Anda di halaman 1dari 25

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2019/2020


HSM 427/4 ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

NAMA PEMBENTANG :
1. CHELLITDA FARHANA BINTI GUNAISH (132089)
2. MUHAMAD IZZANI BIN ROSLAN (132109)
3. CHANTHIRA A/P EH SEE (132210)
4. ATHIRAH BINTI MOHAMAD HASHIM (131721)

NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA DR. NAZARUDIN ZAINUN


SOALAN 3

“KEMAJUAN DAN KEMUNDURAN


KERAJAAN ANGKOR DITENTUKAN OLEH
PENGAMALAN KONSEP DEVARAJA”.
SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU
DENGAN PERNYATAAN DI ATAS?
PERNYATAAN TESIS
SEMEMANGNYA KAMI BERSETUJU BAHAWA
KEMAJUAN DAN KEMUNDURAN KERAJAAN ANGKOR
DITENTUKAN OLEH PENGAMALAN KONSEP
DEVARAJA. NAMUN TERDAPAT JUGA FAKTOR LAIN
YANG MEMPENGARUHI KEMAJUAN DAN
KEMUNDURAN KERAJAAN ANGKOR.
LATAR BELAKANG KERAJAAN ANGKOR

 Angkor adalah nama yang digunakan


untuk merujuk kepada suatu kawasan
di Kemboja yang merupakan pusat
pemerintahan empayar Khmer yang
berkuasa antara abad ke-7 hingga 15
Masihi.
 Pusat pemerintahannya terletak di
pedalaman di utara Tonle Sap.
 Raja Angkor dianggap sebagai Devaraja
yang mempunyai kuasa mutlak.
 Kerajaan ini juga dipengaruhi oleh
agama Hindu dan Buddha.
LATAR BELAKANG KERAJAAN ANGKOR

Jayavarman II merupakan pengasas kepada kerajaan Angkor pada


abad ke-7 Masihi dan berjaya menyatukan wilayah kerajaan pra-
Angkor yang berpecah iaitu Chenla Darat dan Chenla Air.
Jayavarman II juga dinobatkan sebagai Devaraja oleh seorang
pendeta Brahmin.

Mencapai kegemilangan pada awal abad ke-10 dan mulai jatuh ketika
awal abad ke-13 hingga 15.
KONSEP DEVARAJA

Konsep Devaraja adalah sebuah negara jelmaan dari alam dan ibu
negerinya adalah simbol keduniaan bandaraya syurga. Devaraja dipercayai
sebagai wakil dewa yang dihantar untuk memimpin manusia dan
mempunyai kuasa ajaib.

Devaraja juga bermaksud kekuatan yang masuk kedalam diri raja


sehinggakan raja tersebut dianggap terdapat suatu aspek tertentu dari
kewibawaan dewa(Hall, 1986).

