Anda di halaman 1dari 15

HST 427

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


SKRIP JAWAPAN / ANSWER SCRIPT
Kod Kursus : HST 427
Tajuk Kursus : Isu-Isu Dalam Sejarah Awal Asia Tenggara
Angka Giliran : 76278
No. K/P : 940930035926
No. Matrik : 149956
Emel & H/P : aimisyazwaniramlee@gmail.com/ 013-7264641
Tarikh : 14 Februari 2022 (Isnin)
Masa : 9:00 Pagi

ARAHAN KEPADA CALON/ INSTRUCTIONS TO


CANDIDATE Nombor Untuk Kegunaan
Soalan Pemeriksa Sahaja
1. Isikan ruang kosong di atas sebelum memulakan For Examiner’s Use
Question
jawapan. Only
Before answering the questions, complete the blank Number
spaces above. Markah / Marks
2. Tuliskan nombor soalan di bahagian atas setiap 6
helaian dan sebelah ruangan (Nombor Soalan) 2
Write the question number on the top of every sheet
and column beside (Question Number). 1

3. Had jawapan bagi setiap soalan ditetapkan 5


maksimum EMPAT (4) halaman sahaja atau
maksimum 16 halaman untuk keseluruhan skrip
jawapan.
The limit of answer is maximum FOUR (4) pages for
each question or 16 pages for the whole answer
script.

4. Sila hantar skrip jawapan ini sebelum 9:00 Pagi


Selasa 15 Februari 2022.
Please do submit this answer script before 9:00 AM
Tuesday 15 February 2022.

5. Hantar skrip jawapan ini dengan memuat naik di


eLearn HST427.
Please do submit your answer script by uploading it
to eLearn HST427.

6. Jika tidak dapat mengakses eLearn HST427, sila JUMLAH


e-mel skrip jawapan anda ke alamat e-mel ini: Total
naza@usm.my
If facing any trouble to access eLearn HST427,
please email your answer script to naza@usm.my

1
No. Soalan: 6 (76278)
HST 427

Kestabilan dan Kejatuhan Kerajaan Angkor


Empayar masyarakat Khmer, yang turut dikenali sebagai Kerajaan Angkor
merupakan salah satu kerajaan yang terkenal dan agung dalam sejarah Asia
Tenggara. Kegemilangan kerajaan Angkor dapat dibuktikan melalui beberapa hasil
tinggalan sejarah dan salah satunya, yang paling dikenali adalah Angkor Wat, iaitu
sebuah kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II dan menjadi bangunan
keagamaan yang paling besar di dunia serta salah satu binaan tunggal yang
terbesar di Asia Tenggara. Menurut kepercayaan agama Hindu, kuil ini yang terletak
di Gunung Meru adalah pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi
Hindu, membuktikan bahawa pengaruh agama Hindu sangat kuat pada ketika itu.
Jika dikaji dari sudut sejarah, kegemilangan kerajaan Angkor dapat dikaitkan dengan
pegangan dan pengamalan agama raja-rajanya, kerana konsep devaraja, atau raja
sebagai mandat tuhan diamalkan. Konsep ini memainkan peranan penting dalam
kestabilan kerajaan, berikutan rakyat Khmer ketika itu memberikan sumpah setia
mereka yang sepenuhnya kepada raja-raja seiring dengan kepercayaan mereka
dalam agama Hindu. Namun, perkara ini bukanlah satu-satunya faktor yang
mendorong kepada kestabilan kerajaan Angkor. Selain konsep devaraja, dan
pengamalan agama oleh pemerintah-pemerintah Angkor, terdapat beberapa faktor
lain seperti kecekapan pemerintah, kemajuan ekonomi padi dan keberhasilan
struktur sosial yang mempengaruhi kestabilan kerajaan ini. Walau bagaimanapun,
pengamalan agama oleh raja-raja Angkor tersebut tidak hanya mempengaruhi
kestabilannya, malah turut memberi impak kepada kemunduran dan kejatuhan
kerajaan ini.
Konsep devaraja iaitu raja dianggap sebagai dewa atau Tuhan di bumi dan
menurut kepercayaan Hindu, sebagaimana pengganut harus mentaati dan
menyanjung Tuhan mereka, maka begitu juga mereka harus mentaati dan menuruti
pemerintah ketika itu. Malah, menurut konsep ini, raja-raja turut dimuliakan dan
dipuja kerana mereka sebenarnya menjadi perantara di antara bumi dan dewa-
dewa. Ekonomi pertanian yang merupakan sektor utama kerajaan Angkor dilihat
bergantung sepenuhnya pada keberhasilan hubungan di antara raja-raja dan dewa-
dewa kerana menurut kepercayaan ini, jika raja mempunyai hubungan yang baik
dengan dewa, ia akan meningkatkan hasil pertanian dan tanah akan menjadi subur,
serta sebaliknya. Demi kelangsungan hidup, rakyat Khmer telah memberikan

2
HST 427

No. Soalan: 6 (76278)


kesetiaan sepenuhnya terhadap raja-raja Angkor dan taat setia ini ternyata
mengukuhkan posisi raja sebagai peneraju utama kerajaan. Mereka sentiasa
bersiap siaga untuk melakukan apa sahaja yang diperintah kerana beranggapan
bahawa raja-raja mempunyai daulat dan seandainya ingkar, musibah akan berlaku.
Hasilnya, semasa pemerintahan Raja Indravarman I, rakyat diperintah untuk
membina empangan di Harihalaya demi tujuan pertanian dan pembinaan ini
mewujudkan mitos Tuhan Mahameru di kalangan rakyat. Contoh seterusnya adalah
kewujudan Angkor Wat, yang dibina semasa era pemerintahan Raja Suryavarman II,
di mana kedudukan binaan agung ini di Gunung Meru dilihat sebagai pusat dunia
dan tempat dewa-dewi serta sesuai menjadi pusat pentadbiran kerana kedudukan
raja yang dianggap setaraf dengan dewa-dewi tersebut.
Di samping itu, faktor lain yang mempengaruhi kestabilan kerajaan Angkor
adalah kecekapan dan kredibiliti raja-raja itu sendiri. Perkara ini dapat dibuktikan
melalui kegemilangan empayar Khmer terutama ketika berada di bawah
pemerintahan Raja Jayavarman I, Raja Yasovarman I dan Raja Suryavarman II.
Sebagai pengasas kerajaan Angkor, Raja Jayavarman I mempunyai pengalaman
untuk memerintah, mengembangkan dan memajukan kerajaan kerana beliau pernah
tinggal di Jawa. Beliau jugalah yang memperkenalkan konsep devaraja dan
mempraktikkannya, selain bijak memilih lokasi yang strategik untuk mendirikan
kerajaan. Seterusnya, ketika Raja Yasovarman I memerintah, beliau menjadi
peneraju utama dalam membina sistem pengairan yang hebat untuk memajukan
sektor pertanian. Sebuah tasik buatan terbesar di kawasan timur Yasodhapura
dibina dan telah memudahkan aktiviti pertanian, serta menyumbang kepada
kestabilan ekonomi kerajaan. Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah juga
terbukti ketika Raja Suryavarman II menjadi raja kerana menurut catatan sejarah,
beliau dikatakan pemerintah Angkor yang paling berkuasa dan berpengaruh. Antara
jasa dan sumbangan beliau dalam menstabilkan kerajaan adalah; menjalankan
hubungan diplomatik dengan China, yang merupakan salah sebuah kuasa besar
dan berjaya melindungi empayar Khmer dari diserang musuh Angkor iaitu kerajaan
Ayuthia dan pembinaan Angkor Wat, yang masih menjadi simbol kegemilangan
kerajaan Angkor sehingga ke hari ini.

