Anda di halaman 1dari 9

TEKS MODERATOR

SEMINAR PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis.

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada semua barisan
panel, penonton dan para peserta yang hadir ke seminar pada hari ini.
Saya mewakili pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas
penglibatan dan sokongan anda semua dalam menyertai kami pada pagi
yang mulia ini.
Baiklah, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, tanpa membuang
masa lagi kita akan melanjutkan sesi seminar yang bertajuk: PERANAN
DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH.

Terlebih dahulu, sebelum memulakan sesi perbincangan bersama para


panel, ingin saya memperkenalkan hadirin sekalian moderator hari ini
iaitu saya sendiri (stella tangkawang) dan pasangan saya (elvinna eunice
anak hardy anton) yang akan menemani anda semua sepanjang seminar
ini berlangsung.

Hari ini kita akan bersama-sama dengan barisan panel yang bukan
calang-calang orangnya.
Saya perkenalkan Panel yang pertama yang bersama-sama kita pada hari
ini ialah Puan Alice Chang merupakan Pengarah Sektor Perdagangan &
Jabatan Wanita UNI-Global Union.
Selamat pagi Puan, Apa khabar hari ini ? Sihat ?
Terima Kasih Puan Alice.
Seterusnya, Panel yang kedua ialah Tuan Mohd Shahbudin Abdullah
merupakan Presiden Kesatuan Hotel dan Restoran Sabah.
Selamat pagi Tuan. Apa khabar hari ini ? Sihat ?
Terima Kasih Tuan.
Dan Panel yang ketiga ialah Puan Mariati Kastari merupakan
Setiausaha Kesatuan Ketua Tadbir Sekolah.
Selamat pagi Puan. Apa khabar hari ini ? Sihat ?
Terima Kasih Puan Mariati.
Kami amat berbesar hati menerima kehadiran panel-panel jemputan
pada hari ini. Oleh itu kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana
sudi meluangkan masa bersama kami.
Seterusnya, saya ingin memperkenalkan pula dua orang wakil panel
pelajar daripada Program Hubungan Industri iaitu Saudara Azman
Asyraf dan Saudari Nuraini Binti Aras. Apa khabar wakil panel pelajar
pagi ini ? sihat ?
Baiklah, terima kasih atas respon balas daripada semua panel jemputan
dan wakil panel pelajar yang hadir pada hari ini.
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian, suka saya memberitahu
para hadirin sekalian bahawa Seminar yang bertajuk “Peranan dan Hak
Berkesatuan di Sabah” ini adalah sebuah anjuran daripada Pelajar
Hubungan Industri yang mengambil Kursus Undang-Undang
Perburuhan bagi Semester 3 sesi 2021/2022. Seminar ini merupakan
salah satu tugasan penilaian bagi subjek ini dan kami dikehendaki
mengadakan sebuah seminar untuk memenuhi kriteria pemarkahan yang
ada. Justeru itu, tujuan seminar bukanlah semata-mata tentang
menyiapkan tugasan kami, tetapi untuk memberi pendedahan dan
pengetahuan baharu di samping kita berkongsi ilmu dalam seminar pada
pagi ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sebelum kita mulakan sesi perbincangan
bersama panel jemputan, kita akan menyaksikan terlebih dahulu
perkongsian yang akan disampaikan oleh wakil panel pelajar yang mana
akan membentangkan 3 akta dalam undang-undang buruh iaitu
Industrial Relations Act (IRA), Ordinan Buruh Sabah (OBS) dan Trade
Union Act (Akta Tua). Tujuan pembentangan daripada wakil panel
pelajar ini adalah untuk berkongsi tentang apa yang kami telah pelajari
dalam kursus Undang-undang Perburuhan yang mana ketiga-tiga akta ini
sangat penting untuk diketahui oleh semua orang terutamanya pekerja.
Baiklah, tanpa membuang masa, dijemput saudara Azman Asyraf untuk
membentangkan Ordinan Buruh Sabah (OBS) dan Trade Union Act
(Akta Tua).
Terima kasih saudara Azman Asyraf. Seterusnya, dijemput wakil panel
pelajar kedua iaitu saudari Nuraini Binti Aras untuk menyampaikan
perkongsian mengenai Akta Perhubungan Industri atau lebih dikenali
sebagai Industrial Relations Act (IRA).
Begitulah tadi perkongsian dan pembentangan yang diberikan oleh
kedua wakil panel pelajar kita. Terima kasih diucapkan kepada saudara
azman dan saudari nuraini.
Seterusnya, kita akan terus beralih kepada sesi perbincangan bersama
panel jemputan yang bukan calang-calang orang nya .
Baiklah, hadirin sekalian, selari dengan tajuk seminar hari ini iaitu
“Peranan dan Hak Berkesatuan di Sabah”, Saya rasa mesti ramai dalam
kalangan penonton hari ini kurang tahu akan maksud tajuk ini. Justeru
itu, kita akan memulakan sesi seminar dengan panel yang pertama iaitu
(Puan Alice Chang).
Round 1
Salam sejahterah Puan Alice, sebelum saya bertanyakan soalan,
bolehkah puan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kerjaya
puan ? Dipersilakan.
Terima kasih puan alice atas kesudian untuk berkongsi serba sedikit
mengenai latar belakang. .
Baiklah, sebelum saya bertanyakan soalan seterusnya kepada Panel, kita
akan menyaksikan tayangan video yang dikongsikan oleh Puan Alice.
Mari kita sama-sama menyaksikan tayangan tersebut.
Begitulah, tayangan video yang dikongsikan oleh puan alice.
Soalan seterusnya yang ingin diajukan kepada pihak puan adalah
mengenai kesatuan sekerja.
Soalan 1 puan alice: Apakah pandangan puan tentang hak berkesatuan di
Malaysia.
Terima Kasih Puan Alice. Perkongsian yang amat menarik sekali.
Hurai……..

Seterusnya, saya ingin mengajukan soalan pula kepada panel kita yang
kedua iaitu Tuan Shahbudin Abdullah.
Baiklah, Tuan, sebelum saya bertanyakan soalan, boleh Tuan
menceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan kerjaya Tuan ?
Terima kasih tuan kerana berkongsi serba sedikit mengenai latar
belakang dan kerjaya tuan.
Baiklah, Tuan Shahbudin, saya ingin bertanya kepada pihak tuan,
Soalan 2 (tuan shahbudin): Bagaimanakah tuan tertarik untuk menyertai
kesatuan sekerja ?
Terima kasih tuan atas penjelasan itu tadi. (hurai……..
Baiklah, terus kepada panel yang ketiga iaitu Puan Mariati Kastari.
Baiklah, Puan, bolehkah puan menceritakan serba sedikit tentang latar
belakang dan kerjaya puan ?
Terima kasih puan mariati kerana sudi berkongsi maklumat.
Puan Mariati, saya ingin mengajukan soalan kepada pihak Puan, pada
pandangan puan sendiri,
Soalan 3 (puan mariati): Apakah fungsi kesatuan kesatuan sekerja ?
Terima kasih puan atas respon yang diberikan. (Hurai……….

Round 2
Hadirin sekalian, kita telah mendengar respon-respon daripada para
panel mengenai kesatuan sekerja ini. Oleh itu, saya ingin bertanya lagi
kepada Puan Alice pula,
Soalan 3(puan alice: Apakah pengalaman yang puan perolehi sepanjang
menjadi ahli kesatuan sekerja ?
Wah wah wah..hebat sekali pengalaman yang telah diperolehi oleh puan
alice ya. (hurai….
Baiklah, seterusnya, saya ingin betanya pula kepada panel kita yang
kedua iaitu Tuan Shahbudin. Sebagai Presiden Kesatuan Hotel dan
Restoran Sabah, semestinya telah melalui banyak pengalaman dalam
kesatuan sekerja. Justeru itu, bolehkah Tuan jelaskan…
Soalan 4 (tuan shahbudin): Apakah isu yang sentiasa diperjuangkan di
dalam kesatuan sekerja ?
Terima kasih tuan shahbudin atas penjelasan yang diberikan sebentar
tadi. Hadirin sekalian, melalui penjelasan tuan shahbudin itu tadi,
kesatuan sekerja ini (hurai……….
Seterusnya, saya ingin bertanyakan soalan pula kepada panel kita yang
ketiga iaitu Puan Mariati Kastari.
Soalan 5 (puan mariati): Puan, bolehkah puan jelaskan, apakah
kelebihan menyertai kesatuan sekerja ini ?
Terima kasih puan atas pencerahan sebentar tadi. Hadirin sekalian,
rupanya banyak kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya menjadi
salah satu ahli kesatuan sekerja ini. (hurai……..

Round 3
Sudah 40 minit kita bersiaran pada pagi ini dan banyak info yang
berguna telah kita terima hingga ke saat ini. Sudah alang-alang kita
bersama dengan para panel yang sangat berpengetahuan ini, adalah rugi
jika kita tidak menanyakan soalan yang berkaitan dengan kesatuan
sekerja ini.
Oleh itu, saya ingin terus bertanya kepada puan alice chang,
Soalan 6 (puan alice): Apakah pencapaian yang telah diperolehi semasa
berkesatuan dari segi pencapaian puan sendiri ataupun organisasi ?
Dipersilakan puan.
Terima kasih puan kerana menjawab persoalan saya. Wah, nampaknya
bukan calang-calang ya pencapaian kesatuan sekerja ini. Hebat sekali.
Baiklah, saya ingin mengajukan soalan pula kepada Tuan Shahbudin.
Soalan 7 (tuan shahbudin): Tuan, bolehkah tuan jelaskan bagaimanakah
kesatuan sekerja ini bertindak dalam melindungi hak pekerja ?
Terima kasih tuan atas penjelasan itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian,
jelas daripada panel kita tadi menyatakan bahawa kesatuan ini mampu
melindungi hak-hak pekerja (hurai……
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada panel kita yang ketiga iaitu Puan
Mariati.
Soalan 8(puan mariati): Sebagai ahli kesatuan sekerja, selain daripada
menjaga hak dan kebajikan pekerja, adakah kesatuan sekerja ini
memberikan latihan atau mengadakan program yang boleh membantu
meningkatkan kualiti sesebuah kesatuan itu ?
Terima kasih Puan Mariati atas pencerahan sebentar tadi. Hadirin
sekalian, daripada pencerahan panel sebentar tadi, kesatuan sekerja ini
bukan sahaja menjaga dan melindungi hak pekerja tetapi juga turut
memberikan latihan kepada ahli-ahli kesatuan agar dapat meningkatkan
kualiti sesebuah kesatuan itu.
Baiklah, nampaknya masa sangat mencemburui kita, sebelum tamat sesi
kita pada pagi ini, saya ingin bertanyakan soalan terakhir kepada semua
panel dan setiap panel diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan
yang diberikan.
Soalan 9 (semua panel): Dari perspektif dan pandangan para panel
sendiri, apakah pesanan yang ingin disampaikan kepada mereka yang
bukan terdiri daripada ahli kesatuan sekerja dan para pelajar yang akan
memasuki alam pekerjaan nanti.
Kita mulakan dengan Puan Alice Chang. Dipersilakan.
Terima Kasih Puan Alice. Seterusnya, Tuan Shahbudin. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan, dan yang terakhir adalah Puan Mariati. Dipersilakan
Puan.

Terima Kasih Puan Mariati, terima kasih para panel yang lain atas
kesudian untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam seminar pada
hari ini. Melalui seminar hari ini, kita dapat tahu yang (...kesimpulan
moderator…).
Sebelum kita mengakhiri seminar pada pagi ini. Kita akan masuk kepada
sesi soal jawab. Saya akan mengutarakan soalan-soalan yang diajukan
oleh penonton. Oleh itu, mana-mana panel yang ingin menjawab soalan
yang diajukan adalah amat saya alu-alukan.

#Buka SESI SOAL JAWAB sekiranya terdapat baki masa#


#p/s: baiklah, nampaknya terdapat soalan yang dikemukakan oleh
penonton. Soalan daripada (nama).
#Dijemput para panel yang ada, yang boleh menjawab persoalan yang
ditanya oleh penonton sebentar tadi. Dipersilakan.
#Terima kasih atas panel yang sudi menjawab persoalan tersebut.
Diharap soalan-soalan yang dilontarkan oleh para peserta telah terjawab
dengan baik.
Baiklah, para hadirin sekalian, rasanya masa sangat mencemburui kita
semua. Rasanya masih nak berdiskusi lagi, namun apakan daya,
kekangan masa menghalang kita untuk berdiskusi lebih lama. Oleh itu,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel,
pensyarah dan para penonton yang menyaksikan seminar pada hari ini.
Diharapkan melalui seminar yang bertajuk Peranan dan Hak
Berkesatuan ini, sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan baru
kepada kita semua. Segala salah silap, tutur bicara yang ada
menyinggung perasaan, mohon dimaafkan. dan segala yang baik itu
datang nya dari tuhan dan tidak baik itu datangnya dari khilaf kami
sendiri. Mohon di maafkan mana yang terkurang.
Oleh hal yang demikian, kita kembali kepada pengacara majlis iaitu.
Sekian saja daripada kami, Terima Kasih !

Anda mungkin juga menyukai