Anda di halaman 1dari 1

2.

0 Penglibatan Pekerja Dalam Kesatuan Sekerja

Penglibatan pekerja dalam Kesatuan Sekerja bergantung kepada pekerja itu sendiri dalam memenuhi
kehendak dan keperluannya dalam pekerjaan. Penglibatan pekerja dalam jumlah yang ramai akan
menambahkan lagi kekuatan Kesatuan Sekerja dalam menuntut hak dan keperluan serta menjaga
kepentingan mereka dalam pekerjaan. Pelbagai faktor yang mendorong kepada keterlibatan pekerja
dalam kesatuan sekerja di Malaysia kini. Terdapat tiga faktor utama yang mendorong pekerja untuk
menyertai kesatuan sekerja iaitu motif ekonomi, perlindungan hak dan sebab-sebab sosial (Maimunah
Aminuddin, 2011). Motif ekonomi ialah dimana pekerja ingin menambah baik situasi ekonomi mereka
daripada keadaan sedia ada menjadi lebih baik. Hal ini dikaitkan dengan sesuatu isu yang melibatkan
masalah gaji, pembayaran bonus dan juga elaun-elaun tertentu. Penyertaan pekerja dalam Kesatuan
Sekerja dapat menambah baik terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan seperti upah dan faedah-
faedah yang akan diperolehi. Hal ini hanya mudah dicapai jika adannya kerjasama yang padu antara ahli-
ahlinya.

Kerjasama yang kuat diantara ahli-ahli dalam Kesatuan Sekerja memberikan kekuatan secara kolektif
untuk berunding dan melakukan proses tawar-menawar dengan majikan bagi mendapatkan terma-
terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik. Tambahan pula, keperluan dan keinginan yang
dikehendaki oleh ahli dalam kesatuan sekerja mudah disepakati bersama memudahkan lagi urusan yang
hendak dilakukan jika kerjasama dalam ahli itu sentiasa ada. Perkara yang lebih penting adalah untuk
kepentingan bersama dan bukannya peribadi yang mana mungkin memberi kesulitan atau kesusahan
kepada ahli yang lain. Di samping itu, penglibatan pekerja dalam kesatuan sekerja yang sah sudah
tentunya akan dilindungi undang-undang dimana hak dan tindakan mereka akan dilindungi serta hal-hal
yang berkaita dengannya selagi tidak menyalahi Akta Kesatuan Sekerja 1959. Oleh hal yang demikian,
kejayaan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak-hak pekerja dari segi terma dan syarat yang
lebih baik akan memberi pulangan yang baik dan faedah secara lansung kepada ahlinya.
Penambahbaikan dari aspek ekonomi pekerja sudah pasti menjadi kehendak dan keinginan setiap
pekerja dan kesatuan sekerja merupakan salah satu cara bagi pekerja mencapai matlamat tersebut. Hal
ini yang mengakibatkan kebanyakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja dan berjuang mencapai
matlamat seperti yang diinginkan dan diharapkan. Jika matlamat dan keinginan para pekerja dapat
dicapai maka pembangunan dari aspek ekonomi atau pun dari segi mata pencarian mereka lebih baik.
Bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pekerja itu sendiri malah kepada tanggunggan si pekerja
khasnya pekerja yang telah berumahtangga.

Anda mungkin juga menyukai