Anda di halaman 1dari 16

AJ21103

SEJARAH EROPAH SEBELUM


PERANG DUNIA KEDUA

Soalan 5: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan


revolusi 1848 dan mengapa revolusi 1848 gagal

Disediakan oleh:
Nama No. Matriks
1. Nur Azirah binti BA20110519
Abdul Rahim@Wilson
2. Siti Nurul Ain Binti BA20110483
Mansor
3. Stella Tangkawang BA20110641

Disediakan untuk:
Dr. Maureen De Silva
1.0 PENGENALAN

Perubahan dimensi kealam yang lebih berteknologi yang muncul telah mengubah polemik
dunia kearah revolusi. Revolusi sebagai sebuah istilah untuk memperlihatkan suatu perubahan
fundamental di pemerintahan atau konstitusi politik sebuah negara, terutama yang terjadi karena
faktor-faktor internal dan perlu melalui suatu pergolakan bersenjata, dan rusuhan. Samuel
Huntington berpendapat bahawa revolusi merupakan penjungkir balikan sebuah nilai-nila i,
struktur budaya, struktur sosial, kepemimpinan, lembaga-lembaga politik, serta kebijaksanaan
pemerintah yang sangat dominan di masyarakat 1. Namun begitu, Eugene Camenka juga salah
satu kokoh yang menyatakan dengan jelas bahawa revolusi juga berkaitan dengan kekerasan
yang meliputi kenistaan, tetapi, beliau memperbetulkannya dengan penjelasan berterusan
bahawa revolusi2. Bahkan, Funk & Wagnalls New Encyclopedia (1931-1945), juga menyatakan
revolusi adalah sebuah perubahan sosial atau politik dengan menggunakan kekerasan dan secara
paksa, serta dipengaruhi oleh kekejaman dan persenjataan. Revolusi juga bermaksud suatu
perubahan sistem politik, namun secara cepat dan menyeluruh, melalui cara-cara di luar
kebiasaan dan atas pengingkaran terhadap golongan pemerintah 3. Jelaslah, melalui beberapa
takrifan, revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan
melibatkan dasar kehidupan masyarakat baik melalui kekerasan atau tanpa kekerasan yang mana
ianya juga berkait rapat dengan mengkehendaki pembangunan sistem yang lebih baru demi
kelangsungan masa depan. Pada penghujung abad ke-18, Perancis telah mengalami zaman
perubahan dan sekaligus telah membawa kepada kebangkitan revolusi. Kebangkitan revolusi
atau lebih tepat dikenali sebagai Revolusi Perancis 1789 yang berlaku telah membawa perubahan
bukan sahaja kepada negara Perancis itu sendiri, malah perubahan ini juga turut dirasai di seluruh
dunia Barat. Melalui peristiwa ini, ianya wajar dikatakan bahawa Revolusi Perancis adalah
merupakan permulaan kepada sebuah kelahiran suatu unsur pemodenan kepada Eropah pada
ketika itu. Revolusi ini juga telah menjadi titik peralihan dari masyarakat feudal kepada

1 Huntington, Samuel P. 1968. Political Order in Changing Societies. New Haven: Yale
University Press. Hlm 264
2
Camenka, Eugene. 1952. The Concept of a Political Revolution: A World in Revolution.
London:
Secker. Hlm. 122-130
3 Rofqi, Konsep Islam Revolusioner Dalam Pemikiran Ali Syari’ati, Undergraduate thesis, UIN

Sunan Ampel Surabaya, 2013, Hlm 1


masyarakat Perancis moden dan peristiwa ini menjadi panduan kepada negara-negara lain4 .
Revolusi Perancis pada abad ke-18 juga melalui fasa yang keras, namun, wujud perletakan asas
sosial dengan mengetengahkan masyarakat untuk menjadi masy arakat yang baru dan adil.
Keadaan yang berubah ini, adalah lebih baik berikutan, masyarakat ketika itu boleh berfikir dan
bersuara. Dalam konteks ini, bagi menuntut hak-hak dan menggulingkan kerajaan yang
menindas, ianya melambangkan revolusi yang dihalalkan dan sekaligus menjadikannya sebagai
teladan dan panduan yang perlu diikuti oleh generasi akan datang. Oleh tu, melalui revolusi
Perancis pada abad ke-18 ini, ia telah memperlihatkan semua masyarakat sesuatu daerah untuk
menyuarakan harapan serta idea-idea mereka dan ianya berlaku pada awalnya dalam bentuk
perhimpunan, perarakan dan pelbagai lagi. Revolusi Perancis pada abad ke-18 juga telah
melahirkan golongan Borjoius Perancis yang telah menentang habis-habisan akan golongan
bangsawan pada ketika itu. Melalui penentangan ini, sedikit sebanyak ia menjadi faktor kejayaan
Revolusi Perancis yang sememangnya sudah jelas dalam usaha ini telah menggambarkan suatu
yang positif terhadap pelaksanaan revolusi itu sendiri sehingga ianya dilihat sebagai suatu jalan
yang perlu diambil oleh pihak-pihak yang berjuang dalam mempertahankan idea bernas, dalam
menuntut perkara yang sebenarnya perlu dituntut. Bahkan, Revolusi Perancis juga mewariskan
peninggalan berharga untuk Perancis dan seluruh dunia Barat, yang mana sejarah kejayaan
Perancis dalam membuka minda masyarakat untuk lebih berfikiran kritis hendaklah tidak
dihentikan begitu sahaja. Malah, Gerakan Penyerlahan turut menyatakan manusia itu akan
melalui fasa dimana kuasa akal dan tindakannya mampu untuk menemui jalan untuk masyarakat
dan lingkungannya lebih baik5. Walau bagaimanapun, Revolusi Perancis pada abad ke-18 juga
telah menerima pelbagai bantahan yang bertubi-tubi seiring dengan pelbagai sekatan terhadap
kumpulan revolusioner ketika itu. Jelaslah, setiap arakan revolusi akan memperoleh tentangan
hebat dari mana-mana pihak ketika itu. Tegasnya, revolusi yang berlaku pada abad ke-18
disambung oleh revolusi 1848, iaitu sebuah revolusi yang berkembang dalam mencetuskan lebih
ramai pengkritik dan pemikir-pemikir yang baru dalam melanjutkan sebuah perubahan revolusi.

