Anda di halaman 1dari 6

KUPASAN PUISI TRADISIONAL :

SYAIR BIDASARI

1
KOMSAS

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Puisi Tradisional
A
Syair Bidasari

Satu kisah raja di negeri Kembayat telah dikarang oleh seorang fakir agar menjadi
Rangkap 1
pengajaran.

Terdapat seorang raja yang bijaksana di negeri Kembayat. Pada asalnya baginda seorang
Rangkap 2
raja yang sangat adil terutamanya kepada para pedagang.

Baginda merupakan seorang raja yang gagah dan rakyat hairan melihat baginda tidak
Rangkap 3
pernah mengalami kesukaran.

Setelah beristeri, kehidupan raja semakin berseri. Tidak lama kemudian, permaisuri baginda
Rangkap 4
telah hamil.

Setelah beberapa lama memerintah dalam keadaan aman, baginda ditimpa bencana yang
Rangkap 5
menyebabkan baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Pada suatu hari, burung geroda yang ganas dan kuat datang menyerang sehingga
Rangkap 6
memusnahkan negeri tersebut.

Burung geroda menyerang dengan suara yang kuat sehingga rakyat berada dalam
Rangkap 7 ketakutan dan bersedih lalu melarikan diri dari negeri tersebut untuk menyelamatkan diri
masing- masing.

Rakyat menghadap baginda dalam keadaan cemas untuk menceritakan keadaan yang
Rangkap 8 dilihat seperti perang. Baginda yang garang dan tidak prihatin hairan lalu bertanya tentang
punca terjadinya keadaan sedemikian.

2
BM Tingkatan 4 KOMSAS

Tema Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara.
• Keadilan dan kesaksamaan dalam menjalankan pemerintahan negara.
• Pemimpin menjadi suri teladan kepada rakyat.
Persoalan • Ketaatan yang berbelah bahagi kepada pemerintah.
• Keprihatinan pemimpin terhadap nasib rakyat sewaktu menghadapi musibah.
• Kebijaksanaan dalam memimpin negara.
• Terdiri daripada lapan rangkap.
• Setiap rangkap mengandungi empat baris.
• Setiap baris terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan.
Bentuk
• Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
• Rima akhir setiap rangkap sama iaitu a, a, a, a, kecuali rangkap ketiga: a, a, b, a.
• Bentuk terikat.
• Bahasa Istana
baginda (R3; B2 & R4: B4), bertitah (R8; B3), permaisuri (R4; B4)
• Simile
Mendengar gempar seperti perang (R8; B2)
• Inversi
Gempar ini apakah kurang (sepatutnya: Apakah kurang gempar ini) (R8; B4)
• Asonansi
Gemparlah sekalian mulia dan hina (Perulangan bunyi vokal a) (R7; B2)
Gaya Bahasa • Aliterasi
Baginda pun sedang dihadap orang (Perulangan bunyi konsonan g) (R8; B1)
• Repetisi
Beberapa bulan beberapa hari (R4; B3)
• Kata arkaik
akas, halifah (R2; B2), ngadil (R2; B3)
• Hiperbola
Unggas gurda sangat perkasa, (R6; B3)
Menjadi negeri rosak binasa. (R6; B4)
• Keadilan
Raja negeri Kembayat melayani pedagang dengan adil dan saksama.
• Ketaatan
Rakyat negeri Kembayat taat kepada raja mereka.
Nilai
• Bertanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
• Kebijaksanaan
Raja negeri Kembayat disanjung tinggi oleh rakyatnya.
• Pemimpin perlulah bersikap adil dan saksama dalam menjalankan tugas.
• Kita hendaklah sentiasa taat dan setia kepada pemerintah.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan.
Pengajaran • Kita hendaklah menjadi seorang yang bijaksana.
• Kita hendaklah bersedia pada setiap masa bagi menghadapi malapetaka yang tidak
berjangka.
• Kita haruslah bijak dalam mengurus dan mentadbir negara.

Anda mungkin juga menyukai