Pemusatan kuasa terhadap negara adalah di bawah raja kerana


memiliki kedudukan tertinggi yang dikaitkan dengan dewi-dewi dari
kayangan dan penjelmaan daripada dewa Shiva, Vishnu, serta Brahman.
 Raja juga dianggap sebagai raja Tuhan (Devaraja) dan wakil Tuhan di
bumi (God shadow on earth).
 Pada abad ke-12 pegangan terhadap konsep ini tidak lagi menjadi
keutamaan raja-raja.
 Tradisi agama Hindu telah diputuskan oleh Dharanindravarman II yang
menaiki takhta tahun 1150M kerana beliau merupakan penganut
agama Buddha Mahayana.
 Keadaan ini cuba diperbaiki oleh Jayavarman VIII sekitar 1243M, beliau
dipengaruhi kuat oleh Brahmin dan mengembalikan semula kuasa
Shiva.
 Selepas zaman tersebut, agama Buddha Hinayana lebih diutamakan di
kalangan rakyat.
KONSEP DEVARAJA MEMPENGARUHI
KEMAJUAN KERAJAAN ANGKOR
1. KONSEP MANDAT DARIPADA TUHAN
• Konsep Devaraja memperakui raja sebagai bayangan tuhan atau raja sebagai
tuhan di bumi.
• Konsep ini bermaksud tubuh seseorang raja itu mempunyai nilai ketuhanan
dimana setelah upacara mengangkat seseorang pemerintah itu menjadi devaraja
nilai ketuhanan akan meresap masuk ke dalam jiwa raja tersebut.
• Hiranyadama (pendeta Brahman dari Janapada) telah mengadakan ritual
vinasikha untuk menempatkan Jayawarman II sebagai “tuhan seluruh alam”.
• Ritual ini telah menyebabkan Jayawarman II berjaya membebaskan diri daripada
bergantung kepada kerajaan Jawa.
• Hiranydama telah mengajar Sivakaiwalya cara-cara mengendalikan upacara-
upacara suci.
• Sivakaiwalya dan keluarganya dipilih sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
pengendalian penyembahan Devaraja. Sivakaiwalya  purohita (ketua sami).
2. TAAT SETIA RAKYAT
• Raja adalah berdaulat dan sakti, rakyat Khmer pada waktu itu adalah rakyat yang
sangat mentaati rajanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga
sanggup mengerah tenaga dalam usaha membina Angkor Wat.
• Indrawarman: Baginda telah berusaha untuk memajukan sistem pertanian.
Baginda telah mengerah rakyat membina empangan bagi membentuk tasik-tasik
tiruan yang airnya digunakan untuk pertanian dalam musim kemarau.
• Pada tahun 879 Masihi, Indrawarman memerintahkan dibina sebuah menara
yang diperbuat daripada bata di Preah Ko untuk memperingati keturunannya dan
Jayawarman II dan isteri Jayawarman II disembah sebagai Siva dan Dewi.
• Yasowarman I : memerintah rakyat mendirikan lebih kurang 100 buah asyram di
sekitar wilayah kekuasaannya. Setiap asyram mempunyai rajakuti (pentas raja)
yang khas untuk raja ketika baginda dalam perjalanan.
• Pengaruh Devaraja terhadap rakyat menyebabkan segala perintah raja dituruti
dengan taat setia.
3. KEKUKUHAN KEDUDUKAN RAJA
• Seseorang raja dapat menjalankan pemerintahan kerajaan mengikut acuan
kehendaknya sendiri walaupun bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan
kerana tiada satu institusi yang lebih tinggi yang boleh menghukum kesalahan
raja yang zalim kerana undang-undang terletak pada raja.
• Konsep devaraja ini telah membuatkan raja dilihat kuat dan digeruni.
• Keadaan ini dapat dibuktikan apabila kerajaan Angkor telah berjaya meluaskan
kawasan jajahannya.
• Semakin tinggi kekuasaan yang dimiliki oleh raja itu sebenarnya menunjukkan
semakin banyak beban dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh raja.
• Yasowarman I: wilayah kekuasaan kerajaan Angkor seluas jajahan taklukan Funan
semasa kegemilangannya.
• Suryavarman I perluasan empayar Angkor meliputi negara Dwarawati (orang
Mon) dan negara Tambralingga (orang Melayu). Turut meliputi Lembah Mekong
sampai ke Luang Perabang di Laos.
• Suryavarman II : Baginda berjaya meluaskan kawasan jajahan Angkor sehingga
menjadi sebuah kerajaan yang mempunyai kawasan jajahan yang luas.
KONSEP DEVARAJA MEMPENGARUHI
KEMUNDURAN KERAJAAN ANGKOR
1. HILANG PEGANGAN TERHADAP KONSEP
DEVARAJA
• Kedatangan agama baru telah mengubah haluan di mana berlakunya
penentangan terhadap sistem pemerintahan lama
• Buddhisme Theravada telah diperkenalkan yang berasaskan kepada amalan
bahawa keselamatan dan kesejahteraan seseorang individu itu bergantung
kepada usahanya sendiri.
• Oleh itu,perkara ini telah menyebabkan rakyat tidak lagi mempercayai konsep
Devaraja tersebut yang diperkenalkan dalam agama Hindu.
• Masalah agama merupakan masalah yang ketara dalam empayar Angkor. Hal
ini demikian kerana, golongan pemerintah menganuti agama Hindu manakala
kebanyakan rakyat jelatanya adalah menganuti agama Buddha Mahayana.
• Semasa pemerintahan Suryavarman I, beliau mengamalkan dasar agama
yang bebas di mana agama Hindu dan Buddha dianuti secara meluas.
• pada abad ke-12 pegangan konsep Devaraja tidak lagi menjadi keutamaan
raja-raja Angkor. Tradisi agama Hindu telah dihapuskan oleh
Dharanindravarman II yang menaiki takhta pada 1150 kerana beliau
merupakan penganut agama Buddha Mahayana.
• Keadaan ini pernah cuba dipulihkan oleh Jayavarman VIII sekitar tahun 1243
hingga tahun 1295. Beliau ini sangat dipengaruhi kuat oleh golongan Brahmin
dan ingin mengembalikan semula agama Siva. Beliau ini telah menolak
sepenuhnya agama Buddha. Demi mengekalkan konsep Devaraja dalam
sistem pemerintahan , beliau ini telah menghapuskan patung-patung Buddha
dan membina semula tempat penyembahan agama Hindu.
• Tindakan raja yang sedemikian telah menyebabkan timbulnya masalah tidak
puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan raja tersebut.
• Maka, masalah agama yang berlaku telah menyebabkan sistem
pemerintahan kerajaan Angkor lemah. Perkara ini berlaku kerana pergolakan
hal agama antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
• walaupun berlaku penghapusan agama Budha oleh pemerintah namun
keadaan ini tetap berlaku apabila selepas pemerintahan Jayavarman VIII
agama Buddha Hinaya adalah diutamakan oleh rakyat.
• Dinasti diraja tidak lagi mendapat penghormatan agama dari rakyat untuk
melaksana rancangan besar.
2. PEMBINAAN WAT
• Pembinaan Wat ini adalah simbol kepada kekuatan seseorang raja tersebut.
Semakin banyak pembinaan Wat maka semakin besarlah kekuatan seseorang
raja yang memerintah.
• Namun begitu, pembinaan Wat ini sebenarnya telah memberikan impak
yang negatif kepada pembangunan kerajaan Angkor. Hal ini demikian kerana,
ramai rakyat yang menderita dan dikerah untuk membuat pembinaan Wat
tersebut malahan rakyat juga dikenakan pembayaran cukai yang tinggi bagi
menampung perbelanjaan pembinaan tersebut.
• Rancangan pembinaan oleh Jayavarman VII meliputi banyak lagi bangunan-
bangunan lain selain selain daripada Angkor Thom dan rumah berhala
Bayon. Beribu-ribu kampung telah ditugaskan untuk menjaga rumah berhala
tersebut.
• Pembayaran cukai tersebut telah memberikan tekanan kepada rakyat.
Keadaan ini telah menyebabkan kepada pemberontakan rakyat
terhadap raja dan seterusnya telah membawa kepada kejatuhan
kerajaan Angkor.
• Oleh itu, Konsep Devaraja yang diamalkan ketika pemerintahan
kerajaan Angkor telah menyebabkan rakyat menderita dan ditindas
bagi memenuhi kehendak raja.
FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI
KEMAJUAN DAN KEMUNDURAN
KERAJAAN ANGKOR
KEMAJUAN
1. KECEKAPAN PEMERINTAH KERAJAAN ANGKOR
• Jayavarman II (802-850) berjaya menyatukan wilayah kerajaan pra-Angkor
yang berpecah iaitu Chenla Darat dan Chenla Air dan menjadi pengasas
Kerajaan Angkor.
• Semasa pemerintahan Jayavarman II, baginda telah mengambil seorang
Brahman bernama Sivakaiwalya sebagai penasihatnya dan berjaya
mewujudkan sebuah kuil baru dalam agama Brahminisme (Sivaisme) di Asia
Tenggara, iaitu Devaraja (Raja-Tuhan).
• Baginda juga mendirikan ibu kota seperti Indrapura, Hariharalaya dan
Mahendraparvata.
• Selepas Jayavarman II, Angkor menjadi aman, stabil dan mempunyai jajahan
takluk yang luas dengan penduduk yang ramai dan ekonomi yang baik.
• Setiap pemerintah Kerajaan Angkor mempunyai kejayaannya tersendiri seperti:
• Indravarman I:
- Baginda telah membina empangan bagi membentuk tasik-tasik tiruan yang airnya digunakan
untuk pertanian dalam musim kemarau.
- Pada tahun 879 Masihi, baginda memerintahkan dibina sebuah menara yang diperbuat
daripada bata di Preah Ko untuk memperingati bapa, ibu, datuk neneknya di sebelah ibu dan
Jayavarman II serta isterinya (isteri Jayavarman II).
- Pada tahun 881 Masihi pula Indravarman telah membina sebuah tugu yang besar daripada
batu untuk menempatkan lingga diraja Indreswara.

