Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Penghayatan Patriostisme

Malaysia

merupakan sebuah

negara yang unik,

memandangkan

rakyatnya terdiri

daripada pelbagai etnik dan kaum. Meskipun negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir

setengah abad, ini tidak bermakna semangat patriotisme tidak lagi penting bagi rakyatnya. Malah

jika dikaji dengan lebih mendalam, semangat patriotisme amat penting pada masa kini kerana kita

sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi yang menuntut semangat

patriotisme yang tinggi. Era globalisasi dan informasi teknologi maklumat yang melampaui

sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir-anasir yang mampu merosakkan

negara. Jangan kita membiarkan pemikiran rakyat dikuasai oleh sesuatu fahaman yang salah dan

merugikan khususnya generasi muda.

Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neo-colonialism dan

melanjutkan agenda western imperialism ke atas negara membangun. Sejajar dengan kemajuan

teknologi ini, negara membangun dipaksa supaya tunduk mengikut arahan dan mematuhi

pandangan yang dikeluarkan oleh diktator barat yang angkuh dan sombong. Kecenderungan media

barat melaporkan sesuatu mengikut kaca mata mereka yang bercanggah dengan nilai-nilai

masyarakat timur seperti meniup dan melaga-lagakan isu budaya, agama, hubungan kaum,

demokrasi, kebebasan akhbar dan memperkecilkan pencapaian dan kejayaan masyarakat timur

merupakan sesuatu yang mengecewakan. Malaysia menghadapi pelbagai ancaman negatif dan

destruktif media barat serta ada kalanya kritikan dan laporan yang begitu menggugat dan memberi

kesan buruk kepada kepimpinan negara. Majalah The Economist keluaran 5-11 April 2003

mengupas kepimpinan Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun tidak berjaya

membawa banyak perubahan terutama dari segi kepimpinan yang bersifat authoritarianism.

Tulisan dalam laporan ini mengandungi kritikan yang bersifat destruktif dan memburukkan imej

kepimpinan Malaysia. Media barat juga menjadi dalang kepada berlakunya pelbagai masalah yang

1
menyulitkan dan mengancam keharmonian negara seperti kebencian terhadap kerajaan,

memburuk-burukkan kredibiliti kepimpinan negara dan sebagainya.

Keadaan ini lebih genting lagi apabila kesedaran mengenai patriotisme dalam kalangan

rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistik dan materialistik. Apabila rakyat

tidak cintakan negara, mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan.

Malah kebimbangan ini pernah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad:

Patriotisme semakin hilang di kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha-usaha pemupukan

perlu dilakukan oleh orang-orang dewasa untuk menghidupkan dalam sanubari generasi muda

tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan

dan kesatuan arah-tuju negara.

Kelemahan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia selepas merdeka

menyebabkan generasi muda yang lahir dalam masyarakat ini lemah semangat perjuangan mereka.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa kesedaran nasionalisme bangsa dan negara perlu

dipupuk dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, institusi kekeluargaan memainkan

peranan yang amat penting dalam memupuk patriotisme dalam sanubari generasi muda untuk

menangani cabaran semangat patriostisme yang semakin lenyap dalam kalangan generasi muda.

Teladan ibu bapa atau dikenali sebagai role model merupakan uslub primer yang efektif untuk

menyemai semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa harus

menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak seperti memasang bendera jalur gemilang di

rumah dan kenderaan terutamanya apabila sambutan Hari Kemerdekaan.

Ibu bapa harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan

kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi seperti yang diungkapkan oleh orang-orang

tua melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misalnya, aktiviti riadah seperti lawatan ke tempat

bersejarah, bacaan buku bersejarah dan tontonan filem kemerdekaan seperti filem Hati Malaya

boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bersama dengan anak-anak supaya menyuburkan nilai semangat

cinta akan negara dalam jiwa kanak-kanak.

Institusi pendidikan telah menjalankan beberapa langkah dalam menyemai semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda. Antaranya ialah penubuhan sekolah wawasan.

