Anda di halaman 1dari 7

Sinopsis:

DI NEGERI Beringin Rendang terdapat seorang lelaki duda bernama Pa' Belalang bersama anak lelakinya,
Blalang. Pa' Belalang ini pemalas orangnya. Dia asyik tidur saja di pondok buruknya. Kalaulah tidak ada Blalang
yang membanting tulang mencari rezeki, tak tahu apalah akan jadi kepada Pa' Blalang.
Blalang bekerja mengambil upah mencuci periuk belanga, mengambil air, membelah kayu, membasuh perahu,
memanjat dan mengambil buah kelapa dan bermacam-macam lagi. Pa' Blalang seperti biasa asyik membuta
(tidur) saja di pondok usangnya.
Suatu hari sewaktu pulang selepas bekerja, Blalang terserempak dengan dua penyamun (Nyawa dan Badan)
yang sedang membawa dua ekor lembu dan dua ekor kambing yang baru mereka curi. Semasa mereka sedang
membahagi-bahagikan binatang tersebut Blalang menyamar sebagai anak jin yang mahukan darah manusia
yang mana menyebabkan mereka itu lari lintang pukang dan meninggalkan hasil yang mereka rompak itu.
Blalang membawa lembu dan kambing pulang ke rumah, tetapi kerana kejujurannya Pa' Blalang menyuruh
Blalang memulangkan kepada tuan yang empunya. Oleh kerana mereka tidak tahu siapa tuan yang punya,
Blalang mencadangkan Pa' Blalang jadi ahli nujum. Kalau ada sesiapa datang ke rumah Tok Penghulu mengadu
binatang ternakan mereka hilang bolehlah Blalang mencadangkan supaya berjumpa dengan Pa' Blalang dan
katakana yang lembu dan kambing itu ada di tempat yang akan disembunyikan Blalang.
Ini telah dipersetujui Pa' Blalang walaupun dengan perasaan berat hati. Dan bila Buntal dan Jambul mengadu
kepada Tok Penghulu tentang kehilangan binatang ternakan mereka, Blalang yang berada di situ mencadangkan
berjumpa dengan Pa' Blalang yang kononnya seorang ahli nujum yang boleh menilik di mana adanya lembu dan
kambing yang hilang itu.
Tok Penghulu termakan dengan kata-kata Blalang dan dia bersama Buntal dan Jambul serta beberapa orang
kampung pergi ke pondok buruk Pa' Blalang. Dan atas panduan Blalang, lembu dan kambing ditemui semula
dan diserahkan semula pada Buntal dan Jambul.
Setelah gagal memperolehi lembu dan kambing, Badan dan Nyawa pergi pula merompak di istana Sultan
dengan menggunakan pukau. Sultan begitu murka dengan kehilangan mahkota kebesarannya, kalong pusaka
anakandanya dan hartanya. Sultan membuat tawaran sesiapa saja yang mendapatkan semula barang yang di
rompak itu Baginda akan memberi kurnia.
Apabila saja pemberitahuan tersebut sampai ke pengetahuan Tok Penghulu Hujung Jambatan, dia pun pergi
menemui Pa' Blalang dan terus membawanya ke istana untuk membuat tilikan dan ramalan.
Di istana Pa' Blalang mahu menyatakan keadaan dirinya yang sebenar tetapi Tok Penghulu yang terlebih-lebih
dan memandai-mandai. Oleh yang demikian Pa' Blalang meminta tempoh tujuh hari bagi mendapatkan semula
harta Baginda yang dicuri itu. Sebenarnya dia mahu melarikan diri tetapi Blalang mencadangkan supaya
bersembunyi di gua Bukit Tunggal.
Kebetulan pula, di dalam gua tersebut dua perompak (Badan dan Nyawa) sedang membahagi-bahagikan harta
Sultan yang mereka rompak. Sedang Pa' Blalang merintih-rintih tentang nasib malangnya yang ada menyebut
badan dan nyawa, Badan dan Nyawa pun ketakutan.
Apabila Pa' Blalang menyatakan yang dirinya akan di pancung Sultan, dua perompak itu bertambah takut lalu

