Anda di halaman 1dari 5

Ramai kanak-kanak yang didera ya , antaranya adik Norain Natasyah yang berusia

empat tahun ,sering dipukul, dibaling dan dicampak pekerja di pusat kebajikan terbabit sehingga
menyebabkan adik natasyah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Unit Rawatan Rapi Hospital
Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati
anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri. .

Gambar Hiasan

selain itu,kes penderaan yang membawa maut sehingga menggemparkan seluruh rakyat

malaysia adalah pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin pada 20
Ogos 2007 lalu, misteri kehilangannya akhirnya terjawab apabila mayatnya dijumpai
dalam keadaan tidak berbaju yang dipercayai mangsa deraan seks pada pada 17
September 2007.
Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di
tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.
Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam
kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria
dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.
Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan kurus kering" selain dengan
pelbagai kesan lebam pada badannya sehingga menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak
mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali .
Antara contoh gambar beliau.

Seterusnya , sekali lagi Malaysia digemparkan dengan berita sedih yang menimpa remaja lelaki OKU
yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah dan merupakan seorang warganegara
Malaysia. beliau yang dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak.beliau ditemui oleh
Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di
Taman Semarak Nilai.Firdaus didapati menghidap penyakit yang dikenali sebagai celebral palsy iaitu penyakit
kegagalan bahagian otak untuk mengawal pergerakan otot.Ini adalah gambar wajah sebenar remaja OKU
Muhammad Firdaus Dullah yang diambil pada 5 November 2011. Berbeza dengan keadaan sekarang apabila si
mangsa dilihat dalam keadaan yang terbiar sehingga kurus kering.

Kes penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes berbanding 242 kes pada
2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM Asisten Komisioner Hamidah Yunos berkata
berdasarkan statistik, kanak-kanak berusia satu hingga tujuh tahun menjadi mangsa penderaan tertinggi dalam
tempoh dua tahun iaitu 136 tahun lepas berbanding 117 pada 2011. "Bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke
atas, sebanyak 99 orang didera berbanding 82 orang dan kanak-kanak berusia kurang satu tahun sebanyak 50
orang berbanding 43 orang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, statistik merekodkan kes penderaan tertinggi mengikut negeri ialah Selangor dan Johor,
masing-masing 67 kes diikuti Pulau Pinang (25), Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (18), Sarawak (15), Melaka
(13), Perak(12),Kelantan(10),Sabah (10), Pahang (9), Kedah (8), Terengganu (4) dan Perlis (3). Penasihat
undang-undang Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA) Profesor Dr Gopenathan Raman Nair berkata
antara punca yang dikenal pasti menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku ialah 'perasaan cemburu'
seorang bapa terhadap anak tirinya sehingga menyebabkan penderaan teruk dan kematian seseorang kanakkanak. "Perasaan cemburu boleh menyebabkan tekanan perasaan yang melampau sehingga seseorang bapa
itu melakukan tindakan luar kawalan. "Perasaan cemburu itu berlaku apabila bapa tiri tersebut merasakan kasih
sayang ibu terhadap anaknya berlebihan berbanding dirinya dan disebabkan perasaan cemburu itu juga,
seseorang bapa akan merasa tertekan sehingga terdorong untuk mendera," katanya. Gopenathan berkata, kes
seperti itu juga berlaku akibat tekan jiwa kerana tidak mempunyai anak kandung. "Kesukaran seorang lelaki itu
untuk mendapat anak kandung menyebabkan dia berasa tertekan dan akan melepaskan perasan marah
terhadap anak tirinya," katanya. Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah
dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) R.Jeevan pula berkata untuk mengatasi masalah ini, langkah
pencegahan awal perlu dilakukan iaitu dengan kerjasama semua pihak. "Kerjasama antara semua pihak sangat
penting untuk langkah pencegahan awal iaitu jiran, guru, sahabat, dan adik-beradik mangsa perlu bertindak
melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kes seperti itu berlaku....walaupun kes itu adalah
pertama kali berlaku terhadap mangsa, ia perlu dilaporkan bagi mengelakkan penderaan sehingga
menyebabkan kematian," katanya. Sebelum ini beberapa kes seperti itu berlaku sehingga membawa kepada
kecederaan teruk dan kematian. Antaranya ialah kisah di Alor Gajah Melaka pada 11 Oktober 2011 apabila
seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas cedera di bahagian paru-paru akibat
didera oleh bapa tirinya. Pada Jun 2012 pula, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam
tahun cedera di bahagian punggung dan jari dipercayai didera oleh bapa tirinya di Kampung Gong Machang,
Besut Kuala Terengganu. Kedua-dua kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah. Manakala kes terbaharu
dilaporkan media pada 13 Dis 2012 iaitu seorang individu memuat naik ke laman sosial Facebook kejadian
seorang kanak-kanak lelaki berusia tigatahun didera bapa tirinya dan kes itu dipercayai berlaku dua bulan

sebelum video itu disebarkan.