Menurut laman web kerajaan iaitu portal 1 klik mengatakan bahawa sekolah wawasan merupakan

2
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa

mengira kaum atau agama. Menurut jurnal yang bertajuk sekolah wawasan: sejauh manakah

sekolah wawasan mampu melahirkan generasi bersatu padu pada masa akan datang mengatakan

objektif utama dalam penubuhan sekolah wawasan ialah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia

yang lebih bersifatkan cintakan negara. Sekolah wawasan merupakan salah satu usaha atau

inisiatif kerajaan dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk.

Semangat patriotik seharusnya dipupuk sewaktu individu kecil lagi terutama di peringkat sekolah

rendah.

Pelajar akan berkongsi kemudahan seperti kantin, dewan, perpustakaan dan tapak

perhimpunan yang sama. Aktiviti di sekolah juga dianjurkan dan disambut bersama-sama

contohnya aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Aktiviti sambutan hari kemerdekaan jelas

menunjukkan bahawa sekolah wawasan mampu melahirkan generasi yang memmpunyai semangat

cintakan tanah air yang tinggi. Semasa aktiviti ini berlangsung pelajar akan menyanyikan lagu

kemerdekaan bersama-sama sambil kibarkan bendera jalur gemilang. Kami yakin suasana

sambutan ini akan menyeronokan selain dapat menyedarkan bahawa semangat cintakan tanah air

dalam diri individu sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman.

Melalui dasarpendidikan
Rajah 1.1 Sekolah Wawasan Penjana Perpaduan Kaum
kebangsaan, semangat patriotisme

juga boleh dipupuk. Semua aliran

sekolah menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu dan kurikulum yang sama. Sistem

pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik. Selain itu,

kerajaan memperkenalkan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu

sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988. Kedua-dua kurikulum itu bertujuan

memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti

yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

Seterusnya langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran sejarah dan kajian

tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan

menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Para pelajar juga disarankan untuk

3
mengkaji, menyelidik, dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada

peristiwa sejarah. Sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada

para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. Kajian tempatan dijadikan mata pelajaran

teras bagi semua murid sekolah rendah dan mengandungi elemen-elemen pengetahuan sejarah dan

geografi. Manakala, dari segi pendidikan sejarah dapat menyemai bibit-bibit semangat perpaduan

dan patriotik dalam kalangan pelajar.

Seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghidupkan kembali mata pelajaran

kesedaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah pada akhir dekad 1970 an. Kesedaran sivik diajar

diperingkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai

semangat patriotism dan bersatu padu dan akhirnya dapat melahirkan rakyat yang positif.

Kesimpulannya dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan

untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Pelbagai pergolakan baru yang berlaku pada abad ke-21 ini memerlukan konsep kenegaraan (

nationhood ) dan kewarganegaraan dibangunkan sebagai asas membina kekuatan negara dan

bangsa. Program Latihan Khidmat Negara yang bertujuan memberi latihan dan pendedahan

golongan muda terhadap pelbagai aspek kenegaraan merupakan satu usaha yang amat baik bagi

menyediakan dan membentuk generasi muda yang komited serta bertanggungjawab

mempertahankan negara. Program ini boleh memberi kesan positif dalam menangani pelbagai

masalah sosial yang sedang dihadapi oleh golongan muda yang tandus dengan idealisme dan

kesedaran kenegaraan. Unsur-unsur kenegaraan amat penting bagi membina generasi muda yang

mempunyai semangat juang dan sentiasa komited terhadap kepentingan bangsa, agama dan

negara. Walaubagaimanapun, Program Latihan Khidmat Negara tidak seharusnya mengikut acuan

latihan bersifat ketenteraan dan menghasilkan tentera penakluk yang boleh dikerah tenaga mereka

bila-bila yang diperlukan. Program ini seharusnya membentuk warganegara muda yang kuat,

cergas, mempunyai kesedaran, cinta akan negara, berperanan positif serta mengamalkan nilai-nilai

hidup yang baik dan progresif.

