Anda di halaman 1dari 2

Pantun Maksud rangkap

Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu
Dibawa itik pulang petang; menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu


Dapat di rumput bilang-bilang; ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu
Melihat ibu sudah pulang, pulang ke rumah.
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu
Hinggap di ranting bilang-bilang; cepat pulang ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu


Sebarang tari kita tarikan; bersama-sama.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan
Terdampar di ujung Tanjung Jati; detik yang paling menggembirakan bagi anak-
Bonda pulang bapa pun sampai, anak.
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa


Menepuk gendang dengan rebana; membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak
Lapun dibawa orang menjaja; yang gemar berpantun kerana anak-anak yang
Jangan marah kami berpantun, masih kecil dan ingin bermanja.
Budak kecil biasa manja.

1. Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

3. Bentuk Pantun
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,

(c) Ada pembayang dan maksudnya.


(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita
menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya,
Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)
(f) Pantun ini berbentuk terikat.
4. Unsur Bunyi

a) Asonansi.
a. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);
b. (b) Aliterasi.
Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)
Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).
c. (c) Rima akhirnya terikat.
Contohnya, rangkap 1: abab; rangkap 2: aaaa; rangkap 3: abab; rangkap 4: abab;
rangkap 5: abab; rangkap 6: abab; rangkap 7: abab.

5. Gaya Bahasa Lisan


(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi
kita nyanyikan. (
b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan
kumpai.
(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(e) Repetisi. Contohnya, kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6. Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin
kebahagiaan keluarga.
(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan
anak-anak.
(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati
penerima.
(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda
merupakan sikap yang terpuji.
(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam
kalangan anggota keluarga.
7. Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku
kesilapan sewaktu bergurau senda.
(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga
dewasa.

Anda mungkin juga menyukai