Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Sejarawan berpendapat bahawa definisi dan konsep perhambaan (slavery) dan hamba (slave) itu

sememangnya berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Hamba dari sudut

pandangan barat memberikan konsep perhambaan yang lebih bersifat perkauman apabila hanya

mereka yang berketurunan Afrika dan kaum asli Amerika yang tertakluk kepada sistem

perhambaan itu sendiri. Secara umumnya, konsep perhambaan barat ini melihat hamba itu

sebagai harta dan barangan komoditi yang dimiliki oleh tuan-tuan hamba. Menurut Lovejoy:

“Slavery as a specific form of exploitation, had a number of characteristic which it from

other forms of exploitation. First, slaves were property. As individuals they were owned, and

whike they were recognized as human being their fundamental characteristic was that they

were commodities.”1

Menurut padangan Morga pula:

“These slaves constitute the main capital and wealth of the natives of these
islands, they are both very useful and necessary for the working of their farms.
Thus they are sold, exchanged, and traded, just like any other article of
merchandise, from village to village, from province to province, and indeed from
island to island.”2

Pernyataan Morga di atas adalah antara satu contoh kritikal dari puluhan sumber barat
tentang konsep perhambaan di Asia Tenggara.

Dari sudut padangan tempatan pula, definisi dan konsep hamba adalah berbeza dengan padangan

barat. Namun, Reid tidak menafikan konsep Barat apabila beliau bersetuju dengan salah satu
1
Paul E. Lovejoy., 1981. The Ideology of Slavery in Africa. Sage Publications. Hlm.
2
Laura Lee Junker, 1999, Raiding, Trading, and Feasting: The Political Economy of Philippine Chiefdoms,
University of Hawai'i Press. Hlm. 131.
definisi yang diberikan oleh Nieboer untuk membersihkan definisi hamba itu sebagai “a man

who is the property of another, politically and socially at a lower level than the mass of the

people anda performing compulsory labour.” Reid telah menambah, sesuatu kumpulan itu tidak

boleh menjadi hamba sekiranya beberapa hamba telah menjadi kaya dan berkuasa. Kekayaan si

kaya dan kekuasaan si kuat terletak pada tenaga hamba yang tergantung dan berkumpul di sekitar

mereka sebaliknya, bagi si miskin dan si lemah, jaminan keamanan dan keselamatan yang

mereka bergantung sepenuhnya kepada seseorang yang cukup kuat untuk menjaga kehidupan

mereka.3

Sistem perhambaan di Asia Tenggara telah wujud dan berkembang sejak abad ke-17 lagi
yang dimulai dengan adanya penaklukan oleh kelompok yang paling kuat dan memiliki
kekuasaan ke atas kelompok yang lemah. Akibatnya, banyak negeri di Asia Tenggara yang telah
jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat. British bertapak di Myanmar dan Tanah Melayu, Balanda di
Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Kepemilikan kekuasaan ekonomi dan politik menjadikan
sumber dan peluang berkembangnya perhambaan sebagai akibat dari penaklukan yang dibayar
dengan suatu pengabdian yang mutlak.4

Maka dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kedatangan kuasa barat ke Asia
Tenggara membawa pertembungan budaya sehingga terhapusnya sistem perhambaan.

Perhambaan di Eropah

Revolusi Perancis 1789

3
Anthony Reid, Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia, Silkworm Books, Thailand, 1999, hlm. 177.
4
Anthony Reid, Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia, Silkworm Books, Thailand, 1999, hlm. 176.
Sebelum berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789 yakni pada zaman pemerintahan
Raja Loius XVI, golongan estet ketiga iaitu golongan petani merupakan golongan yang
mengalami kemiskinan yang teruk disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh golongan
atasan. Dengan kata lain, ahli di dalam golongan ini terdiri daripada petani yang miskin
sehinggalah saudagar antarabangsa yang kaya. Sesetengah masyarakat terpaksa menjadi hamba
yang dijual mahupun dibeli apabila tanah yang didiami oleh tidak mampu dipertahankan bagi
malangsaikan cukai malah mereka ini juga tidak mempunyai tanah individu sehinggakan
terpaksa menyewa dan berkerja di tanah milik golongan bangsawan.5