4
Furet Francois, Revolusi Prancis, Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, 1989, Hlm 27
5
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 2002, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors, Hlm 193.
Revolusi 1848 merupakan kesinambungan daipada revolusi sebelumnya, masyarakat lebih
berkemajuan dalam kesedaran politik rakyat, yang mana pemahaman politik masyarakat
meningkat secara mendadak dan pergerakan rakyat menjadi lebih tersusun berikutan gabungan
tuntutan untuk demokrasi, pergerakan nasionalis dan konflik sosioekonomi6. Revolusi 1848
bermula dengan peralihan revolusi yang sebelum ini yang melibatkan rentetan daripada
pertikaian-pertikaian berkenaan isu politik yang berlaku pada tahun 1820 dan tahun 1830
sehingga menimbulkan konflik pada tahun 1848 7. Pada tahun 1820, revolusi yang berlaku adalah
kebangkitan kebangsaan yang dipelopori oleh kumpulan tentera terhadap Pemerintah (Raja) yang
mereka tidak sukai atau terhadap kuasa asing yang telah menduduki negara mereka. Revolusi ini
telah berlaku di Sepanyol, Portugal dan Itali. Revolusi ini mengalami kegagalan kerana terdapat
campur tangan kuasa asing seperti campur tangan tentera Perancis di Sepanyol dan tentera
Austria di Itali. Manakala, tahun 1830 mencatatkan perubahan corak revolusi adalah lebih kepada
revolusi yang bercorak liberal dan bukan bersifat kebangsaan seperti revolusi pada tahun 1820.
Dalam hal ini, revolusi ketika itu dipelopori oleh kumpulan yang lebih meluas ahlinya yang
merangkumi golongan kaya dan bangsawan, golongan menengah, para cendekiawan, peguam,
pegawai bank dan sebagainya. Revolusi tahun 1830 berlaku di Perancis, Itali, Poland, Switzerland,
Belgium, serta sebahagian Jerman. Jelaslah, pergolakan yang berlaku ketika revolusi 1830
merupakan titik mula akan suatu revolusi yang lebih meledak dan bangkit, iaitu bermulanya
Revolusi 1848 yang sememangnya dilihat sebagai satu kebangkitan yang ada hubungannya
dengan perkara yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya iaitu tahun 1820 dan 1830.
Dari perspektif kaedah revolusi di antara revolusi 1830 dengan revolusi pada tahun 1848, dapat
disimpulkan bahawa perbezaan hanya dibezakan dari segi darjah kehebatan sahaja. Dalam
konteks ini, Revolusi 1848, lebih banyak melahirkan perbezaan pendapat di kalangan pemikir dan
pejuang anti-status quo yang nyatanya lebih hebat daripada tahun sebelumnya. Setiap Idea-idea
yang kritis mula muncul, misalnya idea radikal sosialis8 yang dilihat sebagai pesaing hebat

6
Wolfram Siemann, “The Revolutions of 1848-1849 and the Resistence of the Old Regime in
Germany (1848-1850),” in Nineteenth-Century Germany: Politics, Culture and Society, 1780-
1918, ed. John Breuilly, London: Arnold, 2001, Hlm. 118-20
7 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan, 2003, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 64.


8 Sosialisme mengutamakan persamaan kedudukan ekonomi di kalangan ahli masyarakat secara

keseluruhan. Menurut faham sosialis, persamaan dari segi politik dan sosial adalah tidak bermakna
tanpa persamaan dalam bidang ekonomi. Slogan sosialisme ialah “dari seseorang menurut
kemampuannya, untuk seseorang menurut sumbangannya”.
terhadap idea liberalisme9 yang sudah meresap terlebih dahulu. Tambahan pula, melalui lokasi
tercetusnya revolusi, Revolusi 1848 mencatatkan jumlah kawasan yang lebih besar dan luas
berbanding tahun 1830 yang mana, Revolusi 1848 berlaku di Perancis, Austria, Jerman, Itali,
Hungary, Bohemia, dan tidak melibatkan Sepanyol dan Rusia dalam revolusi. Bahkan,
kebangkitan revolusi turut berlaku di Switzerland, Poland, Denmark, Romania, dan Ireland.

Jelaslah, ledakan revolusi ke negara besar Eropah pada tahun 1848 telah memperlihatkan
suatu golongan pemerintah negara besar Eropah untuk tidak memandang ringan terhadap
revolusi yang berlaku pada peringkat sebelum ini. Kemunculan Revolusi 1848 telah menegaskan
untuk melancarkan serangan melalui pemikiran-pemikiran radikal dan idea kritis serta yang
sederhana telah menjadi faktor berlakunya revolusi ini. Namun begitu, perkembangan revolusi-
revolusi yang berlaku pada tahun 1848 bukan sahaja menggambarkan matlamat tidak tercapai
tetapi ada di antara ahli sejarah yang melihat bahawa tahun 1848 adalah sebagai satu titik
belokan tempat sejarah moden yang gagal untuk membelok .10. Dalam erti kata lain, terdapat
pelbagai perkara yang boleh dirungkai bagi mengenalpasti faktor berlakunya revolusi ini sehingga
kesemua faktor revolusi misalnya faktor ekonomi, pemikiran, dan faktor kepesonaan yang
ditimbulkan oleh revolusi itu sendiri saling berkait antara satu sama lain sehingga mencetuskan
jangkitan revolusi dari satu tempat ke tempat yang lain di negara-negara Eropah. Eropah.
Tegasnya, R.R Palmer menyatakan dalam bukunya, A History of The Modern World bahawa
Revolusi 1848, “ Walaupun revolusi-revolusi 1848, menggegarkan seluruh benua, tidak
mempunyai kekuatan penggerak yang mencukupi, kegagalan dan kejayaannya berlaku dalam
masa yang singkat dan pantas. Kesannya yang utama sebenarnya ialah memperkuatkan lagi
kumpulan konservatif yang melihat semua revolusi dengan penuh kembimbangan .’’11Intihannya,
dapat disimpulkan kejayaan revolusi, dan kegagalan serta kesan Revolusi 1848 ini akan menjadi

9
Satu aliran pemikiran yang memainkan peranan penting dalam revolusi 1848. Suatu fahaman
yang bersetuju dengan pemulihan dalam pemerintahan negara. Liberalisme adalah memihak
kepada konsep pemerintahan menurut Perlembagaan, kuasa Dewan Perwakilan, dan ini
bercanggah sama sekali dengan konsep pemerintahan Monarki yang sedia wujud di Eropah.
10 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan, 2003, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 65.


11 R.R Palmer, Joel Colton. A History Of The Modern World, 1950, New York: McGraw-Hill

Seventh Edition, Hlm 501


panduan yang lebih penting untuk diketengahkan dalam menekankan impak serta kesan yang
telah membawa kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara-negara Eropah.

2.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA REVOLUSI 1848 DI EROPAH

Kemunculan revolusi 1848 dilihat sebagai suatu revolusi yang muncul rentetan daripada
pertikaian-petikaian berkenaan isu politik yang berlaku pada tahun 1842 dan tahun 1830 sehingga
menimbulkan konflik pada tahun 1848 12. Sebelum melihat dengan lebih mendalam berkenaan
revolusi 1848, adalah wajar jika menyentuh tentang isu-isu yang berbangkit dan revolusi yang
berlaku pada tahun sebelumnya iaitu tahun 1842 dan tahun 1830. Pada tahun 1842 , revolusi
yang berlaku adalah merupakan kebangkitan kebangsaan yang dipelopori oleh kumpulan tentera
terhadap raja yang mereka tidak sukai atau terhadap kuasa asing yang telah menduduki negara
mereka. Revolusi telah berlaku di Sepanyol, Portugal dan Itali. Kegagalan revolusi ini adalah
kerana terdapat campur tangan kuasa asing seperti campurtangan tentera Perancis di Sepanyol
dan tentera Austria di Itali. Kemenangan kuasa monarki dalam revolusi ini,telah menyebabkan
pengunduran para pemberontak ini ke negara yang lebih liberal seperti Britain dan Belanda.
Namun, golongan revolusioner ini tidak dilihat terpadam disitu. Kekalahan mereka telah
menyebabkan pergerakan kumpulan revolusioner telah diantarabangsakan dan beberapa
kumpulan gelap semakin membiak.

Pada tahun 1830, revolusi yang berlaku adalah revolusi yang bercorak liberal dan bukan
bersifat kebangsaan seperti revolusi pada tahun 1820. Revolusi ini dipelopori oleh kumpulan yang
lebih meluas ahlinya yang merangkumi golongan kaya, golongan menengah, para cendikiawan,
peguam, pegawai bank dan sebagainya. Revolusi tahun 1830 ini telah berlaku di Perancis,
Belgium, Itali, Switzerland, Poland dan sebahagian Jerman. Secara umumnya, kebangkitan ini
adalah merupakan protes terhadap sekatan dan kekurangan yang terdapat dalam sistem
pemerintahan kerajaan yang berunsur konservatif semenjak tahun 1815. Matlamat revolusi ini
adalah untuk merapatkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan sememangnya
matlamat ini tidak mudah dicapai kerana bentuk akhir matlamat ini adalah berbeza bagi pemikir
dan pejuang yang terlibat pada masa itu. Hal ini telah menjadikan revolusi 1830 tergantung

