Anda di halaman 1dari 1

CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hari ini seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kes perpecahan keluarga yang berlaku di
negara kita. Contohnya, anak lari rumah, anak gadis ikut kekasih, mencuri, membunuh, merompak,
pengambilan dadah, dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya ada beberapa cara untuk mengekalkan
hubungan kekeluargaan. Memang betul bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya",
tetapi ianya bagi mengelakkan perkara seperti ini berleluasa dalam keluarga kita sendiri walaupun
rebung sudah menjadi buluh.

Pertamanya, hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa
seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita. Tapi bila
perkara-perkara negatif seperti ini berlaku disebabkan pengaruh orang sekeliling, maka kita perlu cepat-
cepat elakkannya agar tidak menjadi perkara yang besar.

Kedua ialah pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat
menangkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa. Ibu bapa perlu menjaga segala kewajipan
mereka. Contohnya, selalu bertanyakan apa aktiviti yang dilakukan pada hari ini, dengan siapa mereka
berkawan dan sebagainya. Perkara-perkara ini sememangnya perlu dititikberatkan samada terhadap
anak lelaki mahupun perempuan. kalau tidak, mereka akan jadi anak yang sosial.

Ketiga ialah ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-
anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka. Anak-anak
memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang sekeliling, terutamanya daripada keluarga
mereka.

Keempat, ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan
tekanan kepada anak-anak yang bermasalah. Siapa yang inginkan tekanan dalam hidup? Setiap manusia
perlukan ketenangan. Penat sangat mahu fikir masalah yang kita hadapi. Jadi, ibu bapa perlu selalu
mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh anak agar mereka tahu di mana kelemahan dan
kelebihan anak-anak mereka.

Akhir kata, ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-
anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah. Perkara seperti biasanya
akan ditanya kepada anak perempuan. Sebab, anak perempuan perlu dijaga bagai menatang minyak
yang penuh. Dan selain itu, mahkota mereka perlu dijaga dengan sebaiknya. Hal ini bagi mengelakkan
mereka menjadi mangsa rogol, culik, dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai