Anda di halaman 1dari 7

ANALISA PROSA TRADISIONAL TING.

3
PROSA 1 : PAK BELALANG
SINOPSIS Juragan datang menghadap Raja Indera Maya dengan membawa
anak itik yang baru menetas. Dia meminta Raja Indera Maya bertaruh
dengan meneka jantina anak itik tersebut. Dia bersedia menyerahkan
ketiga-tiga buah kapal dagangannya kepada baginda jika dia tewas.
Sebaliknya, jika baginda kalah kerajaannya akan menjadi milik
juragan. Tanpa berfikir panjang, Raja Indera Maya terus bersetuju.
Baginda yakin bahawa ahli nujumnya, Pak Belalang mampu
memberikan jawapan dalam masa tiga hari.
Pak Belalang berdukacita kerana takut tidak dapat menyelesaikan
masalah itu dan dia bimbang pembohongannya akan terbongkar. Dia
berdoa kepada Tuhan agar dipermudah jalan penyelesaian atas
masalah tersebut. Pada suatu malam, Pak Belalang mengambil
keputusan berperahu ke kapal milik Juragan. Kebetulan pada ketika
itu, Juragan sedang merahsiakan rahsianya kepada isterinya iaitu anak
itik betina akan menyelam terlebih dahulu berbanding anak itik
jantan.
Pada hari yang dijanjikan Pak Belalang memberikan jawapannya
kepada juragan. Sebagai akibatnya, Juragan dan isterinya serta anak-
anak kapalnya terpaksa balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.

TEMA Kejayaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atas nasib yang baik

PERSOALAN - Usaha tangga kejayaan


- Orang yang tamak selalu rugi
- Sikap tidak berwaspada sering mengundang kesan yang rugi
- Berserah diri kepada Allah

LATAR Latar Masa : Pada zaman feudal, kisah berlangsung selama tiga hari

Latar Tempat : Negeri Indera Maya, balairung seri, istana raja,


rumah Pak Belalang, kapal Juragan

Latar Masyarakat : Masyarakat Melayu pada zaman feudal yang


beragama Islam, masyarakat yang suka bertaruh

PLOT Permulaan Juragan meminta Raja Indera Maya bertaruh


menentukan jantina anak itik yang dibawanya.

Perkembangan Raja bersetuju untuk bertaruh dan meminta Pak


Belalang menyelesaikan masalah itu. Pak Belalang takut rahsianya
selama ini akan diketahui oleh raja. Oleh itu, dia nekad pergi
berkayuh dekat dengan kapal juragan untuk mendapatkan maklumat.

Klimaks Secara kebetulan, dia terdengar perbualan antara juragan


dengan isterinya tentang jawapan untuk menyelesaikan masalah itu.

Peleraian Raja dapat menyelesaikan masalah itu. Juragan balik ke


negerinya sehelai sepinggang

GAYA BAHASA Bahasa klasik hatta, sebermula, sahaya, hina


Bahasa istana baginda, tuanku, menitahkan
Bahasa Arab kudrat, Ya Allah Ya Rabbi..
Peribahasa Buah hati, sehelai sepinggang
Simile serasa, mata hidup kembali

NILAI Keyakinan, kepatuhan, kebijaksanaan, kegigihan, hormat, kesetiaan


kepada raja

PENGAJARAN - Kita haruslah yakin dalam semua perkara yang kita lakukan
- Setiap orang hendaklah berusaha dan berfikir secara kritis
untuk menyelesaikan masalah
- Elakkan diri daripada bersikap suka berbohong
- Elakkan perbuatan suka bertaruh kerana akhirnya akan
merugikan diri sendiri

PROSA 2 : HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING


SARI
SINOPSIS Kedatangan rombongan Raja Melaka ke Majapahit dirikan di
istana Betara Majapahit. Tiba-tiba, perajurit tua kerajaan Majapahit
yang bernama Taming Sari mengamuk dan banyak membunuh orang.
Betara Majapahit memimpin Raja Melaka masuk ke dalam istana
kerana bimbang akan keselamatan Raja Melaka.
Hang Tuah cuba mendapatkan bantuan Patih Gajah Mada tetapi
beliau telah menghilangkan diri. Hang Tuah naik ke peseban lalu
melawan Taming Sari. Taming Sari seorang yang kebal. Badannya
tidak lut oleh tikaman Hang Tuah. Hang Tuah cuba berhelah dan
berjaya memperdayakan Taming Sari supaya bertukar keris
dengannya.
Akhirnya, Taming Sari berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Hang
Tuah mempersembahkan keris Taming Sari kepada Seri Betara,
sebaliknya Seri Betara menganugerahkan keris tersebut kepada Hang
Tuah dan jawatan laksamana kepada Hang Tuah.
TEMA Kebijaksanaan akan dapat mengatasi kekuatan fizikal.

PERSOALAN - Keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Melayu zaman


dahulu
- Perbuatan jahat akan dibalas jahat juga
- Sifat pemurah Raja-raja Melayu
- Mengenang jasa orang yang telah berbudi

LATAR Latar masa : pada zaman feudal, waktu siang

Latar tempat : di peseban, di tengah pesara, di istana Betara


Majapahit

Latar masyarakat : masyarakat Melayu dan Jawa, masyarakat yang


taat akan rajanya, masyarakat feudal, masyarakat desa

PLOT Permulaan Raja Melaka dan rombongannya diraikan di istana


Betara Majapahit

Perkembangan Taming Sari mengamuk dan membunuh sesiapa


sahaja. Hang Tuah berlawan dengan Taming Sari. Hang Tuah
membuat helah untuk memperdayakan Taming Sari. Akhirnya mereka
bersetuju untuk bertukar senjata.

Klimaks Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari.

Peleraian Hang Tuah dianugerahi keris Taming Sari oleh Betara


Majapahit.

GAYA BAHASA Bahasa klasik ratna, mutu, manikam, manira, pakanira,


peseban, perajurit, pelente ceteria
Bahasa istana daulat tuanku, patik, santap, titah, bersiram
Simile bernyala-nyala seperti api, datangnya itu seperti
baling-baling
NILAI Keberanian, kebijaksanaan, kesetiaan, mengenang budi, rasional,
berterima kasih
PENGAJARAN - Kita haruslah berani berjuang untuk menentang musuh
- Janganlah bertindak kejam dengan membunuh orang yang
tidak berdosa
- Setiap orang hendaklah berfikiran dengan bijaksana untuk
menyelesaikan masalah atau menewaskan musuh
- Kita haruslah mengenang jasa orang lain
PROSA 3 : RAJA BERSIUNG
SINOPSIS Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit. Setelah dilihat
oleh menterinya, didapati bahawa ada suing yang tumbuh di antara
gigi manis. Baginda dinasihati agar tidak makan sayur bayam lecek
tetapi baginda berdegil.

Pada suatu hari, Raja Bersiung mencungkil rahsia kelazatan gulai


bayam yang dimasak oleh tukang masaknya kerana masakan itu
dirasakan semakin lazat. Semenjak diberitahu bahawa masakan itu
bercampur dengan darah dari luka di jari tukang masak, Raja Bersiung
mula mengarahkan menterinya membunuh rakyat untuk mendapatkan
darah. Sebagai akibatnya rakyat jelata hidup dalam ketakutan. Menteri
keempat menasihati Raja Bersiung agar menghentikan perbuatan yang
kejam itu, namun tidak berhasil. Lalu, menteri keempat belot dan
berpakat dengan pemaisuri untuk menetang Raja Bersiung. Menteri
keempat menghimpun dan tentera menyerang Raja Bersiung di istana.
Namun, Raja Bersiung berjaya melarikan diri ke hutan. Raja Bersiung
akhirnya tinggal dengan orang bertanam sirih di sebuah dusun di
sempadan Patani.

TEMA Kezaliman yang dilakukan oleh raja akhirnya merugikan diri sendiri

PERSOALAN Ketakutan dan penderitaan rakyat jelata sebagai akibat


kezaliman raja

Penentangan rakyat terhadap raja yang zalim

Negara yang huru-hara sebagai akibat diperintah oleh rraja


yang zalim.

PLOT Permulaan : Raja Ong Maha Perita Deria digelar Raja Bersiung
kerana ditumbuhi gigi suing. Baginda mengentahui rahsia gulai lecek
sayur bayam yang rasanya lebih lazat daripada biasa

Perkembangan : Baginda mulai ketagih darah setelah makan sayur


bayam yang tertitik darah tukang masaknya. Sebagai akibatnya, semua
pesalah habis dibunuh bagi mendapatkan hati dan darah.