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,2003, Kuala Lumpur
12

dan kesan bahasa dan pustaka, hlm 64


kerana matlamat tidak tercapai dan golongan pemikir dan revolusioner pada ketika ini masih
mencari jalan untuk keluar daripada corak pemerintahan yang bercorak konservatif. Mereka yang
sentiasa mahukan pemerintahan bercorak adil dan bersifat sejagat sentiasa melihat bahawa
pemerintahan beraja Eropah sentiasa penuhdengan muslihat dan golongan atasan atau
bangsawan masih lagi mendominasi segalakekuasaan dan kemewahan. Secara umumnya revolusi
yang berlaku pada 1830 adalah suatu permulaan kepada suatu tahap revolusi yang semakin
meledak dari semasa kesemasa dan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Perjalanan revolusi 1848 ini seterusnya akan dilihat pada konteks yang berbeza dari
sebelumnya iaitu pada punca dan sebab-sebab ianya berlaku. Jika sebelum ini ada menyatakan
bahawa revolusi 1848 adalah rentetan atau perkaitan terhadap revolusi-revolusi yang berlaku
pada tahun sebelumnya, ianya mungkin telah menimbulkan suatu perbandingan dari segi faktor
tercetusnya revolusi, perjalanan revolusi dan matlamat revolusi antara revolusi 1848 dan revolusi
yang berlaku sebelumnya13. 0leh itu, sebelum melihat dengan lebih jauh, adalah wajar untuk
melihat faktor-faktor yang mencetuskan revolusi pada tahun 1848 kerana revolusi-revolusi yang
berlaku di negara-negara Eropah ini tidak terjadi dengan sendirinya. Sudah pastinya setiap
pemberontakan ini mempunyai seribu satu punca atau masalah yang membelenggu golongan -
golongan bawahan dan golongan pemberontak untuk menyuarakan idea dan pendapat mereka
dalam suatu perhimpunan atau persidangan. Namun, tentangan yang dikenakan kepada
golongan revolusi juga dilihat merupakan suatu pemangkin kepada semangat revolusi yang
semakin menyala.0leh itu, perbincangan sebelum ini ada menyebut berkenaan faktor atau
pencetus kepada revolusi 1848 ini dan faktor-faktor ini adalah merupakan batu asas kepada
perubahan yang berlaku di negara-negara Eropah yang mana telah menggerakkan golongan
revolusioner ke tahap yang lebih radikal.

Antara faktor tercetusnya revolusi 1848 ialah faktor pemikiran. Revolusi 1848 yang
tercetus adalah disebabkan telah wujud beberapa idea pemikiran yang telah dilihat meresapi akal
dan fikiran masyarakat Eropah pada zaman ini. Idea pemikiran ini kemudiannya telah menjadi
sumber terpenting yang mempengaruhi para revolusioner untuk bertindak dan melakukan
pemberontakan yang menurut pandangan mereka adalah untuk menuntut pemulihan dan hak-
hak mereka ke atas pemerintah. Beberapa pemikiran dan idea yang penting semasa era ini adalah

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,2003, Kuala Lumpur
13

dan kesan bahasa dan pustaka, hlm 68


romantisisme, liberalisme dan sosialisme. Idea-idea pemikiran ini telah memperlihatkan kekuatan
serta impaknya yang tersendiri ke atas masyarakat Eropah. Sama ada idea-idea pemikiran ini
ditekankan secara radikal atau sederhana, segalanya akan dibincangkan. 0leh itu, tidak mustahil
jika dikatakan melalui idea-idea yang semakin menular ini, revolusi 1848 juga wajar dilihat
sebagai suatu revolusi berlandaskan ideologi.

Faktor yang seterusnya ialah faktor Liberalisme. Liberalisme, merupakan satu aliran
pemikiran yang tidak asing lagi kepada masyarakat Eropah. Istilah liberal juga sudah sedia wujud
sebagai satu istilah politik yang mula digunakan pada abad ke-19. Liberal ini sendiri mendukung
makna bahawa ia merupakan sesuatu fahaman yang bersetuju dengan pemulihan dalam
pemerintahan negara yang bertujuan memberikan kebebasan maksimum kepada individu dalam
semua bidang dan mengutamakan kepentingan individu daripada masyarakat serta
bebasdaripada nilai-nilai agama14. Liberal lebih memihak kepada konsep pemerintahan
berasaskan perlembagaan, kuasa Dewan perwakilan yang mewakili rakyat dan segalanyanya
dibawa oleh Liberalisme adalah bercanggah dengan pemerintahan monarki di Eropah. Para liberal
juga percaya bahawa fahaman ini bukan hanya menguntungkan golongan menengah tetapi juga
pelbagai golongan lain. 0leh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa fahaman liberal yang
meresapi akal, jiwa dan pemikiran para revolusioner adalah merupakan salah satu faktor yang
membuatkan mereka berani kehadapan untuk menuntut suatu pemerintahan yang baru atau
bersifat liberal. 0leh itu, dengan tercetusnya revolusi 1848, para liberal percaya bahawa satu era
yang lebih cemerlang akan lahir di Eropah jika fahaman liberal ini dijadikan landasan
pemerintahan dan kehidupan. Ideologi liberalisme ini telah meresapi pemikiran rakyat-rakyat di
Perancis yang kebanyakkan berjuang dan memberontak atas ideologi liberalisme atau tuntutan
terhadap suatu kebebasan. Golongan revolusioner dan golongan menengah sentiasa
mengharapkan kejatuhan sistem beraja yang dilihat telah menyekat kebebasan sistem
pemerintahan yang adil. Hal ini kerana, pemerintahan yang bersifat diktator ini sememangnya
telah mewujudkan suatu perasaan tidak puas hati rakyat dan sekaligus telah mendorong para
liberal untuk menentang feudalisme. Fahaman ini sememangnya telah menguntungkan pelbagai
lapisan masyarakat dan hal ini telah dibuktikan dalam kejayaan revolusi Perancis yang akhirnya
telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahan beraja.

Haslinda Hassan,Sekularisme : Sejarah Kelahiran Dan Kesannya terhadap Peradaban Islam


14

Dengan Penumpuan terhadap Serangan, 2000,Kuala Lumpur dan master thesis, Universiti
malaya, Hlm 88
Disamping itu, aliran pemikiran Komunisme juga merupakan punca berlakunya revolusi
industri di eropah. Komunisme atau disebut juga Marx isme adalah suatu gerakan atau sistem
ekonomi berdasarkan kepada pemilikan secara awam atau dikongsi. Menurut Marx masyarakat
mengalami perubahan kerana sistem pengeluarannya yang turut berubah. Perubahan yang
berlaku daripada primitif kepada feudalisme, kapitalisme, sosialis medan kemudiannya membawa
kepada komunisme. Walaupun Communist Manifesto telah diterbitkan pada Januari 1848 sebelum
berlakunya pemberontakan di Paris, namun revolusi-revolusi yang tercetus sememangnya tidak
menunggu suatu tempoh yang sangat panjang untuk ianya meletus. 0leh itu, Marx ist ini adalah
merupakan pengaruh yang kuat dan penting ke atas politik. Marx juga berpendapat bahawa
pertentangan kelas adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan dalam masyarakat
kapitalis borjouis kerana landasan masyarakat itu ialah pemburuan keuntungan. Bagi
melengkapkan pemburuan keuntungan ini, golongan borjouis akan menindas golongan
ploretariat. Golongan yang ditindas ini pula akan berusaha untuk mempertahankan diri dan akan
bersatu untuk menumbangkan kapitalis borjouis ini.0leh itu, hal yang sama turut digambarkan
oleh masyarakat di negara-negara Eropah yang mana mereka sudah tiba masa untuk melakukan
pemberontakan kerana tidak lagi mampu bertahan terhadap tekanan yang dikenakan ke atas
mereka. Pemberontakan yang dilakukan oleh masyarakat Perancis, Itali, Hungary, Bohemia
sememangnya memperlihatkan bahawa revolusi itu mampu meletus walaupun tanpa melibatkan
proses perubahan masyarakat yang sangat lama. 0leh itu, wajar jika dikatakan bahawa kegagalan
golongan revolusioner ini adalah bersesuaian dengan matlamat komunisme yang mana
masyarakat itu dikatakan tidak menunggu sehingga berlakunya perubahan masyarakat tetapi
lebih kepada hasrat golongan revolusioner itu sendiri.

Aliran pemikiran lain yang turut tersebar di negara-negara Eropah adalah sosialisme.
Sosialisme adalah satu aliran pemikiran yang menekankan tentang persamaan kedudukan
ekonomi dalam masyarakat secara keseluruhannya15. Kesamarataan dalam ekonomi yang
dituntut oleh para sosialis ini telah memperjuangkan hak-hak serta nasib pekerja-pekerja. Dua
orang revolusioner Blanqui dan Blanc telah terlibat secara aktif dalam revolusi 1848, adalah
merupakan para sosialis yang berpendapat bahawa kuasa pemerintahan sepatutnya diperoleh
terlebih dahulu dan kemudian konsep sosialisme mampu dijelmakan. Aliran pemikiran sosialis
adalah turut merupakan salah satu faktor yang menyebabkan revolusi berlaku kerana para sosialis

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,2003, Kuala Lumpur
15

dan kesan bahasa dan pustaka, hlm 69


di Eropah adalah merupakan golongan yang berusaha kuat untuk mengubah peraturan
sosioekonomi dan politik di Eropah semasa revolusi 1848 terutamanya dalam revolusi Perancis di
mana terdapat usaha Blanc yang ingin mewujudkan perubahan ekonomi dengan mengadakan
bengkel kebangsaan. Fahaman sosialis ini adalah merupakan suatu tentangan yang hebat kepada
fahaman liberal yang sering menimbulkan penentangan antara keduanya.

3.0 PUNCA-PUNCA KEGAGALAN REVOLUSI 1848 DI EROPAH

Antara punca kegagalan revolusi 1848 di Eropah ialah disebabkan kekuatan penggerak
yang tidak mencukupi. Kekuatan penggerak sesuatu revolusi merupakan aspek penting dalam
menentukan hala tuju revolusi sama ada mencapai kemenangan atau sebaliknya. Dalam konteks
ini, ketiadaan kekuatan penggerak yang tidak mencukupi merupakan kegagalan bagi revolusi
1848 serta menyebabkan matlamat terakhir tidak dapat dicapai seperti yang diinginkan oleh
golongan revolusioner yang radikal. Contonya, dapat dibuktikan pada revolusi yang tercetus di
Perancis dalam daerah Paris. Penentangan di Paris hanya melibatkan golongan sosialis dan
republic serta bermatlamat menentang pemerintahan Louise Philippe. Malah, hanya beberapa
golongan yang mempunyai matlamat akhir yang sama dalam menggerakkan revolusi ini sehingga
mengalami kegagalan. Selain itu, dapat dilihat revolusi yang berlaku di Austria dimana berlaku di
Hungary. Gerakan revolusi adalah bersifat nasionalisme oleh bangsa Magyar. Matlamat
perjuangan revolusi ini hanya melibatkan kepentingan bangsa sendiri bukan demi membela nasib
petani atau golongan bwahan secara keseluruhan. Tanpa kekuatan yang cukup oleh golongan
Magyar akhirnya mereka ditumpaskan pada Ogos 1949. Di samping itu, Revolusi di Jerman dan
Itali turut mempunyai kekangan dalam perjuangan Gerakan revolusi kerana ketiadaan kekuatan
penggerak yang mencukupi bagi mencapai matlamat yang sama. Contohnya, di Jerman walaupun
kelas menengah dan pekerja bersatu padu serta di bawah matlamat yang sama semasa
pemberontakan di Berlin menghapuskan elit konservatif, setiap kelas mempunyai sebab yang
berbeza untuk mencapai matlamat tersebut. Pertarungan sesama sendiri melemahkan kekuatan
nasionalisme, menyukarkan matlamat revolusi sukar dicapai

Selain itu, punca lain yang menyebabkan revolusi ini menghadapi kegagalan ialah
ketiadaan sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kegagalan Revolusi 1848 kerana tiada
sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Setiap golongan sama ada golongan borjouis,
golongan menengah, golongan agama, golongan bawahan seta holongan pekerja masing -masing
mempunyai matlamat akhir yang berbeza terhadap bibit-bibit revolusi yang dicetuskan. Sebagai
contoh, Revolusi 1848 di Perancis lebih tertumpu kepada golongan pekerja dan pelajar sahaja.
Penyatuan-penyatuan golongan ini tidak mendatangkan kesan yang bear kepada negara.
Misalnya, dapat dilihat dalam keadaan dimana walaupun Louis Phillipe dihalau dalam tampuk
pemerintahan Perancis melalui revolusi Paris 1848, ianya bukan satu kejayaan yang besar
disebabkan ketiadaan sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Manakala d i Jerman,
penubuhan parlimen Frankfurt yang di gemparkan pada masa itu mengalami jalan buntu dalam
memberi perubahan kepada golongan petani, memperjuangkan nasionalisme serta
memperjuangkan penyatuan Jerman kerana tiada kesepakatan daripada pelbagai pihak 16.
Disamping itu, penyatuan bersifat Liberalisme di Jerman pada tahun 1848 mengalami kegagalan
akibat tiada kesepakatan daripada pelbagai pihak. Pergerakan revolusi di Austria tidak bertahan
lama. Pada mulanya, revolusi bangsa telah berlaku di wilayah Austria seperti Hungary dan
Bohemia dimana dikatakan berjaya melakukan pemberontakan berasaskan bangsa bagi
menuntut kebebasan. Kejayaan ini merupakan satu permulaan yang baik bagi mereka. Namun,
ketiadaan penyatuan utuh antara lapisan masyarakat akhirnya dikalahkan oleh Tentera
Kebangsaan.

Punca seterusnya ialah disebabkan kekurangan kekuatan ketenteraan. Pemberontakan


pada tahun 1848 melibatkan golongan pekerja, pelajar dan golongan professional yang
membawa idea mereka bersama sama dalam gerakan ini. Tanpa kekuatan ketenteraan, golongan
seperti ini mudah ditumpaskan. Contohnya, revolusi di Perancis yang berlaku di Paris.
Pemberontakan yang berlaku pada bulan Jun akhirnya ditumpaskan oleh Tentera Kerajaan yang
diketuai oleh Jeneral Louis Caraignac dalam gerakan pembersihan telah menewaskan golongan
revolusioner yang hampir 3000 orang dibunuh, 12000 orang ditangkap. Peristiwa lain dapat dilihat
di Jerman yang turut dikalahkan oleh Tentera Kerajaan. Hal ini berlaku disebabkan wujudnya
pemberontakan atas idea nasionalisme yang semakin kukuh menyebabkan berlaku perhimpunan
awam yang telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada masyarakat dan golongan konservatif
pada ketika itu. Perhimpunan ini menyebabkan berlaku pertempuran antara rakyat biasa dan
pihak bersenjata yang sememangnya bersifat berat sebelah. Kebanyakannya nyawa yang
terkorban terdiri daripada pekerja mahir seperti tukang kayu, tukang kasut dan tukang jahit. Oleh
itu, dapat disimpulkan revolusi melalui pemikiran dan ideologi tidak mempunyai kekuatan dan
setanding dengan pihak lawan. Di samping itu, Negara Itali melalui kebangkitan lima hari,

Choo Chin Low. Aspirasi Liberalisme, Nasionalisme dan Sosiolisme dalam Menginterpretasi
16

Revolusi 1848 di Jerman. 2014. hlm 1-20


peperangan Itali-Austria melalui pemberontakan golongan Czech dan Hungary dengan
pemberontakan bangsa Magyar telah ditumpaskan olah Tentera Kebangsaan sehingga
menyebabkan kekalahan dalam golongan revolusioner. Dalam konteks ini, ketiadaan kekuatan
ketenteraan serta sokongan daripada rakyat meyebabkan revolusi-revolusi yang berlaku di
Eropah menghadapi kegagalan. Seperti yang dinyatakan oleh sarjana Stearns faktor ketenteraan
menyumbang kepada kekalahan revolusi 1848 di Eropah.

