Anda di halaman 1dari 2

1.

SYAIR BIDASARI JAMILAH HAJI AHMAD

A MAKSUD
RANGKAP 1
Penyair ingin menyampaikan sebuah cerita tentang seorang raja di Negeri Kembayat untuk
dijadilan teladan.
RANGKAP 2
Raja tersebut seorang sultan yang perkasa dan bijak bestari dalam pentadbirannya sehingga
menarik perhatian pedagang asing.
RANGKAP 3
Penulis berasa hairan kerana raja perkasa itu tidak pernah merasai kesusahan sepanjang
pentadbirannya.
RANGKAP 4
Raja yang bijak bestari itu sudah beristeri dan isterinya mengandung.
RANGKAP 5
Setelah menduduki takhta kerajaan sekian lama, baginda ditimpa kesukaran sehingga
memaksa baginda turun daripada takhta kerajaan.
RANGKAP 6
Pada suatu hari, seekor burung geroda yang gagah perkasa terbang dari langit lalu merosakkan
Negari Kembayat tersebut.
RANGKAP 7
Kemunculan geroda diiringi bunyinya yang kua sehingga menggemparkan setiap lapisan
masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu melarikan diri.
RANGKAP 8
Baginda raja dihdap rakyat jelata yang menyampaikan peritiwa tergempar seperti
menyampaikan kejadian perang di dalam negeri. Dengan garang, baginda bertitah dengan
kehairanan tentang sebab rakyat berlari untuk menghadap baginda.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah Negeri
kembayat.

Persoalan
(a) Fungsi cerita sebagai teladan
(b) Kebijaksaan dan kebestarian anak raja
(c) Kemakmuran negara bergantung pada kewibawaan raja.
(d) Ketabahan menghadapi cabaran
(e) Bencana melanda negeri
(f) Ketegasan pemimpin negara
C GAYA BAHASA
(a) Bahasa asing (Arab)
Bukti: Sultan halifah akas bestari
(b) Sinkope
Bukti: Sangat tiada merasa susah

(c) Anafora
Bukti: Baginda duduk bersuka-sukaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
(d) Epifora
Bukti: Beberapa lamanya dalam kerajaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
(e) Imejan atau Imej alam
Bukti: Melayanglah unggas dari angkasa
(f) Kata ganda
Bukti: Baginda duduk bersuka-sukaan
Seisi negeri gundah-gulana
Membawa diri ke mana-mana
(g) Simile
Bukti: Mendengar gempar seperti perang

D NILAI MURNI
(a) Kebijaksanaan
(b) Ketabahan
(c) Kesyukuran
(d) Kasih sayang
(e) Keberanian

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah bijak memerintah negeri untuk kebaikan bersama.
(b) Kita haruslah tabah menghadpai cabaran dalam tanggungjawab yang
diberikan.
(c) Kita mestilah bersyukar kepada Tuhan akan kemakmuran negara kita.
(d) Kita haruslah menyayangi isteri, terutamanya sewaktu dia mengandung.
(e) Kita mestilah berani menghadapi cabaran demi masa depan.
(f) Kita haruslah sabar apabila negara kita mengalami kerosakan.

Anda mungkin juga menyukai