Anda di halaman 1dari 2

Teks pengucapan awam by nina.

Tajuk : budi bahasa dalam kalangan masyarakat


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua, tajuk bagi pengucapan awam
yang saya akan usulkan hari ini ialah mengenai budi bahasa. Memandangkan
perkara ini masih lagi menjadi isu dunia dan belum dapat diselesaikan lagi. Jadi,
saya berharap pengucapan awam ini akan emmberi kesedaran kepada para pelajar
terutamanya yang bakal menjadi seorang guru kelak.

Hari ini, kita jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak muda
untuk melintas jalan. Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa, kurangnya
rasa hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak
mengutamakan kepada kebersihan. Keadaaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan
akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan
budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi.
Betul tak betul? Anda sendiri boleh melihatnya ketika bersiar-siar ditaman dan
berjalan – jalan di pusat membeli belah.

Kawan kawan serta pensyarah yang disayangi,


Tiada gunanya kita mencapai status negara maju menjelang 2020 iaitu tahun depan,
sekiranya generasi akan datang tidak berakhlak, berdisiplin serta lupa dengan
budaya-budaya murni kita. Oleh itu, usaha pihak sekolah melancarkan kempen hari
ini wajar disanjung dan dihargai kerana keyakinan bahawa menerusi penerapan
nilai-nilai murni dan berbudi bahasa akan melahirkan generasi pelapis kita pada
masa akan datang yang berakhlak mulia, berdisiplin tinggi dan berbudi bahasa.

Persoalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang perlu kita perhalusi dan beri
perhatian dalam-dalamnya. Kita perlu perkukuhkan peribadi serta jati diri dalaman
pelajar-pelajar kita dari peringkat paling awal. Bak kata pepatah ‘Melentur Buluh
Biarlah Dari Rebungnya’. Amalan berbudi bahasa dan penerapan nilai murni adalah
kekutan dalaman yang mampu dijadikan benteng dalam memperkukuh jatidiri murid
dalam menghadpi isu-isu disiplin seperti buli, gaduh, ponteng dan seumpamanya.

Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka


Kementerian Pelajaran telah menjadikan usaha menyemarakkan amalan berbudi
bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak kita di setiap peringkat
persekolahan sebagai agenda penting demi memperkukuh peribadi dan jati diri
mereka.
Hakikatnya, masyarakat Malaysia telah menerima peri pentingnya budi bahasa dan
penghayatan nilai-nilai murni menerusi prinsip kelima rukun negara iaitu kesopanan
dan kesusilaan.

Dalam masyarakat Malaysia, ungkapan “Orang Berbudi Kita Berbahasa”, “Di Mana
Bumi Dipijak di Situ Langit Dijunjung” dan “Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu
Bahasa” sudah menjadi ungkapan basahan dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni mestilah
diterjemahkan di persekitaran sekolah. Budaya ini, melibatkan interaksi antara guru
dengan guru, guru dengan anak didik dan anak didik dengan anak didik. Moga
suasana bertegur sapa, hormat menghormati dan kerjasama hidup subur sepanjang
masa. Dalam hal ini, setiap pelajar dari peringkat akar umbi lagi perlu dilatih dengan
amalan nilai-nilai murni dan budi bahasa, agar ianya menyerap dalam diri mereka
serta menjadi satu kebiasaan.

Kita ialah pewaris bangsa yang akan menentukan kelangsungan amalan budi
bahasa dan nilai-nilai murni. Kita harus menjadi bangsa yang berdaya saing dalam
arus kemajuan dunia dengan tidak mengabaikan amalan berbudi bahasa dan nilai-
nilai murni. Dalam konteks ini, amalan berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai
murni sebenarnya adalah nilai tambah kepada keupayaan daya saing bangsa
Malaysia.

sesungguhnya, kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannya


tetapi juga keupayaan terhadap penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni.
Dalam alam pendidikan, ilmu pengetahuan tanpa budi belum tentu dapat menjamin
kemajuan bangsa terutamanya dari segi ketahanan budaya dan moralnya. Oleh itu,
saya menyeru kepada warga institute Pendidikan guru di kampus gaya terutamanya
untuk sama-sama melaksanakan dan memperkasa budi bahasa dan nilai-nilai murni
dalam kehidupan agar kita dapat mencapai wawasan dan matlamat negara serta
menjadikan institute kita sebagai sebuah institut yang melahirkan generasi yang
berbudi bahasa.

Anda mungkin juga menyukai