Anda di halaman 1dari 17

PUISI

TRADISIONAL
PANTUN
ALAM
REMAJA
PANTUN ALAM REMAJA
 Rangkap 1
 Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu
menyambut kepulangan ibu ke rumah

 Rangkap 2
 Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan
ibu akan hilang apabila ibu pulang ke rumah
PANTUN ALAM REMAJA
 Rangkap 3
 Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat
pulang ke rumah.
 Rangkap 4
 Adik- beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama
 Rangkap 5
 Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik
yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
PANTUN ALAM REMAJA
 Rangkap 6
 Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa
membuatkan anak-anak berasa gembira.
 Rangkap 7
 Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang
gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil
biasanya manja.
TEMA PANTUN
Kegembiraan anak-anak
sewaktu meyambut
kepulangan ibu bapa
mereka ke rumah
PERSOALAN
a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih
sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau
sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah
c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu
menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang
bekerja
PERSOALAN
d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga
dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik.

e) Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat


menggembirakan hati anak-anak.
BENTUK
 Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap
 Bilangan baris pada setiap rangkap adalah
sama.Contohnya : rangkap 1-7 (empat baris)
 Ada pembayang dan maksudnya
 Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara 3
hingga lima patah kata, contohnya : Kita menyanyi
adik beradik ( 3 patah)
 Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah )
BENTUK
 Jumlahsuku kata dalam pantun ini antara
sembilan hingga sepuluh suku kata, contohnya :
 Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata)
 Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)

 Pantun Ini tidak terikat


UNSUR BUNYI
Asonasi: contohnya,
Tidak terkatakan besar hati
Menepuk gendang dengan
rebana
Hinggap di ranting bilang-bilang
Melihat ibu sudah pulang
UNSUR BUNYI
 Aliterasi
: contohnya,
 Hanyut batang berlilit kumpai
 Dibawa itik pulang petang

Rima akhirnya terikat : contohnya


- Rangkap 1- 7 (abab)
GAYA BAHASA
 (a) INVERSI. Contohnya,
 Elok rupanya kumbang jati ;Sebarang tari kita
tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
 (b)PENGGUNAAN UNSUR ALAM.Contohnya,
 Kumbang jati;itik;rumput;ayam kinantan;ranting;
dan kumpai.
GAYA BAHASA
 (c)REPITISI. Contohnya ,
 Kita (rangkap 4,baris 1,2,3 dan 4)
 Hati (rangkap 1,baris 3;rangkap 2,baris 4;rangkap
5,baris 4;rangkap 6,baris 3)
 Pulang(rangkap 1,baris 2 dan 4;rangkap 2,baris 1
dan 3;rangkap 3,baris 3;rangkap 5,baris 3)
NILAI
 Kasih sayang.contohnya ,kasih sayang antara ibu bapa
dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.
 Bertanggungjawab.contohnya,ibu bapa bertanggungjawab
untuk menjaga keselamatan anak-anak.
 Baik hati.contohnya,pemberian hadiah daripada seseorang
dapat menggembirakan hati penerima.
 Pemaaf.contohnya,orang yang memaafkan kesilapan orang
lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji
 Hormat-menghormati.contohnya,sikap hormat-
menghormatiperlu diamalkan dalam kalangan anggota
keluarga.
PENGAJARAN
 Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk
mendapatkan kebahagiaan keluarga.
 Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
 Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
PENGAJARAN
 Janganlah kita mengambil hati,sebaliknya
perlu saling memaafkan jika berlaku
kesilapan sewaktu bergurau senda
 Kita haruslah menghormati ibu bapa
kerana merekalah yang telah menjaga kita
hingga dewasa.
TUGASAN
 Salinsemula semua nota tentang Pantun
Alam Remaja
 Buat dalam buku penulisan panjang.
 Hantar minggu depan pada hari ISNIN

Anda mungkin juga menyukai