Rajah 1.2

Program Latihan

Khidmat Negara

4
Salah satu kaedah yang sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat

Malaysia adalah kembali kepada sejarah. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para

pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan kita kepada negara. Dengan

mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai

semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Malaysia memerlukan semua

rakyatnya berjiwa patriotik yang tulen, rakyat yang sayang, kasih dan cinta kepada pemimpin serta

negara. Dengan berbalik kepada sejarah pembinaan negara dan bangsa, rakyat Malaysia akan lebih

mengenali dan memahami asal-usul bangsa. Perkara ini sering ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir,

beliau berpendapat sesuatu bangsa itu perlu sensitif terhadap perkembangan semasa di serata

dunia untuk membandingkan dengan sejarah silam di negaranya sendiri dan sejarah silam di

seluruh alam. Dengan cara ini sejarah akan menjadi cermin perjuangan. Dengan mengetahui dan

memahami sejarah tanah air, akan membolehkan sesuatu bangsa menganalisis segala kelemahan

dan kemungkinan yang akan terjadi. Sejarah juga akan membantu sesuatu bangsa menentukan

gaya, cara dan merangka masa yang paling sesuai untuk melaksanakan segala strategi yang telah

direncanakan secara halus dan teliti, demi keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan

kecemerlangan pada hari muka. Semestinya kita mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku

pada zaman lampau dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli sejarah yang telah memberi

sumbangan dalam penulisan sejarah negara kita. Perkara ini ditegaskan oleh George Santayana

ahli fikir Barat bahawa Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan didera dengan

mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.

Usaha media massa merupakan salah satu faktor penyumbang kepada semangat patriotisme

dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut kamus dewan edisi keempat media

massa merupakan pelbagai alat komunikasi yang akan menyampaikan maklumat kepada

masyarakat. Media massa terbahagi kepada dua bahagian iaitu media cetak dan media elektronik.

Media cetak terdiri daripada surat khabar, majalah dan buku manakala media elektronik terdiri

daripada internet, televisyen , radio dan sebagainya. Media massa merupakan saluran maklumat

yang akan tersebar dengan cepat dan berkesan ini dibuktikan melalui kajian Lambert dan

Klineberg.

5
Antara cara media massa terutamanya media elektronik memainkan peranan dalam memupuk

semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk ialah media massa mampu

menyebarkan maklumat tentang kepentingan semangat patriotisme melalui iklan di televisyen

contohnya iklan tugu negara. Iklan ini jelas menunjukkan bahawa semua kaum seharusnya

menunjukkan semangat patriotisme kepada negara supaya kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Iklan ini akan memberi kesan kepada penonton, di mana akan timbul rasa kesedaran dalam diri

penonton untuk meningkatkan semangat patriotisme.

Media cetak pula memainkan peranan dengan memaparkan cerita tentang semangat

patriotisme, cerita tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai mana

yang kita tahu bahawa disebalik kemerdekaan yang dicapai tentu ada orang yang bekerja keras

dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebagai contoh Dato Onn Jaafar. Dalam parti politik

juga menunjukkan semangat patriotisme suatu ketika dahulu. Parti UMNO merupakan gabungan

antara 3 parti iaitu parti MCA dan MIC , gabungan ini jelas menunjukkan bahawa semangat

patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk telah wujud sebelum kemerdekaan lagi, jika

masyarakat sebelum kemerdekaan tiada semangat patriotisme dalam kalangan msyarakat majmuk

sudah pasti kemerdekaan tidak akan dapat dicapai.

Rajah 1.3 Peranan media massa

Anak umpama biji benih,

Lontar ke laut menjadi pulau,

6
Lontar ke udara menjadi kejora,

Lontar ke darat menggunung sasa.

Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah

negara. Remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada

masa depan persis kata melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Presiden Parti

Indonesia pernah mengatakan bahawa berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang

dunia. Pada era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk

sama rendah dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan

semangat patriotisme. yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Kesimpulannya,

untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa harus berganding

bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat yang tiada

penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang

mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan

bahawa sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya

sudah runtuh maka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan

semangat patriotisme yang kukuh.