3
HST 427

No. Soalan: 6 (76278)


Dalam pada itu, kemajuan ekonomi padi adalah faktor lain yang sinonim
dengan kegemilangan dan kestabilan kerajaan Angkor. Pembinaan sistem
pengairan yang menakjubkan dapat dilihat melalui kewujudan Tasik Tonle Sap,
penciptaan baray atau kolam besar yang mampu menampung isi padu air yang
banyak, pembinaan empangan atau reseau hydraulique yang mampu mengatasi
masalah banjir dan juga sistem tali air yang berguna untuk melindungi hasil tanaman
ketika musim tengkujuh. Dengan adanya sistem pengairan dan kemudahan seperti
ini, rakyat Khmer memperoleh peluang yang banyak untuk mengusahakan tanaman
padi dan menyumbang kepada kerajaan dari sudut ekonomi.
Beralih kepada faktor struktur sosial, beberapa sistem yang ditubuhkan dan
dilaksanakan membantu untuk meluaskan jajahan takhluk dan mengukuhkan
hubungan di antara kerajaan pusat dengan wilayah-wilayah yang ditawan.
Contohnya, sistem status quo yang memudahkan rakyat baru Khmer untuk menjadi
sebagaian daripada kerajaan Angkor tanpa perlu berpindah randah secara besar-
besaran. Malahan, jawatan-jawatan khas turut diperkenalkan untuk memudahkan
pemerintahan seperti khlon visaya (ketua wilayah) dan khlon tamrvac visaya
(inspektor diraja). Pegawai-pegawai tersebut yang ditugaskan untuk menjadi mata
dan telinga kerajaan pusat secara automatiknya mengukuhkan sistem organisasi
kerajaan Angkor.
Meskipun begitu, konsep devaraja yang dinyatakan dalam isi sebelumnya
tidak hanya mempengaruhi kestabilan kerajaan Angkor, malah turut memberi kesan
sebaliknya, iaitu kejatuhan dan kemundurannya. Hal ini kerana, ketika Raja
Jayavarman VII memerintah, berlaku peralihan agama dan pegangan iaitu dari
agama Hindu ke Buddha. Agama Buddha, yang banyak menekankan isu
kesamaratan telah menyebabkan pengaruh agama Hindu dalam kalangan rakyat
Khmer semakin terhakis. Perkara tersebut menimbulkan pergolakan di antara
pemerintah dengan golongan rakyat yang bangkit menentang dan memberontak
ketaksuban raja-raja membina monumen-monumen yang menelan belanja dan
tenaga dalam jumlah yang sangat besar. Rakyat Khmer yang terbeban dengan hal
tersebut hilang kepercayaan terhadap raja-raja dan konflik ini menjejaskan sektor
utama mereka iaitu ekonomi padi dan pertanian.

4
HST 427

No. Soalan: 6 (76278)


Doktrin agama Buddha telah menghapuskan konsep devaraja dalam agama Hindu
dan menyebabkan kerajaan Angkor tumbang dan gagal.
Selain pegangan agama raja-rajanya, faktor geografi seperti perubahan
bentuk muka bumi kerana berlakunya gempa bumi, banjir yang dasyat dan
perubahan cuaca yang tidak menentu turut menyumbang kepada kemunduran
kerajaan Angkor. Hal ini jelas kerana kehidupan rakyat Khmer terjejas ekoran
perubahan drastik yang berlaku serta menjadi punca mereka tidak dapat
menjalankan aktiviti pertanian dengan sempurna lagi kerana sistem pengairan dan
empangan mengalami kerosakan yang teruk dan sedikit demi sedikit memusnahkan
tanaman padi.
Kesimpulannya, pegangan dan amalan raja-raja sememangnya
mempengaruhi kestabilan kerajaan Angkor, terutama melalui perlaksanaan konsep
devaraja. Namun, ia bukanlah satu-satunya faktor penyumbang kerana beberapa
faktor lain seperti kecekapan dan kredibiliti pemerintah itu sendiri, kemajuan
ekonomi padi dan keberhasilan struktur sosial turut harus diambil kira. Walau
bagaimanapun, agama dan kepercayaan raja-raja juga dilihat menjadi punca
kejatuhan dan kemunduran kerajaan ini. Terutama sekali ketika berlakunya
peralihan pegangan ataupun amalan dari Hindu ke Buddha oleh raja yang berjaya
menghakis pengaruh institusi raja serta menyebabkan rakyat Khmer bangkit
memberontak untuk hak kesamarataan. Akhir sekali, kerajaan Angkor juga menemui
pengakhiran dalam kegemilangannya kerana perubahan drastik muka bumi, yang
menjejaskan sistem ekonomi padi, pembinaan dan penciptaan hebat dalam sektor
pengairan dan pertaniannya.

5
HST 427

Nombor Soalan: 2 (76278)

Kesan Indianisasi di Tanah Melayu dari Segi Politik, Agama dan Ilmu
Pengetahuan

Menurut Coedes, Indianisasi adalah perkembangan kebudayaan secara terancang


yang diasaskan menurut konsep diraja India dan menepati kriteria-kriteria melalaui
kultus Hindu ataupun Buddha, mitologi Puranas serta fokus ke atas Dharmasasta
dan memunculkan dirinya ke dalam bahasa Sanskirt. Definisi Indianisasi turut
dijelaskan sebagai satu bentuk akulturasi budaya antara kebudayaan tempatan dan
kebudayaan India dengan peranan ‘local genius’ sebagai asas kepada pembentukan
kebudayaan tersebut. Di Semenanjung Tanah Melayu, Indianisasi dikira bermula
pada awal kurun Masihi, ketika para pengembara dan pedagang dari India sampai di
kawasan Asia Tenggara untuk tujuan perdagangan. Proses Indianisasi ataupun
penyebaran kebudayaan India sebenarnya tidak berlaku pada ukuran dan jangkaan
yang sama dalam beberapa kawasan atau kerajaan di Asia Tenggara.
Perkembangannya, yang dapat dibuktikan melalui penemuan monumen, arca dan
prasasti tidak dapat disamakan dengan penemuan di Semenanjung Tanah Melayu.
Hal ini kerana, sehingga kini masih belum ditemui sebarang bentuk penemuan
arkeologi yang jelas dan dapat dikaitkan secara langsung mengenai penyerapan
budaya India meskipun telah banyak kajian eskavasi dan penyelidikan arkeologi
dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat satu kawasan di Kedah Tua, yang
dikenali sebagai Lembah Bujang yang dapat dihubungkan dengan pengaruh India.
Penemuan-penemuan di kawasan tersebut tidak mempunyai bukti kukuh yang
melihatkan perkembangan kebudayaan Kedah Tua dan hanya memberi gambaran
mengenai kepentingan pelabuhan ketika itu. Ternyata, di Semenanjung Tanah
Melayu tidak menampakkan sebarang bukti tradisi Hindu- Buddha. Maka, menurut
kajian yang dijalankan beberapa ahli sejarawan dan sarjana, kenyataan ‘Tanah
Melayu terkesan secara sepenuhnya oleh Indianisasi’ bukanlah hujah menyeluruh
yang dapat memperlihatkan proses ini memberi pengaruh pada masyarakat di
Tanah Melayu, terutama dari sudut politik, agama dan juga ilmu pengetahuan.
Beberapa ciri harus diambil kira yang menunjukkan kesan kebudayaan India atau

6
HST 427

Nombor Soalan: 2 (76278)


Indianisasi berlaku iaitu ‘local genius’, agama, tulisan, keseniaan dan kalendar tahun
saka, khususnya di Tanah Melayu.
Istilah ‘local genius’ bermaksud pengetahuan dan kepakaran yang wujud
dalam sesuatu masyarakat yang mengalami proses Indianisasi. Ia juga bererti
kebanyakan masyarakat setempat untuk menerima, memilih, mengubahsuai dan
menyerap entiti kebudayaan India melalui proses akulturasi yang sebenarnya tidak
berlaku secara en bloc. Hal ini kerana kebudayaan asas penduduk tempatan
dijadikan tumpuan dalam proses Indianisasi dan hanya bertujuan untuk meluaskan
dan memanfaatkan kebudayaan mereka. Di Tanah Melayu, melalui ‘local genius’ ini,
tiada sebarang penemuan arkeologi yang boleh menyokong hujah bahawa berlaku
penyerapan budaya India. Misalnya, penemuan candi-candi di tapak Lembah Bujang
tidak menunjukkan sebarang sentuhan tempatan dan seni binanya, melalui struktur
adalah bentuk yang sama seperti kuil di India. Arca yang ditemui, berkaitan dengan
candi tersebut turut tidak melihatkan sentuhan ‘local genius’ berdasarkan saiznya
yang kecil dan hanya mempunyai unsur-unsur kesenian India.
Seterusnya, pengamalan agama dan kepercayaan Hindu-Buddha di Tanah
Melayu tidak dapat dibuktikan kerana jumlah prasasti, khususnya di sekitar Lembah
Bujang yang ditemui hanyalah bersaiz kecil dan mengandungi mantera-mantera.
Penemuan candi-candi dan arca-arca yang kecil ini menunjukkan bahawa ianya
bersifat sementara dan tidak berkait rapat dengan proses Indianisasi. Sebaliknya,
penemuan tersebut membuktikan bahawa Kedah Tua mempunyai pelabuhan
enterpot yang menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari India.
Di samping itu, prasasti ataupun tulisan yang dipahat tidak banyak
memperlihatkan kegunaan bahasa Sanskrit ataupun adaptasi tulisan India. Malahan,
kerajaan-kerajaan lama yang wujud ketika itu seperti Tan-Tan, Lo-Yueh, Fo Lo-An
dan juga Ko-Lo, tidak sedikitpun mempunyai bukti yang dapat menunjukkan
pengaruh India yang jelas dan nyata. Berlanjutan ke sudut kesenian, penemuan-
penemuan di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu penempatan terawal di Lembah
Bujang hanya menunjukkan hasil monumen Hindu-Buddha, ekoran Kedah Tua yang
terkenal sebagai pelabuhan enterpot.

7
HST 427

Nombor Soalan: 2 (76278)


Jika dilihat secara rawak, Lembah Bujang dikira merupakan lokasi yang dapat
dikaitkan secara langsung dengan pengamalan agama Hindu-Buddha berdasarkan
kepada penemuan prasasti, serpihan seramik, arca dan monumen yang dikesan
dalam besaiz kecil serta bertaburan di kawasan persisiran pantai, Sungai Mas dan
juga Pengkalan Lembah Bujang. Bagaimanapun, pernyataan berkaitan penemuan-
penemuan tersebut yang boleh dijadikan bukti kukuh sebagai kesan Indianisasi di
Tanah Melayu tidak diperakui oleh beberapa sejarawan dan sarjana kerana ianya
masih boleh dipersoalkan dari sudut akademik, berikutan belum dijumpai bukti untuk
menyokong kenyataan bahawa Tanah Melayu mengalami proses Indianisasi. Malah,
penemuan-penemuan itu tidak melambangkan kesenian dan kebudayaan penduduk
tempatan. Dalam erti kata lain, kalendar tahun saka yang dikaitkan dengan
kebudayaan India juga tidak ditemui dan tiada sebarang rekod atau catatan sejarah
yang menunjukkan Tanah Melayu pernah menggunakannya.
Tuntasnya, kesan Indianisasi berlaku secara berbeza-beza mengikut asimilasi
yag dilakukan oleh penduduk tempatan mengikut suatu tempat. Dalam konteks
Tanah Melayu, ia ternyata bahawa hampir tiada ciri-ciri proses Indianisasi berlaku,
menurut apa yang disyaratkan oleh Coedes. Sekalipun mungkin ada masyarakat
yang terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha, namun untuk agama-agama ini
diasimilasi agar dianuti dan diikuti oleh seluruh masyarakat Tanah Melayu ketika itu
agak mustahil.

8
HST 427

Nombor Soalan: 1 (76278)

Difusi Budaya Semasa Zaman Hoabinh di Kompleks Selat Melaka

Kebudayaan Hoabinh adalah merujuk kepada kebudayaan yang dikenal pasti dan
ditemui di kawasan Hoa Binh di Indo-China. Corak kebudayaanya dilihat melalui
bentuk alat batu pebel yang unik dan digunakan secara meluas di kawasan tanah
besar Asia Tenggara iaitu dari Selatan China, Taiwan, Laos, Vietnam, Thailand,
Burma dan termasuk Semenanjung Malaysia serta timur laut Sumatera. Antara
kriteria dominan dalam kebudayaan Hoabinh adalah bentuk alat batu pebel sebesar
genggam tangan yang direpeh pada sebahagian atau keseluruhan satu permukaan
batu atau kedua-duanya, serta memiliki bentuk yang pelbagai. Kebudayaan
Hoabinh, menurut Prof. Ha Van Than dilihat telah wujud sekitar 12-18 ribu tahun
yang lampau.
Gelaran atau nama Hoabinh diambil bersempena nama wilayah Hoa-bin di
Vietnam Utara, khususnya merujuk pada tempat galian di Teluk Tonkin. Menurut
Gorman, penemuan alat-alat batu paling banyak ditemui dalam penggalian di daerah
Vietnam Utara, iaitu di daerah yang dikenali sebagai Bacson, di kawasan
pergunungan Hoabinh. Ia turut dikenali sebagai Bacson-Hoabinh oleh Madelaine
Colani. Salah satu gua di kawasan tersebut, iaitu gua Xom Trai, alat-alat batu yang
telah diasah tajam ditemukan dan ini membuktikan masyarakat Hoabinh silam
menjalankan aktiviti memburu dan memungut hasil hutan. Berdasarkan kebudayaan
Bacson-Hoabinh ini, wujud tanda-tanda ataupun bukti-bukti bahawa mereka tidak
berpindah randah (nomad) dan memilih untuk menetap atau bermukim di sesuatu
tempat untuk jangka masa yang agak lama.
Perkembangan Hoabinh dikesan melalui tiga peringkat perkembangan iaitu
tahap satu, tahap dua dan tahap tiga. Pada permulaanya, alat batu besar direpeh
secara kasar. Kemudian, wujud alat batu teras ataupun ‘core tool’ yang bersaiz lebih
kecil dan halus buatannya serta ‘ground tool’ atau alat batu asahan. Akhir sekali,
dalam tahap ketiga, terdapat alat batu lebih kecil dan mempunyai kesan repehan

9
HST 427

semula serta kurang alat batu asahan. Selain itu, tinggalan manusia Hoabinh juga
ditemukan di mana posisi lutut dilentur ke bahagian dagu. Menurut kajian eskavasi
Nombor Soalan: 1 (76278)
yang dijalankan di Gua Cha, Kelantan, hasil-hasil penemuan menunjukkan terdapat
upacara ritual dilakukan semasa pengebumian mayat. Kepala mayat diletakkan di
atas batu yang berbentuk bantal dan bahagian badannya ditutupi dengan kepingan
batu ataupun bernama ‘tufa’. Ciri-ciri dan artifak Hoabinh terdiri daripada;
penyerpihan satu sisi atau dua sisi permukaan batu yang mempunyai tepi yang
tajam, alat repeh, timbunan sisa makanan seperti cangkerang, ikan, tulang haiwan,
alat batu unifas, alat batu bifas, kapak tangan, alat giling dan penumbuk, alat tulang
dan juga pengebumian.
Penyebaran kebudayaan Hoabinh dapat dibuktikan di Indonesia, di mana
alat-alat batu dari kebudayaan tersebut ditemui di beberapa daerah iaitu Sumatera,
Jawa, Nusa Tenggara, Kalimantan, Sulawesi sehingga ke Papua. Khususnya di
Sumatera, alat-alat batu tersebut mempunyai jenis yang sama dengan kebudayaan
Hoabinh didapati wujud di Lhokseumawe dan juga Medan. Contoh lain yang dapat
mengaitkan kesamaan kebudayaan Bacson-Hoabinh dengan kebudayaan Indonesia
adalah penemuan kapak pebble dan peninggalan kesan budaya di Bukit Kerang
(kjokkenmoddinger) di wilayah Sumatera.

10
HST 427

Nombor Soalan: 5 (76278)

