Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Secara amnya, Sejarah Melayu adalah mengisahkan pengalaman-pengalaman

sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintah Melaka, dari awal abad

ke-15 hingga awal abad ke-17. Ceritanya adalah berkisarkan berkenaan raja-raja

Melaka dari pemerintahan rajanya yang pertama hinggalah ke raja-raja yang akhir,

sehinggalah apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. 1 Sejarah Melayu

dianggap sebagai adikarya (master-piece) dalam kategori historiografi Melayu klasik.

Karya ini juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin. Dari segi peristilahan, Sulalatus

Salatin bermakna keturunan keluarga, termasuk asal usul dan susur galur sultan-

sultan.2

Petrus van der Vorm, dalam pengenalan karyanya yang berjudul Collectanea

Malaica Vacabularia of Malaische Woordboeksameling ada menceritakan secara

ringkas sejarah orang Melayu berdasarkan suatu senarai keturunan raja-raja Melayu

dan disertai dengan senarai karya Melayu. Dalam pada itu, beliau menyebut Sulalatus

Salatin sebagai karya yang memberi keterangan tentang raja-raja Melayu sehingga

kehadiran orang Portugis. 3 Petrus van der Vorm bukan sahaja menyebut Sulalatus

Salatin, malah memberi nama Melayu kepadanya sebagai “Penurunan Segala Raja-

raja”.4

Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah yang menceritakan mengenai

kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka.

1
Muhammad Yusoff Hashim & Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Petaling Jaya, Selangor:
Longman Malaysia Sdn. Bhd. 1994), hlm. 1.
2
M.Rajantheran, Sejarah Melayu Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 1.
3
Ibid.hlm. 1-2.
4
Ibid hlm. 2.

1
Walaupun pada bahagian mukadimahnaya tidak disebut lansung mengenai tujuan teks

ini ditulis adalah kerana ‘tujuan menyukakan raja’ ataupun supaya diketahui oleh anak

cucu terkemudian’. Pengarang hanya mengatakan teks ini adalah mengenai kisah Raja

Iskandar Zulkarnain.5 Dalam Sejarah Melayu hampir kesemuanya menceritakan

tentang kisah raja-raja dan kisah yang disampaikan juga berlatarkan suasana di Istana

dan cerita yang ditulis juga kebanyakkannya ditulis oleh keturunan diraja. Sejarah

atau Sulalatus Salatin ini juga dipercayai salinannya telah dibawa ke Goa apabila

Portugis menakluk Melaka.6

Sejarah Melayu banyak menceritakan tentang kepimpinan raja-raja Melayu dan

pemerintahan mereka dan dapat dilihat ia menjurus kearah politik kerajaan Melayu

terutama kerajaan Melayu Melaka. Teks Sejarah Melayu juga mempunyai pelbagai

versi dan terdapat sekurang-kurangnya 29 versi.7 Versi-versi tersebut ditulis oleh

W.G. Shellabear, Abdullah Mushi, Raja Ali dan R.O. Winstedt dan Abdul Rahman

Haji Ismail. Setiap versi Sulalatus Salatin yang ditulis semula terdapat beberapa

perbezaan pandangan.

2.0 PANDANGAN AHLI SEJARAH TENTANG SEJARAH MELAYU

Terdapat beberapa pendapat ahli sejarah yang mengangap Sejarah Melayu

sebagai sebuah sebuah karya sastera iaitu bukan sejarah. Salah seorang ahli sejarah

adalah R.O. Winstedt. Beliau membuat kenyataan sedemikian kerana di dalam teks

5
Abdul Rahman Hj. Ismail, “sejarah Melayu: antara sejarah dan dakyah.” Kajian Malaysia. Jil. III Bil. 2
(Dis. 1985):hlm. 25-35.
6
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1979), Hlm. 1-354.
7
Ibid.

2
Sejarah Melayu mengandungi banyak cerita mitos dan legenda yang menyimpang

dari ciri- ciri sejarah.8 Selain itu, Umar Junus pula tidak menafikan adanya unsur

sejarah di Sejarah Melayu, tetapi sebahagian besarnya dipenuhi oleh unsur-unsur

fiksyen dan khayalan. Apabila unsur itu terdapat dalam sesebuah karya maka ia bukan

lagi sebuah karya sejarah.9 Rata-rata ahli sejarah tersebut menolak Sejarah Melayu

sebagai karya sejarah.