bersuara meminta ampun yang mana ini diambil kesempatan oleh Pa' Blalang untuk menyamar dan menyuruh
mereka lari dengan menyatakan Sultan akan mengampunkan mereka. Tidak membuang masa Badan dan
Nyawa pun cabut lari. Kemudian, Pa' Blalang pun pergi menemui Sultan bagi meneruskan tilikannya sebagai ahli
nujum.
Bila semua harta Sultan yang hilang itu ditemui kembali termasuk mahkota kebesaran, Pa' Blalang telah dilantik
Sultan Shahrul Nizam sebagai Ahli Nujum Negara. Dengan itu, kehidupan Pa' Blalang dan Blalang pun berubah.
Mereka hidup mewah. Rumah yang dulu usang dan buruk kini bertukar menjadi cantik dan kemas.
Tuan Puteri Si Bujur Sireh dalam diam-diam telah jatuh hati dengan Pa' Blalang, dan dalam usaha untuk bertemu
dengan Pa' Blalang Tuan Puteri berpura-pura jatuh gering (sakit). Ketika Pa' Blalang datang merawat, Puteri Si
Bujur Sireh memberitahu dirinya bukan sakit tetapi ingin menemui Pa' Blalang.
Tuan Puteri juga menyatakan yang dia tidak dapat melupakan wajah Pa' Blalang yang mana telah disambut oleh
Pa' Blalang yang dia pun telah jatuh hati dengan Tuan Puteri. Puteri Si Bujur Sireh meminta Pa' Blalang
mengambilnya sebagai isteri.
Setelah masalah Puteri Si Bujur Sireh selesai timbul pula masalah baru apabila musuh Sultan (Sultan Masai)
datang ke Beringin Rendang. Walaupun bermusuh, Sultan Masai telah disambut dengan penuh hormat oleh
Sultan Shahrul Nizam kerana kedatangan mereka bertujuan baik.
Dalam pertemuan dengan Sultan Beringin Rendang itu, Sultan Masai (ingin menakluki Negeri Beringin Rendang
secara halus, secara berperang tidak mampu di samping mahu menguji sejauh mana kemampuan Ahli Nujum
Negara) mengusulkan diadakan ujian kepandaian antara Pa' Blalang dengan Ahli Nujumnya sendiri.
Sultan bersetuju walaupun Negara Beringin Rendang menjadi taruhannya. Sesiapa kalah Negara yang kalah
menjadi milik yang menang. Perjanjian pun dibuat dan empat soalan dikemukakan oleh Ahli Nujum Sultan Masai
kepada Pa' Blalang untuk menghuraikan dan keempat-empat soalan itu (termasuk satu soalan tambahan) dapat
dijawab dengan sempurna atas pertolongan Blalang serta secara kebetulan. Dengan itu sahlah Negara Masai
menjadi hak milik Sultan Shahrul Nizam.
Badan dan Nyawa buat hal lagi dengan datang menemui Baginda Masai untuk membantu mendapatkan semula
Negara Masai. Mula-mula kedua mereka mengajak Baginda Masai serta pengikut-pengikutnya ke gua Bukit
Tunggal dan kemudian menggunakan ilmu pukau mereka masuk ke istana Sultan Shahrul Nizam lalu menculik
Puteri Si Bujur Sireh untuk dijadikan tebusan.
Pa' Blalang dititahkan Sultan mengembalikan semula puteri Baginda dengan selamat. Apabila diketahui di mana
tempatnya, Pa' Blalang, Sultan Permaisuri, Datuk Perdana Menteri beserta askar-askar Baginda pergi ke gua
Bukit Tunggal.
Setelah berlaku pertarungan akhirnya Baginda Masai dan pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum penjara
seumur hidup. Badan dan Nyawa pula dihukum kepala mereka di pancung. Pa' Blalang dan Puteri Si Bujur
Sireh pula kata Sultan terpaksa dihukum juga kerana bermesra-mesra. Kata Baginda:'Cukup bulan, kahwin'.

Sinopsis

Sebuah kapal yang penuh muatan datang ke sebuah negeri yang diperintah oleh raja Indera Maya. Juragan
kapal tersebut telah meminta raja untuk mengenal jantina anak itiknya. Sekiranya baginda raja dapat
mengenal jantinya anak itiknya, juragan akan memnyerahkan kapalnya berserta seluruh isinya.
Mendengar hal tersebut, baginda raja menitahkan seorang biduanda untuk memanggil ahli nujum. Setelah ahli
nujum Belalang datang, baginda memberitahu maksud serta tujuannya memanggil. Pak Belalang diminta untuk
membantu menyelesaikan masalah iaitu cabaran yang diberikan oleh juragan kepadanya. Pak Belalang yang
pada saat itu tak tahu caranya memberitahu baginda raja Indera Maya sebuah tipu muslihat. Dia berkata
bahawa jawabannya ada di buku tib, namum buku tibnya hilang, maka dia meminta masa 3 hari untuk
mencaarinya.
Setelah 2 hari, pak Belalang pun masih belum menemukan jawapan cara membedakan jantina anak itik
juragan. Akhirnya dia menyerahkan diri pada Allah. Pada malamnya, pak Belalang berkayuh ke kapal juragan
dan mendengar perkhabaran mengenai itik itu dari maklumat yang diberitahukan oleh juragan pada isterinya.
Pada hari terakhir, akhirnya pak Belalang berhasil mengenal jantina dengan air. Juragan akhirnya menyerahkan
kapal beserta seluruh isinya kepada raja Indera Maya, ia menyesal kerana telah memberitahu isterinya
mengenai itik tersebut.
Tema dan Persoalan
Tema: kebijaksanaan seorang ahli nujum dalam menangani sebuah masalah.
Persoalan: Berfikirlah sebelum bertindak (contoh: seharusnya juragan berfikir dahulu sebelum memberitahu
maklumat penting kepada isterinya), dan berpeganglah pada janji (contoh: juragan berjanji akan menyerahkan
kapal beserta seluruh isinya apabila jantina anak itiknya dapat dikenali).
Latar
Tempat: latar tempat cerita ini berlaku di istana raja, kapal juragan, dan rumah pak Belalang.
Masa: pengarang tak memaparkan masa tetapi pembaca boleh mengagak bahawa cerita ini berlaku pada masa
pemerintahan kerajaan.
Masyarakat: Melayu lama yang terdiri dari 3 tingkatan. Raja (Indera Maya), para pembesar negeri, serta rakyat
jelata (para biduanda).
Gaya Bahasa
Diksi> penulis menggunakan beberapa perkataan arab seperti Allah subhana wataala, ya Allah, ya Rabbi
Kata-kata pada pangkal ayat: Hatta, maka, sebermula
Perumpamaan: buah hati
Inversi: telah hari seharusnya ditulis hari telah.
Logat daerah: Merojak, nasi ransum
Pengajaran

Hormatilah pemimpin, berfikirlah sebelum bertindak, simpan rahsia dengan baik, ingatlah kepada Tuhan,
kebijaksanaan kita perlu berlaku saat menangani sebuah masalah atau cabaran dalam hidup

