Anda di halaman 1dari 34

Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 1

Pengenalan

Sejak beberapa abad kerajaan Thai memainkan peranan penting dalam


pergolakan politik di Asia Tenggara. Kerajaan Thai terletak di Sukhotai pada abad
ke-13 dan ke-14, di Ayutthaya pada 1350 sehingga 1767, dan di Bangkok sejak
1782 sehingga sekarang. Thailand terkenal sebagai negara ajaib tropika yang
eksotik dan penuh misteri sejak duta pertamanya mengunjungi istana Raja
perancis, Louis XIV. Reputasi ini dikukuhkan lagi oleh Hollywood dan juga laporan-
laporan yang diterima daripada para askar dan kelasi yang mendapati ia paling
sesuai sebagi tempat beristirehat dan berekreasi. Thailand juga dikenali sebagai
Bumi dipenuhi Gajah, Negara Penuh Senyuman dan Bumi Yang Mempesonakan.
Negeri Thailand ialah negara yang tunggal di wilayah ini yang tidak pernah
mengalami pemerintahan penjajah Barat dengan rasminya dalam lapangan
politik,1 dan oleh itu menarik perhatian khas.

1 John Bastin dan Hary J. Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden penjajahan Nasionalisme dan
Kebijahan.hlm 56
Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 2

Peta Thailand

Latarbelakang geograf

Negara Thailand terletak di bahagian Selatan benua Asia, dan menjadi


pusat Semenanjung Tenggara Asia. Tanahnya seluas 198,456 batu persegi, dan
terentang di garis latitud di antara 5 dan 21 Utara. Iklimnya adalah dari jenis
separuh Tropika sehingga jenis Tropika dan musimnya adalah ditentukan oleh
angin monsun. Jarak di antara bandar paling utara, Mae Sai hingga ke sempadan
Selatannya ialah 930 batu, manakala jarak paling lebarnya ialah 500 batu. Di
sebelah Timur dan Timur Laut, negara ini bersempadan dengan Kampuchea dan
Laos; di sebelah Barat Daya dan Barat ialah Myanmar. Di tenggara Thailand
terdapat teluk Siam; wilayah Semenanjung baratnya bersetentang dengan Laut
Andaman dan bahagian Selatannya dibatasi negara Malaysia. Menurut
sesetengah ahli sains, bumi Thailand pada masa kini mulai terbentuk 60 juta
tahun dahulu semasa gunung-gunung berapi di Selatan merapatkan pulau
Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu lalu mewujudkan bahagian
Selatan Thailand. Kira-kira 35 juta tahun kemudian, India telah berlanggar
dengan benua Asia mewujudkan Banjaran Himalaya dan banjaran-banjaran kecil
Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 3

seperti yang terdapat di sempadan Barat Thailand. Paras air laut yang meningkat
telah meneggelamkan beberapa kawasan di Asia Tenggara, mewujudkan teluk
Siam yang sedalam 230 kaki di Selatan Thailand. Perubahan ini juga telah
menghasilkan bentuk tanah di semenanjung malaysia, kepulauan Indonesia dan
negara Thailand hari ini.2

Sejarah kedatangan awal manusia ke siam

Tidak banyak diketahui mengenai zaman pra sejarah Thailand. Kesan-


kesan dan bahan bersejarah yang dijumpai terlalu sedikit untuk membuat
sebarang andaian. Sesetengah ahli Sains percaya beberapa bahagian Thailand
telah diduduki pada zaman batu kerana rangka manusia zaman itu telah dijumpai
di daerah Kanchanaburi. Lukisan-lukisan batu penuh misteri telah dijumpai di
cenuram berhampiran sempadan Thai-Laos-Kampuchea dan di Ko Kian di wilayah
Phangnga. Lukisan-lukisan itu dijangka berusia lebih kurang 3,000 tahun tetapi
maklumat tentang para pelukisnya tidak ditemui. Petempatan awal Thailand
yang terpenting adalah di Non Nok Tha dan Ban Ching iaitu wujud menjelang
2000 SM.

Imigran awal dari India mula sampai di Semenanjung Tanah Melayu pada
abad ke-3 s.m. Mengikut sejarah China, mereka mendirikan 10 negara kota
sekitar tahun kelahiran nabi Isa a.s., yang terkemuka sekali ialah Nakhon Si
Thammarat. Apabila orang Mon yang berasal dari selatan China berpindah ke
Lembangan Mae Nam Chao Phraya, mereka menakluki daerah-daerah
bertamadun, bersamasama fahaman India mengenai agama dan kraftangan .
Mereka juga mendirikan kerajaan Dvaravati di Nakhon Pathom pada abad ke-6.
Kemudian mara ke utara hingga ke haripunjaya (Lampun), ke Selatan hingga ke
Semenanjung Tanah Melayu dan ke Barat untuk menakluki Burma dan
menubuhkan sebuah kerajaan besar di pegu. Orang Khmer yang bersaudara
dengan orang Mon menduduki hilir Mekong dan meluaskan jajahan ke Timur.
Dalam peperangan abad ke-9, mereka menewaskan orang Mon di dataran
tengah. Orang khmer mencapai kegemilangan pada abad ke-11 sehingga raja

2 Budaya Serata Dunia Thailand


Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 4

Burma, Anawrahta mengusir mereka dan menduduki semula Dataran Tengah.


Namun orang Khmer masih menguasai sebahagian besar Thailand dan negeri-
negeri di Selatan melalui pangkalan di Lop Buri dan Phimai. Walaubagaimanapun
pemberontakan yang tercetus di Barat menandakan kebangkitan kumpulan baru
iaitu orang Sukhotai yang menggantikan orang Khmer 3.

Kerajaan awal Thai

Setelah kemerosotan kuasa Mon dan khmer, negara kota yang lain mula
membangun. Pada 1238, orang Thai di Sukhotai bukan sahaja enggan membayar
ufti air kepada raja-raja Khmer, malah mereka mengusir orang Khmer dan
menubuhkan kerajaan baru. Sri Indradit mengambil alih takhta sebagai raja. Ia
mempunyai sifat kebapaan, bukan sebagai raja dan amat dihormati rakyat. Di
bawah pemerintahan Ramkhamhaeng (1279-1317) yang unggul, Sukhotai
menakluki jajahan Khmer sejauh Nakhon Si Thammarat di Selatan. Raja ini juga
mencipta abjad Thai yang pertama dan memperkenalkan penghayatan seni halus
kepada rakyatnya. Kematiannya pada tahun 1300 melemahkan empayar
Sukhotai.

Pada mulanya jajahan di sekeliling Sukhotai memutuskan semua


hubungan dengan empayar itu. Kemudian orang Mon dari Pegu pula menyerang
dan menakluki beberapa bahagian Semenanjung Tanah Melayu. Akhirnya sebuah
negeri baru ditubuhkan dan pada 1378, negeri ini menyerang dan mengambil
alih kerajaan Sukhotai. Bermula dari kejayaan ini, kerajaan Ayutthaya yang di
tubuhkan pada 1350 menjadi kuasa terbesar bagi semua negeri Thai yang lain.

3 Budaya Serata Dunia Thailand. Ibid


Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 5

Gambar: Peninggalan Sejarah Kerajaan Sukhotai

Raja Ayutthaya

Raja Ayutthaya mempunyai kuasa mutlak. 4 Pada dua kurun pertama


penubuhannya, kerajaan Ayutthaya (Siam) sering berperang dengan jiran-

4 Thai society during the Ayutthaya period also became strictly hierarchical. There were, roughly, three classes
of people, with the king at the very apex of the structure. At the bottom of the social scale, and the most
numerous, were the commoners (freemen or phrai) and the slaves. Above the commoners were the officials or
"nobles" (khunnang), while at the top of the scale were the princes (chao). The one classless sector of Thai
society was the Buddhist monkhood, or sangha, into which all classes of Thai men could be ordained. The
monkhood was the institution which could weld together all the different social classes, the Buddhist
monasteries being the center of all Thai communities both urban and a gricultural.
Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 6

jirannya. Setelah memusnahkan Sukhotai, ia mula menakluki negara-negara di


Selatan. Pada 1431, Raja Boromaraja II menjarah Kota Khmer, Angkor Thom, dan
memaksa orang Khmer berpindah ke Phnom Penh. Peristiwa ini mengakhiri kuasa
orang Khmer di rantau ini. Sementara itu, satu ancaman baru daripada raja-raja
Burma yang bercita-cita tinggi muncul di sempadan Barat Siam. Malah Chiang
Mai ditakluki Burma pada 1577. Ayutthaya pula menyerah kalah pada 1569. Siam
menjadi jajahan Burma sehingga 1584 apabila putera Naresuan mengambil
kesempatan daripada satu peperangan di Burma dan terus mengisytiharkan
kemerdekaan. Neresuan menjadi raja pada tahun 1590 dan dalam masa tiga
tahun telah mengusir orang Burma dari situ. Dia menjadi pemerintah kerajaan
yang luas termasuk bahagian Utara dan beberapa bahagian Laos.