Cukai garam “gabelle” merupakan sebuah cukai yang dianggap suatu penindasan yang
6
berat bagi masyarakat perancis. Misalnya mengikut undang-undang perancis, individu yang
berumur 7 tahun ke atas perlu membeli sebanyak tujuh pound garam dalam masa setahun malah
keadaan tersebut dianggap sebagai kewajipan bagi golongan tersebut untuk mengelakkan diri
daripada didenda.7 Keadaan bertambah buruk apabila individu tersebut dikenakan cukai
mengikut jumlah sebenar garam yang dibeli. 8 Mengikut taksiran, kira-kira 10 000 daripada
mereka setiap tahun dipenjarakan, 2000 dihukum menjadi hamba abdi, dan beberapa ratus
dilaksanakan atas kesalahan melanggar undang-undang garam semata-mata.9

Kejayaan besar yang dimiliki oleh masyarakat melalui Revolusi Perancis pada thun 1789
adalah penghapusan secara berpelembagaan sistem feudal dan perhambaan masyarakat dengan
mengambil satu langkah yang berani kearah memperjuangkan hak persamaan dalam masyarakat.
Di dalam perhimpunan tersebut telah mengisytiharkan bahawa menghapuskan bayaran dan
perhambaan untuk kaum feudal yang ditindas. Keadaan ini memberi impak kepada golongan

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
5

Lumpur, 2003, hlmn 4-5.

Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
6

Singapore, 1938, hlmn 10

7
Ibid, hlmn 10.

8
John Lough M.A, An Introduction Eighteenth Century France, Longman Group Limited, London, 1960,
hlmn 49.

Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
9

Singapore, 1938, hlmn 11.


atasan seperti golongan bangsawan dan paderi dimana mereka perlu melucutkan hak-hak yang
telah diberikan kepada mereka malah hak perhambaan telah dihapuskan.10

Zaman Kesedaran Di Eropah

Mengikut catatan sejarah, perhambaan di Eropah telah dimansuhkan sejak kurun ke-18. Ia adalah
hasil tekanan daripada golongan intelektual yang kebanyakannya memperjuangkan fahaman
sekular berasaskan idea-idea kebebasan di mana ketika itu, Eropah sedang mengalami Zaman
Pencerahan dan Zaman Kesedaran.

Zaman Kesedaran merupakan satu gerakan intelektual yang bermula di Jerman, Perancis dan
Britain, pergerakan ini menular ke seluruh Eropah iaitu kira-kira pada tahun 1650-1800 yang
merujuk kepada perubahan cara pemikiran rakyat Eropah. A.M.W. Pranarka mengatakan bahawa
zaman ini adalah zaman yang penuh dengan aspirasi pembaharuan serta lebih ditandai atas
kepercayaan dan kemampuan pemikiran manusia.11 Rakyat Eropah yang mengalami kesedaran
Enlightenment mempercayai keagungan ilmu pengetahuan manusia, mereka juga telah
meninggalkan dan memperbaharui pemikiran tradisi.

Menurut John Locke, semua manusia lahir adalah bebas dan sama, mempunyai tiga hak sendiri
iaitu hak untuk hidup, kebebasan dan harta. Tujuan kerajaan bagi Locke adalah mempertahankan
tiga hak tersebut untuk rakyatnya dan jika gagal, kerajaan tersebut boleh digulingkan oleh
rakyatnya sendiri.12 Ketika era zaman “Enlightenment”, masyarakat mula mempersoalkan
kepercayaan agama mereka dan ajaran gereja secara terbuka. Ahli falsafah dan pembentuk
“reformers” telah mendesak amalan sistem perhambaan dihentikan dan mendorong kepada
kesamarataan sosial.

Revolusi Tahun 1848

10
Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971, hlmn
581.

