Anda di halaman 1dari 21

Analisis Punca Kegagalan Revolusi 1848.

Bandingkan Dengan Revolusi Jun Di Paris,


Perancis Pada Tahun 1848 Yang Menggulingkan Pemerintahan Beraja Orleanist

Pendahuluan
Sejarah Eropah memperlihatkan suatu rentetan cerita yang sangat panjang dari satu
peristiwa kepada satu peristiwa. Masyarakat di negara-negara Eropah sebelum kemunculan
suatu gerakan yang mengubah negara ini ke arah yang lebih cemerlang, penduduknya masih
terikat dengan kekuatan golongan raja, golongan konservatif, gereja, dan elit bangsawan.
Sememangnya, realiti yang terpaksa dihadapi ini telah membawa kepada ketidakadilan dan
ketidaksamaan dalam masyarakat. Hal ini membawa munculnya suatu perasaan tidak puas
hati oleh golongan bawahan yang akhirnya mendorong mereka untuk menuntut hak-hak
mereka yang dihimpit ketidakadilan dan kekerasan, maka tercetusnya revolusi. Menurut
Funk & Wagnalls New Encyclopedia, revolusi adalah sebuah perubahan sosial atau politik
dengan menggunakan kekerasan dan secara paksa, serta dipengaruhi oleh kekejaman dan
persenjataan. Revolusi juga bermaksud suatu perubahan sistem politik, namun secara cepat
dan menyeluruh, melalui cara-cara di luar kebiasaan dan atas pengingakaran terhadap
golongan pemerintah.1

Karl Marx berpendapat bahawa, revolusi diumpamakan sebagai lokomotif atau kereta
api sejarah. Menurutnya, revolusi yang muncul dalam sesebuah pemerintahan atau negara
mampu untuk mempercepatkan perubahan ke arah lebih baik atau sebaliknya. Eropah yang
melalui pelbagai zaman untuk mencapai kejayaan turut tidak terkecuali menerima pelbagai
bentuk revolusi ini. Pada penghujung abad ke-18, Perancis telah mengalami zaman
perubahan dan sekaligus telah membawa kepada kebangkitan revolusi. Kebangkitan revolusi
atau lebih tepat dikenali sebagai Revolusi Perancis 1789 yang berlaku telah membawa
perubahan bukan sahaja kepada negara Perancis itu sendiri, malah perubahan ini juga turut
dirasai di seluruh dunia Barat.

Rentetan daripada itu, adalah wajar dikatakan bahawa Revolusi Perancis merupakan
permulaan kepada kelahiran suatu unsur pemodenan kepada Eropah. Revolusi ini menjadi
titik peralihan dari masyarakat feudal kepada masyarakat Perancis moden dan peristiwa ini
menjadi panduan kepada negara-negara lain.2

1 Rofiqi, Konsep Islam Revolusioner Dalam Pemikiran Ali Syari’at, Undergraduate thesis, UIN Sunan Ampel
Surabaya, 2013, ms 17.
2 Furet Francois, Revolusi Prancis, (Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, 1989), ms 27.

1
Revolusi-revolusi 1848 merupakan pertembungan dan ledakan idea oleh para pelopor
tokoh-tokoh penggerak revolusi masing-masing. Revolusi ini dikatakan sebagai zaman
selepas Napoleon Bonaparte. Di eropah, revolusi ini juga dikenali sebagai zaman pemulihan
iaitu pemulihan semula tampuk pemerintahan di Perancis daripada keluarga diraja daripada
wangsa Bourbon dan pemulihan pemerintahan daripada cara revolusioner kepada
pemerintahan yang bercorak konservatif. Pemulihan atau pengembalian semula daerah
takhluk Perancis kepada negara yang berhak terhadapnya. Antara kuasa besar eropah yang
berjaya mengalahkan Napoleon Bonaparte iaitu Britain, Austria, Rusia, dan Prusia. Aktiviti
penaklukan Perancis di Eropah akan dipastikan untuk tidak berulang semula oleh semua
kuasa besar. Untuk mencapai tujuan ini dan untuk melahirkan kestabilan politik, maka suatu
sistem keseimbangan kuasa diketengahkan.

Zaman antara tahun 1815 hingga tahun 1848 ini rata-rata memperlihatkan pemikiran
dan pemerintahan konservatif di Eropah. Dalam pada itu, terdapat juga peristiwa revolusioner
pada tahun 1820 dan tahun 1830 yang mengancam arus konservatisme ini. Unsur yang cuba
merombak keadaan ini ada kaitannya dengan revolusi Perancis. Bahang daripada revolusi
Perancis masih lagi dirasakan. Kemaraan tentera Perancis mungkin telah dapat disekat tetapi
perkembangan idea yang telah dibangkitkan melalui slogan “persamaan, persaudaraan dan
kebebasan” nampaknya sukar untuk dibendung begitu sahaja. Oleh itu, terdapat faktor yang
mendorong kepada berlakunya revolusi ini. Revolusi ini diharapkan dengan penuh janji
tetapi akhirnya berakhir dengan kegagalan.

Kemunculan Revolusi 1848

Revolusi 1848 dilihat sebagai suatu revolusi yang muncul sebagai akibat daripada
pertikaian-pertikaian isu politik yang berlaku pada tahun 1820 dan tahun 1830 sehingga
menimbulkan konflik pada tahun 1848.3 Sebelum melihat dengan lebih mendalam berkenaan
Revolusi 1848, adalah wajar jika penulis menyentuh serba sedikit isu-isu yang berbangkit
serta revolusi yang berlaku pada tahun sebelumnya iaitu tahun 1820 dan tahun 1830.

Pada tahun 1820, revolusi yang berlaku adalah merupakan kebangkitan kebangsaan
yang dipelopori oleh kumpulan tentera terhadap raja yang mereka tidak sukai atau terhadap
kuasa asing yang telah menduduki negara mereka. Revolusi telah berlaku di Sepanyol,
Portugal dan Itali. Kegagalan revolusi ini adalah kerana terdapat campur tangan kuasa asing
seperti campur tangan tentera Perancis di Sepanyol dan tentera Austria di Itali. Kemenangan
3 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitk dan Arus Pemerintahan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003) ms 64.

2
kuasa monarki dalam revolusi ini, telah menyebabkan pengunduran para pemberontak ini ke
negara yang lebih liberal seperti Britain dan Belanda. Namun, golongan revolusioner ini tidak
dilihat terpadam disitu. Kekalahan mereka telah menyebabkan pergerakan kumpulan
revolusioner telah diantarabangsakan dan beberapa kumpulan gelap semakin menular.

Pada tahun 1830, revolusi yang berlaku adalah revolusi yang bercorak liberal dan
bukan bersifat kebangsaan. Revolusi ini dipelopori oleh kumpulan yang lebih meluas ahlinya
yang merangkumi golongan kaya, golongan menengah, para cendikiawan, peguam, pegawai
bank dan sebagainya. Revolusi tahun 1830 ini telah berlaku di Perancis, Belgium, Itali,
Switzerland, Poland dan sebahagian Jerman. Secara umumnya, kebangkitan ini adalah
merupakan protes terhadap sekatan dan kekurangan yang terdapat dalam sistem pemerintahan
kerajaan yang berunsur konservatif semenjak tahun 1815. Matlamat revolusi ini adalah untuk
merapatkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan sememangnya matlamat ini tidak
mudah dicapai kerana bentuk akhir matlamat ini adalah berbeza bagi pemikir dan pejuang
yang terlibat pada masa itu.

Hal ini telah menjadikan revolusi 1830 tergantung kerana matlamat tidak tercapai dan
golongan pemikir dan revolusioner pada ketika ini masih mencari jalan untuk keluar daripada
corak pemerintahan yang bercorak konservatif. Mereka yang sentiasa mahukan pemerintahan
bercorak adil dan bersifat sejagat sentiasa melihat bahawa pemerintahan beraja Eropah
sentiasa penuh dengan muslihat dan golongan atasan atau bangsawan masih lagi
mendominasi segala kekuasaan dan kemewahan. Secara umumnya, revolusi yang berlaku
pada 1830 adalah suatu permulaan kepada suatu tahap revolusi yang semakin meledak dari
semasa ke semasa dan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Merebaknya revolusi ke negara besar Eropah pada tahun 1848 ini adalah merupakan
suatu kejutan kepada golongan pemerintah di mana mereka tidak seharusnya memandang
ringan terhadap revolusi yang berlaku pada peringkat awal. Kemunculan Revolusi 1848
sememangnya suatu lembaran baru buat negara-negara Eropah. Pertarungan antara
pemikiran-pemikiran radikal dan sederhana telah menjadi faktor berlakunya revolusi ini.
Kedua-dua pihak sentiasa mempunyai sangkaan bahawa sekiranya idea serta tindakan mereka
berjaya, maka masyarakat Eropah akan menempuh satu zaman yang baru dan lebih
cemerlang. Mereka juga melihat bahawa tahun 1848 adalah tahun yang mampu untuk
melahirkan suatu yang baru dan bermakna serta dianggap suatu tahap yang penting.

3
Ledakan revolusi-revolusi yang berlaku pada tahun 1848 bukan hanya
menggambarkan matlamat tidak tercapai tetapi ada di antara ahli sejarah yang melihat
bahawa tahun 1848 adalah sebagai satu titik belokan tempat sejarah moden yang gagal untuk
membelok.4 Oleh itu, terdapat pelbagai perkara yang boleh dirungkai bagi mengenalpasti
faktor berlakunya revolusi ini. Pencetus revolusi pada tahun 1848 adalah kerana faktor
ekonomi, pemikiran, dan faktor kepesonaan yang ditimbulkan oleh revolusi itu sendiri.
Faktor-faktor ini semuanya saling berkait antara satu sama lain sehingga mencetuskan
jangkitan revolusi dari satu tempat ke tempat yang lain di negara-negara Eropah. R.R Palmer
dalam bukunya A History of The Modern World menjelaskan bahawa Revolusi 1848,

“Walaupun revolusi-revolusi 1848, menggegarkan seluruh benua, tidak mempunyai


kekuatan penggerak yang mencukupi, kegagalan dan kejayaannya berlaku dalam masa yang
singkat dan pantas. Kesannya yang utama sebenarnya ialah memperkuatkan lagi kumpulan
konservatif yang melihat semua revolusi dengan penuh kembimbangan.”5

Oleh yang demikian, penulis akan cuba mengupas beberapa punca kegagalan
Revolusi 1848 serta membandingkannya dengan Revolusi Jun Paris yang telah berjaya
menggulingkan dinasti Orleanist. Untuk itu, penulis akan terlebih dahulu memperincikan
serba sedikit mengenai latar belakang setiap revolusi ini.

Pada masa yang sama juga, penulis juga akan membandingkan setiap revolusi tersebut
yang berlaku pada 1848 dengan satu revolusi yang berlaku di Perancis atau lebih mudah
dikatakan berlaku di Paris iaitu Revolusi Februari dan Jun yang telah berjaya menjatuhkan
Dinasti Orleanist daripada tampuk pemerintahan beraja Perancis. Kita akan melihat
bagaimana Revolusi ini berjaya menjatuhkan Dinasti Beraja Orleanist dan mengapa revolusi-
revolusi lain yang berlaku pada 1848 tidak berjaya.

Revolusi-Revolusi 1848

4 Ibid, ms 65.
5 R.R Palmer, Joel Colton. A History Of The Modern World, (New York: McGraw-Hill Seventh Edition,1950) ms
501

4
Revolusi Jerman 1848

Pada tahun 1848, kedua-dua idea iaitu nasionalisme dan liberalisme seolah-olah
mendapat nafas baru. Satu perhimpunan umum di Nassau, sebuah negeri dalam persekutuan
Jerman, telah merekodkan pernyataan bahawa revolusi di Perancis telah “menggerakkan
eropah” dan kesannya telah tiba ke Jerman. Perhimpunan ini antara lain menuntut agar semua
rakyat dibekalkan dengan senjata. Mereka juga menuntut kebebasan akhbar tanpa syarat,
persidangan parlimen Jerman, kebebasan berpersatuan dan penggubalan semula undang-
undang mengundi. Tuntutan yang senada dengan ini juga dibuat oleh satu perhimpunan di
negeri Wurttemberg sehari selepas perhimpunan di Nassau, iaitu pada 3 Mac 1846. Kedua-
dua tuntutan ini, menurut Kertesz, adalah sealiran dengan tuntutan yang disuarakan di
beberapa tempat lain di Jerman.6

Nasib revolusi di negeri-negeri Jerman adalah terikat kepada apa yang berlaku di
Prusia. Pengaruh Prusia terhadap negeri lain adalah kuat. Jika Austria dikecualikan, Prusia
bukan hanya merupakan negeri Jerman yang yang paling besar dan kuat tetapi juga terkenal
sebagai pendukung konservatisme yang gigih. Di Prusia, kebangkitan mula-mula sekali
berlaku di Cologne. Keadaan industri di Cologne pada masa itu sedang mengalami
kemelesetan. Namun, peristiwa yang mustahak berlaku di Berlin iaitu dua orang cendekiawan
radikal, Julius Berends dan Fredrich Schmidt telah mengendalikan beberapa perhimpunan
awam yang kemudiannya menghasilkan satu surat rayuan kepada kerajaan. Apabila rayuan
agar pembaharuan dilaksanakan dalam pentadbiran negeri ini ditolak, para penunjuk perasaan
bertambah ramai dan agresif. Perkhabaran tentang kebangkitan di Vienna yang
mengakibatkan jatuhnya tokoh konservatif Eropah semasa, Metternich, telah memberikan
rangsangan yang bertambah kuat kepada para pejuang di Berlin. Raja Prusia, Frederick
William akhirnya mengalah kepada para penentangnya pada 18 Mac. Dalam dekri yang
diisytiharkannya pada hari itu, Raja Fredrick William menjanjikan pemansuhan penapisan
akhbar, penggubalan satu perlembagaan, persidangan parlimen se-Prusia pada 2 April dan
pengakuan bahawa Prusia bersedia untuk mengepalai usaha bagi mencapai penyatuan
Jerman.

Pengisytiharan ini telah disambut dengan penuh keghairahan. Tetapi keadaan panik
pula telah timbul dan akhirnya mencetuskan pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak
bersenjata. Tiga ratus orang terbunuh dalam pertempuran ini. Kebanyakan daripada mereka
yang terkorban ialah daripada para pekerja mahir terutamanya tukang kayu, tukang jahit dan
6 Qasim Ahmad. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, ms 86.

5
tukang kasut. Hanya lebih kurang lima belas orang daripada golongan menengah yang
terbunuh (termasuk para penuntut) dan tiga puluh orang tukang mahir peringkat atasan.

Revolusi 1848 di Itali

Pada tahun 1848, Itali juga dapat dilihat sama seperti Jerman yang merupakan satu
“istilah geografi” dan bukannya sebuah entiti politik. Itali terbahagi kepada beberapa daerah
atau negeri di bawah berbagai-bagai pemerintahan yang berlainan. Di selatan Itali, kerajaan
Dua Sicily (Naples dan Sicily) yang merangkumi hampir semua daerah di Itali ke selatan
daripada Rom dan juga Pulau Sicily diperintah oleh Ferdinand II, seorang putera daripada
dinasi Bourbon.7 Oleh sebab unsur kuasa asing begitu ketara di Itali, maka faktor anti-kuasa
asing memainkan peranan yang mustahak dalam revolusi di Itali. Pada masa yang sama
perasaan anti-pemerintah negeri adalah kurang di Itali. Beberapa langkah reformis dan liberal
yang dilaksanakan di Itali semakin reda dan telah memuaskan hati para atau bakal
pemberontak tempatan. Oleh itu, potensi politik mereka dihadapkan pula kepada tindakan
menentang pemerintahan Austria.

Jika dilihat secara kasarnya, nasionalisme Itali sepatutnya berkembang dan mencapai
kejayaan memandangkan rakyat Itali adalah serumpum bangsa, seagama dan bertutur satu
bahasa. Namun demikian, harapan ini telah dimusnahkan oleh pertikaian atau perbezaan
ideologi pula. Pertikaian ideologi ini adalah agak sama dengan apa yang berlaku di tempat
lain. Di satu pihak pula, terdapat golongan sederhana yang diwakili golongan atasan dan
menengah. Golongan ini tidak anti-monarki dan tidak anti-gereja dan takutkan sosialisme.
Pada masa yang sama, terdapat juga golongan nasionalis yang radikal seperti Mazzini yang
memperjuangkan konsep republik tetapi mengetepikan buat sementara soal kepentingan
sosio-ekonomi golongan bawahan.8 Kumpulan yang lebih radikal ialah kumpulan yang
memperjuangkan penyingkiran kuasa asing dari Itali. Golongan petani dan pekerja juga
terlibat secara sendiri dalam menyuarakan kepentingan mereka. Ini terpaksa mereka lakukan
kerana pihak revolusioner kelas menengah tidak sebenarnya dapat menyuara dan
memperjuangkan kepentingan petani dan pekerja.

Salah satu kebangkitan penting yang berlaku di Itali berlaku pada 17 Mac 1848 yang
berlaku di Milan, Lombardy. Demonstrasi ini dilakukan oleh golongan radikal muda yang
memperjuangkan idea untuk menubuhkan negara republik. Golongan ini mendapat semangat

7 Carlton J.H Hayes. Eropah Moden Hingga 1870. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1971) ms 791-792.
8 Ibid.

6
daripada revolusi yang berlaku di Venice. Golongan ini menuntut kerajaan memberi
kebebasan akhbar, menggantikan polis dengan pengawal sivil dan memulakan persidangan
Dewan Kebangsaan. Pada mulanya, tentera Austria di bawah pimpinan Jeneral Radetzky,
yang sudah pun berusia lapan puluh tahun, tidak bertindak balas kerana enggan mengapi-
apikan suasana. Lagipun Radetzky yang hanya mempunyai 13 000 orang tentera di Milan
juga khuatirkan campur tangan kerajaan Sardinia atau Piedmont yang mempunyai 45 000
orang tentera.

Kebangkitan “lima hari” di Milan ini berjaya mengusir tentera Austria apabila
Radetzky mengudurkan tenteranya pada 23 Mac 1848. Kerajaan revolusi sudah pun
ditubuhkan pada 18 Mac di bawah pimpinan Carlo Cattaneo, ahli teori politik yang radikal.
Namun, kebanyakan rakan sejawatnya terdiri daripada golongan liberal. Dalam kebangkitan
“lima hari” di Milan, golongan atasan dan bawahan telah berganding bahu menentang
Austria. Sukarelawan berebut-rebut datang ke Milan dari kota di sekitar Itali utara dan
tengah. Dari Rom sahaja 9000 orang sukarelawan tiba di Milan. Negeri Itali yang lain turut
menyumbangkan bala tentera mengikut kemampuan masing-masing. Malah Ferdinand II
yang memerintah kerajaan Dua Sicily telah dipaksa oleh golongan radikal untuk menghantar
14 000 orang tentera ke Lombardy.

Revolusi 1848 Austria


Dalam kebangkitan yang berlaku di Austria, faktor nasionalisme memainkan peranan
yang penting. Ini disebabkan terdapat rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di dalam
empayar ini. Secara kasarnya empayar ini boleh dibahagikan kepada tiga daerah yang utama
iaitu, Austria, Bohemia, dan Hungary. Bangsa yang terdapat didalamnya pada masa itu boleh
pula dibahagikan kepada dua belas kumpulan iaitu Jerman, Czech, Magyar, Pole, Ruthenia,
Slovak, Serb, Croat, Slovene, Dalmatia, Rumania dan Itali. Disetengah-setengah bahagian
empayar bangsa ini tinggal dalam kelompok sendiri, tetapi dibeberapa daerah mereka saling
bercampur gaul antara satu sama lain. Keadaan ini tidak terdapat dibahagian lain di Eropah.

Revolusi tiga penjuru yang terdapat dalam empayar Austria bukan berlegar disekitar
sosioekonomi sahaja, tetapi juga bersabit dengan soal nasionalisme. Ini amat jelas terdapat
dalam kes kebangkitan di Hungary. Pada mulanya kebangkitan di Hungary dibawah
pimpinan Kossuth berjaya mendapatkan persetujuan Ferdinand satu, maharaja Austria, bagi
penubuhan tentera kebangsaan. Pada masa itu, Ferdinand satu sedang menghadapi
penentangan terhadap pemerintahannya di Itali dan juga di Poland. Dia tidak mampu untuk

7
berkeras dengan pemberontak di Hungary. Kemudian, apabila arus revolusi bertukar haluan
dan pihak status quo telah bertindak balik terhadap para pemberontak di seluruh eropah,
pengganti Ferdinand satu, iaitu Francis Joseph satu, juga bertindak keras di Hungary.9

Setelah nasionalisme Hungary ditumpaskan, bangsa-bangsa yang menyokong Austria


tidak juga mendapatkan kebebasan atau autonomi mereka sendiri sebagai hadiah. Dasar
penjermanan secara paksa telah dilaksanakan terhadap semua bangsa bukan Jerman. Ini
merupakan satu pembantutan yang nyata kepada perkembangan nasionalisme. Pemansuhan
sistem perhambaan dan pembayaran kepada tuan tanah tidak dapat memadamkan rasa
kekecewaan kebangsaan ini.10

Revolusi Di Perancis
Revolusi Februari
Revolusi 1848 di Perancis, kadang-kadang dikenali sebagai Revolusi Februari
(Révolution de Février), ia adalah salah satu gelombang revolusi pada tahun 1848 di Eropah.
Di Perancis peristiwa revolusi ini telah membawa kepada berakhirnya monarki Orleans
(1830-1848) dan membawa kepada penubuhan Republik Kedua Perancis.
Pemberontakan yang telah menggegarkan eropah berlaku di Paris pada bulan Februari
tahun 1848. Pemberontakan ini dikendali oleh gabungan antara puak sosialis dengan para
pendukung republik yang menentang pemerintahan Louise Philippe.11 Louis Philippe (1773-
1850) adalah daripada keluarga Orleans yang merupakan keluarga saingan kepada golongan
diraja Bourbon. Beliau seperti juga ayahnya, dianggap sebagai liberal. Oleh sebab simpatinya
kepada idea liberal dan juga republik, maka dia telah dilantik oleh golongan yang
mengendalikan Revolusi 1830 sebagai raja menggantikan Charles X yang lari ke England.
Kemudian puak kiri dan liberal Perancis mendapati pemerintahan Louise Philippe tidak
memuaskan.

Pada ketika itu, kebanyakan rakyat Paris sudah mengetahui bahawa pemerintahan
Louis-Philippe akan berakhir situasi kekerasan. Bermula sejak awal 1840-an lagi mereka
menyedari mereka tidak mungkin dapat melihat masa depan Perancis yang gemilang di
bawah pemerintahan yang didasarkan atas unsur untuk menjaga kebajikan penyokong
kerajaan semata-mata.12 Faktor kejatuhan Louis-Philippe juga dilihat sebagai punca kepada

9 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Ms 91-92.


10 Carlton J.H Hayes. Eropah Moden Hingga 1870. Ms 791-791
11 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Ms 91-92.
12 Andrew Hussey, Paris: The Secret History (New York: Holtzbrinck Publisher, 2006), ms. 317.

8
sikap rakyat Perancis mula muak dengan pemerintahan Louise-Phillipe yang dilihat tidak
mampu memulihkan masalah sosial yang berlaku di situ.

Louise-Philippe digambarkan sebagai seorang tokoh yang malas dan tidak


mempunyai kepimpinan yang baik walaupun pemerintahannya memakan masa selama lapan
belas tahun. Hal inilah yang serba sedikit mengejutkan rakyat Perancis. Hal ini kerana, pada
zaman pemerintahan Louise-Phillipe Paris berada pada zaman yang tegang, tambahan pula
Louise Phillipe mengamalkan prinsip yang agak keras dalam menentang pihak yang cuba
menjatuhkannya. Louis-Philippe juga dikatakan sering berhubung rapat dengan orang-orang
asing terutamnaya orang inggeris yang dibenci warga Paris hingga menyebabkan beliau
sering menjadi sasaran pembunuhan.13

Pada sudut lainnya, Louis Philippe memerintah dengan cara yang bersahaja,
mengelakkan kesenangan dan perbelanjaan mewah terdahulu. Walaupun penampilan ini lain
dari kesederhanaan, sokongan terhadap beliau datang dari golongan borjuasi kaya. Pada
mulanya, beliau disayangi dan dikenali sebagai "Citizen King" dan "raja borjuasi", tetapi
populariti beliau yang ditanggung kerajaan dilihat sebagai semakin konservatif dan monarki,
walaupun beliau membuat keputusan untuk membawa mayat Napoleon kembali ke Perancis.
Di bawah pengurusan beliau, keadaan kelas-kelas pekerja merosot, dan jurang pendapatan
melebar dengan ketara.

Krisis ekonomi pada tahun 1847 telah membawa kepada Revolusi 1848 yang telah
menyebabkan kejatuhan Louis Philippe. Percanggahan antara reputasi awal beliau yang
positif dan reputasi negatif beliau pada peringkat akhir dijiwai oleh Victor Hugo dalam Les
Miserables sebagai “oxymoron” yang menggambarkan pemerintahannya sebagai "Prince
Equality", di mana Hugo menyatakan:

‘Louise-Philippe terpaksa menanggung secara bersendirian mengenai percanggahan


antara Pemulihan dan juga Revolusi dan untuk mempunyai sebuah pasukan yang mampu
membimbangkan golongan revolusionari’14

Maka itulah sebabnya berlaku penentangan terhadapnya. Peristiwa khusus yang


mencetuskan kebangkitan di Paris sebenarnya berkait dengan parti pembangkang (pada bulan
Disember tahun 1847), untuk mengadakan jamuan makan di Paris, sebelum parlimen
memulakan persidangannya. Para penganjurnya ialah golongan sederhana yang pro-republik,

13 Ibid, ms 18.
14 Victor Hugo, Les Miserable, Chapter III: Louise-Philippe

9
termasuk ahli parlimen seperti Odilon Barrot (peguam), Lamartine (penyajak) dan ahli sidang
redaksi akhbar Native seperti Marrast. Golongan sosialis radikal juga turut serta. Kumpulan
yang kuat sekali dalam kalangan puak sosialis pada masa itu ialah ahli sidang redaksi akhbar
Reforme. Mereka diketuai oleh Ledru-Rollin.

Revolusi 1848, turut memperlihatkan watak-watak golongan konservatif yang


sentiasa menghalang usaha para revolusioner untuk melakukan pemulihan. Bermula apabila
Louis Phillppe yang merupakan golongan konservatif sentiasa melihat golongan revolusioner
sebagai ancaman kepada pemerintahannya yang tidak memuaskan hati rakyat itu. Namun
begitu, kegagalan Louis Philippe mendamaikan revolusi telah menyebabkan beliau melarikan
diri ke England.

Revolusi Jun di Paris

Pemecatan Guizot sebagai Perdana Menteri, pelarian Louis philippe ke London dan
terbentuknya kerajaan sementara iaitu republik kedua adalah merupakan suatu hasil yang
positif yang membawa kepada perubahan ke atas pentadbiran di Perancis dan hal ini
sekaligus telah menyingkirkan sistem beraja yang masih diamalkan sebelum ini. Walaupun
kejayaan yang singkat disebabkan tercetusnya pertumpahan darah pada 23 Jun sehingga 26
Jun telah mengorbankan banyak nyawa, namun kesudahannya negara Perancis berada di
bawah perlembagaan yang baru di bawah kekuasan Louis Bonaparte. Pemerintahan di bawah
Louis Bonaparte tidak hanya dilihat mengembalikan semula kekuasaan keluarga Bonaparte I
iaitu zaman di mana Perancis melalui satu pemerintahan yang unggul dan berjaya. Loius
Bonaparte atau digelar Napolean III15 adalah seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat
Perancis dalam Pilihan Raya Umum yang mendapat undian sebanyak 5 juta dan
meninggalkan pesaingannya jauh terkebelakang. Beliau tidak hanya menawarkan sesuatu
kemegahan kepada negara Perancis semata-mata, namun penawaran terhadap sebuah negara
yang stabil dan kuat dalam seuatu pemerintahan juga menjadi penekanan Napolean III. 16
Tanpa sebuah revolusi, tidak mungkin rakyat Perancis dapat mengecapi saat kejayaan ini dan
sudah pastinya rakyat masih dibelenggu Louis Philippe yang menjalankan pemerintahan
secara tidak adil dan tidak liberal serta kebebasan bersuara rakyat disekat. Kejatuhan Louis
Philippe, pembentukan republik kedua, pembentukan undang-undang dan perlembagaan
baru, adalah satu kemenangan kepada puak revolusioner.

15 R.R Palmer, Joel Colton, A History of Then Modern. ms. 527.


16 A.J Grant, Harold Temperley, Lillian M. Person, Europe in The Nineteenth and Twenteth Centuries (1789-
1950) (London: Longman, Green and Co, 1956), ms. 170.

10
Pada 15 Mei 1848, para pekerja Paris mengancam untuk bertindak terhadap Dewan
Perwakilan. Ini telah menimbulkan reaksi daripada para pendukung republik dan para puak
pro-monarki. Mereka bersatu dan memansuhkan ikrar bulan Februari yang menjamin
pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Menerusi proses undian, mereka
juga memansuhkan Bengkel Kebangsaan. Puak Radikal di Paris menyifatkan tindakan
Dewan Perwakilan ini sebagai satu pengkhianatan terhadap revolusi. Mereka cuba merampas
kuasa dan akibatnya, pertempuran berlaku antara mereka dengan pihak tentera di bawah
pimpinan Jeneral Louis Cavaignac. Pertumpahan darah berterusan sehingga empat hari (23-
26 Jun) dan 500 orang para pemberontak telah mati menjadi mangsa berbanding dengan 100
orang di pihak tentera dan pengawal. Tetapi dalam gerakan pembersihan yang dilakukan oleh
tentera kerajaan selepas para pemberontak ditewaskan, hampir 3000 orang telah dibunuh dan
12 000 orang ditangkap. Akhirnya, seramai 4500 telah sama dipenjara atau dibuang negeri ke
Algeria. Setelah berlakunya peristiwa yang kemudiannya dikenali sebagai hari-hari Jun ini,
Dewan Perwakilan menyambung semula sidangnya dan meluluskan satu perlembagaan baru.

Mengapa Revolusi 1848 Gagal?

Setelah mengenali mengenai serba sedikit latar belakang revolusi yang berlaku di 4
buah negara utama iaitu Jerman, Perancis, Itali dan juga Austria pada 1848, penulis kini akan
menghuraikan semula mengenai punca-punca kegagalan setiap revolusi ini. Walaupun
revolusi-revolsi ini mengalami kegagalan namun, hasil daripada revolusi inilah yang telah
membentuk Eropah pada masa kini. Persoalanya disini, apakah sebenarnya punca kegagalan
revolusi-revolusi ini?

Revolusi 1848, walaupun telah melalui fasa kejayaan dari pelbagai aspek, namun
revolusi ini juga memperlihatkan unsur kejatuhan dan kegagalan daripadanya. Konteks
kegagalan yang diperolehi sememangnya telah memberikan suatu gambaran kepada negara-
negara yang terlibat bahawa revolusi pada tahun 1848 bukan hanya dilihat sebagai sebuah
kejayaan, tetapi turut dilihat sebagai sebuah kegagalan. Namun, beberapa sarjana melihat
perkara yang berbeza-beza terhadap Revolusi 1848 ini terutamanya soal kejayaan dan
kegagalannya. Persoalannya yang timbul disini adalah sejauhmanakah kegagalan Revolusi
1848 ini dan mengapa revolusi ini dianggap gagal oleh sesetengah sarjana. Soal kegagalan
sudah pasti berkait dengan kepincangan di sana sini serta punca kegagalan itu sendiri yang
perlu diberi perhatian. Oleh itu, Revolusi 1848, yang berlaku serentak dan secara tiba-tiba,

11
sudah pastinya mempunyai banyak kekurangan dan kepincangan dalam gerakan atau perjalan
revolusi itu sendiri.

Ketiadaan Sokongan Daripada Masyarakat

Revolusi 1848 yang tercetus telah disifatkan sebagai suatu kegagalan oleh para
sarjana. Ramai sarjana melihat bahawa Revolusi ini adalah merupakan satu kegagalan yang
mutlak. Kegagalannya Revolusi 1848 adalah kerana ketiadaan sokongan daripada setiap
lapisan masyarakat. Setiap golongan sama ada golongan borjouis, golongan menengah,
golongan agama, golongan bawahan serta golongan pekerja masing-masing mempunyai
matlamat akhir yang tidak sama terhadap bibit-bibit revolusi yang cuba dicetuskan. Sebagai
contoh, walaupun revolusi 1848 di Perancis lebih tertumpu kepada golongan pekerja, namun
kerjasama antara golongan pelajar juga turut membantu dalam perjalanan revolusi. Namun,
penyatuan dua golongan sahaja tidak akan mendatangkan impak yang besar kepada negara.
Keadaan ini dapat dilihat dalam revolusi Perancis yang walaupun berjaya mengusir Louis
Philippe dalam tampuk pemerintahan Perancis melalui Revolusi Paris 1848, namun ianya
bukan dilihat sebagai suatu kejayaan yang mutlak kerana tiada sokongan daripada setiap
lapisan masyarakat sepenuhnya.

Oleh itu, kejayaan penubuhan Kerajaan Sementera dan Bengkel Kebangsaan hasil
daripada idea-idea Blanc dalam memulihkan kebajikan ekonomi kepada rakyat dilihat
tergantung dan tidak berhasil. Lebih parah lagi apabila keretakan telah berlaku dalam
pentadbiran apabila terdapat konflik antara golongan sosialis dan bukan sosialis. Konflik
yang berpanjangan telah menyebabkan suatu keputusan untuk mengadakan pilihan raya
umum untuk menentukan corak politik negara. Kekalahan teruk oleh golongan sosialis
kemudiannya telah menyebabkan Bengkel Kebangsaan dihapuskan, dan ini telah
menimbulkan kemarahan golongan pekerja yang radikal. Pertempuran yang hebat telah
berlaku pada bulan Jun atau disebut sebagai Pertempuran Berdarah. Sememangnya, suatu
kejayaan yang diharap mampu membela nasib pekerja-pekerja dan golongan yang
berkepentingan yang lain telah gagal disebabkan ketiadaan penyatuan dan kerjasama yang
baik daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti revolusi-revolusi sebelumnya iaitu seperti
Revolusi Perancis 1789. Hal ini kerana, setiap lapisan masyarakat sama ada golongan
pekerja, menengah, borjouis dan golongan agama, masing-masing telah meletakkan
kepentingan individu adalah lebih penting berbanding kepentingan bersama. Oleh itu, usaha
untuk menuntut suatu perubahan ke atas kuasa pemerintah adalah lebih terbatas.

12
Di Jerman, kejayaan penubuhan Parlimen Frankfurt yang digembar-gemburkan
bermatlamat dalam memberi perubahan kepada golongan petani, memperjuangkan
nasionalisme serta memperjuangkan penyatuan Jerman sememangnya melalui jalan buntu.17
Jerman pada tahun 1848 menghadapi kegagalan untuk menyelesaikan penyatuan yang
bersifat liberal. Liberal nasionalisme juga gagal. Kegagalan ini juga adalah kerana tiada
kesepakatan daripada pelbagai pihak yang sememangnya telah meletakkan suatu
penyelesaian itu di jalan buntu. Di wilayah Austria juga menerima nasib yang sama, apabila
dikatakan pergerakan revolusi yang dilancarkan tidak mampu untuk bertahan dalam satu
tempoh yang lama. Pemberontakan yang dilakukan atas nama bangsa, sememangnya tidak
melibatkan mana-mana golongan yang tidak setaraf dengan ketamadunan mereka. Pergerakan
revolusi bangsa telah berlaku dalam wilayah Austria itu sendiri seperti Hungary dan Bohemia
yang dikatakan telah berjaya melakukan suatu pemberontakan berasaskan bangsa bagi
menuntut kebebasan, dan penyatuan ini dianggap suatu permulaan yang baik buat mereka.
Namun begitu, tanpa penyatuan yang utuh dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat,
telah menyebabkan kedudukan mereka goyah dan akhirnya mereka ditumpaskan oleh Tentera
Kebangsaan.

Ketiadaan Penggerak

Ketiadaan kekuatan penggerak yang mencukupi adalah merupakan kegagalan bagi


Revolusi 1848 kerana hal ini telah menyebabkan revolusi yang telah dicetuskan tidak
memperoleh matlamat terakhir seperti yang diinginkan oleh golongan revolusioner yang
radikal ini. Selain itu, golongan revolusioner yang terdiri daripada golongan bawahan juga
menerima nasib yang sama akibat daripada kekalahan revolusi ini sekaligus menyebabkan
penuntutan hak-hak tidak diendahkan sama sekali. Sememangnya kekuatan penggerak
sesuatu revolusi ini dianggap penting dalam menentukan hala tuju revolusi ini sama ada ianya
mencapai kemenangan ataupun sebaliknya. Jika kita menyingkap zaman sewaktu berlakunya
Revolusi Perancis 1789, sudah pastinya dapat kita lihat revolusi ini telah mencapai kejayaan
meruntuhkan kerajaan monarki disebabkan kekuatan penggeraknya yang terdiri daripada
golongan borjoius, golongan profesional dan petani yang bersatu. Oleh itu, hal ini amat
bertetapan sekali dengan perbincangan mengenai Revolusi 1848 yang dilihat gagal kerana
ketiadaan kekuatan penggerak yang dapat meletakkan revolusi ini pada tahap yang berjaya.

Kegagalan ini dapat akan dibuktikan pada revolusi yang pertama tercetus di Perancis
dalam daerah Paris. Penentangan di Paris yang hanya melibatkan golongan sosialis dan
17 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitk dan Arus Pemerintahan, ms. 86-91.

13
republik dan bermatlamat menentang pemerintahan Louise Philippe sememangnya
menggambarkan bahawa revolusi yang berlaku pada waktu ini hanya melibatkan beberapa
golongan yang mempunyai matlamat akhir yang sama dan adalah mustahil bagi mereka yang
tidak sehaluan untuk turut sama menggerakkan revolusi ini. Walaupun revolusi Perancis ini
turut digerakkan oleh kaum pekerja dan pelajar yang ramai melalui perhimpunan di jalan-
jalan raya, sekatan, serta laungan slogan di sepanjang jalan, namun hal ini masih belum
cukup untuk mencapai kejayaan dalam pemberontakan. Hal yang sama juga dilihat dalam
revolusi di Austria yang berlaku di Hungary yang melibatkan suatu gerakan revolusi yang
bersifat nasionalisme oleh bangsa Magyar dan revolusi ini memperlihatkan suatu perjuangan
yang hanya melibatkan kepentingan bangsa sendiri dan matlamat akhir bangsa Magyar ini
berbalik kepada kepentingan kepadanya dan bukan demi membela nasib-nasib petani atau
golongan bawahan secara keseluruhan. Tanpa kekuatan yang cukup oleh golongan Magyar
ini akhirnya mereka ditumpaskan pada Ogos 1949 dan ini merupakan kegagalan buat mereka
dan kegagalan dalam revolusi.

Revolusi di Jerman dan Itali turut dilihat mempunyai kekangan dalam perjuangan
gerakan revolusinya kerana tiada kekuatan penggerak yang mampu membuatkan mereka
bersatu secara menyeluruh bagi mencapai satu matlamat yang sama. Di Jerman, walaupun
kelas menengah dan bekerja bersatu pada masa pemberontakan di Berlin, di bawah satu
matlamat yang sama menghapuskan elit konservatif, tetapi setiap kelas mempunyai sebab-
sebab yang sangat berbeza untuk mencapai matlamat tersebut. 18 Pemberontakan yang bersifat
nasionalisme sememangnya suatu perjuangan yang mampu menggegarkan negara-negara
Eropah, tetapi hal ini tidak dilihat sebagai suatu yang realiti di kedua-dua buah negara ini.
Hal ini kerana, pemberontakan yang dilakukan menjurus kepada pemberontakan tiga penjuru
atau lebih. Pertarungan sesama sendiri ini sememangnya melemahkan kekuatan nasionalisme,
menjadikan matlamat revolusi sukar dicapai dan seterusnya menguatkan lagi golongan
konservatif. Oleh itu, kegagalan ini akhirnya telah menimbulkan kesan yang mendalam
kepada negara-negara Eropah, seperti Itali yang terpaksa mengorbankan nasionalisme demi
mahu menjaga kepentingan golongan sendiri dan akhirnya telah menyebabkan kegagalan
pemupukan serta pengekalan perpaduan dalam gerakan nasionalis di negara Itali. Kegagalan
ini telah memberikan kesan psikologi kepada para revolusioner yang akhirnya mempengaruhi
setiap aspek di Eropah pada pemikiran dan aktiviti selepas 1850.19

18 Jonathan Richard Hill, The Revolutons of 1848 in Germany, Italy, and France (Eastern Michigan University:
Senior Honors Theses, 2005), ms. 17.
19 Gordon A. Craig, Europe since 1815 (New York: Holt, Rinehart And Winston, 1971), ms. 142.

14
Oleh itu, jelaslah bahawa kegagalan Revolusi 1848 adalah kerana kekurangan
kekuatan penggerak yang dianggap suatu yang paling penting dalam perjalanan revolusi.
Penggerak yang dibincangkan disini adalah merujuk kepada kekuatan tenaga para
revolusioner dan ideologi serta idea yang menggerakkannya. Penggerak juga dapat
memperlihatkan seorang ketua yang mengepalai setiap revolusi. Ketiadaan kekuatan
penggerak berlaku apabila pekerja terpaksa berlawan tanpa ketua kerana ketua ditangkap,
bersembunyi dan menjadi tawanan, dan hal yang sama terjadi kepada Blanqui yang ditangkap
sekaligus melemahkan golongan revolusioner yang lainnya.20 Walaupun revolusi 1848 telah
menggegarkan dunia dengan kemunculannya yang mengejut dan tiba-tiba, namun
perancangan yang rapi masih tidak terlihat dalam setiap gerakan revolusi yang dilakukan.
Kenyataan ini telah disokong oleh Stearn yang kemudiannya dilihat memberikan petua bagi
menjayakan revolusi,

“Revolusi yang berjaya selalunya diarahkan oleh kumpulan yang bermula tanpa
para pengikut yang ramai tetapi menampung kekurangan ini dengan perancangan
dan pengendalian yang teliti, tidak ada kumpulan yang sedemikian itu muncul pada
tahun 1848”.21

Oleh kerana, setiap golongan terlalu terpesona dengan jangkitan revolusi di negara-
negara Eropah, hal ini telah menyebabkan setiap golongan bangkit memberontak demi
kepentingan golongan mereka sahaja kerana matlamat akhir yang berbeza. Nasionalisme
dalam konteks ini, jika diperhatikan juga turut mampu menjadi penyebab yang menggagalkan
liberalisme dan radikalisme.22

Kekurangan Kekuatan Tentera

Pada masa yang sama dapat kita saksikan bahwa rata-rata yang turut serta dalam
pemberontakan pada tahun 1848 adalah terdiri daripada golongan pekerja, pelajar dan
golongan profesional yang membawa idea mereka bersama-sama dalam gerakan ini. Tidak
dinafikan setiap siri pemberontakan yang berlaku sudah pastinya melibatkan tenaga
penggerak yang sangat ramai. Namun, tanpa kekuatan ketenteraan, golongan ini dengan
mudahnya ditumpaskan di setiap negara-negara yang dilanda revolusi. Hal ini dapat
dibuktikan dalam revolusi di Perancis yang berlaku di Paris, di mana pemberontakan yang
berlaku pada bulan Jun dianggap sebagai kemuncak kerana terdapatnya pertumpahan

20 Anthony Wood, Europe 1815-1960 (Paris: Longman Group Limited, 1964), ms. 130-132.
21 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitk dan Arus Pemerintahan, ms. 101.
22 Ibid, ms. 102.

15
berdarah yang berlaku selama empat hari. Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh
Tentera Kebangsaan atau Tentera Kerajaan yang diketuai oleh Jeneral Louis Cavaignac dalam
gerakan pembersihan telah menewaskan golongan revolusioner, yang hampir 3000 orang
telah dibunuh dan 12 000 orang ditangkap.

Hal yang sama juga turut disaksikan apabila golongan-golongan pemberontak ini
dibersihkan oleh Tentera Kerajaan di pemberontakan yang berlaku di Jerman dan Itali. Di
Jerman, pemberontakan atas idea nasionalisme yang semakin kukuh telah menyebabkan
berlakunya perhimpunan awam yang menuntut pembaharuan kepada pemerintahan kerajaan.
Perhimpunan ini telah memberi pelbagai reaksi kepada masyarakat dan golongan konservatif
pada ketika ini, dan telah berlaku pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak bersenjata.
Disebabkan kekurangan kekuatan yang bersifat ketenteraan dalam revolusi pada kali ini,
kegagalan sudah pastinya berpihak kepada golongan yang lemah dan yang hanya menurut
dan tahu menuntut ini. Pertempuran antara rakyat biasa dengan pihak bersenjata
sememangnya memperlihatkan suatu pertempuran yang bersifat berat sebelah dan akhirnya
mengundang kekalahan kepada pihak yang lemah. Nyawa yang terkorban dalam pertempuran
ini adalah sebanyak 300 orang dan kebanyakkan antara mereka yang tekorban adalah terdiri
daripada para pekerja mahir seperti tukang kayu, tukang kasut dan tukang jahit. 23 Kejayaan
pihak tentera dalam menumpaskan para pemberontak ini telah memberi gambaran bahawa
revolusi melalui pemikiran dan ideologi dan kerakusan menuntut pembaharuan adalah tidak
kemana tanpa mempunyai satu unsur kekuatan yang setanding dengan pihak lawan.

Kegagalan yang sama dilihat berlaku di Itali, Bohemia dan Hungary yang akhirnya
ditumpaskan oleh kekuasaan Tentera Kebangsaan. Sememangnya Revolusi 1848 yang tidak
berlaku tidak menjalani perancangan secara rapi dan meletus secara tiba-tiba. Hal ini adalah
suatu pemangkin kepada gerakan yang hebat pada awalnya, namun tidak memberikan
kemenangan yang mutlak kepada golongan ini yang akhirnya hanya terbunuh, dihukum
bunuh, dan di buang negara adalah menjadi penamatnya. Negara Itali dengan Kebangkitan
Lima Hari dan peperangan Itali-Austria, Bohemia dengan pemberontakan golongan Czech
dan Hungary dengan pemberontakan bangsa Magyar masing-masing telah ditumpaskan oleh
Tentera Kebangsaan dan sekaligus memberikata kata putus iaitu kekalahan golongan
revolusioner ini. Sokongan rakyat yang terhad serta ketiadaan kekuasaan serta kekuatan
ketenteraan telah menyebabkan revolusi-revolusi yang berlaku di negara-negara Eropah
menerima kegagalan. Hal ini sememangnya dipersetujui oleh sarjana Stearns yang turut

23Ibid, ms. 87.

16
melihat bahawa faktor kekurangan ketenteraan adalah merupakan penyebab mengapa
Revolusi 1848 dikatakan gagal dan tidak berjaya.24 Oleh itu, Revolusi 1848 tidak hanya
dilihat gagal dari sudut ketiadaan penggeraknya, namun kegagalannya juga dilihat dari aspek
kekuatan ketenteraannya.

Ketidakyakinan Pencetus Revolusi Terhadap Ideologi Yang Dibawa

Terdapat pelbagai ideologi yang timbul pada masa itu antaranya romantisme,
marxisme, sosialisme dan liberalisme. Romantisme merupakan satu ideologi yang
ditimbulkan dalam pergerakan revolusi 1848. Golongan romantisme mengutamakan atau
menekankan kepentingan unsur perasaan maka muncullah pendapat yang mengatakan
bahawa mereka ini tidak realistik. Contohnya, Hauser mengatakan bahawa para romantis
sebenarnya adalah mereka yang telah merasa kecewa dengan kemungkinan timbulnya satu
era baru bagi manusia. Harapan menggunung yang telah lahir bersama-sama dengan
pergerakan kesedaran revolusi perancis nampaknya gagal untuk sampai ke satu maklumat
yang memuaskan hati mereka.

Oleh itu, sebagai reaksi kepada aliran pemikiran yang mengagungkan akal manusia,
mereka telah berpaling ke arah aliran pemikiran yang mengutamakan perasaan manusia.
Contoh lain iaitu Croce dan Barzun menafikan ketepatan dakwaan bahawa para romantisme
telah menggantikan kepercayaan kepada akal manusia dengan kepercayaan kepada perasaan
manusia. Namun begitu, tujuan para romantis bukanlah mahu menggantikan sesuatu fahaman
dan sesuatu fahaman yang lain. Mereka hanya mahu agar kepercayaan atau sandaran manusia
kepada akal diperlengkapkan pula dengan kepercayaan kepada keunggulan perasaan.
Persoalan sama ada para romantis itu berhalauan positif atau negatif adalah sesuatu yang
menarik. Penyelesaian kepada persoalan ini tentu melibatkan bukan sahaja pentafsiran tetapi
juga pegangan nilai seseorang pengkaji. Walau bagaimanapun, seseorang itu kemungkinan
menafikan bahawa arus romantisme tersebut telah mempengaruhi para aktivitis dalam
revolusi 1848. Bentuk pengaruh itu adalah persoalan yang berasingan pula. Pengaruhnya,
sama ada positif atau negatif telah dikesan dan sedia diakui oleh sejarah.25

Ideologi yang seterusnya ialah liberalisme, fahaman ini adalah sesuatu fahaman yang
bersetuju dengan pemulihan dalam pemerintahan negara. Walau bagaimanapun, pengunduran
liberalisme ini adalah peringkat yang lebih pada akhir abad ke-19 malahan pada abad ke-20
juga. Lagipun perkembangan ini berpusat di Britain. Jadi, bagoi tujuan mengkaji revolusi-
24 Ibid, ms. 101.
25 P.N. Stearns, The revolutions of 1848. (London: Weidenfeld & Nicolson, 1974), ms. 48-49.

17
revolusi 1848, liberalisme berangkali hanya perlu difahami dalam konteks ikilim politik pada
masa itu. Dalam konteks masa itu, liberalisme merupakan suatu fahaman anutan kaum
menengah yang menentang feudalisme. Tetapi liberalisme sendiri telah ditentang oleh
suasana lain yang lebih radikal.

Sosialisme merupakan fahaman yang seterusnya. Fahaman ini menentang pemusatan


kuasa dalam di dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan kepada keupayaan manusia
biasa untuk mengendalikan sendiri urusan kemasyarakatan. Mereka percaya kepada
kemungkinan menjelang zaman kemakmuran daripada revolusi industri. Oleh yang demikian,
mereka lebih mengagungkan petani dan pekerja serta memandang rendah kepada golongan
yang menyara hidup tanpa dengan tulan empat kerat. Mereka berpendapat kuasa pemerintah
patut diperoleh dahulu dan kemudian barulah konsep sosialisme itu dijelmakan. Golongan
merekalah yang merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan
sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi 1848.

Marxisme atau komunisme merupakan ideologi yang mengetengahkan konsep


peperangan mengikut kelas secara terperinci mengikut Marx. Pertentangan kelas bagi Marx
adalah satu proses yang memakan masa. Oleh itu, ahli sosialis seperti Saint Simon dan lain-
lain mengharapkan pembentukan masyarakat sosialis dengan cara mudah. Jadi, menurut
analisis, kaum borjuis yang telah menguburkan revolusi 1848, merupakan yang sebenarnya
mengendali dan melanjutkan hasrat revolusi itu sendiri.26

Oleh itu, akibat timbulnya pelbagai ideologi revolusi tidak dapat dicapai. Hal ini
demikian kerana, masyarakat pada ketika itu melakukan kajian terhadap semua ideologi
tersebut untuk memilih ideologi yang terbaik dalam mencetuskan revolusi 1848. Oleh itu,
tidak ada satupun fahaman atau ideologi yang boleh diguna pakai ketika itu dan akhirnya
pertelingkahan telah berlaku serta pembaharuan tidak dapat dicapai.

Di Itali, revolusionernya adalah sebangsa, bertutur dalam bahasa yang sama, seagama.
Patut nasionalisme boleh berjaya dalam menentang kuasa asing di itali (Austria). Golongan
atasan dan menengah, tidak anti monarki, tidak anti gereja, tidak menyokong sosialisme dan
menghadapi dilema untuk menyokong nasionalisme. Mereka rela korbankan nasionalisme
demi kepentingan golongan sendiri. Khuatir penstrukturan semula bentuk sosial akan
mengancam kepentingan mereka dan merampas harta mereka. Pemindaan perlembagaan yg
menggabungkan golongan usahawan dan tuan tanah, disokong gol liberal dan konservatif.
26 K. Marx, the Class Struggles France 1848-1850 (Moscow: Progress Publishers, 1972), ms. 14. dan
ms. 54.

18
Golongan nasionalis yang membawa konsep republik, Mazzini. Mengabaikan kepentingan
sosioekonomi golongan bawahan. Golongan radikal, menyingkirkan kuasa asing, pembelaan
sosioekonomi golongan bawahan dengan menubuhkan sebuah kerajaan republik. Golongan
petani dan pekerja menyuarakan kepentingan mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah meneliti perbincangan mengenai Revolusi 1848 ini, dapat


disimpulkan bahawa sememangnya revolusi yang berlaku adalah merupakan suatu rentetan
daripada revolusi yang sebelumnya. Revolusi 1848 dikatakan menggegarkan dunia kerana
telah merebak ke negara-negara Eropah yang lainnya seperti Austria, Itali dan Jerman.
Revolusi yang berlaku secara tiba-tiba ini dikatakan kurang perancangan yang rapi dan telah
mengundang kepada kekalahan. Oleh itu, untuk merumuskan perbincangan berkenaan
Revolusi 1848 ini adalah penting untuk melihat kepada kegagalan dan kejayaannya. Para
sarjana telah mengemukakan beberapa pandangannya berkenaan kegagalan dan kejayaan
Revolusi ini, dan rata-ratanya telah bersetuju dengan mengatakan bahawa Revolusi 1848 ini
adalah merupakan suatu kegagalan mutlak disebabkan tiada perancangan, kegopohan,
matlamat yang tidak sama dan lain-lain. Namun, aspek kejayaan Revolusi 1848 ini pula tidak
seharusnya di ketepikan. Hal ini kerana, walaupun kejayaannya yang tidak menonjol seperti
Revolusi Perancis, namun ianya masih memberikan beberapa perubahan dari segi aspek
politik, pemerintahan dan sosial.

Perbincangan mengenai kesan Revolusi 1848 ini pula, jika disimpulkan dapat
disaksikan bahawa revolusi ini turut memberikan impak yang besar kepada negara-negara
yang terlibat. Namun, terdapat pembahagian ke atas kesan yang melanda negara-negara yang
terlibat, sama ada ianya merupakan kesan jangka panjang atau kesan jangka pendek.

Menguatkan golongan konservatif dikatakan sebagai kesan yang paling ketara adalah
kerana setiap revolusi yang berlaku adalah merupakan suatu ancaman kepada golongan
konservatif ini. Oleh itu, zaman pemulihan kekuasaan raja dan golongan konservatif ini
adalah dilihat tidak wajar dicemari oleh para revolusioner. Golongan konservatif sentiasa
melihat pemberontak ini dengan penuh rasa kebimbangan dan sekaligus akan cuba
menghapuskan golongan ini walaupun terpaksa menggunakan kekerasan. Namun, terdapat
juga pelbagai kesan lain yang turut diperolehi selepas tamatnya Revolusi 1848 di negara-
negara Eropah. Kesan-kesan ke atas Revolusi 1848 ini sememangnya telah memperlihatkan

19
keberhasilan revolusi ini dalam memberikan perubahan kepada negara, pemerintah serta
masyarakatnya.

Revolusi 1848, walaupun kejayaannya singkat dan pantas sama seperti kegagalannya,
namun impaknya ke atas negara-negara Eropah jelas dapat dibuktikan. Setiap peristiwa yang
berlaku setiap satunya mampu memberikan suatu gambaran yang jelas berkenaan perjalanan
revolusi yang penuh pahit getir. Walaupun terpaksa menentang golongan pemerintah, usaha-
usaha penyebaran idea revolusi ini tetap dijalankan demi mencapai matlamat akhir dan demi
kepentingan golongan tertentu. Seperti yang dilihat, semua idea-idea dan aplikasi seperti
nasionalisme, sosialisme, perdagangan bebas, perlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia,
hak untuk memilih dan dipilih, kebebasan akhbar dan sebagainya, yang membentuk mentaliti
politik moden, telah diasaskan oleh revolusi 1848. Oleh itu, revolusi pada tahun 1848 yang
berjangkit antara satu kawasan dengan kawasan yang lain ini tidak seharusnya dilihat dari
aspek kegagalannya semata-mata. Hal ini kerana, kegagalan pada tahun 1848 tidak dilihat
sebagai kegagalan yang abadi, dan kebangkitan setiap negara-negara Eropah yang masing-
masing berusaha untuk memulihkan tampuk pemerintahan ke arah berkerajaan sendiri seperti
Jerman dan Itali, serta membentuk perubahan yang baik untuk negara dan masyarakat
terutamanya buat golongan bawahan. Revolusi 1848 tidak seharusnya dilihat sebagai suatu
pengakhiran, sebaliknya ianya wajar dilihat sebagai suatu permulaan yang membawa keluar
negara-negara Eropah ke arah pemerintahan yang lebih unggul dan hebat, penguatkuasaan
undang-undang yang lebih adil, prinsip kesamarataan, serta pembelaan terhadap golongan
bawahan.

Rujukan

A.J Grant, Harold Temperley, Lillian M. 1956. Person, Europe in the Nineteenth and
Twentieth Centuries (1789-1950). London: Longman, Green and Co.

20
Andrew Hussey. 2006. Paris: The Secret History. New York: Holtzbrinck Publisher.

Anthony Wood. 1964. Europe 1815-1960. Paris: Longman Group Limited.

Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Furet Francois. 1989. Revolusi Prancis. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Gordon A. Craig. 1971. Europe since 1815. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Jonathan Richard Hill. 2005. The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and France. Eastern
Michigan University: Senior Honors Theses.

K. Marx. 1972. The Class Struggles France 1848-1850. Moscow: Progress Publishers.

P.N. Stearns. 1974. The revolutions of 1848. London: Weidenfeld & Nicolson.

Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rofiqi. 2013. Konsep Islam Revolusioner Dalam Pemikiran Ali Syari’ati. Undergraduate
Thesis, UIN Sunan Ampel Surabaya.

R.R Palmer, Joel Colton. 1950. A History of Then Modern World. New York: McGraw-Hill
Seventh Edition.

Victor Hugo, Les Miserable, Chapter III: Louise-Philippe.

21

Anda mungkin juga menyukai