Klimaks : Menteri Keempat bermuafakat untuk membunuh Raja


Bersiung

Peleraian : -Baginda terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dan


tinggal dengan orang yang menanam sirih di dusun sempadan Patani.

-Menteri Keempat meminta Raja Siam mencari seorang raja


menggantikan Raja Bersiung.

GAYA BAHASA Kata klasik :hatta,sebermula,kemasygulan.

Bahasa istana :beta,tuanku,patik,santap

Simile :seperti perdu nyiur dengan lidahnya panjang terjulur-


julur,matanya seperti keromong.

NILAI Keberanian, bercakap benar, bermuafakat, dan ketaatan

PENGAJARAN -Setiap pemerintah hendaklah memerintah rakyat dengan adil dan


tidak menzalimi rakyat.

-Rakyat haruslah bermuafakat untuk menentang kezaliman raja.

-Pemerintah hendaklah mendengar nasihat pembesar

-Janganlah bertindak mengikut hawa nafsu kerna hal ini dapat


memberi kesan yang buruk

PROSA 4 : PATUNG KENCANA DARI KURIPAN


SINOPSIS Ratu Kuripan mendapat berita tentang kematian Permaisuri Daha
sebagai akibat memakan racun disebabkan kecewa dengan sikap Ratu
Daha yang lebih menyayangi isteri mudanya, Paduka Liku. Sejak
kematian bondanya, Raden Galuh Cendera Kirana senantiasa
bersedih . Oleh itu, Ratu Kuripan menyuruh anaknya, Raden Inu
Kertapati, tunangan Raden Galuh Cendera Kirana membuatkan
patung bagi menggembirakan hati tunangnya itu. Patung yang dibuat
daripada emas dibungkusnya dengan kain buruk manakala yang
dibuat daripada perak dibungkus dengan kain sutera dewangga.
Bungkusan tersebut dihantar ke negeri Daha. Raden Galuh Ajeng,
anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan
kain sutera dewangga manakala bungkusan yang dibungkus dengan
kain buruk diserahkan kepada Raden Galuh Cendera Kirana. Setelah
dibuka, alangkah gembiranya Raden Galuh Cendera Kirana kerana
beroleh patung emas bermata berlian manakala saudara tirinya pula
mendapat patung perak bermata batu.

TEMA Balasan yang baik untuk orang baik walaupun dianiayai oleh orang
lain.

PERSOALAN -Ketidakadilan dalam keluarga

-Perasaan simpati dan pemberian yang ikhlas dapat menceriakan


seseorang

-mengambil jalan mudah iaitu membunuh apabila berhadapan dengan


masalah

LATAR Latar Masa : pada zaman feudal di Jawa.

Latar Tempat : di negeri Kuripan , di negeri Daha, di dalam kota, di


luar istana Ratu Daha.

Latar Masyarakat ; masyarakat Jawa, masyarakat


bangsawan(pembesar negeri ,menteri dan pengawal), masyarakat
yang taat kepada raja

PLOT Permulaan : Ratu Kuripan marah akan Paduka Liku yang menjadi
penyebab kematian Permaisuri Daha yang membunuh diri

Perkembangan : Ratu Kuripan menitahkan supya dibuat anak-


anakan untuk diberikan kepada Raden Galuh Cendera Kirana. Hadiah
yang berupa anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha. Raden Galuh
Ajeng yang memilih lebih dahulu bungkusan yang cantik.

Klimaks : Paduka Mahadewi memujuk Raden Galuh Cendera Kirana


supaya jangan bersedih. Setelah dibuka bungkusan itu, Raden Galuh
Cendera Kirana gembira kerana bungkusan itu berisi anak-anakan
daripada emas

Peleraian : Utusan Kuripan pulang ke negeri Kuripan semula.

GAYA BAHASA Bahasa klasik : amarahnya,dewangga

Bahasa istana : bersemayam,mengurniakan,santap,menjunjung


duli,baginda,permaisuri

Bahasa Arab : wallahualam

NILAI Belas kasihan, kasih sayang, hormat-menghormati, mentaati perintah


PENGAJARAN -Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain supaya hidup
lebih bahagia.

-Janganlah bersikap dengki terhadap orang lain.

-Kita hendaklah nbersimpati dengan nasib malang yang menimpa


orang lain.

Anda mungkin juga menyukai