Namun, berbeza pula pandangan Abdul Rahman Haji Ismail. Beliau mengatakan

Sejarah Melayu adalah dokumen politik dalam karyanya “Sejarah Melayu: Antara

Sejarah dan Dakyah”.10 Beliau juga mengatakan Sejarah Melayu banyak

menceritakan kisah yang bersifat sejarah dan turut disifatkan sebagai dakyah. Karya

ini juga dihasilkan untuk membuat golongan istana menyukai penulisan ini. Beliau

juga menyifatkan bahawa Sejarah Melayu merupakan sebuah penghasilan sastera

sejarah iaitu karya ciptaan yang mengandungi penceritaan sejarah.

Sehubungan dengan itu, Emeis turut menyuarakan Sejarah Melayu banyak

mengemukan kenyataan sejarah yang jelas sehingga ia menjadi bahan penting untuk

menyelidikan sejarah kemunculan, kemakmuran dan keruntuhan Melaka.11 Manakala

Zainal Abidin Abdul Wahid mengatakan Sejarah Melayu benar-benar merupakan satu

sumber terpenting bagi pengkajian sejarah Alam Melayu umumnya dan Melaka

8
Haron Daud, Sejarah Melayu (Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya) (Kuala Lumpur
:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), hlm. 1-2.
9
Umar Junus, Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali, (Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1984), hlm. 12-25.
10
Abdul Rahman Hj. Ismail, Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah. Kajian Malaysia (Journal of
Malaysian Studies) 3, no. 121985. 1985: hlm. 25-35.
11
Emeis, Marinus Gerardus, Bunga Rampai Melayu Kuno (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1969), Hlm. 123.

3
Khususnya. Tidak ada buku lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka

dengan lebih baik dan jelas selain dari Sejarah Melayu.12

3.0 PERBINCANGAN SEJARAH MELAYU SESUNGGUHNYA ADALAH

SEBUAH DOKUMEN POLITIK.

Pada pendapat saya, saya sangat bersetuju dengan pandangan Abdul

Rahman Hj. Ismail yang mengatakan Sejarah Melayu sesungguhnya sebuah

dokumen politik. Dalam Sejarah Melayu terdapat banyak dakyah yang

mengisahkan kearah politik, peranan raja, keagungan dan kehidupan raja-raja.

Sejarah Melayu sebagai sebuah dokumen politik adalah kerana

mengandungi konsep daulat dan derhaka yang merupakan tunjang kepada

hubungan erat antara rakyat dengan raja. Kosep daulat dan derhaka adalah

merujuk kepada raja yang berasal dari pilihan Tuhan dan bayangan Allah di muka

bumi. Kerajaan mereka tidak boleh dicabar dan setiap perlakuan yang berbau

mencabar kuasa raja itu dianggap sebagai perlakuan derhaka. Rakyat disogokkan

dengan tema yang sering diulang-ulang “pantang Melayu menderhaka kepada

raja”.13 Kenyataan tersebut menunjukkan rakyat perlu patuh pada setiap arahan

raja, jika diingkari maka rakyat tersebut dikira menderhaka dan akan ditimpa bala.

…Ada berapa hari maka Sultan Iskandar Syah menyuruhkan

mengeluarkan beras pada bendahara akan pelabur segala ra’yat’. Maka

sembah Sang Rajuna Tapa, “Beras tiada lagi” kerana ia hendak belot. Setelah

12
Haron Daud, Sejarah Melayu (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), hlm. 4.
13
Abdul Rahman Hj. Ismail, “sejarah Melayu: antara sejarah dan dakyah.” Kajian Malaysia (Journal of
Malaysian Studies) 3, no. 121985 (1985):hlm. 26.

4
dini hari maka Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota. Maka Jawa pun

masuklah….Dengan takdir Allah Ta’ala rumah Sang Rajuna Tapa dua laki

isteri menjadi batu. Itulah yang ada sekarang di parit Singa Pura itu.14

Petikan tersebut menunjukkan kesan yang ditimpa Sang Rajuna Tapa kerana telah

membelot dan mengingkari Sultan Iskandar Syah.