11
A.M.W. Pranarka, Sejarah pemikiran tentang Pancasila, Malaysia: Yayasan Proklamasi, 1985. Hlm 263
12
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,
2002, hlm.168-169.
Salah satu faktor berlaku Revolusi tahun 1848 adalah disebabkan kebangkitan pemikiran
Liberalisme. Konsep liberal muncul semasa Revolusi Perancis tercetus pada tahun 1789.
Liberalisme sebenarnya berkaitan dengan kata Libertas yang berasal daripada bahasa Latin
dimana ianya membawa maksud kebebasan. Perjuangan kaum pekerja menerusi slogan
kebebasan (liberte), kesamaan (egalite) dan persaudaraan (fratenite) telah menjadi prinsip bagi
penyingkiran kekuasaan. Falsafah liberalisme kemudiannya dikembangkan oleh beberapa
pemikir, antaranya John Locke, Hume, Rousseau, Diderot, Lessing dan Immanuel Kant. 13

Revolusi 1848 turut meninggalkan kesan sosial dalam kehidupan masyarakat di negara-
negara yang terlibat. Perubahan yang berlaku dari aspek sosial ialah melihat kepada penghapusan
hukuman mati dan dagangan hamba abdi telah dimansuhkan di Perancis.14 Perancis yang pada
awalnya giat menjalankan aktiviti pemerdagangan hamba abdi, dan akhirnya aktiviti ini telah
tiba ke penamatnya. Apabila revolusi 1848 ini sendiri telah menjadi suatu titik permulaan dalam
penghapusan sosial yang turun temurun ini. Perubahan sosial dalam masyarakat Paris sendiri
telah terbukti apabila Republik di Perancis telah membuat suatu pengumuman semasa negara ini
mula mengamalkan demokrasi pemahaman sosial, dan kesaksamaan adalah merupakan suatu
unsur yang diterima dalam bidang hak-hak politik. Revolusi 1848 yang berlaku di Austria bukan
lah merupakan suatu kegagalan yang mutlak buat golongan pekerja. Meskipun tumpas di tangan
golongan konservatif, namun pemansuhan sistem perhambaan dan pembayaran kepada tuan
tanah tetap dilakukan.

Sistem Perhambaan Di Tanah Melayu

Institusi perhambaan merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri


Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat melambangkan pengaruh dan
kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu. Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang
pembesar, ini menunjukkan semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin
kukuhlah kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja. Institusi perhambaan
13
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan, 2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Hlm 68.
14
Selim Kurt, The Revolution of 1848 And Its Reflecction To Modern Political Mentality, Journal History School,
2014, Hlm 373
diwarisi dari zaman sebelum kerajaan Melaka dan sebelum zaman Islam lagi. Orang barat
mendakwa amalan perhambaan menyebabkan manusia hidup menderita. Bagi raja-raja dan
pembesar Melayu, institusi perhambaan menyumbang tenaga dalam bidang ekonomi.

Dasar Penghapusan Sistem Perhambaan

Kedatangan kuasa Barat juga telah mengubah sistem sosial di Tanah Melayu yang masih
mengamalkan sistem perhambaan. Dasar penghapusan sistem perhambaan ini merupakan salah
satu usaha kuasa Barat untuk menguasai sistem sosial masyarakat Melayu tradisional yang
sememangnya terkenal dengan amalan perhambaan sejak zaman pemerintahan tradisional lagi.
Di Tanah Melayu, terdapat beberapa golongan hamba seperti hamba raja, hamba abdi, hamba
perang, hamba berhutang, dan hamba15. Sistem perhambaan yang diamalkan oleh masyarakat
tradisional terutamanya golongan atasan seperti raja dan pembesar-pembesar tidak disenangi
oleh orang-orang Barat. Hal ini adalah disebabkan oleh mereka menganggap perbuatan tersebut
adalah tidak bertamadun dan semua manusia mempunyai hak sendiri dan juga kebebasan untuk
menjalankan kehidupan seharian mereka.

Melaka merupakan salah satu contoh negeri di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem
perhambaan. Kemunculan institusi perhambaan di Melaka sering dikaitkan dengan tradisi
perhambaan dalam masyarakat Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam masyarakat
hindu16. Hamba berfungsi untuk menyediakan tenaga manusia bagi menjalankan berbagai-bagai
kerja dalam masyarakat. selain daripada itu juga, hamba turut memainkan peranan dalam
meninggikan taraf seseorang yang menjadi pemilik mereka. Semakin ramai hamba yang dimilik,
semakin tinggi taraf sosial dan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Sebagai contoh,
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir merupakan salah seorang pembesar Melaka merupakan
orang yang terkaya pada zamannya.17
15
Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art
Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 50.
16
Muhammad Yusuff Hashim.(1989) Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada
Abad ke-15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 296.
17
Ibid.
Selain itu juga dengan adanya hamba, maka usaha menggerakkan tenaga manusia untuk
semua keperluan sosial dan ekonomi tidak menjadi masalah lagi. Hamba terdiri daripada hamba
lelaki dan perempuan. Hamba lelaki mengambil tugas untuk membuat segala pekerjaan yang
memerlukan tenaga seperti memanjat kelapa dan segala kerja-kerja berat seperti pekerjaan
mengayuh jong yang besar. Hamba perempuan yang disebut beti-beti pula bertugas untuk
membuat kerja rumah, membuat kerja di ladang sehinggalah kadang kala “dipakai” oleh
tuannya.18

Di Melaka, Hukum Kanun Melaka yang khas untuk menyatakan tugas dan taraf seorang
hamba telah disediakan. Terdapat tiga golongan hamba yang besar iaitu hamba biasa, hamba
berhutang, dan hamba raja. Hamba biasa dikenali sebagai biduanda, abdi dan hamba. Biduanda
dikatakan mempunyai kedudukan dan taraf yang lebih tinggi berbanding hamba-hamba yang
lain. Hamba berhutang pula ialah orang yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang
kepada pemiutang. Biasanya hamba berhutang turut melibatkan ahli kelurganya yang lain.
Sekiranya seseorang itu menjadi hamba berhutang, maka seluruh keluarganya menanggung
beban hutang dan secara tidak langsung turut menjadi hamba kepada pemiutang tersebut 19.
Hamba raja pula merupakan seseorang yang menjadi hamba kepada raja setelah mendapat
keampunan raja setelah melakukan sesuatu kesalahan jenayah. Hamba raja mendapat hak yang
istimewa dalam masyarakat sehingga diperundangkan dalam Hukum Kanun Melaka bahawa
sesiapa yang membunuh hamba raja akan menerima hukuman yang berat.20

Selain itu juga terdapat hamba yang menjadi hamba hulur kerana dengan rela hati ingin
menjadi hamba kepada raja atau orang-orang besar walaupun sudah diampunkan kesalahannya
dan diberikan kebebasan. Mereka akan menjadi hamba raja dan menjadi pengikut orang-orang
besar. Hamba raja ini akan diberi keistimewaan dan bertugas untuk membantu raja mencari
perempuan untuk dijadikan dayang-dayang dan pengasuh kepada orang-orang besar. Sekiranya
wanita-wanita itu telah bersuami maka secara tidak langsung suaminya turut akan menjadi
hamba dan dibawa ke istana dan mereka akan menjadi hamba untuk seumur hidup mereka 21.
18
Ibid.
19
Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art
Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 51.
20
Muhammad Yusuff Hashim.(1989) Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada
Abad ke-15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . hlm.297.
21
Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art
Printing Works Sdn.Bhd. 1982, hlm. 52.
Selain itu juga, telah menjadi kebiasaan apabila sultan memerintahkan pengikut-pengikutnya
untuk mengambil ramai wanita-wanita yang disukai ke istana untuk dijadikan dayang-dayang
secara paksaan seperti yang dilakukan oleh Sultan Abdullah. Hal ini ditulis oleh Birch dalam
jurnalnya:

“I was very much surprised at the number of women this man Abdullah carries about with him.
Every one of his attendants appears to be female… They are all young women and seem to be
excellent servants”

Selain itu juga, terdapat hamba yang menjadi hamba turun-temurun seperti hamba, abdi
dan biduanda. Namun begitu, terdapat juga hamba yang yang menjadi hamba untuk sementara
waktu sahaja seperti hamba berhutang dan hamba raja. Hamba raja akan dilepaskan oleh raja
dengan relanya atau hamba berhutang akan dibebaskan setelah membayar hutang berdasarkan
jangka waktu yang tertentu yang dijanjikan untuk berkhidmat dengan si pemiutang tadi 22. Hamba
perempuan yang berkhidmat di istana raja yang turut digelar dayang-dayang juga mempunyai
hak yang istimewa dalam masyarakat. kedudukan dayang-dayang ini akan lebih kukuh dan
istimewa jika dia dijadikan gundik oleh raja kerana anak yang dilahirkannya akan menduduki
kelas kerabat dengan memakai gelaran raja.23

Namun demikian, selepas kedatangan kuasa Barat, sistem perhambaan telah dihapuskan
supaya semua hamba-hamba dapat hidup seperti masyarakat yang lain. Di Tanah Melayu pihak
British telah menghapuskan aktiviti perhambaan dalam sistem sosial tradisional masyarakat
Melayu. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah sistem sosial tradisional yang
mengutamakan kelas sosial dan lebih mementingkan golongan pemerintah yang terdiri daripada
raja, pembesar, dan golongan bangsawan. Permintaan tin yang meningkat di negara Eropah
menyebabkan kuasa-kuasa Barat datang mencari tapak dan sumber bahan mentah di Tanah
Melayu. Ekonomi sultan juga bertambah baik melalui perdagangan hasil laut dan hasil hutan
juga telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja bertambah. Hal ini telah menyebabkan
sultan memerlukan lebih ramai tenaga kerja kerana hamba yang ada tidak mencukupi dan tenaga

22
Muhammad Yusuff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada Abad ke-
15-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989. hlm 298.
23
Ibid.
kerja dari pedagang asing diperlukan. Namun demikian, negara Holand dan Britain telah
menyekat pemerdagangan hamba24.

Selain itu, peristiwa pembunuhan J.W.W Birch turut menjadi sebab kepada pemansuhan
sistem hamba25. Sebab utama perselisihan itu berbangkit adalah disebabkan krisis yang berlaku
akibat daripada institusi hamba berhutang. Residensi yang terdapat di Bandar baharu menjadi
tempat perlindungan hamba yang lepas lari. Hal ini telah membangkitkan kemarahan tuan-tuan
hamba. Mereka telah menganggap Birch sebagai pencuri harta mereka. Keadaan ini telah
menjadi semakin buruk kerana kebanyakan hamba-hamba ini terdiri daripada golongan
perempuan26. Ketika Birch berada di Singapura, Sultan Abdullah telah menuntut kembali tiga
hamba perempuannya dan seorang hamba lelaki yang ditahan oleh inspektor Melayu kerana telah
menembak orang suruhan Birch.

Selain daripada itu juga, beliau juga telah meminta Birch supaya mengembalikan seorang
perempuan yang pergi ke residensi untuk berkahwin dengan seorang budak suruhan Birch. Hal
ini adalah disebabkan oleh perkahwinan yang berlaku tanpa kebenarannya adalah bertentangan
dengan adat Melayu. Birch juga mempunyai standart moral zamannya yang berbeza sama sekali
tentang pengabdian. Hal ini jelas dalam isi surat yang diberikan Sir Andrew Clarke:

“bersabarlah dengan mereka (orang Melayu). Hamba hutang memang tidak baik, tetapi selagi
kita tidak bersedia untuk membayar ganti rugi dengan sepenuhnya dan menunjukkan sisitem
yang lebih baik untuk mendapatkan wang, biarkanlah dahulu.”

Selain itu, selepas kedatangan kuasa Barat, undang-undang baru telah dibentuk agar seseorang
yang mempunyai hamba perlulah memiliki lesen yang dibenarkan untuk memiliki hamba27.

Dasar Penghapusan Sistem Perhambaan.

24
Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art
Printing Works Sdn.Bhd, 1982,hlm. 65.
25
H.S. Barlow, swettenham, Kuala Lumpur: Southdene Sdn.Bhd, 1995, hlm.142.
26
C.D Cowan, Tanah Melayu Kurun Ke-19, Asal-usul Penguasaan Politik British, 1970, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
27
Patrick Sullivan, Social Relations Of Dependence In Malay State: Nineteenth Century Perak. Kuala Lumpur: Art
Printing Works Sdn.Bhd. 1982,hlm.66.
Kedatangan kuasa Barat juga telah mengubah sistem sosial di Thailand yang masih
mengamalkan sistem perhambaan. Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula
dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan
berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905 yang bertujuan untuk menonjolkan Thailand
sebagai sebuah negara yang beradap dan bertamadun sama seperti negara Barat yang lain 28.
Setelah pengaruh Barat masuk ke Thailand sistem sosial berubah, dan tiada lagi lapisan hamba di
Thailand. Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan
campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam29.

Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang


dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila bertembung
dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut,
orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk
menghormati raja mengikut cara sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja
dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Perubahan ini secara tidak langsung dapat menjaga
imej Thailand sebagai sebuah kuasa yang bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk
mengelak dari perluasan kuasa barat30. Namun secara tidak langsung, Thailand sememangnya
terlibat dengan dasar Barat walaupun tidak nampak dari segi zahir tetapi mereka terjajah dari
segi pemikiran.

Perhambaan di Asia Tenggara yang merupakan suatu fenomena yang terjadi terhadap kaum
bawah ini dilihat mempunyai peranan utama dalam bidang ekonomi di Asia Tenggara. Dapat
diperhatikan bahawa sebelum abad ke-19, hamba merupakan sumber utama mobiliti buruh di
Asia Tenggara namun mengalami perubahan yang amat ketara dimana puncak perdagangan pada
kurun ke-19 hamba lebih kepada fungsi pergundikan dimana pasaran hamba ini telah
digambarkan lebih menyerupai pasaran perkahwinan secara besar-besaran.

28
Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International
Perspective on Decolonization, Singapura: Singapura University Press, 2002, Hlm. 27.
29
Furnival, J.S.. Colonial Policy and Practice. New York: New York University Press. 1956, Hlm.3-4.
30
Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International
Perspective on Decolonization, 2002, Hlm. 27.
Walaupun idea sistem perhambaan ini telah lama menapak dalam sistem ekonomi
masyarakat tradisional negara-negara Asia Tenggara, namun pada abad ke-19 semasa era
penjajahan, sistem ini ditentang hebat oleh golongan penjajah kerana dianggap bertentangan
dengan hak asasi manusia dan ia bertentangan dengan amalan kerajaan yang bertamadun.
Malahan masyarakat juga menentang sistem perhambaan ini kerana dianggap merugikan
ekonomi masyarakat setempat.

Lalu, ada usaha-usaha yang dijalankan oleh khususnya golongan berkuasa tertentu antaranya
penjajah untuk menghapuskan sistem ini. Penghapusan perhambaan ini mulai beransur-ansur
bermulanya pemerintahan Eropah mengambil langkah menentang perhambaan di kolonial-
kolonial mereka pada abad ke-19. Perdagangan hamba dilarang oleh Parlimen Inggeris pada
tahun 1807, dan larangan serupa dilakukan atas Perancis dalam Perjanjian Wina tahun 1815.
Negeri Belanda juga bergerak ke arah yang sama di tanah-tanah jajahannya pada tahun 1818.
Sehingga tahun 1910, Belanda berusaha untuk menghapuskan aktiviti perhambaan di Batak.
Pada tahun 1926, British
menebus hamba-hamba Hukawng Kachindominated di timur Lembah Burma.
Siam juga membuat sistem perhambaan itu secara tidak sah dari tahun 1874 dan 1905.

Anda mungkin juga menyukai