Di sebuah desa tinggal satu keluarga miskin . Ketua keluarganya dipanggil Pak Belalangkerana
anaknya bernama Belalang . Pak Belalang bekerja mencari kayu di hutan danisterinya mengambil
upah menumbuk dan menampi beras . Jika mereka berdua bekerja,barulah mereka sekeluarga dapat
makan . Suatu hari ,Belalang bermain agak jauhhingga di sekitar istana dan dia berasa iri hati
terhadap kehidupan anak-anak raja yangmewah . Dia mencari idea untuk mengatasi kemiskinan
mereka .
Suatu hari ,Belalang telah mencuri beberapa helai pakaian gundik raja yangsedang dijemur ,
lalu disembunyikan di tengah hutan . Dia juga mengatakan kepadaanak-anak raja bahawa ayahnya
seorang ahli nujum . Dayang-dayang memberitahu rajabahawa pakaian mereka hilang dan raja
menyuruh ahli nujum untuk meramal lokasipakaian itu disorok . Pak Belalang dipanggil ke istana
untuk meramal pakaian gundikraja yang hilang . Pak Belalang membakar dupa dan berpura-pura
memejamkan mataseolah-olah sedang mencari ilham dan memberitahu keberadaan pakaian tersebut
. Rajatelah memberi upah kepada Pak Belalang kerana berhasil menemukan pakaian tersebut .
Suatu hari ,Belalang melihat raja sedang bergurau dengan seekor burung kuwaudan
kelihatannya raja sangat menyayanginya . Belalang telah mencuri burung itu dandisembunyikan ke
tengah hutan . Raja sangat murka setelah burung kesayangannya telahhilang dan dia memerintahkan
Pak Belalang untuk mencari burung kuwau itu . PakBelalang dapat menemukan burung tersebut
setelah diberitahu oleh anaknya dan telahdiberi upah oleh raja .
Raja telah memanggil Pak Belalang kerana seorang saudagar telah kehilangantujuh peti
barang berharganya dan jika Pak Belalang tidak dapat menemukan barangantersebut ,dia akan
dibunuh . Pak Belalang telah meminta tempoh selama tiga hari untukmenyelesaikan masalah ini . Pak
Belalang telah menangkap pencuri itu yang bernamaNafsu dan Badan . Beberapa bulan kemudian
,datang sebuah kapal ke negeri itu .Nakhoda kapal itu sengaja singgah ke istana untuk mengadu
nasib dengan mengajukanbeberapa pertanyaan . Jika raja dapat menjawabnya ,kapal dan isinya akan
diserahkankepada raja , tetapi jika raja tidak dapat menjawab persoalannya separuh kerajaan
rajamenjadi milik nakhoda itu .
Pertanyaan yang pertama ialah menentukan ujung dan pangkal sebatang kayu .Soalan yang
kedua ialah meneka yang mana satu anak itik jantan dan betina . Rajameminta tempoh selama tiga
hari untuk mencari jawapan . Raja kemudiannyamemanggil Pak Belalang untuk menjawab soalan
tersebut dan jika Pak Belalang tidakdapat menjawabnya ,Pak Belalang sekeluarga akan dibunuh . Pak
Belalang berasakecewa dan melarikan diri dengan masuk ke sungai . Pak Belalang telah tersangkut
padatali kemudi kapal nakhoda tersebut dan dia telah mendengar percakapan antara jurumudidengan

jurubatu yang berkisar tentang jawapan yang dicarinya . Pak Belalang kembalisemula ke rumah dan
telah menghadap raja untuk menjawab pertanyaan nakhoda itu .
Pak Belalang telah meminta para pembantu menyediakan sebuah pasu yang berisiair .
Kemudian Pak Belalang memasukkan kayu yang dibawa nakhoda itu perlahan-lahanke dalam pasu .
Salah satu ujung kayu itu tenggelam terlebih dahulu . Menurut PakBelalang ,kayu yang tenggelam itu
adalah bahagian pangkalnya . Bagi jawapan yang
kedua ,Pak Belalang mengatakan anak itik yang masuk ke dalam pasu terlebih dahuluadalah itik
jantan dan diikuti itik betina . Raja berasa lega kerana tidak menyerahkansebahagian istananya
kepada nakhoda tersebut . Suatu hari , raja telah menyuruh PakBelalang meneka benda yang berada
di dalam genggamannya . Pak Belalang mengeluhsambil menyebut nama anaknya . Wah ,Belalang ,
aku tidak dapat lagi bertemu denganBelalang! . Raja berasa gembira kerana mempunyai ahli nujum
yang handal . Sejaksaat itu , kesejahteraan keluarga Pak Belalang dijamin oleh raja sampai akhir
hayatnya .
Suatu hari , Belalang telah mencuri pakaian gundik raja . Dia telah memberitahu
perbuatannya itu kepada Pak Belalang agar Pak Belalang dapat bertindak sebagai ahli
nujum . Belalang mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka sekeluarga . Suatu
hari , seorang saudagar telah kehilangan tujuh peti barang berharganya . Raja yang
mendapat laporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya itu segera
bermusyawarah dengan para menteri dan hulubalangnya . Raja telah memanggil Pak
Belalang untuk menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah meminta tempoh selama
tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini . Kemudian ,Pak Belalang telah menangkap
pencuri itu yang bernama Nafsu dan Badan . Mereka berdua telah menyerah diri kepada
Pak Belalang dengan harapan agar tidak dibunuh oleh raja . Pak Belalang telah
mengabulkan permintaan mereka .
Falsafah yang dapat diperolehi daripada Hikayat Pak Belalang ialah yang pertamamuafakat dan
musyawarah . Falsafah ini terdapat pada watak raja dan para menterinyadalam episod saudagar yang
kehilangan tujuh peti hartanya . Raja yang mendapatlaporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh
peti hartanya itu segera bermusyawarahdengan para menteri dan hulubalangnya . Falsafah ini juga
terdapat dalam episod rajayang mendapat tentangan untuk menjawab dua teka-teki nakhoda kapal
yang sedangberlabuh . Raja harus meneka dua anak itik yang baru menetas ,mana yang jantan
danmana yang betina . Di samping itu ,raja juga harus meneka mana ujung dan manapangkal kayu
yang dibawa nakhoda itu . Apabila raja dapat menjawab teka-teki itu ,nakhoda akan menyerahkan