Seterusnya Sejarah Melayu sebagai dokumen politik dapat dilihat melalui

penceritaan kesetiaan rakyat kepada raja. Hal ini dapat dilihat melalui

termeterainya perjanjian wa’ad. Perjanjian yang dibuat diantara Seri Teri Buana

dengan Demang Lebar Daun yang mewakili raja dengan rakyat. Perjanjian ini

adalah sebagai landasan kepada kekuasaan politik raja dan dalam keadaan apa

sekali pun rakyat mesti mematuhi raja. Petikan dibawah mengambarkan

perjanjian yang dilakukan diantara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.

…Maka sembah Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu, tuanku?”

Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu

bapa jagan durhaka, dan anak cucu hamba, jikalau ia zalim dan jahat

pekertinya sekalipun.” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah, kabullah

hamba akan wa’ad itu.”…15

Perjanjian ini bercipta apabila Seri Teri Buana meemohon hendak

memperisterikan anak Demang Lebar Daun. Bagi memastikan anaknya tidak

teraniaya, Demang Lebar Daun menuntut supaya mereka membuat perjanjian.

Penjanjiaan ini menunjukkan bahawa raja memiliki kuasa mutlak keatas rakyat

14
Muhammad Haji Salleh, Sulalat al-Salatin ya'ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu) (Kuala
Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), hlm. 49.
15
Ibid. hlm. 24.

5
mereka dan tidak boleh dipersoalkannya. Kekuasaan sultan menjadi semakin

kukuh melalui perjanjian ini.

Dalam Sejarah Melayu unsur mitos sebagai dakyah banyak digunakan

untuk meningkatkan taat setia rakyat kepada raja. Hal ini untuk mengagungkan

seseorang raja tersebut. Dalam mitos Sejarah Melayu tersebut terdapat banyak

cerita-cerita aneh yang ditulis dalam Sulalatus Salatin, cerita tersebut adalah

semata-mata untuk menampakkan seseorang raja itu kuat dan berkuasa supaya

rakyat taat kepada raja mereka. Misalnya, kisah tentang Raja Iskandar

Dzulkarnain, yang dberikan konsep ‘bayangan Tuhan di dunia’. Ketika Raja

Iskandar mengahwini puteri Raja Kida Hindi iaitu Puteri Shahru’l-Bariyah,

upacara akad nikah bukan dilangsungkan oleh kadi, tetapi oleh Nabi Allah Khidir

dan dikatakan raja Melaka adalah keturunan daripadanya.16 Semua ini adalah

untuk mitos asal usul untuk mengambarkan bahawa raja itu orang yang luar biasa,

agung dan berdaulat terutama dari segi keturunan. Walaubagaimanapun, bukan

semua mitos digunakan untuk mengagungkan raja tetapi tedapat juga mitos yang

digunakan untuk mengkritik raja. Penulis tidak akan mengkritik raja dengan cara

terbuka atau terus-terang, maka penulis telah mengunakan mitos untuk

menyampaikan kritikan mereka. Misalnya cerita ‘Puteri Gunung Ledang’

menunjukkan kezaliman raja yang cuba untuk memuaskan kehendak hatinya

tanpa menghiraukan kebajikan rakyat. Hanya bila kepentingan keluarga terjejas

iaitu Puteri berkehendakkan darah anak raja semangkuk barulah raja berhenti

meneruskan cita-citanya. Cerita ‘ Singapura Dilanggar Todak’ pula merupakan

16
Muhammad Yusoff Hashim & Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Petaling Jaya, Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd. ,1994), hlm. 16.

6
kritikan yang ditujukkan kepada raja kerana tidak mengenang budi dan gagal

menghargai jasa orang lain.17 Kedua-dua cerita tersebut digunakan secara tidak

langsung untuk mengkritik raja yang telah menyalahgunakan kuasa dan

kedudukan mereka.

Selain itu, Sejarah Melayu sebagai dokumen politik kerana dalam Sejarah

Melayu juga terdapat kisah mengenai kerajaan Melaka yang menjalinkan

hubungan dengan kerajaan lain. Hal ini dapat dilihat melalui kisah raja Cina yang

ingin memenantukan raja Melaka dengan menikahkan anaknya dengan raja

Melaka.

…Maka raja Cina pun fikir dalam hatinya,”Baik raja Melaka itu aku ambil

akan menantu kerana ia raja besar, supaya ia berkirim sembah kepada aku.”