7
Dasar-Dasar dan Program-Program Utama Negara

2.0 Rancangan Malaysia Ke-11 (RMke-11)

Rajah 2.2.1

Rancangan Malaysia

Ke-11

Pelaksanaan

pelbagai langkah

sepanjang lima tahun

yang lepas telah

memperkukuh daya

tahan ekonomi

negara. Melangkah ke hadapan, masih terdapat cabaran yang perlu ditangani. Lima cabaran utama

yang akan ditangani oleh kerajaan dalam tempoh RMKe-11 adalah ketidaktentuan ekonomi dunia,

pertumbuhan produktiviti yang perlahan, ruang pengurusan dasar fiskal yang terhad, pampasan

pekerja yang rendah dan jurang dalam pendapatan isi rumah. Kesemua

cabaran ini boleh memberikan kesan yang signifikan kepada prestasi ekonomi negara dan

landasan pertumbuhannya pada masa hadapan.Oleh itu, dalam tempoh RMKe-11, strategi

ekonomi makro akan dilaksanakan bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan.

Antara strategi dilaksanakan bagi memastikan ekonomi berkekal berdaya tahan termasuklah

meningkatkan potensi produktiviti untuk memastikan pertumbuhan mampan dan inklusif. Selain

itu, menggalakkan pelaburan untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Antara langkah untuk

8
menggalakkan pelaburan adalah mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan menyediakan

insentif berasaskan prestasi bagi aktiviti ekonomi yang berpendapatan tinggi dan berintensif

pengetahuan. Seterusnya, meningkatkan eksport untuk menambah baik imbangan perdagangan.

Bagi meningkatkan eksport, peluang dengan rakan strategik dapat dimaksimumkan

dan meningkatkan sokongan pakar industri dari luar negara untuk menambah baik imbangan

dagangan. Akhir sekali, meningkatkan fleksibiliti dasar fiskal untuk memastikan kedudukan fiskal

yang mampan dengan meningkatkan hasil dan melaksanakan langkah perbelanjaan yang lebih

berhemat.

Rajah 2.2.2 & 2.2.3


Rancangan Malaysia Ke-11

3.0 Dasar

Agromakanan

Negara

Rajah 3.1 Pertanian

Usaha untuk

menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan mampu dibeli akan diteruskan melalui

program peningkatan pengeluaran dan produktiviti. Inisiatif jaminan bekalan makanan akan

ditumpukan kepada pengeluaran beras, daging, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan bagi

mencapai tahap sara diri (SSL) yang disasarkan. Selain itu, perubahan struktur ekonomi negara

bagi mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan

industri agromakanan memainkan peranan yang lebih penting dan berdaya saing. Walaupun

9
peratusan sumbangan industri agromakanan kepada KDNK berkurangan, namun sektor ini kekal

relevan sebagai aktiviti ekonomi utama kawasan luar bandar serta pembekal bahan mentah dan

sumber makanan negara. Seterusnya, pembangunan rantaian nilai yang lengkap, bersepadu dan

efisien adalah kritikal dalam membangunkan industri agromakanan yang berdaya saing dan

mampu menyumbang secara efektif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dalam hubungan ini,

pendekatan rantaian nilai yang menghubungkan pelbagai aktiviti daripada peringkat huluan

sehingga hiliran akan diperkukuh dengan menumpukan kepada peningkatan daya saing dan

kemampanan dari segi nilai ekonomi, sosial, alam sekitar dan institusi. Pendekatan rantaian nilai

ini akan disokong oleh komponen seperti pengurusan modal insan, pembangunan teknologi dan

inovasi serta sumber.

Modal insan berkualiti dan progresif merupakan salah satu faktor yang menyokong

transformasi dan pemodenan industri agromakanan. Pemerkasaan modal insan terutamanya dalam

kalangan pekerja mahir dan separuh mahir akan memacu pemodenan industri agromakanan.

Modal insan yang terlatih ini berupaya mengguna dan menyebarkan teknologi terkini untuk

meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta memperluas amalan pertanian baik. Sehubungan

ini, pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, kemahiran dan teknologi serta

keusahawanan akan diberi tumpuan melalui strategi menyediakan guna tenaga pertanian yang

berpengetahuan dan terlatih dan mewujudkan generasi usahawan tani berminda progresif.

Usaha mentransformasi industri agromakanan sebagai sektor yang moden dan berteknologi

tinggi perlu disokong dengan aktiviti R&D dan inovasi yang mantap bagi meningkatkan

produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran. Aktiviti R&D dan inovasi akan lebih berteraskan

kepada permintaan industri dan berasaskan kepada inovasi terancang yang lebih proaktif

berbanding inovasi adaptif yang lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah semasa.

Pelaburan swasta dalam aktiviti pengeluaran makanan merupakan pemangkin ke arah

mencapai matlamat untuk memodenkan dan mewujudkan industri agromakanan yang berdaya

saing. Bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam industri agromakanan, persekitaran

perniagaan yang kondusif dari segi kemudahan pembiayaan, infrastruktur asas pertanian, khidmat

sokongan dan peraturan mesra perniagaan serta peluang pasaran perlu ditambah baik.

Persekitaran pasaran global yang dinamik dan mencabar menuntut sistem penyampaian

perkhidmatan yang inovatif dan proaktif. Dalam usaha mencapai status negara berpendapatan

10
tinggi menjelang tahun 2020, peranan agensi pertanian perlu diperkasakan untuk meningkatkan

sumbangan industri agromakanan kepada pertumbuhan ekonomi. Peranan agensi pertanian akan

diselaraskan dan dirasionalisasi bagi mempertingkat keberkesanan fungsi dengan memastikan

peranan agensi lebih fokus kepada bidang tugas utama (core functions) dan mengelak pertindihan

fungsi. Ini penting bagi memastikan sumber kewangan dan tenaga manusia dapat digunakan

secara cekap dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar.

4.0 Sosial

4.1 Dasar Sosial Negara

Rajah 4.1 Ilmu Sosial Dasar

4.2 Cabaran Dasar Sosial

Negara

1. Memastikan Keperluan Asas

Individu, Keluarga dan

Masyarakat Dipenuhi

2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat

3. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial

4. Menjana sinergi multisektor

4.3 Strategi

Cabaran 1

a. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat

dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara.

b. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,

perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak

terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan

Cabaran 2

A. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan

serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat.

11
b. Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang

meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum. Ia juga

bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri

yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan

komuniti.

c. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang

mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang

meningkatkan kemahiran berfikir.

d. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta

bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu

dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai

seorang dewasa sepenuhnya kelak.

Cabaran 3

a. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat

Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum

yang berbeza.

b. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan

cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara

hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut

pelbagai agama.

c. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan

melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua

anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.

Cabaran 4

a. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat

persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai

keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat.

b. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua

peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.

12
5.0 Pendidikan

5.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

Rajah 5.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)

Isu dan cabaran bagi pendidikan dirangkumkan kepada tiga kluster, iaitu outcome pelajar,

wadah inovasi dan tadbir urus.

Outcome Pelajar

Bagi meningkatkan pembangunan kanak-kanak secara holistik, strategi untuk menambah

baik pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) akan memberikan tumpuan kepada

kualiti penjagaan, kebolehpercayaan, kemampuan bayar dan akses kepada pusat jagaan kanak-

kanak. Selain itu, kurikulum sekolah akan memberikan keutamaan terhadap STEM serta

menyemai pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan abad ke-21. Kurikulum sekolah juga

akan memberikan tumpuan kepada mengukuhkan kefasihan murid dalam bahasa Melayu dan

13
Inggeris. Murid juga digalakkan untuk mempelajari bahasa ketiga sebagai tambahan. Bagi

memastikan murid semakin inovatif dan mampu bersaing pada peringkat global, KBAT akan

diberikan penekanan dalam kurikulum bagi semua mata pelajaran. Menjelang tahun 2016,

sekurang-kurangnya 40% daripada soalan UPSR dan 50% soalan SPM akan mengandungi soalan

KBAT.