Pada kurun berikutnya, Siam berhubungan dengan barat, saudagar


Belanda mula berniaga di Selatan Pattani pada 1601 dan pedagang Inggeris tiba
di Ayuthaya pada 1612. Persaingan orang Eropah untuk menguasai perdagangan
dan kemudahan pelabuhan memuncak di awah pemerintahan raja Besar Narai
(1656-88). Setelah Narai mangkat, orang Eropah tidak lagi diberi layanan
istimewa manakala pemberontakan berlaku di merata Siam. Orang Burma pula
cuba menakluki bahagian Utara. Kerajaan Siam yang lemah bukan lagi tandingan
buat Burma. Sementara Ayutthaya menikmati tempoh terakhir kestabilan di
bawah pemerintahan Boromakot (1733-58), askar-askar Burma membakar ibu
negaranya pada April 1767.5

Raja-Raja Chakri

Semasa kejatuhan ayutthaya, panglima Siam bernama Taksin


mengumpulkan pengikut dan menawan semula ibu negara itu, tetapi oleh sebab
Ayutthaya telah musnah, dia memindahkan ibu negara ke Thonburi. Dengan
bantuan panglima bersaudara Chao Phraya Chakri dan Chao phraya Surasih,
Taksin berjaya menundukkan jajahan yang memberontak, menangkis satu
serangan tentera Burma dan menakluki bahagian utara. Namun kejayannya itu
menjadikannya hilang akal dan sangat zalim. Akhirnya dia diturunkan dari takhta

5 Budaya Serata Dunia Thailand. Op.Cit


Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 7

dan dihukum bunuh pada 1782. Chao Phraya Chakri atau Rama I menjadi raja
baru yang menubuhkan dinasti chakri yang kekal ingga kini. Dia memindahkan
ibu negeri ke Bangkok yang dibina mengikut model Ayutthaya. Rama I juga
menghidupkan seni lukis dan kesusasteraan Thai dan menyuruh mereka yang
berpengalaman di Ayutthaya supaya menghidupkan kemahiran mereka semula.

Ketika itu, Eropah sedang dilanda peperangan Napoleon, tetapi dari 1818,
bermula dengan perjanjian Portugis, Siam sekali lagi berhubung dengan Barat.
Perjanjian-perjanjian ditandatangani dengan Britain pada 1826 dan dengan
Amerika Syarikat pada 1833 yang diharapkan membawa untung. Sementara itu,
Britain dan perancis menakluki negara-negara jiran Siam. Ketika itu Siam
diperintah dua orang raja yang sungguh arif tentang cara-cara Barat. Mereka
memelihara kedaulatan negara dan melaksanakan pembaharuan untuk
memodenkan dan menguatkan negara.

Raja yang pertama ialah Mongkut atau Rama IV (1851-68), bekas sami
yang banyak mengembara. Dia membina jalan raya dan mengimport guru-guru
asing. Penggantinya chulalangkorn memerintah sehingga 1910. baginda pula
menghapuskan pengabdian, memperbaiki pentadbiran negara dan penguasa
tempatan, menentukan pembangunan keretapi, trend, kereta dan pengambilan
penasihat asing untuk berkhidmat dalam kerajaannya.

Di bawah pemerintahan Rama VI (1910-25), Siam menyebelahi Pasukan


bersekutu dalam Perang dunia I. Langkah ini bagi memperbaiki syarat-syarat
perjanjian dengan Amerika Syarikat dan perancis. Rama VI juga memperkenalkan
nama keluarga dan menguatkuasakan pendidikan wajib bagi orang Thai,
menjadikan Siam negeri pertama di Asia yang melakukannya. Siam mengikut
jejak negara-negara maju. Namun, pembaharuan ini mewujudkan kelas sosial
yang baru yang menganggap pemerintahan beraja mutlak sebagai penghalang
kemajuan.

Di bawah Rama VII, krisis politik Siam memuncak. Zaman kemelesetan


tahun 30-an menjejaskan eksport beras dan mendatangkan masalah kewangan.
Rama VII cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengenakan cukai
pendapatan baru, tetapi langkah ini menaikkan kemarahan orang ramai.

Pada 1932, sekumpulan pegawai tentera dan cendekiawan berpendidikan


Eropah menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan pembentukan
Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 8

pemerintahan Raja berperlembagaan yang menghadkan kuasa raja. Selain


mengisytiharkan pemerintahan raja berperlembagaan , pemerintah baru
memajukan pendidikan sekolah rendah, memperbaiki pentadbiran negara dan
menukar nama Siam kepada Thailand yang bererti Tanah merdeka.

Selepas perang dunia ke-2, rama VIII ( Ananda Mahidol) dibunuh dengan
penuh misteri pada 1946. Kerajaan ketika itu digulingkan pihak tentera yang
mengistiharkan tentera sebagai penaung negara. Pibun songgram kembali
berkuasa selama 10 tahun sehingga beliau digulingkan oleh rampasan kuasa 6.

Raja Thai yang memerintah selepas itu sehingga sekarang ialah Raja
Bhumibol Adulyadej iaitu raja ke-9 dinasti chakri yang memerintah dari tahun
1782 dengan ibu kotanya di Bangkok. Di sini dapat dilihat raja-raja Chakri telah
berusaha membina semula tradisi tradisi Ayutthaya purba yang telah musnah
dan dibakar oleh orang orang Burma pada tahun 1767.Kemuliaan dan
keagungan adalah merupakan nilai-nilai utama pemerintahan diraja tradisional.
Tanpa menekankan kualiti-kualiti ini adalah mustahil untuk memahami
pergerakan pemerintahan beraja atau sistem kerajaannya 7

Dinasti Chakri (1782 sehingga sekarang)

6 Budaya Serata Dunia Thailand.Op.cit

7 David A. Wilson et. Al. Diedit oleh George McTurnan Kahin. 1982. Kerajaan dan Politik Asia Tenggara.hlm 2
Peranan Raja Thai dalam kancah politik Thailand | 9

Born
Portrait Name Reign start Reign end
Died

Buddha Yodfa Chulalok, the Great (Rama I) 1737 7 September


6 April 1782
1809 1809

Buddha Loetla Nabhalai (Rama II) 1767 -


7 Sept1809 21 July 1824
1824
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 10

Jessadabodindra (Rama III) 1788 -


21 July 1824 2 April 1851

1851

Mongkut (Rama IV) 1804 -


3 April 1851 1 October 1868

1868

Chulalongkorn, the Great (Rama V) 1853 - 2 October 23 October


" " 1910 1868 1910
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 11

Vajiravudh (Rama VI) 1881 - 23 October 26 November


1925 1910 1925

26
Prajadhipok (Rama VII) 1893 - 2 March 1935
November
1941 (abdicated)
1925

Ananda Mahidol (Rama VIII) 1 925 - 2 March


9 June 1946

1946 1935

Bhumibol Adulyadej, the Great (Rama IX)


1927 - 9 June 1946 Present


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 12

Gambar: raja-raja Dinasti Chakri

Sumber : en.wikipedia.org/wiki/List_of_Kings_of_Thailand 12 aug 2009

Raja-raja Thai dan peranannya dalam kancah politik Thailand

Sebelum perbincangan diteruskan, adalah penting untuk memahami


kedudukan Taksin dan Chakri. Menurut syarat-syarat zaman tradisional, kedua-
dua orang pemimpin itu ialah perampas takhta sahaja iaitu semasa kejatuhan
Ayutthaya ke tangan Burma dalam tahun 1767. Pada mulanya Taksin berkhidmat
di istana sebagai seorang biduanda diraja kepada Raja Borommakot (1733-1767).
Semasa pemerintahan Raja Suriyamarin (1758-1767) apabila Ayutthaya
menghadapi serangan-serangan hebat dari Burma, Taksin telah menunjukkan
kebolehan dan kebijaksanaannya menentang kerajaan tersebut. Dengan itu
beliau telah dilantik menjadi gabenor wilayah Tak dengan gelaran Phraya Taksin.

Pada tahun 1767, Taksin diarahkan ke Ayutthaya untuk membantu


menyelamatkan dan mempertahankan ibu kota bersama segolongan khunnang
dengan membuat serangan balas terhadap Burma. Namun disebabkan dasar dan
pendekatan Raja Suriyamarin serta sebahagian pucuk pimpinan bangsawan telah
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 13

melemahkan semangat dan keazaman jeneral-jeneral termasuk juga Taksin.


Akhirnya Taksin mengambil keputusan lari bersama-sama dengan beberapa ratus
penyokongnya dari Ayutthaya apabila beliau mendapati Ayutthaya tidak dapat
lagi diselamatkan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpn
kerajaan pada ketika itu. Taksin memilih Chanthaburi yang terletak di kawasan
pantai tenggara Siam, berhampiran denga teluk Siam. Kawasan ini membolehkan
Taksin mengawal semua kegiatan perniagaan keluar masuk ke Siam melalui Chao
Phraya atau sungai Menam, dan oleh itu dapat mencegah penghantaran bekalan
senjata kepada musuhnya.

Taksin memerintah dari tahun 1767 hingga tahun 1782. Pada tahun 1782,
baginda digulingkan kerana tidak siuman.Ms 8. Majlis Khunnang dan sami
bersetuju bahawa Chakri, seorang jeneral yang sangat berpengaruh dipilih
menjadi pengganti Taksin. Dengan persetujuan itu, bekas raja Siam yang berjaya
menubuhkan semula empayar Siam, kemudiannya dihukum mati kerana
kesalahan melakukan kekejaman ke atas rakyat. Jikalau baginda diizinkan hidup
dalam kesamian seperti yang dimintanya, dikhuatiri taksin akan menjadi
tumpuan golongan-golongan yang menentang pucuk pimpinan baru. Taksin
dihukum mati mengikut undang-undang istana. Tangan dan kaki baginda diikat
dan dimasukkan ke dala guni yang diperbuat daripada kain baldu. Kemudian
leher baginda dipukul dengan kayu cendang. Tidak ada acara perkabungan rasmi
atas kemangkatan Taksin, manakala upacara pembakaran mayat diraja itu hanya
diadakan dalam tahun 1784.

Chakri menaiki takhta pada 6 April 1782 dan tiga tahun kemudianya
memindahkan ibu kota Siam ke Bangkok. Seperti Taksin, Chakri atau Rama I
menyedari tentang betapa pentingnya rancangan-rancangan pemulihan Siam
yang akan menjamin keselamtannya.8

A. Politik

8 Dr. Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm 13
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 14

Taksin (1767-1782)

Taksin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses


menyatupadukan Siam khasnya dari aspek fizikal. Selepas Ayutthaya musnah,
Siam dipecahkan kepada 5 kawasan termasuk Chantaburi yang kemudiannya
berpindah ke Thonburi iaitu kubu pertahanan dan pusat kerajaan Siam. Taksin
sedar betapa pentingnya penubuhan semula pusat kerajaan Siam yang akan
mengesahkan peranan utamanya di rantau Asia Tenggara dan keperluan untuk
mempertahankan kedudukan agama yang semakin merosot dan semakin hilang
pengaruhnya. Bagi Taksin, tanpa Siam yang bersatu padu dan kukuh, sukar untuk
melihat keselamatan agama Buddha Theravada di Lembah Sungai Chao Phraya.
Oleh itu tujuan utama Taksin adalah untuk menubuhkan pusat kuasa kerajaan
yang berstrategi bagi perjuangan baginda untuk menghapuskan musuh-musuh
dalam negeri. Oleh itu, kedudukan Thonburi, sebuah bandar kecil di tebing barat
Sungai Chao Phraya, sebagai pusat kerajaan setelah baginda berjaya
menewaskan pasukan tentera Myanmar di situ adalah sangat strategik kerana
kedudukan kubunya dapat mengawal semua kegiatan perniagaan dan tentera
laut di sekitar sungai tersebut. Ini membolehkan Taksin menghalang musuh-
musuhnya daripada mendapatkan bekalan senjata atau makanan dari luar.
Akhirnya pada tahun 1770 Siam telah dicantumkan kembali sebagai negeri di
bawah kerajaan pusat di Thonburi. Taksin juga dapat mematahkan serangan-
serangan Myanmar dan meluaskan kuasa Siam.9

Chakri atau Rama I (1782-1809)

Seperti Taksin, Rama I menyedari betapa pentingnya rancangan-rancangan


pemulihan Siam yang akan menjamin keselamatannya. Rama I menjalankan
Rancangan Pemulihan Siam khususnya aspek agama setelah keadaan kucar-kacir
pada waktu itu kerana kepercayaan agama yang semakin merosot kerana
perpecahan golongan sami mengikut kelompok pro dan Kontra Taksin. Tujuan
rancangan pemulihan ini adalah bagi menamatkan krisis kemerosotan moral dan
ilmu sangha yang dipercayai menjadi masalah pokok kemerosotan institusi
agama dalam zaman pemerintahan Rama I. Rama I menjalankan dua rancangan
pemulihan iaitu rancangan menyemak dan membetulkan semula kitab Tripitaka

9 Ibid. Hlm 16
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 15

yang bertujuan untuk menentukan ketepatan kitab suci agama yang dihormati
sebagai sumber rujukan utama dharma Buddha dan ke-2 adalah rancangan
pengisytiharan kod undang-undang sami yang bertujuan untuk mengawal
tatatertib dan tabiat sami yang sangat merosot sejak kejatuhan Ayutthaya dan
semakin buruk setelah Taksin mengatakan kedudukan baginda adalah lebih tinggi
daripada sangha. Kod ini juga menetepkan langkah-langkah menghukum
seseorang sami yang melanggar peraturan.

Akibat sistem pentadbiran yang tidak berkesan wujud sejak yahun 1767
akibat kekurangan teks-teks panduan termasuk teks undang-undang, Rama I
telah memperkenalkan Kod Undangundang tiga Tera. 10 Kod ini menjadi undang-
undang induk Siam tradisional sehingga kod undang-undang bercorak barat
diperkenalkan pada abad ke 20. Maka Rama I dapat menyusun sistem
pentadbiran yang teratur dan berkesan dan perlantikan pembesar adalah
mengikut susun pangkat tradisional. Antara yang diakukan oleh rama I adalah
memperkenalkan sistem pentadbiran yag terdiri daripada enam jabatan besar
yang berfungsi sebagai majlis menteri kecil raja pemerintah.

Selain itu, Rama I membina pertalian politik antara raja dan juga khunnang
bagi mewujudkan pentadbiran yang seimbang dan bersefehaman. Ini dilakukan
melalui ikatan kekeluargaan iaitu semua khunnang yang menyandang jawatan
menteri mempunyai pertalian keluarga antara satu sama lain melalui ikatan
perkahwinan atau persaudaraan.11 Misalnya, Rama I menerima ramai anak
perempuan daripada kalangan keluarga pembesar baginda untuk dijadikan
gundiknya.

Raja Leotla atau Rama II ( 1809-1924)

Rama II atau Raja Leotla ialah putera sulung Rama I. Baginda dilahirkan
pada April tahun 1767 iaitu selepas Ayutthaya dimusnahkan. Baginda dinamakan
Chim dan semasa ayahandanya menaiki takhta Chim berumur 16 tahun. Rama II

10 Op.cit.hlm 26

11 Op.cit.hlm 27
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 16

menaiki takhta kerajaan Siam semasa usianya 42 tahun dan telah


berpengalaman dalam hal ehwal negara. Sepanjang masa pemerintahan Raja
Leotla, Siam mengalami suasana politik yang tenang walaupun timbul persaingan
perkuncuan dalam kalangan Khunnang dan Chao/ahli kerabat diraja,
terutamanya selepas kematian Putera Wang Na maha Senanurak pada tahun
1817. Ancaman dari Myanmar tidak begitu membimbangkan jika dibandingkan
cabaran yang dihadapi oleh Rama I. Namun Myanmar masih menyerang wilayah
selatan Siam dan Rama II masih menganggap Myanmar sebagai musuh Siam.
Ada pendapat yang mengatakan disebabkan oleh kedudukan Rama II yang bebas
daripada tekanan politik dan agama kerana kedudukannya yang sah sebagai raja
pemerintah Siam, baginda tidak perlu bersungguh-sungguh membuktikan
kelayakan baginda seperti yang dilakukan oleh Taksin dan Rama I. Oleh itu,
zaman pemerintahan Rama II adalah zaman harmoni atau sebagai waktu rehat
atau intermission antara zaman pembinaan negara oleh rama I dengan zaman
memperkukuhkan empayar Thai oleh Rama III, anakanda baginda.