kapal dengan isinya . Namun ,apabila raja tidak dapatmenjawab teka-teki itu , sebahagian negerinya
akan diberikan kepada nakhoda . Raja
mengadakan musyawarah dengan semua orang besar dan orang kaya untuk
membicarakan masalah tersebut .
Falsafah yang kedua ialah suka menolong . Falsafah suka menolong ini terdapatpada watak
Pak Belalang dalam episod saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya .Ketika dia melaporkan
bahawa pencuri itu sudah tertangkap beserta barang curiannya ,Pak Belalang menolong pencuri itu
untuk memohon ampun kepada raja . Raja bersediamengampuni para pencuri itu asalkan harta
saudagar itu telah ditemukan .
Selain itu ,falsafah yang dapat diperolehi daripada cerita ini ialah bekerjasama .Falsafah ini
terdapat dalam episod pencurian kain gundik raja . Belalang mencuri kain-kain gundik raja yang
sedang dijemur . Dia memberitahu perbuatannya itu kepadabapanya . Hal itu dilakukan agar bapanya
dapat bertindak sebagai ahli nujum jikalau rajamemanggilnya . Pak Belalang datang menghadap
raja ,dia berpura-pura menilik . Tentusahaja tempat kain gundik raja itu diketahuinya kerana dia telah
diberitahu oleh Belalang.Setelah kain itu ditemukan ,Pak Belalang mendapat upah . Hal itu dilakukan
Belalangbeberapa kali kepada para pembesar negeri itu sehingga mereka dapat makan
minumsekeluarga .
Falsafah yang keempat ialah kecerdikan . Falsafah ini terdapat pada watakBelalang . Dia
melihat kesukaran hidup kedua orang tuanya untuk mencari makan . Diaberfikir tentang kesukaran
hidupnya serta melihat peluang di istana raja . Kecerdasannyamembuahkan fikiran bagaimana dia
dan orang tuanya dapat makan sehari-hari . Hal itujuga dihubungkan pada kebiasaan adat orang
masa itu yang hidup bermasyarakat .Kebiasaan untuk percaya pada ahli nujum itulah yang
membuahkan idea kepada Belalanguntuk menjadikan bapanya sebagai tukang tilik atau ahli nujum .

Dia mencuri kain-kaingundik raja dan disembunyikan di suatu tempat . Selain itu ,dia juga
menyebarkan berita
kepada anak-anak gundik itu bahawa ayahnya pandai menilik . Hal itu dilakukan denganperhitungan
agar raja akan memanggil ayahnya sebagai tukang tilik dan dia akanmemberitahu tempat kain itu
disembunyikan . Apabila rancangannya berhasil ,tentulahayahnya akan mendapat upah dan mereka
sekeluarga tidak akan kelaparan .
Kesimpulannya , kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatukejayaan .
Berdasarkan Hikayat Pak Belalang ini dapat disimpulkan bahawa orang yangcerdik dan banyak idea
akan terhindar daripada bahaya . Dalam liku-liku kehidupannya,Pak Belalang bernasib baik dalam
setiap perbuatannya . Kadang-kadang usahanyacukup berhasil ,tetapi saat lain harus mengalami
suatu kecemasan yang luar biasa .Peristiwa-peristiwa tersebut dapat dilalui oleh Pak Belalang kerana
dia pasrah kepadaAllah atas nasib yang diberikan-Nya . Oleh kerana itulah dia selalu
mendapatpertolongan daripada Allah . Hal itu juga merupakan amanat yang tersirat dalam ceritaini
bahawa seseorang akan mendapat pertolongan apabila mahu berusaha dan pasrah .
Bibliografi :
Nikmah Sunardjo & Sulistiati Amir Mahmud . 2000 . Struktur Karya dan Nilai Budaya
dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang , Hikayat Abu Nawas dan
Hikayat Mahsyud Hak . Jakarta : Pusat Bahasa Departmen Pendidikan Nasional .