Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan

Revolusi Perancis 1789 merupakan titik tolak dimana ia merupakan satu sejarah penting dalam
masyarakat Eropah. kerana ia dianggap sebagai garis pemisah antara peraturan lama dengan
peraturan baru. Revolusi ini berlangsung sepanjang enam tahun iaitu bermula pada tahun 1789
dan berakhir pada tahun 1799. Selain itu, Revolusi Perancis juga dikatakan antara terpenting
daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688). Melalui peristiwa ini juga
system masyarakat yang lama iaitu feudalisme dikatakan telah diganti dengan system
masyarakat terbuka. Ini dapat dilihat dalam system feudalisme, kedudukan seseorang itu
dilihat berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaanya yang diwarisi turun temurun dalam
masyarakatnya. Akan tetapi melalui system masyarakat terbuka yang diperjuangkan dalam
Revolusi Perancis ini dapat melumpuhkan system ini dengan menjadikan seseorang itu tidak lagi
dilihat dari segi hak,kuasa dan keistimewaanya akan tetapi seseorang itu akan dilihat
berdasarkan pada bakat dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Salah satu factor
pencetus kepada berlakunya Revolusi Perancis ini ialah peranan golongan intelektual. Mereka
telah berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi rakyat.
Walau bagaimanapun, terdapat juga factor lain yang membawa kepada berlakunya revolusi ini
dan kesan-kesan yang timbul akibat daripada tercetusnya Revolusi Perancis ini.

2.0 Faktor tercetusnya Revolusi Perancis.

Rakyat merupakan golongan yang paling banyak mengalami penindasan daripada


pemerintah akan tetapi belum ada reaksi lagi oleh mereka untuk menentang pemerintah. Hal ini
kerana rakyat terutamanya di Eropah kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dan juga
pengaruh agama yang mana mereka menghendaki rakyat mesti mentaati kepada pemerintah
ekoran daripada pengaruh gereja yang terlalu kuat. Seperti kata Raja, “Rakyat jelata menerima
sahaja kerendahan martabat mereka daripada pembesar dan para paderi kerana tidak tahu cara
lain untuk memperbaiki kehidupaan mereka ”.

Antara tokoh-tokoh intelektual yang mempelopori idea baru yang mana banyak
memberikan dan menyedarkan rakyat dengan menyebarkan idea-idea baru ialah Rene
Descartes (1596-1650), Charles De Secondat Mostesquieu (1689-1755),Voltaire, Dennis Diderot
(1713-1784) dan Rousseau di perancis, Joseph Hume (1777-1855), Edward Gibbon (1737-1794)
dan Thomas Hobbes (1588-1679) di England, Gothold Ephraim Lessing (1729-1781), Baruch
Spinoza (1632-1677) dan Immanuel Kant (1724-1804) di Jerman, Benjamin Franklin (1706-
1790) dan Thomas Jefferson (1743-1826) di Amerika dan termasuk tokoh lain termasuk di
Rusia dan Itali. Mereka juga dikenali sebagai Enlightenment atau Kesedaran yang mana telah
mempengaruhi rakyat ekoran daripada perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah atau pun
golongan raja yang banyak menindas rakyat pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai