Anda di halaman 1dari 22

GROUP GROUP 3

PROGRAMME FOUNDATION OF MANAGEMENT & STRATEGIC


ASSIGNMENT Z0220 POLITICAL STUDIES

NAME MATRIC NUMBER


MUHAMAD ZIKRI BIN ZAINUDIN 1210484
THIBA GANESS A/L JAYA KUMAR 1210560
MUHAMMAD AMEAL REETHAUDDEAN BIN 1210435
MOHD SAUFI
MUHAMMAD SHAH IRFAN JASMAN 1210447
WAN MUHAMMAD HAZREY HAIQAL BIN WAN 1210562
HAMDAN
RISYQAH BALQISH BINTI KIPLI JOHAN 1210767

Discuss the impact of French Revolution (1789) to the European states

Report submission date: 22nd February 2022


Kandungan
NO PERKARA MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
7

1. Pengenalan (Asal Usul Revolusi Perancis)


1.1 Apakah itu Revolusi Perancis?

Revolusi Perancis ialah tempoh pergolakan sosial dan politik besar yang bermula pada tahun
1789 dan berakhir pada tahun 1799 di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusi Perancis
telah mengakibatkan beberapa perubahan penting dalam sistem politik dan sosial masyarakat
Eropah. Revolusi Perancis juga telah mempengaruhi tindakan
dan pemikiran manusia buat beberapa generasi seterusnya.
Revolusi Perancis menggunakan cogan kata “Liberty,
Equality & Fraternity”.

Revolusi Perancis juga mempunyai sebab-sebab umum yang


sama dengan semua revolusi Barat pada akhir abad ke-18 dan
semestinya terdapat sebab-sebab tertentu yang menjelaskan mengapa revolusi ini adalah yang
paling ganas dan paling penting secara universal. Penyebab umum yang pertama ialah struktur
sosial Barat. Rejim feudal telah dilemahkan selangkah demi selangkah dan telah pun lenyap di
beberapa bahagian Eropah. Golongan elit rakyat jelata yang semakin ramai dan makmur seperti
pedagang, pengilang dan profesional yang sering dipanggil borjuasi menginginkan kuasa politik
di negara-negara yang belum memilikinya. Para petani yang kebanyakannya memiliki tanah
telah mencapai taraf hidup dan pendidikan yang lebih baik dan ingin menyingkirkan sisa-sisa
feudalisme yang terakhir untuk memperoleh hak penuh pemilikan tanah dan bebas untuk
meningkatkan pegangan mereka. Tambahan pula, dari tahun 1730, taraf hidup yang lebih tinggi
telah mengurangkan kadar kematian di kalangan orang dewasa dengan ketara. Hal ini bersama-
sama dengan faktor-faktor lain telah menyebabkan pertambahan penduduk Eropah yang tidak
pernah berlaku sebelum ini selama beberapa abad di mana meningkat dua kali ganda antara
tahun 1715 hingga tahun 1800. Perancis dengan 26 juta penduduk pada tahun 1789 merupakan
negara paling ramai penduduk di Eropah.
Populasi yang lebih besar mewujudkan permintaan yang lebih besar untuk makanan dan
barangan pengguna. Penemuan lombong emas baru di Brazil telah membawa kepada kenaikan
umum dalam harga di seluruh Barat dari tahun 1730 yang menunjukkan keadaan ekonomi yang
makmur. Dari tahun 1770, trend ini semakin berkurangan dan krisis ekonomi yang mencetuskan
kebimbangan dan juga pemberontakan kerap berlaku. Falsafah intelektual yang tulisannya
mengilhami hujah-hujah ini sudah tentu dipengaruhi oleh ahli teori abad ke-17 seperti René
Descartes dan Benedict de Spinoza tetapi mereka membuat kesimpulan yang sangat berbeza
tentang perkara politik, sosial dan ekonomi.

Revolusi ini nampaknya perlu untuk menerapkan idea Montesquieu, Voltaire atau Jean-Jacques
Rousseau. Pencerahan ini disebarkan di kalangan kelas terpelajar oleh banyak "masyarakat
pemikiran" yang diasaskan pada masa itu seperti di pondok masonik, masyarakat pertanian dan
bilik bacaan.

Walau bagaimanapun, adalah tidak pasti sama ada revolusi akan hadir tanpa kehadiran tambahan
krisis politik. Menghadapi perbelanjaan besar dek kerana menanggung peperangan abad ke-18,
para penguasa Eropah berusaha untuk mengumpul wang dengan mengenakan cukai kepada
golongan bangsawan dan paderi yang kebanyakanya selama ini telah dikecualikan. Hal ini
menimbulkan reaksi di seluruh Eropah dari badan istimewa dan estet. Di Amerika Utara tindak
balas ini menyebabkan tercetusnya Revolusi Amerika yang bermula dengan keengganan
membayar cukai yang dikenakan oleh Raja Great Britain. Raja-raja cuba menghentikan reaksi
golongan bangsawan ini dan kedua-dua pemerintah dan golongan istimewa mencari sekutu di
kalangan borjuasi dan petani yang tidak mempunyai hak istimewa.

Secara khususnya, Revolusi Perancis merupakan satu usaha untuk mengubah sepenuhnya
struktur kerajaan terdahulu yang dikuasai raja mutlak tetapi kemudiannya secara
berperlembagaan dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat
(raja yang mempunyai hak mutlak) dan paderi Katolik kepada suatu pemerintahan dipimpin
rakyat jelata yang berasaskan prinsip kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan
hak rakyat. Revolusi tersebut menghapuskan sistem politik dan sosial lama Eropah yang dikenali
sebagai Ancien Regime.
Perubahan ini turut melibatkan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh
Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang berlanjutan
selepas daripada Revolusi Perancis adalah seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki dan
dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk.

Dalam abad yang berikutnya, Perancis telah ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai
republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berlainan.
1.2 Mengapakah Revolusi Perancis berlaku?

Walaupun perdebatan ilmiah berterusan mengenai punca sebenar Revolusi Perancis, secara
lazimnya dikemukakan Revolusi Perancis berlaku adalah disebabkan

1. Borjuasi membenci penyisihannya daripada kuasa politik dan kedudukan kehormatan.

2. Para petani sangat menyedari keadaan mereka dan semakin kurang bersedia untuk
menyokong sistem feudal yang anakronistik dan membebankan.

3. Falsafah telah tersebar dengan lebih meluas di Perancis berbanding di tempat lain.

4. Penyertaan Perancis dalam Revolusi Amerika telah mendorong kerajaan Perancis ke


ambang muflis.

5. Perancis adalah negara paling ramai penduduk di Eropah dan kegagalan tanaman di
kebanyakan negara pada tahun 1788 yang berlaku ketika tempoh kesukaran ekonomi yang
panjang menambahkan lagi kegelisahan yang sedia ada.

6. Monarki Perancis yang tidak lagi dilihat sebagai ditahbiskan ilahi tidak dapat
menyesuaikan diri dengan tekanan politik dan masyarakat yang dikenakan ke atas mereka.

Terdapat pelbagai pendorong kepada tercetusnya Revolusi Perancis yang dipengaruhi oleh
Faktor Luaran dan Faktor Dalaman.
1) Faktor Luaran

Antara salah satu faktor luaran adalah apabila Perancis telah terlibat dalam peperangan
kemerdekaan Amerika yang menuntut kebebasan daripada penjajahan Britain (1775 – 1783). Hal
ini telah menyebabkan Perancis menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan ketenteraan
kepada Amerika yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa dengan dikenakan cukai untuk
menampung kos. Kesan daripada peristiwa ini telah menjadi suatu cetusan idea kepada golongan
tentera dan cediakawan untuk menuntut keadilan mengikut kefahaman demokrasi. Perkara ini
bertujuan untuk membentuk sebuah negara demokrasi di mana menekankan aspek manusia
dilahirkan bebas (freedom).

Selain itu, adalah disebabkan oleh Revolusi Perindustrian (1750) di Britain yang telah
memperlihatkan penciptaan alat penenun kain dan enjin wap yang disebabkan oleh permintaan
yang tinggi dalam industri perindustrian. Kewujudan kilang di Perancis seperti kilang industri
pembuatan tekstil, perkembagan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu
telah melahirkan golongan pekerja yang agak tinggi di kawasan bandar. Perkembangan
perdagangan turut dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan
keretapi. Kesannya, pengenalan enjin wap yang digerakkan oleh arang batu dan penggunaan
mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-
besaran di mana jelas menunjukkan bahawa semuanya berkait rapat antara satu sama lain.

Akhir sekali, adalah daripada pengaruh England yang mengamalkan corak kehidupan
masyarakat yang jauh lebih baik jika dibandingkan di Perancis di mana telah menyebabkan
cetusan pelbagai idea oleh ahli-ahli philosop. Idea-idea ini banyak mempengaruhi corak
pemikiran ahli pemikir Perancis seperti Voltaire, Montesquieu dan Rousseau. Kebanjiran surat
khabar dan majalah ‘club’ yang banyak membincangkan tentang pelbagai isu seperti politik,
ekonomi dan sosial menyebabkan isu ini tersebar lebih meluas kepada penduduk/masyarakat
setempat.
2) Faktor Dalaman

Antara faktor dalaman adalah seperti faktor enlightenment (tindakan pencerahan atau keadaan
pencerahan) yang dipelopori oleh Descartes, Montesquieu, Voltaire dan Rousseau.
Enlightenment merupakan idea yang mempersoal dan mengecam peraturan lama, pemikiran
kristian dan amalan feudal. Pergerakan ini wujud ekoran revolusi dalam bidang sains oleh F.
Bacon, Galileo dan Newton. Zaman kesedaran boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap yang
pertama ialah pergeseran antara pendukung dengan pemerintah manakala tahap kedua dengan
penghasilan karya-karya seperti Spirit of Laws oleh Montesquieu (1746-1770) dan tahap ketiga
dengan penyebaran idea (1770-1790) yang bersifat revolusiner. Ahli-ahli philosop ini
menginginkan kuasa pemerintah yang mahir dalam konsep sekular kesedaran. Hal ini disebabkan
kerana golongan-golongan petani ditindas dengan dikenakan cukai seperti cukai taille, poltax,
vingtieme, dan gabelle.

Selain itu, adalah sosio-ekonomi yang merangkumi aspek kewangan dan kemelesetan ekonomi.
Contohnya, berlaku pertambahan penduduk 18 hingga 25 juta pada kurun ke-18, kedudukan
barangan melonjak (1789-1789), harga barang naik 65 peratus tetapi gaji hanya naik 1/3 daripada
harga barang, hasil tuaian (1787-1788) meleset akibat bencana alam, masalah kewangan akibat
terlibat dengan beberapa peperangan seperti Spanish Succession (1702-1713) dan perang
kemerdekaan Amerika. Dalam peperangan ini, Perancis mengalami defisit sebanyak $50 juta dan
meningkat kepada $112 juta ketika pemerintahan Louis XVI (1786). Pada 1780-an, masalah
ekonomi Perancis yang merangkumi hasil pertanian semakin merosot, kedudukan penduduk
tidak dapat dipenuhi, harga barang semakin mahal, gaji rendah atau dibuang kerja, cukai tidak
dapat dikenakan kepada rakyat dan cukai dikenakan kepada golongan pertama dan kedua yang
menyebabkan mereka membantah.

Seterusnya, disebabkan oleh kuasa politik di mana wakil tempatan dikehendaki menyenaraikan
cahier (buku nota) untuk dikemukan di dewan Negara pada 5 Mei 1789 tetapi tuntutan mereka
tidak dilayan. Keadaan ini mengakibatkan gologan bawahan tidak dibenarkan menghadiri
persidangan yang meyebabkan mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai Dewan Kebangsaan.
Di samping itu, ialah kelemahan Raja Louis XVI itu sendiri yang tidak suka membantah.
Pentadbiran cukai semasa zaman pemerintahan beliau tidak selaras dan sistem undang-undang
yang berlainan contohnya di utara menggunakan undang-undang am manakala di selatan
menggunakan kanun roman. Semasa pemerintahannya juga berlaku krisis kewangan yang
mengenakan cukai terhadap estet dengan syarat mereka diberi jawatan penting dalam
pentadbiran. Kesilapan persidangan parlimen yang tidak bersidang sejak 1614 membuka peluang
kepada rakyat untuk bertindak dan membela nasib mereka. Raja Louis XVI juga terpengaruh
dengan Ratu Marie Antoinette (Permaisuri Perancis terakhir sebelum Revolusi Perancis berlaku)
yang mempunyai hubungan baik dengan Austria. Beliau tidak disenangi oleh masyarakat pada
zaman pemerintahan beliau dek kerana sifat pemborosnya dan sering membolot harta negara,
persengkokolan menentang keselamatan dalaman dan luaran negara dan menderhaka kepada
negara akibat kegiatan perisikan yang memihak kepada musuh negara yang boleh dikenakan
hukuman mati. Kesannya, Raja Marie Antoinette telah dihukum mati dengan kepalanya
dipancung pada 16 Oktober 1793.
2. Kesan Revolusi Perancis (1789) kepada negara-negara Eropah

Revolusi Perancis merupakan peristiwa yang penting dalam sejarah dunia yang berlangsung dari
1789 sehingga 1799. Melalui peristiwa ini, kita dapat menyaksikan bahawa Perancis berjaya
menghapukskan feudalisme, menukar bentuk kerajaan mereka daripada monarki kepada republik
dan membentuk perlembagaan berasaskan prinsip “Liberty, Equality & Fraternity”. Revolusi
Perancis juga mungkin memberikan kesan yang besar dan meluas dalam usaha mengubah dunia
daripada revolusi lain. Antara kesan Revolusi Perancis (1789) adalah mewujudkan perlembagaan
baru, melahirkan maharaja yang baharu, perluasan perdagangan antarabangsa dan persaingan
ekonomi, perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaraan masyarakat, permulaan refomasi
dalam pelbagai bidang, inspirasi kepada gerakan nasionalis dan demokrasi, wujudnya sistem
perhubungan yang efisyen, pertambahan jumlah pendududuk, dan . Kesan yang paling penting
dalam Revolusi Perancis ialah revolusi ini berjaya mengubah perjalanan sejarah moden,
mencetuskan kemeresotan global monarki mutlak dan menggantikannya dengan republik dan
demokrasi liberal.

 KESAN PERTAMA: PERLEMBAGAAN BARU

Kesan pertama yang dapat dilihat daripada Revolusi Perancis adalah perpecahan kepada
hegemoni monarki feudal (idea memanipulasikan sistem nilai dan tatalaku sesebuah
masyarakat). Perlembagaan baru menentukan monarki perlembagaan sebagai satu bentuk
kerajaan dan kuasa tidak lagi bergantung pada Tuhan tetapi oleh masyarakat. Hagemoni itu
sendiri membawa maksud dominasi masyarakat sesebuah kerajaan. Sistem ini dikenalkan oleh
Karl Max yang mewujudkan Pembentukan Perlembagaan di mana menjadi tonggak perisytiharan
hebat untuk dunia yang memberi kepentingan kepada hak-hak manusia. Antara kepentingan hak-
hak manusia adalah kebebasan, persamaan dan persaudaraan yang selaras dengan cogan kata
Revolusi Perancis. Prinsip-prinsip yang dipanggil Republik Pengisytiharan Hak Manusia ini
menekankan aspek kebebasan pemikiran individu, warganegara menuntut jaminan oleh Negara
dalam lingkungan perundangan, kehakiman, fiskal (dasar atau peraturan yang berkenaan dengan
cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan), jaminan keselamatan dan penentangan terhadap
tindakan penindasan.
Hak istimewa para ulama dan kaum bangsawan telah berakhir dengan perlembagaan baru dan
pemisahan tiga kuasa awam yang dikembalikan ke negara secara eksekutif, perundangan dan
kehakiman.

 KESAN KEDUA: MAHARAJA BAHARU DILAHIRKAN

Setersunya, kesan kedua Revolusi Perancis ialah Revolusi Perancis telah membawa kebebasan
dan demokrasi untuk melahirkan Maharaja baharu. Hal ini juga membangkitkan cita-cita
Napolean. Napoleon Bonaparte merupakan seorang pemimpin militari dan politik Perancis yang
menjadi terkenal saat Perang Revolusioner. Napoleon memiliki pengaruh yang besar terhadap
Eropah selama lebih dari satu dasawarsa ketika memimpin Perancis melawan negara gabungan
dalam Perang-Perang Napoleon. Beliau telah berjaya memenangi kebanyakan perang dan hampir
semua pertempuran dengan cepat dan sekaligus memperoleh kendali Benua Eropah. Antara
negara yang dikuasai oleh Napoleon Bonaparte ialah Belanda, Sepanyol, Sweden, Itali, dan
Poland. Hal ini menimbulkan rasa bangga di hati rakyat Perancis kerana usahanya yang ingin
membawa hasrat baru di seluruh dunia. Beliau telah dipilih menjadi Maharaja yang baru dan
kuasa beliau telah mewujudkan pemerintahan diktator yang cerah serta tidak pernah
dibayangkan. Penaklukan Napoleon mempunyai kesan yang besar. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa revolusi dan idea nasionalisme, patriotisme dan demokrasi berjaya tersebar di seluruh
Eropah.

 KESAN KETIGA: PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN


PERSAINGAN EKONOMI

Penggunaan mesin dalam skala besar bagi sektor perkilangan di Britain telah menyebabkan
limpahan kuantiti barangan industri. Hal ini menyebabkan Britain terpaksa menggunakan
negara-negara koloni bagi mencari pasaran antarabangsa yang lebih besar berdasarkan
kemampuan pengeluaran sektor industrinya. Produk berasakan kapas merupakan antara produk
eksport utama Britain pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Revolusi perindustrian
telah memberi ransangan kepada Britain untuk bersikap lebih liberal dalam menjalankan urusan
perdagangannya terutamanya dalam melonggarkan duti kastam dalam sebarang urusan
perdagangan antarabangsa.
Adam Smith merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mempopularkan idea mengenai
librelisme ekonomi atau lebih dikenali sebagai Laissez Faire. Beliau turut mengetengahkan usaha
mengekalkan kekayaan negara pada tahap maksimum dengan menghapuskan perlindungan duti
kastam. Idea ini kemudiannya diangkat ole William Huskinsson yang kemudiannya menjadi
Presiden Lembaga Perdagangan pada tahun 1823. Pelaksanaan sistem ini di kawasan koloni
Britain telah melipatgandakan kekayaan Britain. Britain juga menjalankan hubungan
perdagangan yang positif dengan negara-negara di Barat seperti Rusia terutamanya di zaman
Catherine II. Barangan kapas merupakan barangan yang mendapat perhatian khusus di Timur
dengan kadar eksport oleh Syarikat Hindia Timur mencatatkan angka yang cukup
memberangsangkan. Kain kapas yang dieksport ke Timur mencatatkan peningkatan daripada
hanya satu juta ela pada tahun 1814 kepada 56 juta ela pada tahun 1832. Pertambahan penduduk
dunia sehingga dua kali ganda telah membuka peluang dagangan kepada Britain pada suku
pertama abad ke-19 dengan mencatatkan keuntungan yang menjangkau 20 kali ganda dari segi
nilainya. Amalan dasar Laissez Faire memberi kelebihan kepada Britain untuk mendahului
negara-negara Eropah lain dari segi kekuatan perdagangan. Namun demikian, Britain mula
mengalami kemerosotan dari segi penguasaan terhadap pengeluaran produk-produk industrinya
setelah berkembangnya revolusi industri ke seluruh Eropah. Perancis, Jerman dan Belgium
muncul sebagai pencabar ekonomi bagi Britain (1850 – 1870). Walaupun Britain kekal sebagai
negara pengeluar jongkong besi utama dunia tetapi perkembangannya adalah lebih perlahan
berbanding Perancis dan Jerman. Arang batu yang menjadi produk industri kedua Britain mula
mendapat saingan daripada Jerman. Pada tahun 1871, Britain mendominasi pengeluaran arang
batu dengan jumlah pengeluaran pada tahun tersebut mencecah 118 juta tan sedangkan Jerman
hanya mampu mengeluarkan 38 juta tan. Namun demikian, pada tahun 1910, Britain mula
disaingi secara jelas oleh Jerman dalam usaha pengeluaran arang batu apabila Jerman berupaya
mengeluarkan 279 juta berbanding Britain yang mengeluarkan 287 juta tan. Hal yang hampir
sama juga turut berlaku dalam pengeluaran keluli dengan Jerman mengatasi pengeluaran keluli
Britain pada tahun 1900 apabila Jerman berjaya mengeluarkan 7.3 juta tan keluli berbanding
Britain yang hanya mampu mengeluarkan 4.9 juta tan pada tahun berkenaan. Perkembangan
ekonomi ini menjadi asas penting kepada penguasaan ekonomi dunia oleh Barat.
 KESAN KEEMPAT: PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN KEADAAN
PERSEKITARAN MASYARAKAT

Sebelum zaman revolusi, masyarakat Eropah merupakan masyarakat yang sangat terikat dengan
tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakkan mereka tinggal di kawasan luar bandar. Mereka
hidup secara ringkas dan cara hidup yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan yang cukup jelas
dalam keluarga dan mereka juga mempunyai hak mutlak dalam menentukan jodoh anak mereka.
Setelah tercetusnya Revolusi Perancis, keadaan tersebut mula berubah dan golongan muda mula
beremigrasi menuju ke kawasan yang giat dengan kegiatan industri atau kawasan bandar. Ikatan
kekeluargaan yang sebelum ini erat mula menjadi longgar. Keadaan di kawasan bandar
melahirkan gaya hidup yang sangat mencabar. Keadaan ini menyebabkan golongan yang berada
di bandar lebih berdikari dan cekal dalam menghadapi cabaran. Bakat dan kekayaan menjadi
kayu ukur kepada standard sosial seseorang manakala skala kehidupan feudal yang bergantung
kepada status keturunan untuk sampai ke satu tahap sosial sudah semakin lemah. Dalam pada itu
kehidupan yang bebas di bandar mendedahkan penduduknya dengan pelbagai permasalahan
sosial yang kritikal seperti masalah pelacuran dan jenayah berat. Pelacuran menjadi penyakit
sosial di Eropah (Vienna, Prancis dan London) menjelang abad ke-19 dan telah mencatat seramai
hampir 145,000 orang pelacur. Golongan wanita menjadi golongan yang begitu rendah
kedudukannya dalam carta sosial di zaman revolusi industri. Sebelun revolusi industri isteri para
pegadang boleh bergiat aktif dalam perniagaan tetapi setelah revolusi industri mereka ditegah
daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan dan mereka hanya perlu bertanggungjawab
terhadap rumah tangga, pendidikan anak-anak dan kehidupan sosial keluarga. Golongan pelabur
menjadi golongan penting dalam zaman revolusi industri kerana mereka berperanan sebagai
penjana ekonomi kerajaan. Golongan ini juga menjadi pendukung aktiviti penjelajahan dan
penerokaan ke Timur dengan menyediakan modal untuk tujuan ekonomi. Selain itu, proses
perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyumbang kepada masalah pencemaran dan
kesihatan. Penggunaan bahan bakar arang batu secara meluas telah mengakibatkan pencemaran
udara yang teruk di Britain. Kilang dan rumah pekerja berada di lokasi yang sama menyebabkan
mereka terdedah secara langsung dengan pencemaran udara dari kilang industri. Penduduk juga
terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar akibat pengaliran terus sisa industri ke sungai
dan menyebabkan kewujudan pelbagai jenis penyakit. Selain itu, sampah-sarap tidak
dikendalikan dengan sewajarnya menyebabkan kawasan bandar menjadi kotor.
Chadwick membuat laporan berkenaan keadaan sanitari dan kualiti kesihatan penduduk di
bandar pada tahun 1842 dan menghasilkan satu kesimpulan yang menyatakan bahawa kolera dan
penyakit endemik yang lain berpunca daripada keadaan hidup yang tidak bersih. Akta Kesihatan
Awam 1875 merupakan sebuah akta yang digunakan untuk memperbaiki keadaan yang tidak
sihat ini.

 KESAN KELIMA: PERMULAAN REFORMASI DALAM PELBAGAI BIDANG

Disebabkan oleh liberalisme revolusi kewarganegaraan, masyarakat tanpa kelas telah wujud di
Perancis. Selain itu, Hak milik feudal dan ulama juga turut dirampas dan Feudalisme sudah tidak
digunakan lagi. Golongan pendeta pula akan dilantik oleh kerajaan. Di samping itu sektor
pertanian, perdagangan dan perniagaan juga dilihat semakin bertambah baik dari masa ke
semasa. Hal ini telah mengakibatkan negara-negara lain di eropah seperti Itali, Jerman dan lain
lain turut mendapat inspirasi dan mereka mula umembuat reformasi seperti yang telah dilakukan
oleh Perancis. Hal ini jelas membuktikan bahawa Revolusi Perancis 1789 telah membawa satu
bentuk perubahan kepada negara eropah yang lain.

 KESAN KEENAM: INSPIRASI KEPADA GERAKAN NASIONALIS DAN


DEMOKRASI

Prinsip seperti ‘Liberty, Equality and Equality of Revolution (Kebebasan, Kesamarataan dan
Kesaksamaan Revolusi) telah mewujudkan kesamarataan dan perpaduan di kalangan seluruh
rakyat Perancis. Hal ini sangat membantu meningkatkan taraf kewarganegaraan mereka. Atas
dasar merit sedemikian, mereka telah berjaya menghapuskan semua malapetaka. Justeru itu
revolusi ini dilihat telah berjaya dibangunkan. Oleh yang demikian, negara- negara besar di
Eropah seperti Rusia, Itali, Jerman dan lain lain turut mendapat inspirasi daripada pergerakan
penyatuan yang dilakukan oleh negara Perancis ini. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
Revolusi Perancis 1789 telah memberi kesan terhadap negara-negara eropah yang lain dari sudut
gerakan nasionalis dan demokrasi.
 KESAN KETUJUH: WUJUDNYA SISTEM PERHUBUNGAN YANG EFISYEN

Revolusi Perancis telah mewujudkan sistem perhubungan yang berkesan berbanding


sebelumnya. Sebelum zaman revolusi, kawasan pedalaman dihubungi dengan menggunakan
sungai dan jalan darat manakala barang-barang yang bermuatan berat dibawa keluar ke pesisir
pantai dengan menggunakan kapal. Landasan keretapi dan laluan gerabak digunakan untuk
menggangkut arang batu ke kawasan sungai sebelum dipindahkan ke atas kapal. Pada ketika ini,
haiwan masih lagi merjadi pengangkutan di darat dan layar menjadi pengangkutan di laut.
Keadaan ini berubah apabila hadirnya jurutera-jurutera yang berwibawa dan pemodal yang
efisyen. Sistem pengangkutan di Britain bertambah baik. Menjelang tahun 1830, sistem
perhubungan di Eropah mula mendapat sinar baru tetapi masih menghadapi masalah dalam
menguruskan bahan-bahan berkapasiti tinggi seperti arang batu. Landasan keretapi moden
pertama berjaya di England adalah pada tahun 1825 yang menghubungkan lombong arang batu
Durham di Stockton dengan Darlington. Isambard Kingdom Brunel (1806-1859) merupakan
jurutera yang mengendalikan pembinaan landasan Great Western yang menghubungkan London-
Bristol-South Wales. Pada tahun 1837, Robert Stephenson telah membina landasan yang
menghubungkan London dengan Birmingham. Menjelang tahun 1873, Britain telah muncul
sebagai peneraju dunia dalam pembinaan landasan keretapi dengan memiliki landasan yang
boleh dihubungkan sehingga mencapai 14,000 batu atau 22,669kilometer. Perkembangan ini
juga telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat dalam sektor pembinaan
landasan keretapi serta perlombongan arang batu dan logam (industriprimer). Di samping itu,
kontraktor-kontraktor Britain telah muncul sebagai penyedia perkhidmatan bagi membina
landasan keretapi seperti Thomas Brassey yang mendapat kontrak membina landasan keretapi di
Itali, Kanada, Argentina, India dan Australia. Revolusi ini juga menyaksikan perkembangan
penggunaan kapal stim di Eropah. Teknologi perkapalan di Eropah berkembang pesat bermula
dengan penciptaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun 1787 yang menggunakan besi sebagai
rangka dan kayu sebagai dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi
kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal yang dibuat dengan kayu
sepenuhnya. Inovasi dalam sektor perkapalan terus berkembang disebabkan beliau.
Pada tahun-tahun berikutnya kapal yang dihasikan telah ditambah baik dengan penggunaan enjin
stim pada kapal laut pada tahun 1802 dan kemudiannya keluli telah digunakan bagi
menggantikan besi dalam sektor pembuatan kapal pada sekitar tahun 1880-an. Sistem
perhubungan bukan sahaja merujuk kepada pengangkutan semata-mata tetapi merangkumi
sistem telekomunikasi seperti telefon, telegraf dan pos. Keadaan perhubungan yang bertambah
baik memungkinkan akses yang lebih luas ke kawasan-kawasan yang mempunyai darjah
ketersampaian yang jauh dan mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar.

 KESAN KELAPAN: PERTAMBAHAN JUMLAH PENDUDUK

Revolusi Perancis juga telah memberi impak yang major terhadap pertumbuhan penduduk di
Eropah terutamanya England. Populasi penduduk Eropah berkembang pada kadar yang perlahan
pada awal kurun ke-18 tetapi mula menunjukkan pertumbuhan yang agak pesat pada tahun 1780.
Menjelang kurun ke-18, populasi penduduk Eropah telah meningkat pada kadar tertinggi.
England merupakan negara yang pertumbuhannya positif kerana pada tahun 1688, jumlah
penduduk di England hanyalah 5.5 juta orang tetapi menjelang tahun 1801, populasi penduduk di
England bertambah menjadi 9 juta orang dan pada tahun 1851, jumlah ini meningkat lagi
menjadi 18 juta orang iatu peningkatan berganda berbanding 50 tahun sebelumnya. Industrilisasi
dan pertumbuhan penduduk saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Bekalan makanan
dan peluang pekerjaan yang lebih baik menggalakkan orang untuk berkahwin pada usia yang
lebih muda dan memperolehi anak yang ramai. Kadar kelahiran yang tinggi bermakna jumlah
kanak- kanak juga ramai dan seterusnya menyumbang kepada bekalan buruh kanak-kanak yang
menjadi tenaga penting di lombong-lombong arang batu. Pertumbuhan penduduk yang pesat di
kawasan-kawasan industri Eropah juga disebabkan oleh proses migrasi yang berlaku. Berjuta-
juta orang melakukan migrasi atau perpindahan semasa berkembangnya revolusi industri dengan
ada di antara mereka yang berpindah dari kampung ke bandar dengan harapan mencari pekerjaan
ataupun mencari kehidupan yang lebih baik. Penghijaran penduduk dari kawasan luar bandar
telah menyebabkan peningkatan jumlah penduduk di beberapa bandar utama secara mendadak
seperti di kawasan Lancshire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan
Staffordshire. Selain daripada London, beberapa kawasan di Eropah telah berubah taraf menjadi
megapolis seperti di kawasan tengah Belgium dan Ruhr di Jerman.
Kebanjiran penduduk akibat imigrasi dan kadar kelahiran yang tinggi di kawasan industri
akhirnya membawa kepada masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang seterusnya
meningkatkan jumlah pengangguran. Kadar pengangguran yang tinggi akhirnya membawa
kepada idea untuk mengemigrasikan penduduk yang berlebihan ke luar Eropah terutamananya ke
wilayah taklukan dan naungan Britain. Di samping itu, para banduan yang membebankan
kerajaan telah dihantar keluar negara terutamanya Australia dan tindakan tersebut penting bagi
mengatasi masalah pertambahan golongan tersebut di Britain. Revolusi industri yang meletus di
Eropah telah mempercepatkan proses pertumbuhan penduduk di benua berkenaan. Kapasiti
penduduk yang besar menjadi penjana kekuatan ekonomi dan politik negara-negara yang terlibat
dalam revolusi industri.

 KESAN KESEMBILAN:
 KESAN KESEPULUH:
3. KESIMPULAN

Revolusi Perancis berakhir pada tahun 1799 dengan kejatuhan dan pemansuhan monarki
Perancis dan kebangkitan pemerintahan diktator Napoleon Bonaparte. Sebagai ganti monarki,
Perancis menubuhkan sebuah republik demokratik yang menumpukan kepada idea-idea
liberalisme, sekularisme dan falsafah lain yang menjadi popular semasa “Enlightenment”.
Walaupun pengabdian negara kepada republikanisme, empayar itu berkembang secara autoritian
(berpegang teguh pada peraturan/kepercayaan sepenuhnya kepada autoriti) dan ketenteraan di
bawah kepimpinan Napoleon. Revolusi Perancis menyimpulkan, negara itu menerima pakai
slogannya, "Kebebasan, Kesaksamaan dan Persaudaraan" sebagai prinsip panduan untuk
sekurang-kurangnya pada abad berikutnya. Kerajaan baru membangunkan sistem perlembagaan
yang mengalihkan kuasa daripada golongan bangsawan dan penyokongnya. Pengabdian republik
baru itu kepada sekularisme membawa kepada kehancuran Gereja Katolik di Perancis, dan kuasa
pengaruh serta asetnya merosot secara mendadak daripada ketinggian sebelum Revolusi. Selepas
revolusi, ekonomi pertanian berpecah daripada ladang besar milik bangsawan kepada rumah-
rumah yang lebih kecil. Di pusat bandar, keusahawanan berkembang selepas ketiadaan halangan
yang dicipta oleh monarki dan golongan bangsawan. Di luar Perancis, banyak negara Eropah,
termasuk Britain, Jerman dan Belgium semakin berhati-hati dengan peningkatan ketenteraan
Perancis. Permusuhan Amerika Syarikat terhadap Perancis juga meningkat dengan kedua-dua
negara terlibat dalam Perang Separa dari tahun 1798 hingga 1799.
4. PEMAHAMAN

1) Apakah itu Ancien Regime?

Ancien Régime ialah suatu sistem aristokratik di Perancis di bawah pemerintahan dinasti Valois
dan Bourbon pada abad ke-14 sampai abad ke-18. Ancien Regime telah digulingkan oleh
Revolusi Perancis (1789). Ancien Regime menerapkan banyak aspek feodalisme, khususnya
hak-hak istimewa untuk kalangan pendeta dan bagsawan, dan didukung oleh Kuasa Raja dari
Tuhan. Perbezaannya dengan pemerintahan sebelumnya adalah kekuasaan politik Ancien
Regime banyak terpusat pada monarki mutlak.

2) Maksud “Liberty, Equity & Fraternity”.

Persaudaraan, Kesaksamaan & Kebebasan

3) Apakah maksud Rejim?

Rejim merupakan sistem kerajaan, pemerintahan atau pentadbiran penjajahan

4) Apakah itu Tempoh Keganasan ketika Revolusi Perancis?

Tempoh Keganasan ialah tempoh berlakunya keganasan selepas Revolusi Perancis. Keganasan
ini diapikan oleh golongan politik yang bersaing antara puak Girondin dan Jacobin, dan dianggap
sebagai pembunuhan beramai-ramai (musuh revolusi). Bilangan orang yang maut dianggarkan
berpuluhan ribu termasuk 16,594 orang menjalani hukuman mati dipenggal gilotin, sebanyak
2,639 orang dihukum di Paris dan 25,000 dihukum mati terus di seluruh Perancis. Antara kerabat
diraja yang dibunuh mati adalah Marie Antoinette, Raja Louis XVI, anggota-anggota puak
Girondin, Louis Philippe II, Duc Orleans dan Madame Roland sehinggalah ke orang kebanyakan
yang ada hubungan dengan kerabat diraja seperti perintis sains kimia Antoine Lavoisier.

5) Siapakah kuasa besar Eropah yang terlibat Ketika Revolusi Perancis?

Antara kuasa besar Eropah yang terlibat ketika Revolusi Perancis ialah Austria, Kerajaan
Sardinia, Kerajaan Naples, Jerman, Spain dan Kerajaan Britain yang bersatu membentuk
Pertelingkahan Pertama kerana ingin menghancurkan Republik Perancis pada tahun 1793.
6) Apakah maksud pemerintahan diktator?

Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan
dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya serta merampas kuasa melalui cara kekerasan.
Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan
pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu
negara.

Di negara-negara Barat, istilah "diktator" biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan
yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf
Hitler dari Jerman, Robert Mugabe dari Zimbabwe, Mao Zedong dari China, Alfredo Stroessner
dari Paraguay, Idi Amin dari Uganda, Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol,

7) Apakah itu Rejim Feudal?

Feudalisme merupakan satu istilah yang pertama kali digunakan pada awal kurun ke-17, merujuk
kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set
tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan di antara tuan tanah
(lords), orang biasa atau petani (vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini
petani bekerja dan menjadi tentera untuk seorang bangsawan sebagai balasan mereka boleh
mengusahakan tanah bangsawan. Walaupun diambil daripada perkataan Latin (feodum), istilah
feudalisme dan sistemnya bukan satu sistem politik formal pada zaman itu. Mereka merupakan
masyarakat yang tinggal dalam satu komuniti. Ianya merupakan sususan lapis sosial masyarakat.

8) Apakah maksud republikanisme?

Republikanisme adalah ideologi yang mendasari sebuah negara republik di mana ketua negara
dilantik bukan dengan sebab keturunan seperti sistem pemerintahan beraja, tetapi melalui pilihan
raya. Unsur penting dalam Republikanisme ialah undang-undang perlembagaan yang
menghadkan kuasa negara ke atas rakyatnya. Penyokong awal Republikanisme, seperti John
Milton, menekankan bahaya korupsi dan kepentingan nilai sivik.
5. RUJUKAN
 https://id.wikipedia.org/wiki/Rezim_Ancien
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_Ganas
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Napoleon
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Diktator
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Feudalisme
 https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=rejim
 https://learnodo-newtonic.com/french-revolution-effects
 https://www.britannica.com/event/French-Revolution
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Perancis
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Republikanisme

Anda mungkin juga menyukai