Anda di halaman 1dari 6

1.

Terangkan evolusi revolusi industri

Menurut sejarah revolusi industri, revolusi ini telah wujud sejak abad ke-18 lagi

iaitu dikenali sebagai revolusi industri 1.0. Penemuan mesin wap untuk produksi

barang telah memberi petanda awal kemunculan revolusi tersebut.Perubahan besar

dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada

sosioekonomi eropah pada masa itu. Revolusi 1.0 bermula pada tahun 1750 di

Eropah. Pada abad ke-18, sumber tenaga utama dalam melakukan proses produksi

masih menggunakan tenaga tradisional kerana mesin-mesin canggih masih belum

wujud pada ketika itu. Seterusnya revolusi 2.0 iaitu revolusi industri kedua yang telah

menemukan tenaga elektrik . Semua kenderaan dikendalikan dengan menggunakan

tenaga elektrik. Tidak hanya sektor kenderaan, revolusi 2.0 juga memberikan

pengaruh yang kuat kepada perang dunia kedua. Pada abad ke-20 pula berlakunya

revolusi industri 3.0.Banyak teknologi canggih secara digital telah dicipta pada masa

ini. Revolusi industri ketiga ini dikira amat penting kerana prosesnya amat sukar

dilakukan dan memerlukan tingkat ketelitian yang tinggi. Kini bermula dari tahun

2000 hingga kini . Revolusi 4.0 telah berlaku dan semua teknologi dimajukan.

Revolusi ini memfokuskan pada perkembangan dunia digital seperti Internet Of

Things(IOT). Perubahan revolusi ini memberikan perubahan yang sangat significant

dalam semua aspek , Semua bidang pekerjaan, pendidikan sehinggalah pola hidup

masyarakat sehari-hari diterapkan dengan aspek digital. Semua manusia bergantung

dengan teknologi untuk memajukan diri dan membantu mereka dalam menjalankan

kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh, telefon canggih berjenama mahal telah


diciptakan dan sudah tentunya memiliki fungsi yang bermacam-macam untuk

membantu manusia dalam mencari maklumat.

2.Bincangkan secara ringkas 4 kesan penting ir 4.0 terhadap pengajaran dan

pembelajaran di peringkat Pengajian Tinggi.

Antara kesan revolusi industri 4.0 terhadap pengajaran dan pembelajaran di


peringkat pengajian tinggi ialah pelajar mudah untuk memperolehi maklumat
mengenai sesuatu topik pelajaran. Dengan hanya di hujung jari pelajar boleh
menggunakan aplikasi “Google” untuk mencari maklumat dan tidak perlu ke
perpustakaan lagi. Teknologi yang semakin canggih pada ketika ini seperti
terdapatnya telefon pintar membantu pelajar pengajian tinggi untuk lebih mudah
memperolehi maklumat yang mereka ingini.

Seterusnya, dengan fasa pandemik pada ketika ini kemajuan revolusi 4.0 juga
telah memudahkan pensyarah-pensyarah untuk melakukan tugas mereka iaitu
melaksanakan aktiviti pengajaran hanya dalam talian. Dengan adanya aplikasi seperti
“Google meet” dan ‘Webex” maka para pensyarah dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran hanya dalam talian melalui kedua-dua aplikasi ini. Oleh itu, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tidak tertangguh walaupun hanya dapat dijalankan di
rumah masing-masing. Jelas teknologi pada ketika ini telah memudahkan masyarakat
untuk berkomunikasi jarak jauh.

Selain itu, menjimatkan kos juga merupakan kesan revolusi industri 4.0 kepada
pengajaran dan pendidikan, Kos dari segi kewangan dan dari segi masa dapat
dijimatkan. Hal ini demikian kerana, hampir semua modul-modul pembelajaran
dimuatnaik dalam platform-platform internet yang berkaitan. Oleh itu pelajar tidak
perlu membelanjakan wang dengan banyak dan sekaligus menjimatkan masa mereka
untuk memperolehi satu bahan bacaan dengan mudah.
Disamping itu terdapat juga kesan buruk revolusi industri 4.0 ini terhadap
pendidikan pengajian tinggi seperti mudah berlakunya plagiat. Tidak dapat dinafikan
bahan bacaan dan hasil kajian individu lain mudah diperolehi dalam internet . Oleh
itu kesahihan tugasan yang pelajar lakukan sukar dipastikan kerana berkemungkinan
besar mereka hanya meniru hasil kerja orang lain dan pensyarah sukar untuk
mengesan kesalahan tersebut.

3.Adakah perkembangan ir4.0 membawa lebih kebaikan daripada keburukan?

Pada pendapat saya perkembangan ir4.0 lebih memberikan kebaikan lebih daripada
keburukan.. Antara kebaikan perkembangan ir4.0 ini ialah menjimatkan kos. Sebagai
contoh mesin-mesin digital yang digunakan di dalam cafe seperti mesin pelayan,
mesin mengambil pesan dapat menjimatkan kos majikan daripada membayar gaji
pekerja dengan banyak. Mesin-mesin yang dicipta sesuai dengan kemampuan
manusia boleh digunakan oleh majikan kerana tenaga mesin akan mempercepatkan
lagi proses membuat kerja lebih daripada manusia.

Selain itu, perkembangan ir4.0 juga dapat memudahkan urusan masyarakat


sehari-hari. Contohnya dahulu tidak ada mesin basuh untuk mencuci pakaian dan
manusia terutama sekali yang bergelar suri rumah perlu mencuci secara manual iaitu
menggunakan tangan. Dengan adanya mesin basuh tugas suri rumah menjadi semakin
ringan dan menjimatkan masa mereka.

Disamping itu, memudahkan proses penyampaian maklumat juga merupakan


kelebihan revolusi 4.0. Dengan adanya peranti yang semakin canggih iaitu telefon
pintar, maka masyarakat mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain walaupun
jarak jauh. Hal ini memudahkan masyarakat untuk menyampaikan maklumat dengan
mudah dan pantas tanpa perlu menunggu masa untuk berjumpa.

Memajukan ekonomi negara juga merupakan kelebihan revolusi 4.0. Dengan


adanya teknologi-teknologi canggih, Negara mampu berdaya saing dengan negara
lain . Pekerja-pekerja juga menjadi semakin termotivasi kerana kehadiran teknologi
telah memudahkan pekerjaan mereka dalam sesebuah organisasi. Contohnya dengan
adanya mesin-mesin canggih dalam sesebuah kikang maka para pekerja tidak perlu
melakukan sesuatu kerja secara manual. Contohnya kilang pemprosesan air mineral
terdapat mesin untuk memasang label stiker pada botol, oleh itu pekerja tidak perlu
memasang label stiker dengan cara manual dan ini dapat menyiapkan kerja mereka
dengan cepat.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah Revolusi industri 4.0 akan


mempengaruhi tenaga kerja masa depan?

Pada pendapat saya, revolusi industri 4.0 boleh mempengaruhi pengambilan

tenaga buruh pada masa akan datang. Sekiranya majikan hanya bergantung

sepenuhnya dengan mesin maka bilangan pekerja yang diperlukan akan semakin

menurun oleh itu banyak pengangguran yang akan berlaku terutama sekali dalam

kalangan penduduk yang tidak mempunyai pendidikan. Tidak dapat dinafikan

pergantungan sepenuhnya terhadap teknologi canggih akan menyukarkan masyarakat

untuk medapat pekerjaan kerana mesin elektronik canggih telah menggantikan tugas

manusia. Kekurangan tenaga mahir menjadi cabaran terbesar dalam revolusi industri

4.0 ini. Namun tidak dapat dinafikan bahawa revolusi industri 4.0 juga telah

memberikan kesan yang positif kepada masyarakat. Jika dahulunya gerak langkah

manusia terbatas kerana tenaga dan kemampuan alam, kini revolusi industri telah

memberikan masyarakat ruang gerak yang bebas dan adil dalam menjalankan aktiviti

seharian. Teknologi-teknologi canggih pada masa kini telah memudahkan masyarakat

dalam melakukan kerja sehari-hari. Namun yang menjadi kebimbangan adalah

sekiranya revolusi ini pesat berlaku dan banyak mesin yang boleh menggantikan
tugas manusia dicipta maka berkemungkinan besar tenaga manusi semakin tidak

diperlukan lagi terutama sekali golongan yang tidak mahir dalam teknologi

maklumat.

5. Bincangkan manfaat yang dapat diperolehi oleh sesebuah negara hasil

daripada perkembangan ir.

Manfaat yang dapat diperolehi oleh sesebuah negara hasil daripada perkembangan

ir ialah kemajuan ekonomi. Penambahan teknologi-teknologi digital memampukan

sesebuah negara itu bersaing dengan negara luar sekaligus menarik minat pelabur

untuk melabur di dalam negara tersebut, maka dengan adanya pelaburan daripada

luar, pendapatan negara dapat ditingkatkan. Selain itu perkembangan ir juga mampu

melahirkan masyarakat yang celik IT. Dahulunya masyarakat buta IT kerana

teknologi-teknologi dahulu tidak secanggih zaman sekarang sehingga menyebabkan

masyarakat pada zaman dahulu tidak tahu menggunakan teknologi canggih seperti

telefon pintar, komputer dan peranti-peranti digital yang lain. Berbeza dengan

masyarakat zaman kini, mereka lebih terdedah dengan teknologi canggih dan telah

dilatih menggunakannya. Selain itu, negara mampu mengharumkan nama dimata

dunia kerana kemajuan teknologi yang dimiliki. Tidak dapat dinafikan revolusi ini

telah mengubah struktur sesebuah negara daripada tradisional menjadi semakin

moden. Teknologi-teknologi yang dicipta telah memudahkan proses sesuatu

perkejaan dan menjimatkan masa. Oleh itu, negara juga memperolehi manfaat yang

setimpal hasil daripada kemajuan teknologi yang dimilikinya.

Anda mungkin juga menyukai