Anda di halaman 1dari 7

Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

Kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara adalah seperti kerajaan Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Manakala, kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang wujud di Tanah Melayu seperti kerajaan Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka. Selain itum tamadun awal Asia Tenggara seterusnya adalah di Kepulauan Indonesia seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

Kemunculan petempatan dan kerajaan awal Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan. Sebagai contoh, sumber dari China pernah menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga Masihi. Sementara, data arkeologi menyatakan bahawa Funan bermula semenjak abad ketiga Masihi. Buktinya, jumpaan langgam seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.

2. Kerajaan terawal adalahFunan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India. 3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik. 4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan. 5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor). 6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor). 7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal. 8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja 9.

Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu. 10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad ke 5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke 2 M.

Kerajaan Agraria bermula dengan wujudnya petempatan kekal di lembah-lembah sungai yang subur. Kemudian petempatan ini berkembang menjadi bandar dan akhirnya menjadi kerajaan.

Kerajaan Agraria menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kegiatan pertanian yang diusahakan ialah penanaman padi. Padi adalah tamanan utama yang diusahakan di lembah sungai kerana mendapat bekalan air yang mencukupi. Padi huma yang kurang mendapat bekalan air ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit dengan dibuat teres dan relung. Selain padi, jagung, keledek, sayur-sayuran, pelbagai jenis rempah dan hasil hutan juga diusahakan. Mereka juga mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, gading dan damar. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan. Masyarakat agraria juga terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah dan ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Selain itu, kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau dan kambing turut diusahakan. Pada tahap awal, tujuan pertanian hanya untuk menyara diri sahaja. Apabila terdapat lebihan, ia di pasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat di bandar atau di kerajaan maritim. Pembinaan sistem pengairan penting, contohnya kerajaan Angkor dan Funan bergantung kepada sistem pengairan untuk perkembangan pertanian. Sumber air diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan disebabkan penglibatan raja sendiri dalam pembinaannya. Bahkan kerajaan bertanggungjawab secara langsng dalam pengurusan sistem air pengairan, contohnya Raja Indravarman 1 telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.

Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agrarian yang kuat dan agung yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan yang kuat ialah kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap. Air Tasik Tonle Sap datang dari Sungai Mekong manakala tanah disekitarnya amat subur dan mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun yang sangat sesuai untuk penanaman padi. Kerajaan Angkor juga bergantung kepada Tasik Tonle Sap sebagai sumber ikan air tawar. Malah, tasik ini juga menjadi punca air utama untuk mengairi sawah dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan serta sebagai punca bekalan air minum. Kawasan Tonle Sap juga dapat menampung keperluan makanan penduduk Angkor yang berjumlah besar.

Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal ?

Terdapat empat pendapat yang berbeza daripada sejarawan mengenai cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan Awal .

Pendapat pertama mengatakan , peranan golongan Ksytariaatau tentera . Pendapat ini menyatakan bahawa pembentukan tanah jajahan takluk oleh golongan penakluk dari India bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan India .

Pendapat kedua pula adalah peranan golongan Vaisya atau pedagang . Proses perdagangan dikatakan sebagai faktor utama penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara .

Pendapat ketiga , melalui golongan Brahmin atau pendeta manakala pendapat keempat , peranan masyarakat tempatan . Mereka menyerap dan mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan .

Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat kerana disokong oleh ahli arkeologi . Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara , contohnya arca dengan ikatan kulit harimau yang hanya diperoleh di Srivijaya .

Jelaskan peranan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara

Terdapat beberapa peranan penting bagi Bahasa Sanskrit di Asia tenggara . Antara peranan primanya adalah merupakan bahasa sarjana , komunikasi dan keagamaan kerajaan Asia Tenggara . Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan , bahasa,pemerintah dan ilmu.

Bahasa Sanskrit juga mempengaruhi bahasa melayu dan bahasa-bahasa lain d Asia Tenggara . Banyak perkataan Sanskrit yang masih kekal dalam bahasa melayu dan bahasa lain walaupun telah mengalami proses penyesuaian .

Bahasa Sanskrit juga memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusateraan klasik atau kuno di Asia Tenggara . Bahasa ini juga menyampaikan maklumat tentang agama , pemerintahan , raja dan undang-undang .

Selain itu , bahasa Sanskrit dapat memberi amaran kepada rakyat supaya tidak menderhaka kepada raja . Bahasa Sanskrit juga mentampaikan arahan dan pemberitahuan daripada pemerintah kepada rakyat .

Peranan Bahasa Sanskrit juga dapat dikesan dalam bidang kesusateraan . Bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu , Buddha dan Tamil . Perkataan kesusasteraan itu sendiri berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita .

3. Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.

Sistem beraja muncul apabila kerajaan awal dipengaruhi agama Hindu dan Buddha . Dalam sistem beraja, raja merupakan puncak pemerintahan . Raja juga berkuasa dalam pentadbiran , hubungan luar , ketenteraan dan khazanah negara . Raja juga mengubal undang-undang dan ianya wajib dilaksanakan . Raja juga ditakuti rakyat kerana wujud konsep dewa raja ( raja tuhan ) .

Konsep Orde Kosmos juga dipengaruhi agama Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan . Negara diaggap sebagai satu alam semesta dengan raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam . Konsep ini diamalkan Raja Suryavarman II yang memerintah Kerajaan Angkor . Raja dipercayai mempunyai kesaktian dan lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah .

Selain itu , Raja bercita-cita berkuasa terhadap seluruh alam semesta . Hal ini kerana , kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta didirikan . Oleh yang begitu, Raja Suryavarman membina Angkor Wat yang melambangkan Orde Kosmos . Raja akan dibantu oleh pembesar , gabenor pegawai tentera dan hakim . Brahmin juga memainkan peranan penting dalam upacara kegamaan .

Disamping itu, Adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan turut mempengaruhi agama Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan . Hal ini dapat mengukuhkan lagi kedaulatan raja . Adat istiabat ini dipimpin oleh golongan Brahmin dan agama raja juga telah diambil kira . Oleh itu , dapat membesarkan golongan raja daripada golongan yang diperintah .

Anda mungkin juga menyukai