Kritikan Perihal Sumber dan Perzamanan dalam Sejarah Asia Tenggara

Asia Tenggara dikenali melalui beberapa istilah yang wujud iaitu Indo- Chinese
Peninsula (Tanah Besar Asia Tenggara), Hindia Timur (lebih khas kepada
kepulauan Asia Tenggara), dan Asia Tenggara (Southeast Asia) yang mula
digunakan pada waktu Perang Dunia Ke-II, bertujuan untuk memudahkan rujukan
kawasan dan operasi peperangan. Manakala nama Indo-China pula muncul hasil
kefahaman bahawa kawasan ini terletak di antara benua India dan China. Selain itu,
Asia Tenggara juga dikenali sebagai "India beyond the Ganges" atau "Greater India"
atau "Ultra Ganges", yang membawa maksud kawasan di sebelah (selepas) benua
India dari arah barat (kuasa Barat) serta kawasan yang mempunyai pengaruh India
sebelum penggunaan istilah Asia Tenggara yang kini. Perzamanan sejarah Asia
Tenggara dipengaruhi oleh beberapa unsur, iaitu unsur luar dan unsur dalaman.
Sumber kedua-dua unsur ini selalu menjadi perdebatan di antara sejarawan luar dan
sejarawan tempatan kerana wujud percambahan fakta kajian dan pertembungan
kesefahaman di antara mereka. Pandangan-pandangan mereka dalam aspek
penzamanan sejarah di Asia Tenggara, khususnya yang dipengaruhi unsur luar
adalah kritkal dan bersifat berat sebelah dan dikatakan ditulis mengikut tujuan yang
tertentu. Manakala, pendapat-pendapat yang dipengaruhi unsur dalaman atau
tempatan dilihat lebih realistik dan asli kerana pandangan-pandangan yang
dikemukakan secara keseluruhannya menepati ciri-ciri perzamanan sejarah yang
benar, tanpa menyelitkan sebarang kontroversi atau muslihat.
Penulisan Coedes mengenai sejarah awal Asia Tenggara menunjukkan
bahawa unsur luar menjadi rujukan utama dalam perzamanan kerana pengaruh kuat
India menyebabkan wujudnya peradaban ataupun tamadun di negara-negara Asia
Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos,Kemboja, Thailand
dan juga Filipina. Beliau menghuraikan hujahnya itu dengan mengatakan pengaruh
agama Hindu yang berkembang di kawasan Asia Tenggara menyebabkan sesuatu
kerajaan ataupun empayar yang dibina menjadi maju dan agung. Misalnya, kerajaan

11
HST 427

Funan, Champa dan Angkor yang suatu masa dahulu mencapai kegemilangan
kerana pengaruh agama Hindu dan corak pemerintahan yang seakan menerima
Nombor Soalan: 5 (76278)
proses Indianisasi. Ini membuktikan bahawa Coedes menjadikan unsur luar dari
India untuk dijadikan kayu ukur ataupun penanda aras mengenai permulaan sejarah
sesuatu kawasan di Asia Tenggara.
Selain pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu, perzamanan sejarah
yang dipengaruhi unsur luar dapat dilihat melalui penulisan zaman Pra-sejarah oleh
John Lubbock. Beliau menekankan pendapat bahawa kawasan Asia Tenggara
bermula selepas zaman Mesolitik dan tidak sebelum zaman itu hanya kerana
berpendapat zaman Mesolitik tidak wujud di mana-mana kawasan di Asia Tenggara.
Istilah Hoabinh yang dikenali sebagai unsur tempatan dilihat tidak bertamadun dan
mundur dari peradaban manusia di kawasan lain serta penemuan sumber
kebudayaan tempatan di Gua Cha, Kelantan dikatakan tidak setaraf dan ketinggalan
zaman, berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan luar Asia Tenggara, seperti
India dan China yang telah mempunyai kebudayaan yang maju dan berkembang
pesat ketika zaman itu. Malah, dalam penulisan Peter Bellwood, beliau membuat
kajian dan mengemukakan pendapatnya bahawa penduduk asal Malaysia
sebenarnya terbahagi kepada empat kumpulan iaitu; Orang Asli Utara/Negrito
(Semang), kumpulan Asli Tengah dan Selatan (Senoi), orang-orang
Malayic/Mongoloid dan orang-orang Melayu/Mongoloid Selatan. Kumpulan-
kumpulan ini, menurut beliau berasal dari luar Semenanjung Malaysia dan berpindah
secara berperingkat, dan tidak mendiami kawasan tersebut pada asalnya. Jelas
sekali, penulisan dan kajian Peter Bellwood ini dipengaruhi oleh teori migrasi dari
barat yang membawa ideologi kolonialisme dan berbentuk ideologikal. Hasilnya,
perspektif yang diserap dari sejarawan-sejarawan barat ini mendorong kepada
kenyataan bahawa orang Melayu sebagai pendatang di Semenanjung Tanah
Melayu dek kerana gelombang-gelombang migrasi seperti yang diajukan mereka.
Histografi tempatan, menurut mereka tidak cukup kukuh untuk dijadikan panduan
dalam persejarahan maka unsur-unsur luar yang dipraktikkan berhasil untuk
menandakan perzamanan sejarah di Asia Tenggara.