Seterusnya, punca kegagalan revolusi 1848 di Eropah ialah ketidakyakinan pencetus


revolusi terhadap ideologi yang dibawa iaitu liberalisme, sosialisme, romantisme, dan marxisme.
Terdapat pelbagai ideologi yang timbul pada masa itu. Antaranya, romantisme, marxisme,
sosialisme dan liberalisme. Romantisme merupakan satu ideologi yang ditimbulkan dalam
pergerakan Revolusi 1848 dimana golongan romantisme mengutamakan kepentingan unsur
perasaan sehingga muncul pendapat yang mengatakan bahawa mereka ini tidak realistik. Sebagai
contoh, Hauser mengatakan bahawa para romantis sebenarnya merasa kecewa dengan
kemungkinan timbulnya satu era baru bagi manusia. Dalam hal ini, sebagai reaksi kepada aliran
pemikiran yang mengagungkan akal manusia, mereka telah berpaling ke arah aliran pemikiran
yang mengutamakan perasaan manusia. Walaubagaimanapun, seseorang kemungkinan
menafikan bahawa arus romantisme telah mempengaruhi para aktivitis dalam revolusi 1848.

Liberalisme adalah ideologi yang pada mulanya berasal daripada masyarakat arab
seterusnya mengalami perkembangan secara global17. Liberalisme pula adalah satu fahaman
yang bersetuju dengan pemulihan dalam pemerintahan negara. Dalam hal ini, iberalisme juga
hanya perlu difahami dalam konteks iklim politik pada masa itu. Ideologi ini juga merupakan satu
fah18aman anutan kaum menengah yang menentang feudalisme. Namun, liberalisme sendiri telah
ditentang oleh suasana lain yang lebih radikal. Sosialisme pula adalah fahaman yang menentang
pemusatan kuasa dalam dia dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan kepada keupayaan
manusia biasa untuk mengendalikan sendiri urusan kemasyarakatan. Dalam konteks ini, mereka
percaya bahawa kemungkinan menjelang zaman kemakmuran daripada revolusi industri.

17
Heru Nugroho. Tinjauan Kritis Liberalisme dan Sosiolisme. Jurnal Ilmiah Bestari, Jurnal Ilmiah
Bestari, No. 30 Th. XIII, 2000, hlm 2-5
18
Indriaty I. dan Mohd Zuhaili K.B. Karl Marx dan Konsep Perjuangan Kelas Sosial. International
Journal of Islamic Thought. Vol. 1: (June), 2012, hlm 27-33
Golongan ini merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan
sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi 1848.

Pada mulanya, idea komunisme diperkenalkan oleh Marx sejak beliau berada di Paris pada t ahun
1844. Idea ini diperkenalkan dalam gagasan marxisme. Maxisme atau komunisme merupakan
ideologi yang mengetengahkan konsep peperangan mengikut kelas secara terperinci mengikut
Marx. Pertentangan kelas bagi Marx adalah satu proses yang memakan masa. Dalam hal ini, ahli
sosialis seperti Saint Simon dan lain-lain mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan
cara mudah. Oleh itu, akibat timbul pelbagai ideologi revolusi tidak dapat dicapai. Ini kerana,
masyarakat pada masa itu melakukan kajian terhadap semua ideologi tersebut bagi memilih
ideologi yang terbaik dalam mencetuskan Revolusi 1848. Oleh itu, tidak ada satu fahaman yang
dapat digunakan pada masa itu sehingga menimbulkan pertelingkahan dan pembaharuan tidak
dapat dicapai.

Akhir sekali, punca kegagalan revolusi 1848 di Eropah adalah disebabkan penentangan
golongan bawahan dimana ditafsirkan sebagai pertarungan tiga penjuru. Dalam hal ini, revolusi
1848 bukan hanya melibatkan pertentangan antara kaum feudal dan bukan bangsawan tetapi
turut berlaku antara pihak pekerja dan juga pihak borjouis. Selain itu, wujudnya konflik antara
golongan bangsawan dan juga bukan bangsawan. Namun begitu, jika dilhat secara keseluruhan
revolusi 1848 melibatkan perlawanan antara tiga penjuru. Seperti yang dikatakan oleh Ebenstein,
apabila kelas menengah Jerman berjuang untuk mendapatkan kekuasaan politik pada tahun
1840-an, mereka dihadapi oleh satu keadaan baru dalam sejarah Eropah. Dalam hal ini, golongan
bangsawan dan golongan feudal bertindak dalam membuat penentangan yang merangkumi hak
keistimewaan, penindasan dan monopoli politik namun pada awalnya mereka telah pun diserang
kuat oleh golongan revolusioner kelas pekerja industri. Manakala, menurut Stearns pula golongan
bawahan amat berwaspada supaya tidak dikalahkan oleh golongan menengah. Jelaslah,
pertentangan tiga penjuru menyebabkan kegagalan dalam revolusi 1848 di Eropah akibat tiada
kesepakatan antara mereka. Stearns turut mengatakan bahawa walaupun kelas menengah
menyokong revolusi, golongan bawahan sewajarnya berasa takut kerana kegagalan revolusi
menyebabkan mereka sekali lagi tidak mendapat sebarang manfaat.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk merumuskan perbincangan berkenaan Revolusi 1848 ini adalah