• Yasovarman I:
-Sebaik sahaja menaiki takhta pada 889 Masihi, baginda telah memerintahkan supaya didirikan
lebih kurang 100 buah asyram (biara) di sekitar wilayah kekuasaannya dan setiap asyram itu
mempunyai pentas diraja (rajakuti) yang khas untuk raja ketika baginda dalam perjalanan.
-Pada tahun 893, baginda telah mendirikan sebuah biara di tengah-tengah Indrataka, sebuah
tasik buatan yang dibina oleh bapanya dan beliau yang pada asalnya tinggal di ibu kota bapanya
Hariharalaya, tetapi kemudian telah membina kota Yasodharapura yang merupakan bandar asal
Angkor.
- Baginda juga telah mendirikan Gunung Pusat (Gunung Suci) untuk kerajaan di mana di tengah-
tengahnya didirikan lingga suci.
- Selain itu, baginda telah membina jalan bagi menghubungkan ibu kotanya itu dengan ibu kota
lamanya Hariharalaya.
- Baginda juga telah membina sebuah tasik tiruan yang luas di bahagian timur laut kota
Yasodharapura dan tasik ini dikenali sebagai Yasodharatataka.
- Di bahagian selatan tasik ini telah didirikan beberapa buah biara untuk mazhab-mazhab agama
Hindu yang dianuti oleh penduduk negaranya seperti Sivaisme, Visnuisme dan juga Buddha.
- Dalam zaman pemerintahan baginda, wilayah kekuasaan Kemboja dikatakan seluas jajahan
takluk Funan semasa kegemilangannya.

