JAWAPAN :

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
yang indah.

Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

16
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi


potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka.

Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri


perlu ditanam dalam diri.

Latihan SPM 2
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.

Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halamannya.

Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan
ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.

Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan

Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.

Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas,
Kamarul memberikan alasan.

[ 6 markah ]

JAWAPAN :

1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah
dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa
Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan
bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.

17
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak
teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Latihan SPM 3

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan


menggunakan cakap pindah.

Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.

Rancangan apa? jawab Ani.

Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata
Salleh.

Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.

Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !

Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.


[ 6 markah ]

JAWAPAN :

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.

2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.

3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung


dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari
dahulu.

4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat


pada hari Sabtu akan datang.

5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan
menyokongnya.

6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

18
Latihan SPM 4

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-
samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit.

[ 6 markah ]

JAWAPAN :

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.

2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan


menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.

3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-
sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama
berkawan.

4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Latihan SPM 5

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......


Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok
anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak
ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya

[ 6 markah)

19
JAWAPAN :

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat
itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu
tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan
pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan
Comot

Latihan SPM 6

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

FELIX : Mi Pedas.

MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?

FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.

MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?

FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.

JAWAPAN :

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya
kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan
kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya
semata-
mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja
Mawi
makan dahulu.

20
Latihan SPM 7

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.


Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum
saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang
dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan
perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim.

JAWAPAN:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul
bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan
rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau
merupakan seorang yang sangat garang.

21
Latihan SPM 8

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa
dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya
makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa
lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan
sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia
hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

JAWAPAN:

Mak Limah : Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?


Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi
Maju.
Mak Limah : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu.
Mak Limah : Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop : Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

Latihan SPM 9

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

Hassan : Hai, Shiela! Tahniah!


Shiela : Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal percakapan
kamu.
Hassan : Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah kita.
Shiela : Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum tahu lagi.
Hassan : Cikgu Halimah yang memberitahu aku semasa aku ambil slip
keputusan peperiksaan tadi.
Shiela : Nantilah, aku ke sekolah dulu. Aku perlu pastikan dulu benar
tidaknya kata-kata kamu itu.
Hassan : Percayalah cakap aku. Aku serius.
Shiela : Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena sekali.
Hassan : Kali ini aku tak tipu lagi.
Shiela : Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang tak percaya.
Berita betul sekalipun orang masih sangsi.

22
JAWAPAN:

1. Sambil menegur Shiela, Hassan mengucapkan tahniah kepadanya tetapi Shiela


berasa hairan dan menyatakan bahawa dia tidak memahami maksud Hassan itu.
2. Hassan menjelaskan bahawa ucapan tahniah tersebut kerana Shiela ialah pelajar
cemerlang sekolah mereka dalam peperiksaan SPM.
3. Shiela bertanya tentang hal itu kerana dia sendiri belum mengetahuinya.
4. Hassan menyatakan bahawa perkara itu dijelaskan kepadanya oleh Cikgu
Halimah semasa dia mengambil slip keputusan peperiksaannya tadi.
5. Walau bagaimanapun, Shiela enggan mempercayainya, sebaliknya dia hendak ke
sekolah lebih dahulu untuk memastikan kebenaran kata-kata Hassan itu.
6. Hassan meminta Shiela mempercayainya kerana dia serius tentang hal itu.
7. Shiela menyatakan bahawa dia harus berwaspada terhadap Hassan kerana
Hassan pernah menipunya dahulu.
8. Hassan berjanji bahawa dia tidak menipu Shiela kali ini.
9. Shiela mengingatkan Hassan supaya tidak membuat orang hilang kepercayaan
hingga perkara benar yang dikatakannya pun disangsikan orang.

Latihan SPM 10

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke


bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak
mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung
mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa
dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman
cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai
petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan
bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar.
Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana
hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

JAWAPAN:

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?


Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah
pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap
hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

23
TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF)

PANDUAN KEPADA GURU

LATIHAN SPM I

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.


Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.

2. Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermoral.
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
bermoral.

3. Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya


setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
Puan Sharifah menghadiahkan seutas jam tangan kepada anaknya setelah lulus
peperiksaan SPM dengan cemerlang.

4. Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.


Dia menyedari kesalahannya itu selepas beberapa ketika.

5. Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami penerangan
tersebut.
Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu semula setelah memahami penerangan
tersebut.

6. Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.


Dia akan mengkaji spesies tumbuhan anak di hutan itu sekali lagi.

LATIHAN SPM 2

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
Helen sudah membaca novel berbahasa Inggeris itu bulan lalu.

2. Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada
murid-murid yang lain.
Guru disiplin menasihati para pengawas agar menunjukkan contoh yang baik kepada
murid-murid yang lain.

24
3. Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.
Saya melukis pemandangan di kampung nelayan itu.

4. Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
Si Comot, kucing kesayangan emak telah berjaya menangkap tikus pagi tadi.

5. Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah.
Ibu bapa haruslah mengawasi tingkah laku anak agar mereka tidak tersalah langkah.

6. Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan
Lucy.
Puan Lucy menghadiahi Mei Ling sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu.