Namun masih terdapat beberapa usaha dari segi politik yang dijalankan
oleh baginda seperti menguatkan Keselamatan Dalam Negeri dengan
menghantar misi tentera Bangkok ke Salang untuk mematahkan serangan
Myanmar yang berlaku pada 1809-1810. Selepas itu tiada lagi ancaman dari
Myanmar. Baginda juga mengadakan hubungan dengan Kedah. Kedah di bawah
Sultan Ahmad Tajuddin I menghantar tentera Kedah ke Siam untuk menolong
Siam menentang serangan Myanmar ke atas Salang. Namun menjelang 1818,
hubungan Kedah-Thai semakin hambar, Thai meragui kesetiaan Kedah dan
kemudian bertindak menyerang dan menguasai Kedah bagi mengelakkan Kedah
jatuh ke tangan musuhnnya. Dari segi pentadbiran, Rama II telah
memperkenalkan sistem penyeliaan putera ke atas setiap jabatan pentadbiran
yang diketuai oleh khunnang. Tujuaannya adalah untuk menguatkan kedudukan
kerabat diraja dan menyeimbangkan kedudukan golongan bangsawan yang
semakin bertambah kuat. Namun kesannya, walaupun hubungan raja-khunnang
adalah baik, tetapi sistem penyeliaan ini telah menguatkan kedudukan Khunnang
dan beberapa orang putera sahaja.12

12 Malangnya system baru itu sebaliknya mewujudkan perkongsian politik dan ekonomi antara khunnang dan
penyelia mereka. Sebennarnya yang berlaku ialah bukan golongan putera bekerjasama untuk mengurangkan
pengaruh khunnang, tetapi munculnya perkuncuan khunnang dan putera yang menentang antara satu sama
lain.lihat sejarah Thai zaman Bangkok.hlm 49
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 17

Raja Nangklao atau Rama III (1824-1851)

Putera Chetsadabodin atau Putera Tab menaiki takhta sebagai pengganti


ayahandanya dengan persetujuan Majlis Negara pada tahun 1824. Walaupun
pemerintahan baginda yang panjang dan penuh dengan kejayaan cemerlang
dalam bidang politik dan pengaruh Siam serta sosioekonomi Siam, tetapi Raja
Nangklao tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh sejarawan sehinggalah
terbitnya sebuah buku bertajuk siam Di Bawah Rama III yang di tulis oleh Walter
F. Vella pada tahun 1957. Sejak itu, sumbangan Raja Nangklao dalam
perkembangan Siam diselidiki dan dihuraikan dengan teliti. Sepanjang masa 27
tahun, Rama III berjaya bukan sahaja mempertahankan ancaman baru dari
Inggeris dan Vietnam tetapi juga menyempurnakan cita-cita pemimpin Thai
tradisional terutamaya Rama I dan Taksin yang berhasrat menubuhkan empayar
Thai yang kukuh di Tanah Besar Asia Tenggara.

Rama III yang telah mewarisi Siam yang lemah dari aspek politik dan
ekonomi dari ayahandanya, telah memastikan Siam menjadi negara yang paling
berkuasa dan terbesar di rantau tersebut di samping menyimpan tabungan
khazanah diraja yang banyak hasil dari kegiatan perniagaannya. Ada pendapat
yang mengatakan Rama III merampas takhta pada tahun 1824 daripada Putera
Mongkut yang merupakan pewaris takhta yang sah kerana Putera Mongkut ialah
putera sulung Loetla dengan permaisurinya, manakala Rama III walaupun usianya
lebih tua daripada putera Mongkut , hanya merupakan anak gundik Rama II.

Namun apa yang pasti, sistem penggantian raja Thai mempunyai prinsip-
prinsipnya tersendiri kerana tiada syarat tetap yang mengakui hak mutlak
seorang anak lelaki sulung sebagai raja. Oleh yang demikian, hak Rama III untuk
menduduki takhta adalah satu kelayakan yang sah menurut adat istiadat pilihan
raja di negara Thai. Pada masa pemerintahan Rama III, baginda banyak
menghadapi cabaran luar khasnya dari Vietnam dan Syarikat Hindia Timur
Inggeris. Pada masa itu, Myanmar bukan lagi satu cabaran bagi Thai kerana
Myanmar terlibat dalam persengketaan dengan Inggeris. Tetapi Vietnam yang
menjalankan dasar perluasan kuasa di wilayah dipertuan Siam iaitu Kampuchea
di bawah Raja minh mang (1820-1838) yang menyebabkan tindak balas dari
Rama III. Rama III yang menyedari betapa merbahayanya kemunculan penjajahan
Barat telah menasihati pemimpin-pemimpin Thai untuk berhati-hati terhadap
ancaman kuasa dan tipu helah Barat.
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 18

Menjelang abad ke-19, banyak perubahan yang berlaku dalam suasana


politik rantau Asia. Ini di sebabkan oleh kedatangan kuasa Barat khasnya British
dan Perancis yang telah berjaya menubuhkan empayar masing-masing di Asia.
Pada masa itu hanya Jepun dan Siam yang dapat menyelamatkan diri dari
penjajahan Barat. Namun kedua-duanya terutamanya Siam terpasa menjalankan
dasar bertolak ansur terhadap kuasa-kuasa penjajah itu. Malah boleh dikatakan
dasar-dasar baru tersebut telah menjejaskan kedaulatan Siam. Dalam situasi ini,
Rama III telah menjalinkan hubungan dengan Inggeris melalui dasar tolak ansur
dengan kuasa Barat bagi menyelamatkan Thai daripada penjajahan Barat. Thai
telah menandatangani Perjanjian Burney sebagai bukti kepentingan kedua-dua
pihak dan mencegah sebarang pergaduhan di antara Inggeris dan Siam.
Terdapat pendapat mengatakan pemerintahan Rama III dikatakan tidak berapa
progresif. Dia mewakili sikap tradisi lama yang sudah ketinggalan zaman. Britain
pada mulanya berharap Siam akan bersama-sama menghadapi peperangannya
dengan Burma, tetapi kerajaan Rama III tetap curiga dan menjauhkan diri,
menyedari tentang perselisihan mereka dengan Britain di Tanah Melayu. 13 Ini
berlaku kesan keengganan Rama III untuk menerima permohonan Britain untuk
mengubah syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian Burney.

Raja Mongkut atau Rama IV (1851-1868)

Chao Fa Mongkut , salah seorang manusia yang paling berbakat dan


terpelajar di benua Asia, dilahirkan pada tahun 1804, anakanda sulung Puteri
Bunrod, permaisuri Rama II. Selama 27 tahun dalam kesamian, Mongkut
menggunakan kebebasan seorang sami untuk menziarahi tempat-tempat yang
bersejarah di seluruh Siam. Peluang melawat ke wilayah-wilayah seperti Ratburi,
Ayutthaya, Nakhon Sawan, Phitasanulok dan dapat melihat kehidupan sebenar
rakyat jelata. Pengalaman ini banyak membantu pentadbiran baginda apabila
menaiki takhta untuk menjalankan beberapa rancangan pemulihan bagi
membaiki keadaan rakyat pada masa itu. Umumnya, semasa pemerintahan
Mongkut jika dilihat dari sudut politik, menyaksikan kemerosotan kuasa institusi
raja dalam hubungannya dengan golongan khunnang. Walaupun begitu, tempoh

13 D.G.E.Hall 1979. Sejarah Asia Tenggara


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 19

dari tahun 1851 hingga 1868 merupakan proses permodenan Siam lantaran
timbulnya kesedaran Mongkut dan penyokong-penyokong baginda khasnya Si
Suriyawong, mengenai ancaman terbesar dari kuasa penjajahan Barat ke atas
Siam. Kegagalan British dan Amerika Syarikat pada tahun-tahun terakhir
pemerintahan Rama III untuk berunding semula mengenai syarat-syarat
perjanjian baru bagi perniagaan dan persahabatan, dilihat oleh pemimpin Siam
sebagai suatu kejadian yang amat berbahaya terhadap kedaulatan Siam. Di
bawah Rama IV, kerajaa itu bergerak di atas landasan yang masih diikuti lagi
pada hari ini, iaitu menyesuaikan dirinya secara sukarela dengan dunia seperti
yang ditentukan oleh kuasa-kuasa besar.14

Oleh itu, Mongkut terpaksa menyelamatkan Siam melalui cara diplomatik


dan pemulihan pelbagai aspek sosiopolitik Siam mengikut gambaran kefahaman
Barat. Atas dasar itu, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Mongkut
dengan pihak Barat iaitu Perjanjian Bowring pada 18 April 1855 yang menjadi
bukti penting bagi mengesahkan dasar diplomatik Mongkut dan kerajaan baginda
yang bertujuan untuk menjalin hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat.
Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai
keistimewaan di Siam antaranya adalah berkenaan cukai import-eksport dan hak
wilayah asingan di mana Siam diminta menjalankan sistem perniagaan dan
ekonomi berdasarkan prinsip laissez-faire. Cukai import Siam ditetapkan tiga
peratus daripada harga bahan-bahan yang berkenaan, manakala cukai
eksportnya tidak boleh melebihi lima peratus. Sistem monopoli diraja yang
dikatakan telah muncul semula pada tahun-tahun 40-an telah dihapuskan,
kecuali cukai candu. Rakyat Inggeris dibenarkan tinggal di Siam dan boleh
memiliki tanah. Kerajaan Siam tidak boleh mengutip cukai tanah dan harta orang
Inggeris dengan kadar cukai yang lebih tinggi dari kadar biasa. Dengan
memberikan hak wilayah asingan kepada kerajaan British, jelas menunjukkan
melanggar kedaulatan Siam. Mongkut terpaksa menamatkan dasar isolasi (tutup
pintu) yang diamalkan oleh raja-raja Siam sebelumnya. Sebaliknya, baginda
melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat terutamanya
pedagang-pedagang.

14 George McTurnan Kahin. 1982. Kerajaan dan Politik Asia Tenggara.hlm 8


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 20

Mongkut juga menghadapi tekanan politik dari luar di mana dapat dilihat
melalui surat baginda yang bertarikh 4 Mac 1867 yang dihantar kepada ketua
utusan diplomatik Thai di Paris yang berbunyi:

Kita selalu banyak dianiyai oleh Perancis kerana kita tidak menunduk kepala
kepada keunggulannya, seperti yang dibuat oleh Kampuchea. Oleh itu, kita
sahaja yang boleh memutuskan apa yang mesti kita lakukan; iaitu sama ada kita
memilih berenang ke hulu sungai untuk bersahabat dengan buaya, atau kita
berenang ke laut dengan meminta pertolongan ikan paus....

Ulasan Mongkut mengenai Britain (disimbolikan sebagai ikan paus) dan


Perancis (sebagai buaya) menggambarkan kesusuahan yang dihadapi oleh
baginda disebabkan oleh tekanan politik daripada dua buah negara itu yang
bersaing hebat dalam usaha mereka untuk menubuhkan empayar di Asia.
Namun, dilihat Siam lebih cenderung kepada pihak Inggeris berbanding Perancis
mungkin disebabkan oleh kebolehan baginda bertutur dalam bahasa Inggeris dan
pernah menulis surat epada Ratu Victotia. Selain itu, didapati pegawai-pegawai
Inggeris yang dihantar ke Bangkok mempunyai sifat yang lebih membina seperti
Sir Robert Schomburg dan Lord John Hay jika dibandingkan dengan sikap pegawai
perancis yang bersikap garang dan kasar terhadap pemimpin Siam termasuk
kepada Raja Mongkut misalnya M.Gabriel Aubaret.

Perancis yang berazam hendak menubuhkan empayarnya di rantau ini


telah meyebabkan timbulnya perselisihan kepentingan negara antara Siam dan
Perancis. Namun bagi mengelakkan masalah yang lebih rumit terhadap soal
kepertuanan kampuchea dan isu Putera Norodom, akhirnya Mongkut terpaksa
menandatanani perjanjian dengan Perancis. Sebagai contoh, bagi mengelakkan
perbalahan dengan Perancis, Mongkut sanggup berunding dan menandatangani
Perjanjian Siam-Perancis pada 15 Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Siam
ke atas Kampuchea kepada Perancis. Mongkut mengambil langkah ini kerana
baginda sedar Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di
Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Mongkut banyak bertolak
ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat. Walaupun tolak ansur
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 21

tersebut merugikan Siam tetapi tindakan baginda telah menyelamatkan


kemerdekaan Siam.15

Raja Chulalongkorn atau Rama V (1873-1910)

Raja Chulalongkorn merupakan putera Raja Mongkut yang paling terkenal


dalam dinasti Chakri. Semasa berucap dalam majlis pertabalannya,
Chulalangkorn berkata hari tersebut merupakan hari malapetaka baginya.
Chulalangkorn bukan sahaja kehilangan ayahandanya tetapi juga menghidap
penyakit malaria. Sebagai raja yang belum dewasa, baginda terpaksa menerima
kuasa pemangku raja yang mentadbir negara bagi pihak raja. Oleh itu,
pemerintahan Chulalangkorn boleh dilihat sebagai pemerintahan dua masa, iaitu
masa pemerintahan pemangku Si Suriyawong (1868-1873) dan pemerintahan
Chulalangkorn (1873-1910). Di zaman pemerintahan Rama V, negeri Thai telah
mengalami zaman paling bergema tentang penjajahan Eropah dan raja itu telah
dipaksa untuk memberi beberapa konsesi yang menyayat hati. 16

Dari aspek pentadbiran, Chulalongkorn telah menubuhkan dua badan baru


iaitu Majlis Privi dan Majlis Kebangsaan. Majlis Privi bertugas sebagai penasihat
peribadi diraja. Oleh itu keahliannya dipilih oleh Chulalngkorn sendiri. Melalui
keanggotaan Majlis privi, Chulalangkorn dapat membina asas kuasa politiknya
yang biasanya terdiri dari golongan muda kerabat diraja atau keluarga Khunnang
yang tidak bersetuju dengan kepimpinan konservatif Si Suriyawong dan generasi
tuanya. Majilis Kebangsaan pula merupakan badan penasihat rasmi diraja.
Chulalangkorn terpaksa melantik pemimpin-pemimpin golongan tua dalam
pentadbiran untuk menasihati raja supaya mengelakkan perselisihan politik
Siam. Namun Chulalangkorn masih menghadapi kesukaran apabila Sri
Suriyawong menolak perlantikan diraja untuk menjadi salah seorang ahli Majlis
kebangsaan. Beberapa orang Khunnang telah mengikut tindakan Sri Suriyawong
dan meminta menarik diri dari daripada Majlis kebangsaan. Namun
Chulalangkorn masih menunjukkan sikap hormatnya kepada Si Suriyawong

15 Sejarah Thai Zaman Bangkok.hlm 173-185

16 George McTurnan Kahin.ibid.hlm 9


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 22

sebagai negarawan tertua. Apabila Si Suriyawong dengan pengikutnya, tidak


menjadi anggota majlis Kebangsaan, maka sedikit demi sedikit berlakulah
keruntuhan pengaruh politik golongan tua daripada pentadbiran negeri.
Kesannya Chulalangkorn dapat menguasai majlis itu dan menambahkan kuasa
dan pengaruh baginda berdepan dengan golongan tua yang diketuai oleh bekas
pemangku raja dan keluarganya.

Sebelum itu, baginda juga menubuhkan Pasukan Biduanda Diraja atau


Krom Mahalek Luang pada tahun 1868 yang bertujuan untuk melatih pemuda-
pemuda dari golongan atasan yang dipih menjadi pegawai peribadi daraja yang
boleh dipercayai. Mereka dilatih mengikut cara Barat dan menjadi terkenal
sebagai sebuah pasukan tentera yang moden dan cekap. Dalam Krisis Wang Na
yang berlaku pada tahun 1874-1875 disebabkan oleh peristiwa pembakaran di
Istana Chulalongkorn pada bulan Disember 1874. Chulalongkorn meminta
bantuan daripada Sir Andrew Clarke untuk mendamaikan perselisihan faham
antara baginda dan Wang Na. Akhirnya, selepas mengadakan perbincangan
yang panjang lebar, baginda berjaya memujuk Putera Wang Na pulang semula ke
istana Wang Na dan sebagai jaminan, segala hak dan keistimewaan yang selaras
dengan kedudukan Wang Na tetapi bukan hak dan kemuliaan Phra Pin Klao iaitu,
hak dan kemuliaan raja kedua Siam yang merupakan tuntutan yang dikemukakan
oleh Wang Na sepanjang krisis ini.

Krisis Paknam berlaku pada tahun 1893 di kawasan Sungai Mekong apabila
berlaku pertempuran antara tentera Thai dengan tentera Perancis. Perancis yang
tewas dalam pertempuran itu telah menuntut bayaran ganti rugi daripada
kerajaan Siam, manakala Bangkok pula mahu membawa perselisihan itu ke
badan kehakiman antarabangsa. Krisis Paknam berjaya diselesaikan pada 4 Ogos
1893. Chulalongkorn berasa bertanggungjawab terhadap krisis Paknam yang
menyebabkan kehilangan wilayah di sebelah tebing timur Sungai Mekong dan
hampir menghancurkan kedaulatan Siam.17

Raja Vajiravudh atau Rama VI (1910-1925)

17 Sejarah Thai Zaman Bangkok.op.cit hlm 190-208


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 23

Raja Vajiravudh dan Prajadiphok merupakan putera Raja Chulalangkorn.


Raja Vajiravudh atau Rama VI merupakan putera sulung Chulalangkorn yang
mendapat pendidikan Barat. Sejak pulang dari England sehinggalah beliau
menaiki takhta, Vajiravudh telah diberikan masa yang cukup untuk memerhatikan
peranan seorang raja berkuasa mutlak yang dipegang oleh ayahanda baginda.
Sungguhpun begitu, dilihat Vajiravudh kurang menunjukkan minat dalam hal
pentadbiran, sebaliknya lebih cenderung kepada kesusateraan dan kesenian
serta hal-hal dalam istana. Vajiravudh seorang yang pemalu, setelah
kepulangannya dia telah mengumpulkan sejumlah besar temannya yang muda
bukan ahli keluarga diraja. Dia tidak meneruskan lagi kebiasaa ayahnya meminta
nasihat ahli-ahli keluarga yang lebih berpangkat. Kekanda-kekandanya dan bapa
bapa saudaranya jarang di bawa berunding dan untuk menghalang pengarug
mereka dia bukan sahaja memilih orang yang disukainya untuk memegang
jawatan-jawatan penting sebaliknya menubuhkan Wilid Tiger Scouts Corps iaitu
sukarelawan daripada pegawai kerajaan yang telah mendaftarkan diri atas dasar
separuh tentera di bawah pimpinan raja sendiri. 18

Vajiravudh menaiki takhta tanpa sebarang halangan pada Oktober 1910.