Tadbir Urus

Kerajaan akan mengurangkan pentadbiran sekolah secara berpusat untuk menambah baik

keberkesanan penyampaian. JPN dan PPD akan diberikan kuasa untuk melaksanakan tugas

melangkaui fungsi operasi. Selain itu, kerajaan akan menyediakan akses pendidikan yang lebih

luas kepada semua kanak-kanak untuk belajar dalam persekitaran yang paling kondusif. Konsep

sekolah K9 yang menggabungkan pendidikan sekolah rendah dengan tiga tahun pertama

pendidikan menengah di bawah satu bumbung akan diperluas bagi meningkatkan enrolmen,

terutama dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli. Tambahan pula, sekolah akan mengenal pasti

program yang memerlukan sokongan komuniti manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

akan memacu penglibatan masyarakat, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan penyedia

latihan pendidikan secara meluas pada peringkat sekolah.

Wadah Inovasi

Penguasaan bahasa Inggeris akan diperkukuh melalui peningkatan penggunaannya. Pelajar

diwajibkan memperoleh band yang lebih tinggi dalam Malaysian University English Test (MUET)

berbanding dengan band yang disyaratkan untuk graduasi. Sementelahan, satu pelan tindakan bagi

MOOCs akan diwujudkan bagi menetapkan hala tuju yang jelas dan menyelaras tindakan bagi

memastikan pematuhan kepada ekosistem Globalised Online Learning (GOL). Usaha ini akan

mempertingkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan

keusahawanan akan dimasukkan sebagai satu daripada komponen penting dalam kurikulum pada

peringkat tertiari bagi memupuk minda keusahawanan dan melengkapkan pelajar dengan

kemahiran berniaga.

14
5.2 Malaysia Sebagai Hab Pendidikan Antarabangsa

15
Rajah 5.2.1 Jumlah Kemasukan Menggikut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia pada tahun

2003 hingga 2013

5.2.1 CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)


Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut

keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan

sistem pelajaran di sekolah.


Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul

Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada

perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan

kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan

16
cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan

lagi murid yang lemah dan lembab.


Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi

kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan

menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti

pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar

kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar

mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan

menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun

bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen

perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen

perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah

satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah

meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral,

masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah

dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan


Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut

keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan

sistem pelajaran di sekolah.


Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul

Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada

perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan

kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan

cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan

lagi murid yang lemah dan lembab.

17
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi

kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan

menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti

pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar

kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar

mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan

menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun

bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu

5.2.2 CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MEREALISASI PENCAPAIAN

MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1. Meningkatkan profesionalisme perguruan

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu

pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat

mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda

yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif

untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat

membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian

dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan

golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan

perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan

yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang

dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan.

Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan

sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan

masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada

profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang

dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan

18
mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan

diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih

berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk

mengubah dan belajar untuk berubah.

2. Mengatasi masalah "Brain Drain" dalam kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang

dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai

banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang

mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar

mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara

ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara

keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu

perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan

semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan

biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi

kedudukannya.

3. Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi

memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk

bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek

perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi

gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat

bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan

pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta,

penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria

keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di

19
samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan

penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi

perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya

tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk

memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti

datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,

penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut

kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

20
6.0 Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Industri pelancongan di Malaysia merupakan sumber pendapatan pertukaran asing yang

penting, dengan demikian menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan

menyediakan pekerjaan. Malaysia dianugerahkan dengan iklim khatulistiwa serta kepelbagaian

eko dan landskap peruncitannya membantu dalam menarik lebih 25 juta ketibaan pelancong

setahun sekali gus menyumbang kepada lebih RM60 bilion dalam penerimaan. Ditambah dengan

pusat beli-belah yang mempesonakan dan pengalaman perkhidmatan halal, sektor pelancongan

mencatatkan pertumbuhan yang berterusan dalam melangkah ke tahun 2013.