LATIHAN SPM 3

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada
pelajar yang cemerlang.
Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada
pelajar yang cemerlang.

2. Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.


Kau telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

3. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istanan Alam Shah, Kelang.

4. Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.
Halim menghadiahi Suzi sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.

5. Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.


Kami hendak mengemas stor sukan pada petang nanti.

6. Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.


Anda telah mengambil nota sejarah saya semalam.

25
LATIHAN SPM 4

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.


Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.

2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.


Mereka memegang jawatan yang sangat penting.

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.


Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat


ulang kaji.
Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.
Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

LATIHAN SPM 5

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan
budak-budak nakal.
Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-
budak nakal.

3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh
A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.


Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.

5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.


Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.

6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

26
Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

LATIHAN SPM 6

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.


Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.

2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.
Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka..

3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.

5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah
tersebut.
Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan
rumah tersebut.

6. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-
minggu.
Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.

LATIHAN SPM 7

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Segala masalah itu mesti kita hadapi dengan hati tabah.


Kita mesti menghadapi segala masalah itu dengan hati tabah.

2. Pengalamannya di hutan itu diceritakan oleh Encik Firdaus apabila didesak oleh ahli
keluarganya.
Encik Firdaus menceritakan pengalamannya di hutan itu apabila didesak oleh ahli
keluarganya.

3. Rotan-rotan itu dijemur oleh mereka berminggu-minggu sebelum dibelah.


Mereka menjemur rotan-rotan itu berminggu-minggu sebelum dibelah.

4. Simen dari luar negara telah diimport oleh kerajaan untuk mengimbangi kekurangan
simen dalam pasaran tempatan.
Kerajaan telah mengimport simen dari luar negara untuk mengimbangi kekurangan
simen dalam pasaran tempatan.

27
5. Semak onak yamg melingkari perdu pokok saya bersihkan.
Saya membersihkan semak onak yang melingkari perdu pokok.

6. Bantahan telah dikemukakan oleh penduduk kampung itu kepada wakil rakyat mereka.
Penduduk kampung itu telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat mereka.

LATIHAN SPM 8

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Buah-buah mangga yang belum begitu masak diperam oleh Pak Yusuf dengan cara
membungkusnya.
Pak Yusuf memeram buah-buah mangga yang belum begitu masak dengan cara
membungkusnya.

2. Semua hasil tanaman mereka diborongkan oleh penanam-penanam sayur di kampung itu
kepada seorang tauke Cina.
Penanam-penanam sayur memborongkan semua hasil tanaman mereka di kampung itu
kepada seorang tauke Cina.
Penanam-penanam sayur di kampung itu memborongkan semua hasil tanaman mereka
kepada seorang tauke Cina.

3. Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh guru itu kepada pelajar-pelajar selama satu
jam setengah pada setiap minggu.
Guru itu mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar selama
satu jam setengah pada setiap minggu.

4. Usahawan tempatan dinasihati oleh Perdana Menteri supaya mengambil langkah susulan
yang sewajarnya.
Perdana Menteri menasihati usahawan tempatan supaya mengambil langkah susulan
yang sewajarnya.

5. Lakaran yang dibuatnya berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.
Dia membuat lakaran berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.

6. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan oleh Tuan Hakim.
Tuan Hakim menjatuhi lelaki itu hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.

28
LATIHAN SPM 9

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.

2. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik
yang datang dari Singapura.
Adik memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada pak cik yang
datang dari Singapura.

3. Halaman rumah kami disapu oleh kakak setiap hari kerana banyak daun gugur pada
musim panas ini.
Kakak menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun gugur pada musim
panas ini.

4. Rumah banglo di tepi pantai itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
Saya membeli rumah banglo di tepi pantai itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

5. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Kalsom sempena hari lahir Kalsom.
Ibu Kalsom membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

6. Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
Mereka menyusun kerusi-kerusi di padang sebelum acara sukan bermula.

LATIHAN SPM 10

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.


Rosliza membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.

2. Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
Hazif membawa beg pakaian yang besar untuk ke Kuala Lumpur.

3. Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.


Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.

4. Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.


Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek di Singapura.

5. Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.

6. Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
Peserta gimnastik Rusia menggulingkan badan di atas lantai semasa pertandingan itu.

29
LATIHAN SPM 11

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Ceramah tentang bahaya merokok itu disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.
Pegawai dari Jabatan Kesihatan itu menyampaikan ceramah tentang bahaya merokok.

2. Para pelajar diingatkan oleh pengetua sekolah itu agar sentiasa berwaspada sewaktu
berulang-alik ke sekolah.
Pengetua sekolah itu mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada sewaktu
berulang-alik ke sekolah.

3. Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.
Encik Halim memperisteri gadis dari Brunei Darussalam itu sebulan yang lalu.

4. Anak ayam emak saya telah disambar oleh helang pada tengah hari semalam.
Helang menyambar anak ayam emak saya pada tengah hari semalam.

5. Sampan itu didayungnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan itu.
Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam pertandingan itu.

6. Penyalahgunaan dan pengedaran dadah telah diharamkan oleh kerajaan di negara ini.
Kerajaan mengharamkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

30

Anda mungkin juga menyukai