Susulan kejadian itu, suspek berusia 32 tahun, dihukum penjara selama 12 bulan.
Individu didapati bersalah melakukan penderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (AKK)
iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang membawa
hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, katanya. BERNAMA

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal
mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.
Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam
gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum,
dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua
pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum
kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan
sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah
disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita
pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada
hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _______________________ yang merupakan
__________________________ Apa khabar saudari?
Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang
saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara _________________. Selamat datang juga buat
saudara.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep tanggungjawab
dan disiplin.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang
dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin
yang dirahmati Allah sekalian.

Pengenalan
Penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan
zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun. Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin
meleluasa. Berita kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media
massa sama ada media elektronik atau media cetak. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000
orang kanak-kanak di Malaysia telah menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Penderaan kanakkanak telah menjadi salah satu masalah global yang gempar. Jika masalah penderaan tidak
dicegah dengan segera, ia akan memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan
pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Di samping itu, kehidupan dan perkembangan sepanjang
kehidupan mereka juga akan dijejaskan. Dengan itu, ia akan menjadi masalah masyarakat secara
amnya.penderaan ini bukan sahaja berlaku keapada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga
turut menjadi mangasa contohnya suami mendera isteri , mendera ibu bapa dan sebagainya ,
tetapi bukan itu yang ingin kita bincangkan di sini ,apa yang perlu kita tekan kan di sini adalah kes
penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak.

Jenis-Jenis Penderaan
Penderaan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat kategori. Antaranya adalah penderaan
fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional dan pengabaian kanak-kanak.
Penderaan fizikal adalah satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal
terhadap kanak-kanak. Tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan anggota badan, kecederaan
otak,kerentakan tulang dan meninggalkan kesan-kesan di tubuh badan seperti parut dan lebam
akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas.
Penderaan seksual pula merujuk kepada perbuatan yang memaksa, mengugat dan memperdaya
kanak-kanak untuk berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memenuhi
kehendak nafsu seks orang dewasa. Penderaan ini boleh dilakukan melalui gambar, video,
pornografi atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Perbuatan mereka yang tidak berhati
perut ini telah menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dicabut kehormatan, dirogol dan dipaksa
melacur.
Manakala penderaan emosional membawa erti kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya
dari segi mental dan emosional, sama ada diabai, didera, dianiayai, dikutuk dan dihina oleh ahli
keluarga. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi dan mental dalam proses
pembesaran mereka akibat daripada kekurangan kasih sayang, tidak dihiraukan dan dilayan oleh
ahli keluarga, pergaulan mereka disekat dan tidak mempunyai kebebasan misalnya tidak
dibenarkan bermain, sering dimarah, ditengking dan dipandang rendah oleh ahli keluarga mereka.
Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas dari orang
dewasa seperti makanan berkhasiat, tempat perlindungan, pendidikan, keselamatan, rawatan
emosi dan fizikal. Contohnya, kanak-kanak tidak menerima pendidikan pada umur yang ditetapkan
oleh kerajaan. Selain itu, kanak-kanak yang dipaksa bekerja juga adalah satu jenis penderaan
pengabaian.

Punca-punca
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah penderaan kanak-kanak berlaku.
Antaranya adalah seperti tekanan ibu bapa. Biasanya bagi ibu bapa yang bekerja, mereka akan
menghadapi tekanan yang besar. Apabila masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke
rumah, mereka akan melepaskan geram ke atas anak mereka yang tidak berdosa. Ibu bapa mugkin
akan memukul, mencucuk puntung rokok, menerajang dan sebagai terhadap anak-anak mereka.
Selain itu, masalah kepincangan rumah tangga seperti perkahwinan yang tidak sah, perbalahan
antara ahli keluarga, ibu bapa yang ketagih dadah, kaki judi, sikap luar biasa terhadap
perhubungan seks semuanya boleh mencetuskan penderaan terhadap kanak-kanak. Contohnya,
apabila ibu bapa yang ketagih dadah atau arak, mereka akan kehilangan pertimbangan dan
menjadi tidak wajar. Akibatnya, anak-anak mereka telah menjadi mangsa.
Masalah penderaan juga sering berlaku dalam keluarga kelas bawahan yang berpendapatan

rendah, keadaan kemiskinan yang runcing seperti pengangguran, kurang sumber kewangan dan
kemudahan asas yang tidak mencukupi. Apabila sesebuah keluarga mengalami masalah
kewangan, ini akan menyebabkan mereka menjadi panas baran sehingga melepaskan perasaan
mereka ke atas anak-anak. Namun, masalah penderaan berlaku.
Di samping itu, punca yang menyebabkan penderaan juga termasuk kekurangan pendidikan
agama di kalangan ibu bapa.
Pengetahuan agama adalah amat penting kerana ia dapat memberi panduan yang terbaik dan
tersusun dalam menguruskan keluarga. Islam telah menerapkan sifat yang baik yang perlulah kita
contohi seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kereneh anak-anak. Jadi, masalah
penderaan mudah dicetus jika seseorang itu kekurangan ajaran agama.

Langkah-langkah
Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat
secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran
kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan
lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan
mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga
yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera
sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan
mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.
Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat
seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara
mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak
berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada
penderaan.
Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di
setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang peranan mereka serta
tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap
sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk
membimbing anak dan sebagainya.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang bertentangan
dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan menjahanamkan aset
penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan diri sendiri. Kanak-kanak
merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama
dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.

Anda mungkin juga menyukai