Anda di halaman 1dari 1

Persoalan

(a) Bersikap berani ketika menentang musuh. (b) Kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban. (c) Percakapan yang bersopan dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya. (d) Sikap tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia. (e) Sikap merendah diri dalam kehidupan. (f) Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan

Tema Keberanian dan kesaktian putera raja.

Plot
Binaan Plot (a) Permulaan - lnderaputera memohon keizinan daripada bondanya, Puteri Seganda Cahaya I ram untuk mengembara dan tiba di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq. (b) Perkembangan - lnderaputera berjaya menjinakkan kuda hijau yang dinamakan Janggi Gerdana. Janggi Gerdana memberitahu lnderaputera tentang Bedi lahar yang terdapat di kepala ular Mamdud yang dibunuhnya sebelum ini. Manakala di negeri lainun, Raja Puspa Pandai telah mendirikan sebuah mahligai untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela demi keselamatannya. Berpuluh-puluh anak raja mati tergelincir di tangga mahligai yang tinggi ketika cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. (c) Klimaks - lnderaputera telah menggunakan Bedi lahar untuk menghidupkan semula anak-anak raja yang mati tergelincir. (d) Peleraian - lnderaputera dibawa bertemu dengan Raja Puspa Pandai dan dilayan dengan baik sepanjang baginda berada di sana.

Latar
Latar Masa (a) Pada zaman feudal. (b) Pada waktu siang dan malam. Latar Tempat (a) Di gua perbendaharaan Raja Baharum Tabiq. (b) Di Padang Anta Berahi. (c) Di mahligai. (d) Di istana. (e) Di negeri Zainun

Hikayat Inderaputra

Gaya Bahasa
(a) Bahasa istana. Contoh: homba; banda; tuonku. (b) Simile. Contoh: hidungnyo itu /aksana kuntum melur dan telinganyo seperti telepok /oyu; seekor kudo hijou dotongnyo seperti kilot. (c) Metafora. Contoh: lout berohi. (d) Hiperbola. Contoh: pinggongnyo bungo setongkoi. (e) Pantun. Contoh: Celuk koca di atos pintu, Koyu cempedok dopot diropot; Orang sukor sahojo begitu, Orang orif moko mendopot.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada pemerintah. (b) Kita hendaklah bersemangat kental dalam menghadapi sebarang cabaran. (c) Kita hendaklah berganding bahu dalam menjalankan tugas supaya dapat meringankan beban. (d) Kita hendaklah menggunakan kelebihan yang kita miliki untuk membantu orang lain. (e) Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan

Anda mungkin juga menyukai