• Suryavarman II:
- Baginda dianggap sebagai raja yang teragung dalam sejarah Kemboja.
- Baginda bukan sahaja seorang wira perang yang handal tetapi juga pencinta seni terutama seni
bina.
- Semasa pemerintahannya, sebuah candi yang teragung di Kemboja telah dibina iaitu Angkor
Wat.
KEMAJUAN
2. KEMAJUAN SISTEM EKONOMI TERUTAMANYA DALAM PENANAMAN PADI DAN
PENGAIRAN
• Kerajaan Angkor merupakan kerajaan yang menjalankan aktiviti pertanian
berasaskan penanaman padi dan hasilnya dapat menyumbang kepada sumber
pendapatan kerajaan ini.
• Kedudukan Kerajaan Angkor yang mendirikan ibu kotanya di kawasan Tasik Tonle
Sap telah memudahkan penduduk untuk menjalankan aktiviti pertanian mereka.
• Pembinaan baray pula dapat membantu mengairi kawasan pertanian dan juga
digunakan untuk mengawal banjir di Tasik Tonle Sap.
• Sistem pengairan ini juga penting untuk mengangkut barang-barang binaan ke
kawasan pembinaan rumah berhala.
• Sistem pengairan yang sistematik ini telah menyebabkan Kerajaan Angkor
mencapai kemajuan setanding dengan kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara.
KEMUNDURAN
PEMBERONTAKAN
 Pada zaman Yasovarman II (1165-1166) telah berlaku dua
pemberontakan oleh kaum petani dan pemberontakan di bawah
pimpinan Tribhuvanadityavarman.
 Jayavarman juga hadapi masalah yang sama selepas berjaya menentang
orang Champa beliau merayakan hari pertabalannya di Angkor tetapi
negeri jajahanya iaitu Malyang memberontak.
 Petani memberontak kerana beban oleh kerajaan yang mengenakan
cukai yang tinggi, penggunaan petani untuk pembinaan kuil dan
sebagainya.
KESIMPULAN
• Konsep Devaraja telah menarik perhatian pemerintah awal Kerajaan Angkor
untuk mengesahkan dan memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai raja
supaya rakyat di bawah pemerintahannya dapat yakin bahawa mereka
diperintah oleh raja yang mempunyai kuasa luar biasa dan merupakan wakil
dewa di muka bumi.
• Oleh itu, kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor sememangnya
ditentukan oleh pengamalan konsep Devaraja.
• Namun begitu, pengamalan konsep Devaraja sahaja tidak dapat
menentukan kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor secara
keseluruhannya kerana terdapat juga faktor-fartor lain yang turut
menentukan kemajuan dan kemundurun kerajaan ini.
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan PD, 2000.
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2008.
Coedes, G., The Making of South East-Asia. California: University of Californias
Press, 1966.
Hall, D.G.E., A History of Southeast Asia. London: Macmillan, 1955.
M.Rajantheran, Amalan Kultus Devaraja Di Asia Tenggara, Jati, Bil.6, Disember
2001,
Wolters, O.W., History, Culture, And Religion In South-East Asian Perspectives.
Singapore: Institute Of South-East Asian Studies, 1982.

Anda mungkin juga menyukai