Maka titah raja China pada Tun Perpatih Putih,”suruhkan anakku raja Melaka

menghadap aku ke mari, supaya aku dudukkan dengan anakku Puteri Hang

Liu.” Maka sembah Tun Perpatih Putih, “Tuanku, akan paduka anakanda raja

Melaka tiada dapat meninggalkan negeri Melaka, kerana ada pemusuhan.

Jikaulau tuanku hendak menganugerahka paduka anakanda raja Melaka,

biarlah patik bawa ke Melaka…Maka Puteri Hang Liu dengan segala anak

menteri China lelaki dan perempuan sekalipun, semuanya di-Islamkan

bagindalah. Setelah itu maka Sultan Mansur Syah pun kahwinlah dengan anak

raja China, Puteri Hang Liu itu.18

17
Ibid.
18
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,
hlm. 122-125.

7
Setelah di Islamkan Puteri Hang Liu tersebut, raja Melaka pun berkahwinlah

dengan Puteri Hang Liu. Setelah itu maka terjalinlah hubungan yang lebih erat

antara dua kerajaan tersebut. Selain kerajaan China, kerajaan Melaka juga ada

menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain seperti Sulawesi, Siam,

Pasai dan Haru. Kebanyakkan hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan lain

terjalin adalah melalui perkahwinan, peperangan, perdagangan dan ekonomi.

Petikan dibawah pula menunjukkan bagaimana Melaka dapat menjalinkan

hubungan dengan Siak.

Kata yang empunya cereta ini, negeri Siak itu dahulu kala negeri besar, dan

yang pertama kerajaan di dalam negeri itu Maharaja Parameswara, raja itulah

daripada salasilah Sang Sipurba, turun dari Bukit Siguntang. Maka dititah oleh

oleh Sultan Mansur Syah, Raja Melaka, orang pergi menyerang negeri Siak itu,

kerana raja negeri itu tiada mahu takluk kepadanya. Maka negeri Siak itu pun

didatangi oranglah, lalu dialahkan mereka itu, dan Maharaja Parasmeswara itu

pun mati di dalam peperangan. Maka anak raja Parameswara yang bernama

Megat Kuda itu pun tertawanlah, lalu dibawa mereka itu kembali ke Melaka.

Hatta, maka Megat Kuda itu pun dihormat oleh Sultan Mansur Syah, lalu

diambil baginda akan menantu. Setelah itu, maka dirajakan baginda di negeri

Siak, bergelar Sultan Ibrahim.19

Petikan diatas mengambarkan Melaka menjalinkan hubungan dengan kerajaan

Siak melalui peperangan dan perkahwinan.

19
A.Samad Ahmad, Serangkai Warisan Sejarah (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1989), hlm.
14.

8
Disamping itu, Sejarah Melayu juga banyak menceritakan mengenai

hubungan taat setia antara raja dengan rakyat. Dalam Sejarah Melayu terdapat

banyak kisah mengenai kesetiaan rakyat kepada raja. Dalam banyak-banyak

kisah, kisah Hang Tuah yang paling banyak diceritakan. Hal ini demikian dapat

dilihat dalam karya Hikayat Hang Tuah. Dalam karya tersebut menyatakan

bahawa Tuahlah jaguh kesetiaan mutlak itu.20 Hang Tuah sangat setia akan

sultannya. Hal ini dapat dilihat daripada petikan tersebut:

Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke

pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu.

Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu

seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera

terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka

diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu naik maka Hang Tuah pun naik; tubuh

dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi

mandi berlangir, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda baginda

sudah naik itu, maka terlalu sukacita baginda; beberapa puji baginda akan

Hang Tuah, serta dianugerahi persalinan dengan sepertinya.21

Berdasarkan petikan tersebut dapat dilihat Hang Tuah adalah seorang yang sangat

setia kepada sultannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk sultannya.

Walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya di dalam telaga tahi sekalipun demi

20
Kasim Ahmad, Hikayat Hang Tuah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966)
21
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1979), hlm. 122.

9
memenuhi kehendak tuannya. Tuah juga kononnya menyambut hukuman bunuh

melulu oleh Sultan dengan penuh rela juga mengambarkan seorang yang taat pada

perintah dan arahan sultan.22 Hal ini jelaslah bahawa Hang Tuah sangat setia

kepada rajanya.

Sejarah Melayu sesungguhnya adalah sebuah dokumen politik kerana

memuatkan satu bentuk pemikiran politik seperti yang dikehendaki oleh golongan

istana. Sejarah Melayu dihasilkan oleh golongan istana untuk mengagung-

agungkan golongan tersebut demi kepentingan golongan itu sendiri. Ia adalah satu

rancangan golongan yang berkuasa untuk memutlakkan kuasa yang diwarisi.

Pandangan rakyat, keadaan rakyat dan sikap sebenar rakyat tidak diberi tempat

didalamnya. Segala bentuk nasihat, pengajaran dan penyertaan sikap, yang

kononnya rakyat, rata-ratanya dari golongan pemerintah juga.23

Dalam Sejarah Melayu juga terdapat kisah-kisah yang berkaitan dengan

pembesar. Tugas-tugas pembesar ialah menjalankan perintah raja. Pembesar-

pembesar terpenting terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Penghulu

Bendahari, Laksamana, hulubalang-hulubalang dan menteri-menteri yang lain.

Pembesar juga pemangku pemerintahan negeri sekirannya raja pergi keluar negeri

ataupun pengganti raja kepada raja yang masih kecil. Memangku negeri biasanya

dipegang oleh Bendahara. Misalnya, di Johor waktu Sultan Abdul Jalil Syah

menggantikan Sultan Muzaffar, baginda masih kanak-kanak lagi, Bendahara telah

bertindak sebagai pemangku raja. Kanak-kanak tersebut diletakkan di atas

22
Muhammad Yusoff Hashim & Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Petaling Jaya, Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd., 1994), hlm. 147.
23
Abdul Rahman Hj. Ismail, “sejarah Melayu: antara sejarah dan dakyah.” Kajian Malaysia. Jil. III Bil. 2
(Dis. 1985):hlm. 25-35.

10
pangkuannya sewaktu berada di balairong dihadapan orang, seolah-olah

Bendahara yang menjadi raja. 24

Maka oleh Bendehara dengan segala orang besar-besar, Raja Abdul Jalillah

dirajakan seperti wasiat Sultan Muzaffar itu, dipangku oleh Bendehara.25

Penyataan tersebut adalah sebagai bukti Bendahara telah memangku Raja Abdul

Jalil dan menjadi pemangku pemerintahan semasa raja kecil.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Sejarah Melayu sememangnya boleh dikatakan sebuah dokumen

politik. Walaupun Sejarah Melayu atau dikenali sebagai Sulalatus Salatin

mengandungi unsur mitos, tetapi ia hanyalah bertujuan untuk mengangkat martabat

dan kedudukan seseorang raja di mata rakyat. Lagi-lagi hal ini dapat dilihat Sejarah

Melayu yang bersifat dakyah dan berat sebelah iaitu untuk menyukakan golongan

istana. Sejarah Melayu banyak menceritakan tentang kesetiaan rakyat terhadap raja

untuk menanam taat setia rakyat kepada raja. Sekiranya tiada kesetiaan rakyat kepada

raja, maka bukanlah sesiapa dan tidak mempunyai apa-apa kerana raja sememangnya

bergantung kepada rakyat. Sejarah Melayu adalah satu-satunya tinggalan sejarah yang

amat penting kepada bangsa Melayu dan Tanah Melayu, lebih-lebih lagi tidak ada

dokumen asli lain yang lebih baik daripadanya untuk tempoh waktu sama ini.

24
Muhammad Yusoff Hashim & Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Petaling Jaya, Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd., 1994), hlm. 139.

25
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1979), hlm. 290.

11
5.0 RUJUKAN

A.Samad Ahmad, Serangkai Warisan Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1989.
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1979.
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
Kasim Ahmad, Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.
Haron Daud, Sejarah Melayu (Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
Emeis, Marinus Gerardus, Bunga Rampai Melayu Kuno . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1969.
Abdul Rahman Hj. Ismail, “sejarah Melayu: antara sejarah dan dakyah.” Kajian
Malaysia. Jil. III Bil. 2 (Dis. 1985):hlm. 25-35.
Umar Junus, Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1984.
M.Rajantheran, Sejarah Melayu Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.
Muhammad Yusoff Hashim & Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu. Petaling Jaya,
Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. , 1994.
Muhammad Haji Salleh, Sulalat al-Salatin ya'ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah
Melayu). Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1972.

12

Anda mungkin juga menyukai