12
HST 427

Nombor Soalan: 5 (76278)


Beralih pada unsur tempatan, menurut J.D. Legge, dalam menggariskan
perzamanan sejarah, amat penting untuk mengambil kira unsur-unsur tempatan
yang ditemui. Hal ini kerana, beliau meringkaskan pendapat ini melalui kenyataan
‘pensejarahan Asia Tenggara perlulah dilihat dari sudut dalaman atau tempatan dan
bukannya dari sudut luaran yang dipengaruhi oleh sejarah kolonial dalam
membabadkan zaman di Asia Tenggara’. Kebudayaan luar yang menjadi rujukan
dalam perzamanan sejarah dilihat tidak relevan dan sesuai untuk diaplikasikan
dalam hal ini. Contohnya, pendapat Coedes yang menyatakan kebudayaan Hindu
banyak mempengaruhi budaya tempatan di Asia Tenggara ekoran ramai
pengembara dan pedagang dari India singgah di beberapa pelabuhan untuk aktiviti
perdagangan tidak cukup untuk membuktikan bahawa pengaruh Hindu menguasai
sepenuhnya penduduk tempatan ketika itu. Hakikatnya, mereka mempunyai
kebudayaan sendiri dan bukanlah menerima sepenuhnya kebudayaan, kesenian
dan juga pengaruh agama Hindu yang dibawa oleh pedagang-pedagang dari India.
Hujah ini dapat dibuktikan dengan tinggalan dan penemuan di tapak Lembah Bujang
di Kedah Tua, dimana candi-candi, arca-arca dan kuil-kuil yang dibina tidak berskala
besar dan dilihat hanya mempunyai sebahagian dari kejayaan kerajaan itu yang
terkenal sebagai pelabuhan enterpot oleh pedagang-pedagang dari luar. Contoh
seterusnya adalah pendapat oleh sejarawan tempatan yang merungkai sejarah
kebudayaan Hoabinh yang dikatakan tidak setaraf dengan zaman Mesolitik menurut
kaca mata sejarawan barat. Penemuan alat-alat batu yang mempunyai ciri-ciri
zaman Mesolitik di kawasan Utara Annam, Luang Perabang, Siam, Tanah Melayu
dan di daerah Pantai Timur Sumatera dan kajian arkeologi membuktikan wujudnya
masyarakat Hoabinh di Gua Cha, Kelantan menunjukkan bahawa sejarah awal Asia
Tenggara telah bermula sejak 10,000 tahun yang lalu. Sudah pasti, impak kajian
yang dilakukan sejarawan tempatan sangat penting untuk membidas kaedah dan
sumber yang dipengarui unsur luar seperti yang telah dilaksanakan, digambarkan
dan digariskan oleh beberapa sejarawan dalam isu perzamanan sejarah Asia
Tenggara.

13
HST 427

Nombor Soalan: 5 (76278)


Kesimpulannya, ternyata perzamanan sejarah di Asia Tenggara
kebanyakannya dipengaruhi unsur-unsur luar seperti kolonialisme dan penulisan-
penulisan sejarah yang diterbitkan tidak begitu tertumpu kepada nilai-nilai asli
tempatan serta hanya fokus dan berpandukan pada apa yang berlaku di barat dan
beberapa kebudayaan maju yang lain. Usaha beberapa sejarawan dan ahli arkeologi
yang cuba membidas kenyataan-kenyataan berat sebelah yang dikemukakan
berkaitan isu perzamanan sejarah Asia Tenggara wajar dihargai dan dipuji kerana
bertepatan dengan fakta-fakta yang harus diperakui menurut perspektif sejarah,
ketelusan dalam mengkaji dan menyatakan pandangan seharusnya menjadi objektif
utama.

14
HST 427

15

Anda mungkin juga menyukai