penting untuk melihat kepada kegagalan dan kejayaannya19, yang mana para pengkaji yang
mengkaji peristiwa 1848 mencapai persepakatan bahawa revolusi 1848 walaupun gagal
disebabkan tiada perancangan, kegopohan, matlamat yang tidak sama dan lain -lain, namun,
kegagalan Revolusi 1848 adalah tidak sepenuhnya. Terdapat beberap pencapaian yang boleh
dibanggakan termasuklah Parlimen Frankfurt, hak asasi rakyat Jerman, Perlembagaan 28 Mac
1849, peningkatan penglibatan politik rakyat, dan peningkatan semangat perpaduan kebangsaan.
Impak dari sedikit sebanyak melalui revolusi ini telah meperlihatkan dunia luar akan kewujudan
revolusi ini ternyata mampu membawa negara Eropah yang lain seperti Austria, Itali dan Jerman.
Aspek kejayaan Revolusi 1848, menonjol kerana ia memberikan beberapa perubahan dari segi
aspek politik, pemerintahan dan sosial, serta mendapat kesan jangka panjang dan jangka pendek
kepada struktur pemerintahan mereka. Walaupun terpaksa menentang golongan pemerintah,
usaha-usaha penyebaran idea revolusi ini tetap dijalankan demi mencapai matlamat akhir dan
demi kepentingan golongan tertentu. Seperti yang dilihat, semua idea-idea dan aplikasi seperti
nasionalisme, sosialisme, perdagangan bebas, perlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia, hak
untuk memilih dan dipilih, kebebasan akhbar dan sebagainya, yang membentuk mentaliti politik
moden, telah diasaskan oleh revolusi 1848.Jelaslah, revolusi pada tahun 1848 telah menjadi ttik
mula akan kebangkitan setiap negara-negara Eropah yang masing-masing berusaha untuk
memulihkan tampuk pemerintahan ke arah berkerajaan sendiri seperti Jerman dan Itali, dalam
melahirkan perubahan yang baik untuk negara dan masyarakat terutamanyabagi untuk membela
nasib dan hidup rakyat bawahan.

Wolfram Siemann, “The Revolutions of 1848-1849 and the Resistence of the Old Regime in
19

Germany (1848-1850),” hlm 136.


5.0 RUJUKAN

Huntington, Samuel P. 1968. Political Order in Changing Societies. New Haven: Yale University

Press. Hlm 264

Camenka, Eugene. 1952. The Concept of a Political Revolution: A World in Revolution. London:

Secker. Hlm. 122-130

Rofqi, Konsep Islam Revolusioner Dalam Pemikiran Ali Syari’ati, Undergraduate thesis, UIN

Sunan Ampel Surabaya, 2013, Hlm 1

Furet Francois, Revolusi Prancis, Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, 1989, Hlm 27

Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 2002, Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors, Hlm 193

Wolfram Siemann, “The Revolutions of 1848-1849 and the Resistence of the Old Regime in

Germany (1848-1850),” in Nineteenth-Century Germany: Politics, Culture and Society,

1780-1918, ed. John Breuilly, London: Arnold, 2001, Hlm. 118-20

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan, 2003, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 64.

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan, 2003, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 65

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,2003, Kuala Lumpur

Dan kesan bahasa dan pustaka, Hlm 68

R.R Palmer, Joel Colton. A History Of The Modern World, 1950, New York: McGraw-Hill

Seventh Edition, Hlm 501

Choo Chin Low (2014). Aspirasi Liberalisme, Nasionalisme, Dan Sosialisme Dalam

Menginterprestasi Revolusi 1848 Di Jerman. Jurnal Sejarah, 2-22.


Haslinda Hassan, Sekularisme: Sejarah Kelahiran Dan Kesannya terhadap Peradaban Islam

Dengan Penumpuan terhadap Serangan, 2000, Kuala Lumpur dan master thesis, Universit

Malaya, Halaman 88

Heru Nugroho (2000). Tinjauan Kritis Liberalisme Dan Sosialisme. Jurnal Ilmiah Bestari, No.30,

2-5.

Indriaty Ismail & Mohd Zuhaili Kamal Basir (2012). Karl Marx Dan Konsep Perjuangan Kelas Sosial.

International Journal of Islamic Thought, 27-33.

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,2003, Kuala Lumpur dan

kesan bahasa dan pustaka, Hlm 68

Wolfram Siemann, “The Revolutions of 1848-1849 and the Resistence of the Old Regime in

Germany (1848-1850),” Hlm 136.

Anda mungkin juga menyukai