Anda di halaman 1dari 11

Elok rupanya kumbang jati,

Dibawa itik pulang petang;


Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas,


Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai,


Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebena;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

Maksud Pantun
Rangkap 1
Anak-anak akan berasa
sangat gembira sewaktu
menyambut kepulangan ibu
ke rumah.

Rangkap 4
Adik-beradik menyanyikan
sebarang lagu bersamasama.

Rangkap 7
Ibu bapa tidak sewajarnya
memarahi anak-anak yang
gemar berpantun kerana
anak-anak yang masih kecil
biasanya manja.

Rangakp 2
Ketakutan & kerisauan
anak-anak sewaktu
ketiadaan ibu akan hilang
apabila melihat ibu pulang
ke rumah.

Rangakap 3
Anak anak akan berasa
sanagat gembira jika ibu
cepat pulang ke rumah.

Rangkap 5
Kepulangan ayah & ibu ke
rumah merupakan detik
yang paling
menggembirakan bagi anakanak.

Rangkap 6
Pemberian atau hadiah
daripada ibu bapa
membuatkan anak-anak
berasa gembira.

Tema & Persoalan


Tema

Pantun Alam
Remaja

Persoalan

Kegembiraan anak-anak sewaktu


menyambut kepulangan ibu bapa
mereka ke rumah.

a) Anak-anak akan sentiasa


cemas dan risau sewaktu
ketiadaan ibu bapa di rumah.
b) Aktiviti nyanyian bersamasama ahli keluarga dapat
mengeratkan hubungan
antara adik-beradik.
c) Pemberian hadiah daripada
ibu bapa dapat
menggembirakan hati anakanak.

Bentuk

Terdiri
daripada 7
rangkap

Bilangan baris
sama iaitu 4 baris.

Ada pembayang &


maksudnya.

Jumlah suku
kata antara 9
hingga 10 suku
kata

Bentuk

Panjang
pendek baris
tidak sama,
(antara 3
hingga 5
patah kata)

Pantun
berbentuk
terikat

Unsur Bunyi
Asonansi

Tidak terkatakan
besar hati
(perulangan
vokal a)
Melihat ibu
sudah pulang
(perulangan
vokal u)

Aliterasi

Hanyut batang
berlilit kumpai
(perulangan
konsonan b)
Dibawa itik
pulang petang
(perulangan
konsonan p)

Rima Akhir

Rima akhirnya
terikat.
Rangkap 1: abab
Rangkap 2: aaaa
Rangkap 3: abab
Rangkap 4: abab
Rangkap 5: abab
Rangkap 6: abab
Rangkap 7: abab

Gaya Bahasa
Peribahasa
besar hati
Inversi
Sebarang tari
kita tarikan
Sebarang nyanyi
kita nyanyikan
Kata Ganda
Adik-beradik
Bilangbilang

Gaya
Bahasa

Penggunaan
Unsur Alam
itik
rumput
ranting

Repitisi
kita (rangkap4,
baris 1,2,3,4)
pulang
(rangkap1, baris
2.4)

Nilai
Pemaaf

Baik hati

Nilai

Kasih
Sayang

Hormatmenghorma
ti

Pengajaran
Pengajaran

Kita mestilah
menyayangi anakanak untuk
mendapatkan
kebahagian
keluarga.

Kita mestilah
bertanggungjawab
terhadap
keselamatan anakanak.

Kita haruslah
bersikap pemurah
untuk
mengukuhkan
ikatan antara
anggota keluarga.

Kita haruslah
menghormati ibu
bapa kerana
merekalah yang
telah menjaga kita
hingga dewasa.

Anda mungkin juga menyukai