Namun dapat dilihat sikap Vajiravudh yang suka membelanjakan wang dengan
berlebih-lebihan dan ini menyebabkan dalam 15 tahun pemerintahan baginda,
kewangan Siam telah habis digunakan. Namun dari segi pentadbirannya, dilihat
baginda tidak mempunyai ramai pengikut dan hubungannya dengan pemimpin-
pemimpin generasi ayahanda baginda, terutamanya dalam kalangan
senabodinya adalah tidak rapat. Nasionalisme daripada pihak atasan yang
berlaku adalah faktor dalam negara yang menggesa Vajiravudh tentang
pentingnya nasionalisme Thai yang merupakan suatu komplot yang bertujuan
untuk menggulingkan pemerintahan beraja mutlak pada tahun 1912. 19 Percubaan
rampasan kuasa itu dikenali sebagai Pemberontakan R.S 130. Pelbagai rancangan
dijalankan oleh Vajiravudh untuk mencapai tujuan memulihkan aspek mental

18 D.G.E.Hall 1979. Sejarah Asia Tenggara

19 Satu kesedaran kebangsaan telah muncul di kalangan kaum pemerintah; birokrasi itu telah diresapi oleh
perasaan profesionalisme, manakala Negara itu telah mencapai satu kedudukan undang-undang penuh yang
sama dengan Negara-negara lain di dunia, dan satu system perlembagaan telah ditubuhkan. George McTurnan
Kahin. 1982.hlm 12
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 24

melalui nasionalisme seperti menubuhkan Perkumpulan Harimau Liar dan


mencipta cogan kata Negara, Agama, dan Raja. Sikap Vajiravudh jugalah yang
menyebabkan berlakunya keruntuhan maruah institusi Raja apabila baginda
menggantikan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan setia dengan pegawai-
pegawai berpangkat rendah dan yang masih kurang pengalaman. Baginda juga
tidak begitu mengambil berat tentang tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana
Menteri kabinetnyas serta terlalu memberi muka kepada pegawai-pegawai Istana
yang digemarinya.

Raja Prajadhipok/Pokklao (1925-1935)

Raja Prajadhipok merupakan adik kepada Raja Vajiravudh dan putera


bongsu Raja Chulalangkorn. Baginda dipilih sebagai Raja oleh Vajiravudh setelah
kemangkatan Raja Vajiravudh yang tidak mempunyai putera. Prajadiphok
sebelum menaiki takhta telah memasuki kesamian dan kemudian telah
berkahwin dengan sepupunya, Puteri Rambai barni dan tidak dikurniakan
cahayamata. Secara umumnya, sebaik Prajadiphok mewarisi takhta, terdapat
dua tanggungjawab yang terpaksa dilaksanakan iaitu, tanggungjawab ekonomi
dan politik yang sangat merosot pada tahun 1925 selepas pemerintahan
Vajiravudh yang tidak mendapat sokongan rakyat. Prajadiphok telah membuat
pertukaran beberapa orang menteri dan melantik putera-putera raja yang
mempunyai kebolehan dalam kabinetnya untuk mendapatkan semula
kepercayaan rakyat terhadap kerajaannya. Oleh itu, kerajaan Prajadiphok telah
dikenali sebagai kabinet golongan putera yang membezakannya dengan
kerajaan vajiravudh yang kebanyakan menterinya terdiri daripada orang bukan
Chao. Di samping itu, baginda telah menubuhkan dua badan politik untuk
membantu baginda memperbaiki keadaan dalam negara iaitu Majlis Tertinggi
Negara dan Majlis Privi yang betujuan untuk menanamkan semula kepercayaan
dan keyakinan rakyat terhadap institusi diraja. Penubuhan Majlis memberikan
kesan yang baik kepada institusi Raja seperti wujud keadaan harmoni dalam
kerabat diraja antara Raja dengan putera-putera.

Namun usaha baginda untuk memulihkan sistem beraja mutlak berakhir


apabila berlakunya Revolusi 1932. Sebelum itu, pada tahun 1926 baginda telah
mengutuskan surat kepada Dr. Francis B. Sayre bagi mendapatkan ulasan dan
pendangannya terhadap cara memulihkan politik Siam. Ternyata baginda ingin
mrnjalankan pemodenan dalam pentadbirannya seperti yang dicadangkan oleh
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 25

Dr. Francis. Namun bagi baginda, perubahan politik tersebut peru dijalnkan
secara perlahan-lahan. Usaha awalnya adalah dengan memberikan pengetahuan
politik di peringkat tempatan dalam kalanagan rakyat Thai contohnya dalam
pengundian ketua kampung.

Pada tahun 1927 baginda bersama-sama penasihat diraja sebulat suara


berpendapat sistem demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara pada masa
itu masih belum sesuai dijalankan di Siam. Namun disebabkan kemelesetan
ekonomi dunia dalam tahun 1929-1932, telah memperlihatkan kekecewaan
golongan pertengahan dalam bidang politik telah mempergunakan peluang
tersebut untuk memperlihatkan kabinet golongan putera tidak cekap seperti
yang diharapkan oleh rakyat dan raja serta putera menjadi sasaran kecaman
politik mereka. Kebanyakan pendapat mengatakan, tempoh pemerintahan
Prajadiphok merupakan masa kesedaran sosiopolitik dan ekonomi rakyat Siam
khasnya yang tinggal di bandar. Krisis ekonomi yang berlaku dalam tahun 1930-
1932 telah mengakibatkan pergaduhan dalam kabinet dan kesannya telah
melemahkan pihal berkuasa.

Khana Rat ditubuhkan pada tahun 1927 di Paris apabila beberapa orang
terpelajar Thai di perancis berkumpul untuk merancang suatu tindakan untuk
mengubah sistem tradisional politik Siam kepada sistem demokrasi berparlimen.
Pelajar-pelajar terlibat ialah seperti Leftenan Plaek Khittasangha, Pridi Panomyong
dan Leftenan Prayun Phamonmontri. Dalam mesyuarat itu Pridi telah dipilih
sebagai ketua Khana Ratsadon. Selepas itu, Phraya Phahnon dipilih sebagai ketua
Khana Rat. Khana Rat melakukan coup detat pada 24 Jun 1932 tanpa
pertumpaha darah. Pada 10 Disember 1932, Prajadhipok mengumumkan
perlembagaan baru Siam. Dalam keadaan yang belum stabil itu, berlaku pula
pergaduhan antara pemimpin Khana Rat, terutamanya Pridi dengan kerajaan
Phraya Manapakorn mengenai kertas putih Rancangan Ekonomi Thai. Akibatnya,
Prajadhipok telah pergi ke seberang dalam bulan Januari 1934 atas alasan dia
memerlukan rawatan khas untuk matanya. Kaum bangsawan juga idak dapat
menggantikan tempatnya20 dan meletak jawatan pada 2 Mac 1935 dan terus
tinggal di England sehingga kemangkatannya pada 30 Mei 1941. 21

20 D.G.E.Hall 1979. Sejarah Asia Tenggara


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 26

Raja Bhumibol Adulyadej (1946-kini)

Raja Bhumibol merupakan adik kepada Raja Ananda yang dibunuh secara
misteri. Raja Bhumibol menggantikan Ananda sebagai raja berperlembagaan
Thailand. Walaupun Bhumibol merupakan seorang raja berpelembagaan, namun
beliau dilihat telah beberapa kali campurtangan dalam hal ehwal politik Thailand
termasuk krisis politik Thailand pada 2005-2006. Beliau juga berperanan dalam
membawa negara Thai ke arus demokrasi pada 1990-an walaupun pada awalnya
beliau pernah menyokong pemerintahan rejim tentera. Baru-baru ini beliau
menyokong perbuatan pihak tentera yang menggulingkan kerajaan Thaksin
Shinawatra semasa kudeta Thailand 2006.22

B. Ekonomi
Rama III bukan sahaja berjaya meluaskan kuasa Siam malah baginda juga
berjaya menguatkan kedudukan ekonomi dan perniagaan Siam yang telah runtuh
pada zaman Rama II. Phongsawadan rama III melaporkan bahawa pada masa
akhir pemerintahan Rama III, perbendaharaan di raja adalah penuh kesan
kepintaran raja dan dipercayai Chulalangkornn berjaya membayar wang
pampasan kepada Perancis pada tahun 1893 dengan wang tunai daripada
simpanan yang dikumpulkan Rama III. Melalui perjanjian Burney, rama III
bersetuju membuka perniagaan negerinegeri Barat secara meluas pada tahun
1826 berdasarkan keselamatan Siam dan kedudukannya yang kuat ke atas
negeri-negeri naungan Siam di Utara Tanah melayu. Ini dilakukan setelah
mengambilkira kemenangan British menguasai Myanmar dan rama III
menganggap British lebih berguna sebagai sahabat berbanding musuh.

21 Op.Cit.hlm 244-267

22 Thaksin mengeluarkan pernyataan bahwa ada Sosok karismatik yang ekstra-konstitusional ingin
menjatuhkan dirinya. Para analis menduga sosok yang dimaksud adalah Raja Bhumibol Adulyadej atau Jenderal
Prem Tinsulanonda, mantan PM Thailand di era 80-an. Inilah beberapa blunder Thaksin yang
menghempaskannya dari kursi kekuasaan berkaitan dengan konfliknya dengan raja.
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 27

Hubungan ini berjalan dengan rasmi pada tahun 1826 dan memberi jaminan
kepada Siam khasnya keselamatan Siam dari ancaman Myanmar dan kebebasan
untuk menghalang ancaman dari arah-arah lain dan menyelesaikan masalah dan
kacau bilau di Utara Tanah Melayu. Disebabkan berlaku perubahan suasana
politik di Asia, Inggeris meminta perundingan semula untuk meninda syarat-
syarat perjanjian. Namun Rama III tidakmahu bertolak ansur dengan sebarang
permintaan yang akan merugikan pengaruh dan kedudukan Siam, ditambah
dengan masalah kesihatan Rama III maka telah menyerahkan hal itu kepada dua
senabodinya yang kemudian menolak perkara tersebut. Ini menyebabkan
23
hubungan Siam Inggeris mula tegang.

Seterusnya, Raja Mongkut telah meneruskan dasar buka pintu yang telah
diamalkan oleh Rama III yang telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang
Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa. Ditambah lagi
dengan keazaman British untuk meluaskan perniagaannya di rantau Asia
tenggara selepas kemenangannya ke atas China dalam Perang Candu 1842.
Mongkut yang sedar dan sanggup menerima tuntutan British itu demi
menyelamatkan kedaulatan Siam. Namun bagi mengguragkan pergantungan
dengan British, Mongkut menggunakan dasar Rama III yang menggalakkan
negeri-negeri Barat yang lain untuk membuat perjanjian yang sama coraknya
dengan Perjanjian Bowring. Dengan itu Siam telah membuat perjanjian dengan
Amerika Syarikat dan Perancis.24 Kesannya, sistem ekonomi tukar barang telah
digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi
eksport utama Siam. Eksport beras yang selama ini disekat telah dibenarkan oleh
Mongkut dan Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.

Raja Chulangkorn telah menubuhkan Jabatan Pemeriksa Kira-Kira Diraja.


Baginda memulihkan sistem pentadbiran tradisional Siam, iaitu sistem senabodi
Jatusadom dan menggantikannya dengan sistem kabinet dan thesaphiban.
Tujuan baginda adalah untuk memaksa golongan khunnang yang menjalankan
pengutipan cukai kerajaan supaya menghantar hasil kutipan cukai ke Jabatan

23 Sejarah Thai Zaman Bangkok.Op.Cit hlm 66-70

24 Op.Cit.hlm 194
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 28

Baru itu, dan memberhentikan amalan semua kutipan cukai dihantar kepada
Senabodi Krom. Senabodi membuat keputusan mengenai jumlah kutipan-kutipan
cukai yang akan diserahkan kepada khazanah diraja. Dengan penubuhan badan
khas untuk menguruskan semua jenis cukai kerajaan, Chulalangkorn menolak
golongan khunnang yang di bawah pengaruh dan kuasa pemangku raja sebagai
sumber ekonomi dan kekayaan mereka. Sebaliknya jabatan audit akan menarik
semula kuasa kewangan diraja kepada raja pemerintah seperti yang wujud pada
zaman pemerintahan Rama III.25

Ketidakcekapan Vajiravudh dalam urusan kewangan dan perbelanjaan


diraja merupakan punca utama kemerosotan ekonomi Siam pada tahun 1925
selepas pemerintahan Chulalangkorn. Misalnya, semasa majlis pertabalan
baginda pada 1911, Vajiravudh telah membelanjakan wang Siam dengan
berlebih-lebihan walaupun sedar pada ketika itu Siam sedang menghadapi
kesulitan ekonomi. Perbelanjaan asas kerajaan Vajiravudh yang besar ialah
perbelanjaan ketenteraan, perbelanjaan kegiatan sastera dan seni diraja. Oleh
itu, Vajiravudh menubuhkan jawatankuasa untuk memeriksa pendapatan dan
perbelanjaan negara tetapi tidak begitu berfungsi dan dalam 15 tahun
pemerintahan beliau, kewangan Siam telah habis digunakan dan Siam menjad
negara yang menanggung hutang. Sir Edward Cook penasihat Kewangan Siam
melaporkan bahawa Ketidakcekapan Vajiravudh dalam urusan kewangan dan
perbelanjaan diraja merupakan punca utama kemerosotan ekonomi Siam. Cook
telah menghantar satu memo kepada Vajiravudh pada tahun 1925 yang
membeitahu perbelanjaan diraja Siam adalah paling besar jika dibandingkan
dengan negara-negara lain yang mempunyai pemerintahan beraja misalnya
Jepun, Denmark dan lain-lain. Perbelanjaan diraja negara itu adalah lebih kurang
0.13 peratus san 0.33 belanjawan setahun manakala perbelanjaan diraja Siam
adalah 10.7 peratus.26

25 Op.Cit.hlm 176-177

26 Op.cit.hlm 241
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 29

Pada zaman pemerintahan Raja Prajadhipok, masalah ekonomi yang


timbul pada tahun 1925 merupakan kesan daripada kegagalan Vajiravudh untuk
mengawal perbelanjaan negara sepanjang 15 tahun. Oleh itu Prajadiphok telah
menjalankan beberapa langkah seperti memotong perbelanjaan dan tidak
menaikkan kadar cukai yang dikutip daripada rakyat. Memberhentikan
perkhidmatan pegawai-pegawai awam terutama daripada Jabatan Hiburan dan
memperkenalkan rancangan ekonomi berjimat yang ketat dengan bantuan Sir
edward Cook. Selain memotong perbelanjaan diraja dan perkhidmatan awam,
perbelanjaan kemnterian juga dikurangkan khasnya kementerian yang tidak
memberikan produktif kkepada ekonomi, misalnya pertahanan dan pentadbiran.
Perbelanjaan jimat cermat ini mencapai tujuannya. Anngaran belanjawan tahun
1928-29 menunjukkan lebihan 15 juta bath yang akan membolehkan Siam
membayar hutangnya serta melabur dalam pembinaan landasan keretapi dan
pengairan, yang akan memulihkan Siam. Cook menerangkan bahawa dasar
kewangan itu merupakan dasar konservatif yang paling baik. Menjelang
1929, ekonomi Siam semakin meningkat dan menjelang tahun 1930-an, tidak
mustahil kemakmuran ekonomi akan dapat dicapai seperti zaman Chulalangkorn.
27

Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah dari tahun 1946 sehingga kini
merupakan salah seorang jutawan dunia. Bhumibol dilihat banyak menggunakan
kemewahannya untuk membiayai projek pembangunan terutama sekali di
tempat-tempat perkampungan. Bhumibol juga mengambil berat hak dan
kesejahteraan petani kerana bagi beliau petani adalah segala-galanya.

C. Sosial

Dari aspek sosial, Taksin amat menitikberatkan soal agama. Menurut


Phongsawadan28 Krung Thonburi, Bahagian 65: menyebut Taksin sebagai bukan
sahaja penyelamat negara dan masyarakat tetapi juga penyelamat agama dan
kebahagiaan hidup rakyat di akhirat kelak. Idea telah muncul ketika zaman
keruntuhan Ayutthaya apabila timbul pelbagai persoalan tentang hubungan

27 Benjamin Butson hlm 95 dalam Dr. Kobkua Suwannathat-Pian. Hlm 249


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 30

antara raja - agama - masyarakat. Taksin telah mengemukakan falsafah politik


dan agama sebagai jawapan. Iaitu pengesahan seseorang raja berdasarkan pada
hubungan darah atau keluarga itu tidak lagi menjadi penting, sebaliknya
kebolehan peribadi serta bun-baramiinya di anggap sebagai faktor terpenting
untuk mengesahkan tuntutannya ke atas takhta Siam.

