TINGKATAN 2
BAHASA MELAYU
Cikgu Faizul
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.
~2~
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.
Pantun Maksud
Elok rupanya kumbang jati, Perasaan gembira anak-anak menyambut
Dibawa itik pulang petang, kepulangan ibu.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang, Kepulangan ibu menghilangkan rasa bimbang
Dapat di rumput bilang-bilang, anak-anak.
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira ketika ibu
Hinggap di ranting bilang-bilang, pulang awal ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menunjukkan rasa gembira dengan
Sebarang tari kita tarikan, menyanyi.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu merupakan detik yang
Terdampar di ujung Tanjung Jati, paling menggembirakan bagi anak-anak.
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian hadiah daripada ibu bapa
Menepuk gendang dengan rebana, membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Mahulah kami hendak melapun, Anak-anak meminta agar tidak dimarahi kerana
Lapun dibawa orang menjaja, sebagai anak kecil, mereka memang suka
Jangan marah kami berpantun, dimanja.
Budak kecil biasa manja.
~3~
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.
Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
Persoalan
1. Perasaan gembira anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa ke rumah.
2. Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati seseorang.
3. Kasih sayang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
4. Anak-anak akan sentiasa risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
Bentuk
1. Rangkap – pantun ini terdiri daripada tujuh rankap.
2. Baris – pantun ini terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap.
3. Patah perkataan –pantun ini terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan.
4. Suku kata – pantun ini terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata.
5. Rima akhir – rima akhir pantun ini ialah abab.
6. Struktur – pantun ini berstruktur terikat.
Unsur Bunyi
1. Asonansi (pengulangan bunyi vokal dalam baris) – tidak terkatakan besar hati (pengulangan a)
2. Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan dalam baris) – menepuk gendang dengan rebana (pengulangan n)
Gaya Bahasa
1. Inversi (perkataan atau frasa terbalik) – sebarang tarik kita tarikan.
2. Kata ganda – adik-beradik.
3. Unsur alam (alam sekitar) – itik.
4. Peribahasa – besar hati.
Nilai
1. Kasih sayang
2. Bertanggungjawab
3. Hormat-menghormati
4. Baik hati
Pengajaran
1. Kita mestilah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.
2. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
3. Kita sewajarnya menghormati ibu bapa.
~4~
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.
Baca petikan pantun di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
sendiri.
3. Pada pendapat anda, mengapakah rasa bimbang penulis hilang sebaik sahaja ibunya pulang?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
~5~