EPP ini menyasarkan untuk menempatkan Malaysia sebagai destinasi bebas cukai yang

menjadi pilihan di rantau ini menjelang tahun 2020. Untuk memacu negara kita ke arah matlamat

ini, penentuan harga yang berdaya saing akan menjadi pendorong utama untuk menarik pelancong

dan meningkatkan jualan. Usaha ini merupakan susulan penghapusan duti import terhadap 328

barang di bawah lapan kategori yang diumumkan sebelum ini oleh YAB Perdana Menteri

Malaysia dalam bajet 2011.

Persatuan Pelancongan Bukit Bintang-Kuala Lumpur City Centre (BB-KLCC) telah dipilih

untuk melaksanakan projek penjenamaan dan promosi kawasan BB-KLCC sebagai syurga beli-

belah antarabangsa. Matlamatnya adalah untuk menambah baik hab beli-belah ini hingga

setanding dengan destinasi beli-belah antarabangsa. Strategi Persatuan Pelancongan BB-KLCC

termasuklah mewujudkan kalendar tarikan dan acara bertaraf dunia untuk mempromosikan

Malaysia kepada dunia, merangkumi projek Hiasan Lampu Jalan (Street Illumination). Persatuan

turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam perancangan mereka untuk menambah baik

infrastruktur dan kemudahan di kawasan ini. Rancangan ini merangkumi laluan

pejalan kaki bertingkat dan berbumbung yang menghubungkan KLCC dan Bukit Bintang.

21
Usaha bersepadu untuk menjadikan Malaysia destinasibeli-belah serantau yang kompetitif

diperkukuh dengan pembinaan pusat ruang perniagaan yang menawarkan barangan mewah

dengan harga diskaun. Usaha ini membentuk sebahagian matlamat

keseluruhan untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menambah baik penawaran barangan

runcit sekali gus meningkatkan perbelanjaan pelancong. Memanfaatkan tarikan pelancongan

terkini di Johor seperti taman tema Legoland dan Hello Kitty, Johor Premium Outlets akan terus

mempergiatkan promosi untuk meningkatkan aliran pengunjung ke pusat tersebut.

Rajah 6.1 Johor Premium Outlets

22
REFLEKSI DIRI

Sebelum saya menulis pandangan saya tentang penghayatan patriotisme dan dasar-dasar dan

program-program utama negara, pertama, saya ingin berterima kasih kepada Puan Rozita Ibrahim

yang telah membimbing saya dalam membuat tugasan Cabaran dan Isu Semasa Dunia dan saya

amat bersyukur kerana telah mendapat topik ini supaya saya dapar mengenali lebih mendalam

tentang latar belakang dan asal usul sejarah negara Malaysia. Secara keseluruhannya, penghayatan

patriotisme amat penting dalam sanubari rakyat Malaysia. Cuba anda bayangkan, sekiranya tiada

semangat patriotisme yang dipupuk dalam jiwa diri kita, mana mungkin wujudnya Malaysia yang

aman dan damai pada masa sekarang.

Cabaran Malaysia yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Saya

selalu berfikir mungkin cabaran ini merupakan cabaran yang terbesar bagi negara Malaysiaku

yang tercinta ini. Ledakan teknologi maklumat merupakan salah satu faktor menyebabkan

wawasan 2020 tertunggah. Generasi muda pada masa kini mudah dipengaruhi disebabkan

kekurangan didikan agama sebagai benteng yang kukuh dalam jiwa mereka. Bagi saya, sikap

individu yang materialistik dan individualistik turut membawa faktor kepada kelenyapan

patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Akhir sekali, saya berharap langkah-langkah yang disebut dalam petikan di atas boleh

membawa kesan dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu untuk merealisasikan

Wawasan 2020.