Selain pemulihan fizikal, Taksin juga menjalankan pemulihan mental. Taksin


dan Khunnang serta sami-sami telah sebulat suara memutuskan tugas pertama
kerajaan pusat ialah memberi keterangan yang munasabah dan lengkap kepada
masyarakat untuk menamatkan ketidakfahaman dan kekhuatiran rakyat
terhadap pengalaman pahit 1767 iaitu zaman kejatuhan Ayutthaya. Keterangan
ini akan membantu Taksin dan pembesar-pembesar untuk melakukan rancangan
pemulihan mental. Penjelasan adalah raja dan rakyat mesti ikut ajaran agama
yang suci. Raja harus memperlihatkan sikap adil, alim dan bertanggungjawab
terhadap kebajikan masyarakat. Pembesar pula perlu membantu raja
memperbaiki masyarakat agar masyarakat mengikut ajaran agama manakala
sami berpegang kuat pada cara hidup mereka dan meningkatkan pengetahuan
mengenai ajaran agama yang asal.

Selain itu, Taksin telah bertindak mengatasi masalah kebuluran dan


kesusahan rakyat dengan menanggung keperluan seharian mereka sendiri. 29
Pada tahun 1768, Taksin menjalankan pembaikkan dan pembinaan 200 kuil dan
tempat kediaman sami serta menyusun semula ketua-ketua sami. Taksin juga
giat dalam menggumpulkan teks Tripitaka iaitu kitab suci agama buddha yang
sempurna.30

28 Jika pada Tamnan, agama Budha dan tokoh pengembangnya selalu menjadi sorotan, maka pada
historiografi tradisional baru yang disebut Phongsawadan ini, kerajaan menjadi sorotan utama. Bagaimana
kerajaan itu berkembang, mashyur, dan jatuh terekam dalam catatan karya historiografi jenis ini. Namun,
historiografi ini tetap memiliki ciri utama historiografi tradisional, yaitu tetap menjadikan the great men and
noblemen sebagai subjek. Tipe orang-orang besar yang dijadikan sorotan adalah raja-raja.

29 Prachum Phongsowadan bhg.65 hlm 22 dalam Sejarah Thai Zaman Bangkok.hlm 19

30 Sejarah Thai Zaman Bangkok.hlm 19


P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 31

Dari aspek sosial, Rama I menerang dan menyebarkan pemikiran dan


kefahaman sosiopolitik pemimpin setelah kejatuhan Ayutthaya supaya dapat
diserapkan oleh rakyat Siam tanpa salah faham. Nilai-nilai yang berhubung
dengan konsep baru diterangkan dengan tafsiran ajaran agama dan adat istiadat
yang tertumpu pada agama. Selain itu, Rama I juga mengembangkan sastera
dan sejarah di kalangan rakyat. Walaupun rakyat Siam tradisional masih buta
huruf pada keseluruhannya, tetapi terdapat bukti yang mengesahkan peranan
pengaruh sastera dan sejarah ke atas rakyat amnya, dan pembesar-pembesar
khasnya. Contohnya lukisan-lukisan yang menceritakan tentang sejarah riwayat
Buddha, cara hidup rakyat jelata, sastera klasik seperti Ramayana dan lain-lain.
Malah terdapat percubaan kuat oleh Rama I dan khunnang untuk menggalakkan
penulisan sastera dan sejarah yang disebarkan kepada golongan masyarakat
berkenaan.31 Rama I juga terlibat dalam rancangan menyemak semula keaslian
upacara-upacara mengikut ajaran agama dan adat istiadat Thai bagi menjamin
kedudukan utama agama Buddha dalam semua aspek hidup masyarakat. Rama I
juga ingin menghapuskan beberapa unsur yang kurang membina yang dilakukan
oleh Taksin.

Raja Nangklao atau Rama III telah berusaha memastikan keselamatan dan
kebebasan Siam sepanjang tempoh pemerintahannya. Baginda menjalankan
beberpa strategi termasuk melalui hubungan persahabatan Anglo-Siam (secara
rasmi pada 1826) membantu Siam dari ancaman Myanmar yang juga
membolehkan Siam bebas menyelesaikan masalah Kedah dan keadaan kacau
bilau di utara Tanah Melayu dan menguatkan pengaruhnya.

Sementara itu, Raja Mongkut atau Rama IV lebih menekankan perubahan


sosial dari aspek pelajaran, di mana Mongkut memperkenalkan pelajaran Barat
terutamanya bahasa-bahasa Eropah dan ilmu sains. Mongkut juga telah
menghapuskan sistem buruh paksa yang dikenali sebagai Corvee dan
digantikan dengan sistem buruh bergaji. Dari aspek agama, Mongkut
membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana mereka
juga menyebarkan pengetahuan Barat. Mongkut menghapuskan adat-adat
tertentu yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam seperti adat melarang

31 Ibid.hlm 28
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 32

rakyat melihat muka raja. Dari aspek perhubungan pula, Mongkut telah membina
jalan raya, jambatan dan terusan untuk menghubungkan kawasan pertanian.

Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan rancangan pemulihan bagi


Siam. Antaranya termasuklah dalam bidang pendidikan, infrastruktur, pos,
telekom, media massa, sosial, dan kehakiman. Baginda juga menghapuskan
amalan hamba abdi yang bermula pada tahun 1874 dan telah bertindak
menubuhkan pasukan pengawal keselamatan peribadi diraja. Semasa meletus
Perang Dunia I, kerajaan Siam memilih dasar berkecuali dan tidak mahu terlibat
dalam hal ehwal negara-negara Eropah yang boleh menjejaskan kedaulatan
Siam. Namun, Vajiravudh sedar tentang faedah yang akan diperolehi jika Siam
menyokong Pakatan Mesra dan Siam membuat keputusan memainkan peranan
semasa perang berlaku. Tujuannya untuk menguatkan tuntutan Siam dalam
pusingan perundingan yang akan datang dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar luar
yang diamalkan oleh pentadbiran Vijaravudh dikatakan berjaya.

Analisis

Pada dasarnya, sejarah Siam pada zaman Thonburi-Bangkok merupakan


sejarah pemerintah Taksin dan raja-raja dinasti Chakri yang menjadi
penggantinya. Jika diteliti, peranan utama raja dalam segala aspek kehidupan
Siam tamat selepas berlakunya revolusi pada tahun 1932. Tanda kekalahan
politik dinasti Chakri bagi generasi baru ialah perletakan jawatan raja pemerintah
iaitu Raja Prajadhipok pada tahun 1935. Selepas itu, golongan militari pula
menerajui kerajaan Thailand sehingga berlaku beberapa rampasa kuasa. Walau
bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa dari segi politik, pemerintahan beraja
mutlak berjaya menubuhkan sebuah negara yang kukuh seperti pemerintahan
Raja Bhumibol kini walaupun menghadapi pelbagai masalah politik dalam negara.
Di sini dapat dilihat betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh seorang
raja dalam menjamin keselamatan dan keamanan negaranya. Kecekapan dan
kebijaksanaan dalam pentadbiran negara khasnya aspek politik merupakan
suatu syarat utama pemerintah mendapat sokongan rakyat dan pegawai-
pegawai istana. Namun, tidak dinafikan perancangan strategik dalam aspek
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 33

ekonomi dan sosial juga merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan
bagi menjamin kedaulatan sesebuah negara.

Kesimpulan

keseluruhannya, raja-raja Thai sememangnya memainkan peranan penting


dalam kancah politik Thailand. Namun demikian, peranan mereka dari aspek
ekonomi dan sosial juga tidak boleh dinafikan. Ini dapat dibuktikan dengan
kecekapan dan kebijaksanaan raja Thai dalam menyusun pentadbiran politik dan
merancang ekonomi Thai serta menjadikan Thailand sebagai sebuah negara yang
maju sehingga kini. Selain itu, aspek sosial seperti keagamaan juga merupakan
sesuatu perkara yang amat dititikberatkan dalam pentadbiran seseorang raja.
Konklusinya, hubungan di antara kebijaksanaan raja-ketaatan rakyat-ketaatan
pada agama-kesetiaan golongan khunnang dan pegawai istana-kemakmuran
ekonomi dan politik serta sistem pendidikan moden merupakan fakrtor-faktor
penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara Thai. Oleh itu,
kekurangan salah satu faktor di atas pasti akan menyebabkan kecacatan
sesebuah negara yang mendorong ke arah kehancurannya.

Rujukan
P e r a n a n R a j a T h a i d a l a m k a n c a h p o l i t i k T h a i l a n d | 34

Budaya Serata Dunia Thailand.Edisi Bahasa Melayu.1994.Times Edition Pte.Ltd

David A. Wilson et. Al. Diedit oleh George McTurnan Kahin. 1982. Kerajaan dan
Politik Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Dr. Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanizah Hj Idris. 2006. Asia Tenggara Kontemporari. Kuala Lumpur : Penerbit


Universiti Malaya.

John Bastin dan Hary J. Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden penjajahan
Nasionalisme dan Kebijahan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thawatt Mokarapong terjemahan Wan Azaham Wan Mohamad. 1987. Kajian


Tingkah Laku Politik Sejarah Revolusi Thai. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

www.geocities.com/cominglucky/sejarah_asia.htm

www.mail-archive.com/dharmajala@yahoogroups.../msg06519.html

Anda mungkin juga menyukai