Kegiatan pertanian amat penting bagi memajukan ekonomi negara. Malaysia mempunyai

tanah pamah yang subur dan rata sesuai dengan kegiatan pertanian seperti padi sawah terutamanya

di Dataran Kedah dan Kelantan. Suhu dan iklim khatulistiwa Malaysia turut menggalakkan

kegiatan pertanian dijalankan. Maka, sekiranya Malaysia ingin mencapai hasil tanaman yang

dapat menguntungkan negara, peningkatan pengeluaran dalam bidang pertanian dapat dicapai

23
melalui peningkatan intensiti tanaman serta penggunaan amalan pertanian yang cekap, baka

berhasil tinggidan aplikasi teknologi terkini.

Dasar Sosial Negara merupakan salah satu dasar yang akan menjadikan suatu agenda utama

kerajaan untuk mewujudkan Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri.

Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan

pencapaian pembangunan sosial. Kejayannya bergantung pada komitmen, sokongan dan

kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan pelan dalam Rancangan Malaysia Ke-

11. Pelan ini membawa signifikan kepada negara dalam mentransformasi negara kepada hab

pendidikan antarabangsa. Jangkaan outcome pada peringkat pendidikan asas adalah untuk

membolehkan setiap pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

kepemimpinan, penguasaan dwibahasa, beretika, berkerohanian dan beridentiti kebangsaan. Pada

peringkat tertiari, transformasi akan membawa kepada kadar kebolehpasaran graduan yang lebih

tinggi, R&D&I yang berkualiti dan pengkomersialan serta menjadikan universiti Malaysia unggul

di dunia.

Akhir sekali, transformasi industri pelancongan kini berjaya diterjemahkan menjadi usaha

ketara untuk melonjakkan pencapaian Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Industri pelancongan

memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara Malaysia. Rakyat

Malaysia harus berganding bahu mempromosikan Malaysia kepada luar negara supaya negara kita

dapat tertarik oleh pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Kemajuan pelancongan dapat

memperkembangakan negara dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan dan menarik pelabur

asing untuk melabur di negara kita. Saya amat berharap industri pelancongan dapat dikembang

maju dengan sokongan dan kerjasama rakyat Malaysia dalam memastikan kejayaan industri

pelancongan.

Kesimpulannya, kejayaan Wawasan 2020 terletak kepada sejauh mana rakyat memahiami

hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya, seperti kata Perdana Menteri, Tidak akan

wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi sembilan cabaran

strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka.(Dr. Mahathir Mohamad,

1991)

24
RUJUKAN

RUJUKAN:

1. Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur,

Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

2. Azman Shariff. (2012). Blog Sejarah Pendidikan: Patriotisme. Dimuat turun pada 29 Ogos

2015 daripada http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

3. Dasar Sosial Negara. (2012). http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/261-dasar-sosial-negara.html

25
4. Hasnah Hussin & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Shah Alam, Selangor: Oxford

Fajar Sdn. Bhd

5. KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353). Dimuat turun

pada 1 Oktober daripada http://sarjana.tripod.com/taraf1.html

6. Prezi. com. (2015). Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Negara. Dimuat turun pada 29 Ogos 2015

daripada https://prezi.com/rpz-2mm_n4sw/cabaran-cabaran-yang-dihadapi-negara/html

7. Sinar Online. (2012). Mendidik Jiwa Semangat Patriotik. Dimuat turun pada 6 September 2015

daripada http://www.sinarharian.com.my/politik/mendidik-jiwa-semangat-patriotik-1.76377.html

8.Siti Aliah Bt Abd Rahim. (2014). Bincangkan cara-cara untuk memupuk semangat patriotisme

dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Dimuat turun pada 7 September 2015 daripada

http://ctalyastar.blogspot.my/2014/12/bincangkan-cara-cara-untuk-memupuk.html

9. Yahya bin Hj. Awang. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN)

26

Anda mungkin juga menyukai